Ding dong..
Rasa macam dah lama tak citer pasal topik ni. Topik yang paling syok dalam dunia. Apa lagi kalau bukan makan kan. Jadi apa kata topik kali ini saya membawa anda menyelusuri satu lagi tempat makan yang saya suka (eceh, bersaya² la plak). Actually aku dah penah review sket tempat ni sebelum ni kat SINI, tapi citernya aku rojakkan dengan citer lain. So, kali ni aku nak buat pengkhususan sket la. Wakaka, cam berita plak. Boring!!
Tempat yang dimaksudkan ialah, Bangi Kopitiam. Aku rasa dah bersepah blogger yang review pasal tempat ni, but let me say it in my way pulak okeh. Tujuannya hanya satu la, nak kongsi kesedapan dan kesukaan dan keseronokkan dan ke'best'an yang aku rasai di sini, sambil membakar dan mencabar anak² tekak sesiapa saje kat luar sana yang dambakan kesedapan perasaan yang ditafsirkan melalui lidah ni. Hambik kau, panjang without full stop aku kasi. Tu nak bagitau betapa aku gemar hamat² dengan makanan kat sini. Tak kisah la orang nak cakap aku low class ke, low mentality ke, low profile ke. Ada aku kisah??? (curi ayat AA - bukan nama sebenar :P).
Makan dengan khusyuk dan tenang..
Sebenarnya aku baru 4 kali je makan kat sini. Tapi 4 kali singgah mencekik tanpa terasa nak menkondem dan mengkomplen apa² tu lah yang membuatkan aku nak review ni (padahal sebenarnya dah takde modal nak blogging). Aku sukakan suasana dalam premisnya yang bersih, kemas dan teratur. Pekerja die pun friendly dan setakat ni tak pernah lagi la aku lalui order makanan kena tunggu sampai sejam tak dapat² (aku pernah rasa benda ni especially kalau kat mamak). Menunya pun pada aku bervariasi berbanding sesetengah kopitiam yang pernah aku singgah (dan dah aku blacklist dalam list JJCM aku). Tapi satu perkara yang kelakar kat sini, setiap kali pelanggan masuk atau keluar, semua staff akan jerit "welcome" & "thank you" berulang kali. Keadaan jadi agak messy bila ada pelanggan yang baru sampai dan nak balik serentak. So, aku rasa nak cadangkan kat diorang ni, buat pembahagian tugas. Certain staff jerit "welcome", yang lain jerit "thank you". Takde la dengar mesin jahit tersangkur benang kalau tiba² nak sebut serentak kan, hehe :P
Jadi pada yang mahukan ketenangan, sila jangan duduk luar. Sila la ambik meja kat bahagian dalam yang berhawa dingin dan lebih senyap sket sebab pintunya sentiasa tertutup. Melainkan anda ialah perokok tegar yang tak boleh berenggang dengan rokok walau seminit, sila la jangan duduk dengan kami yang suci murni tak merokok ni ye. Ternoda deria bau kami nanti. Huhuhu..
Pepermint Choc Ice Blended, Teh Tarik Gelas Besar
Western Platter, Pulut Ayam Rendang (ada ikan masin sekali).. Yummy
Setakat yang aku tau, Bangi Kopitiam ni ada beberapa cawangan sekitar KL, Rawang dan Bangi (ofkoz la, dah nama pun Bangi Kopitiam kan). Tapi yang aku biasa pegi setakat entry ni ditaip hanya satu jela. Branch Batu Caves yang sememangnya dekat sangat dengan rumah MIL aku. Dan setakat yang aku selalu lalu, memang sentiasa ada saje orang lepak menge'teh' tak kira pagi petang siang malam. Tapi tatau la kalau itu semua hanya pandangan mata aku yang rabun ni je kan. Berhajat jugak nak tanya mandrem apa yang diorang pakai sampai aku pun terasa macam dah kena mandrem ni, hehe :P
Roti Bakar with Half Boiled Egg,
Nasi Dagang 'Mak Teh', Mee Hoon Soup (kot, tak ingat la nama die)
Jadi kalau nak tau ke'best'an kopitiam ini, sila la berkunjung ke mana² cawangan yang berdekatan dengan anda sekarang. Aku tak dibayar walau dengan secawan kopi coklat sekalipun untuk review yang seperti memuji lebih² ini. Ini sesungguhnya hanyalah satu khidmat masyarakat yang aku berikan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan bertambah 'sihat' dan meningkatkan ekonomi dan pendapatan peniaga kopitiam. Mana la tau, satu hari nanti aku jadi salah seorang pengusaha franchise Bangi Kopitiam ni kan. So, nanti tak la susah aku nak buat iklan, re-post je entry ni, sempoi!! Hihihi..
Ni watak utama dalam drama - Roti Bakar with Half Boiled Egg, huhu
takde ni tak sah la kunjungan, 2 thumbs up!!
Oklah, dah terasa melalut² ni. Maafkan la kemerepekkan aku hari ini. Entry ini terhasil kerana aku sedang lapar dan kepinginkan kopi coklat panas Bangi Kopitiam yang nyaman itu. Asyik dehh!
Nota kaki lapan: Selera makan sekarang lain macam punya ombak die. Kadang² takleh control seyh!
-END-
7 Mak Joyah Bertandang:
rasanya pernah tgk baru ni gi umah my love kat bangi..nnt nak try lah..
prnah gi sni...
cawangan rawang heheh
nas: kat bangi tu confirm ada la, dah namanya pun bangi kopitiam.. sila try kopi coklat, i like!
zella: nanti meh arr turun KL, kite makan beramai².. mintak encik matahari belanja :P
aku pun sejak 2 menjak ni menggila kopi kopitiam..apa kes tah..
Sertai Contest Aku & Kancilbiru
makan lagi, jus-mate5 ko tu pe citer? hahaha!
kancil - mandrem kuat seyh.. kena banyak2 kan baca doa qunut ni :P
ch@ - JM5 tu dihentikan serta merta atas alasan yang munasabah tapi rahsia.. takleh citer kenapa..
aku pon 2 kali dah pegi. belum try mkn yg heavy lg, baru cuba2 roti bakar. last friday pegi, minum teh volcano aka 3 layer tea. masyukkk!
Bangi kopitiam ni ada kat melawati ngan kat wangsa link gak.
haa ape kata lepas kita paintball kat melawati nnt kita terjah bangi kopitiam melawati tuh
Post a Comment