Friday, March 12, 2010

Makan free, bowling free..? Takkan taknak kan..

Ding dong..

Semalam aku mendapat undangan dari cik PA opis ku ini. Jemputan untuk makan dan main bowling kat One Utama. Mende free kan, takkan la nak kata taknak pulak. Kalau takde aral, memang I akan kata 'saya mau' terus on the spot. Sampai ke detik dan saat ini, masih belum tau siapakah gerangannya yang begitu bermurah hati nak belanja kami tu. Tak sure pulak kalau itu adalah duit bos ke apa. Yang pasti, ianya free. Jadi, jangan pikir banyak². Join je.


FREE.. Tu yang penting..

Tarikh yang diberi masa nak isi RSVP form tadi, 16 March 2010, hari Selasa. Tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan, tarikhnya dipinda ke hari Isnin pulak. Takpe², saya tak kisah. Setakat ni hari² weekdays aku selepas opis hour memang adalah kosong. Sesape yang terasa nak jemput aku makan free ke, belanja tengok wayang ke apa. Boleh contact aku in advanced ye, hehe. Tapi kalau weekend, sangat susah sket la. Sebab i'm very busy dengan hal² keluarga, ngahaha. Cam dah beranak pinak la plak gaya ayat tu kan.


Tukar takpe, jangan tak jadi sudah..

Tapi apapun, aku berterima kasih la kepada sesiapa saje yang sudi membelanja kami semua tu nanti. Saya dengan rela hati akan jadi jurugambar tak berbayar untuk mengabadikan kenangan dan aksi yang ada. Jadi, sila jangan buat aksi lucah, buruk dan tak senonoh masa tu nanti ye . Sebab Jurugambar candid terhebat akan sentiasa bercinta bersama kameranya untuk mentangkap (haha, huduh gile perkataan ni) aksi anda malam itu nanti. Macam la diorang baca blog aku kan, ngehehe. Kot la ada yang menjadi silent reader ke, mana la tau :P

Owh, by the way. Tarikh terbaru itu adalah anniversary aku yang pertama bersama kawan, sahabat, kekasih dan juga suami yang tersayang. Thanks a lot ye tolong celebratekan, hehe. Special celebration berdua²an akan dibuat lebih awal. Hehehe.. (sambil senyum² gedik)

Nota kaki lapan: Mengeratkan silaturahim tanpa mengenal warna kulit, bahasa, bangsa dan agama, saya sokong usaha murni ini. Barulah 1Malaysia kan..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

lama sgt xmain bowling....

i.z.m.a said... Jawab Balik

moh la petang ni ke OU.. bleh je pasukan sorak tuk kami, hahaha..

Related Posts with Thumbnails