Friday, March 12, 2010

Format kasi bersih

Ding dong..

Semalam seawal pagi oren dah mendapat arahan dari technician support bahawasanya PC kami (team aku yang ada 3 ketul ini), akan diformat. Yahuu, makcik suko sangat. Memang aku dah agak menyampah dengan kelembapan dan kesiputan PC budak² team aku ni. Sejak sekian lama kami bersabar, akhirnya penantian kami berbaloi jugak. Sebenarnya aku memang dah request diorang format since minggu lepas lagi. Sepatutnya diorang datang format hari Selasa. Tapi semalam baru diorang datang, maybe sebab diorang nak siapkan PC kosong yang dah siap diformat dari sana untuk di bawak ke sini. Jadi apa yang perlu kami buat kat sini hanyalah standby dan letakkan document yang nak disimpan dalam 1 folder untuk memudahkan proses pemindahan data nanti. Aku dengan rasa eksaitednya uninstall segala benda² 'haram' dalam PC aku ni dan buang semua benda yang aku rasa² taknak dikongsikan bersama orang lain. Sebab PC aku yang lama ni akan di bawak balik oleh mereka ke opis mereka. Dan aku takmo la orang lain yang dapat PC aku tu nanti tertekan dengan tahap kepenuhan hard disknya itu. Haha.

Selesai semua benda, lepas tu aku hanya rilek² bloghopping sambil tunggu kedatangan mereka. Syasya lagi dasyat, memang semua benda die dah tutup dan logout. Tinggal belum shutdown je. Kalau tak, memang complete la macam dah taknak keje sangat, hahaha. Tak sampai berapa minit menunggu, sampai la orang yang dinanti. Dengan muka penuh gembira dan suka kami menyambut kedatangan mereka kali ini. Padahal biasanya, tak pernah ambik port pun kalau diorang ni datang. Ngehehe. Mangsa pertama mereka, Syasya dan Mizzi. 2 orang team-mate aku yang PCnya memang sangat² bermasalah (apa yang korang buat haa?? mesti banyak sangat 'mengular' ni :P ). Aku menanti penuh sabar, khusyuk dan tawaduk. Takpe, mana boleh semua sekali harung buat. Kang sape nak standby kan. Jadi aku kasi can la kat diorang nak bersenang lenang dulu. Apa aku buat sementara menanti? Mestila aku bekerja dengan tekun dan amat dedikasi. Memang tak hirau kiri kanan aku yang tunggang langgang (ye ke ni??).

Bila sampai je turn aku, masa tu dah pun masuk time lunch. Aku yang memang tak keluar waktu lunch, just tengok je dari jauh apa yang diorang buat. Godek sana, ketuk sini, bukak itu, kopek ini. Aih, kenapa parah sangat gayanya bila sampai turn aku ni. Masa yang berdua tadi rilek je diorang takde godek beriya². Rupanya, ada problem (yang aku tak tau, taknak amik tau, dan tak peduli apa bendanya) masa diorang nak buat file transfer bagi tujuan back-up. Aku just perhatikan je diorang dok bincang apa nak buat. At last, keputusan yang diambil sedikit menyedihkan. Tak jadi tukar PC. Aku stick dengan PC asal je la memandangkan conditionnya yang acceptable lagi. Kalau betul² die membengong nanti, panggil je 2 orang wira ini. Mereka akan dengan pantas datang menyelamatkan aku sebelum aku bukak tingkap dan buang PC ini ke bawah. Huh, kejam betul kan aku, hahaha.


Macam kapal nak belayar je meja aku tu

Dan untuk menjaga hati ku yang remuk redam ini. Diorang replace RAM aku kasi power sket dari yang asal. Pastu siap cakap kononnya PC aku paling hi-spec diantara kami 3 orang. Ceit, ingat aku kanak² ke boleh happy bila dapat gula². Tak suka tau! Sakit jiwa makcik ni sebab tadi dah beriya² padam semua benda + uninstall software² 'berguna' yang ada. Skang dah kena buat balik. Ngeee!!! Marah ni tau! Hahahaha. Pastu bila tengok pulak email member sebelah ni updated version. Laju je tangan ni mencari jugak sebab nak update sendiri punya. Bila tanya kat brader tech support itu, boleh plak die balas dengan ayat yang memilukan hati kecil ku ini. "Ooo, nak sama ngan diorang punya ek? Kesian dier..". Ciskek cap ayam betul! I kick you baru tau, hahaha. Anyway, thanks la kepada cik abang berdua itu kerana sudi bersusah payah datang dari 'jauh' dan melayan kerenah kami yang macam² ini. Jasa anda berdua akan dikenang. Nak aku belanja? Boleh.. Tunggu dapat gaji nanti, tengok payslip tu ada tulis "treat by Izma" kat sebelah kiri bawah sekali. Kalau tak nampak, maknanya adalah 3 kali jumaat je lagi. So better buat² nampak kalau tak nampak ye. Hahaha.


Belek la jangan tak belek..

Moral of the story: Dengar guruh di langit, air tempayan jangan ditumpahkan. Nampak burung terbang, cili jangan digiling lagi. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kan dah rugi. (Sila baca gaya Karam Singh Walia yang angkat² tangan tu ye)

Nota kaki lapan: Nak PC hi-spec macam keje tu hi-spec sangat. Nguahahaha, tak sedar diri ke makcik weh! (Ditujukan pada aku, orang lain takyah nak terasa disudut hati ke apa ek)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

yuhuuu...sepantas kilat seperti pc aku m'komen'. oih! pc aku smua nyer 'halal' ye :) yg buat jdk 'haram' tu...org sblm aku ;p

i.z.m.a said... Jawab Balik

ceh, poyo la tu dapat pc baru a.k.a lama yang baru lepas format..

yelah2.. kite salahkan je orang sebelum2 kite :P

Related Posts with Thumbnails