Tuesday, March 16, 2010

Terima kasih daun keladi

Ding dong..

Malam tadi dengan jayanya kami se'department' telah berjaya beriadah bersama² selepas waktu keje. Satu benda yang aku rasa amat susah nak dilakukan oleh kami semua bersama². Bekerja bersama lelaki dalam bidang IT dan mereka berlainan bangsa, mungkin agak membataskan pergaulan antara kami. Mereka mungkin lebih selesa dengan pergaulan sesama mereka saje kalau di luar lingkung waktu keje. Aku tak salahkan keadaan ini sebab pada aku itu ialah normal. Lebih² lagi mereka pasti sudah punya aktiviti dan 'klik' yang tersendiri. Jadi adalah satu kebarangkalian yang amat tipis untuk kami hangout bersama tanpa ada apa² sebab yang official.

Dan kebetulan, kami se'department' dibelanja oleh bos untuk bersuka ria. Huhu, dapat makan free, bowling free. Takkan taknak weh!! Aku memang dengan pantas je setuju masa mula diajak dulu. Dan, sudah menjadi kebiasaan jugak, aku mesti jadi antara peserta yang sampai awal. Masa dijanjikan ialah jam 7 malam. Tapi sekor tak nampak batang hidung melainkan kami bertiga (aku bersama Syasya & Biha dalam satu gerabak Myvi :P ). Hanya selepas aku bersusah payah menyusun meja kat KFC sebab konon² nak chop tempat, tiba² aku dapat call dari incik bos nombor 2 yang bahawasanya ada change on plan untuk tempat makan. Cisskek betul! Awal² takmo bagitau. Dari KFC bertukar ke Burger King. Abis tawaf One Utama la jawabnya kami. Mana taknya, parking kete kat New Wing sebab kononnya nak senang balik nanti lepas main bowling. Pastu menapak ke Old Wing sebab KFC tu ada kat situ. Tapi end up kena berpatah balik ke New Wing sebab BK tu ada kat sebelah sana. Ciskek cap ayam katek sungguh. Sesampai kat sana, boleh dikatakan semua dah ada tengah beratur membeli. Aku pun terus masuk line. Mujur la orang tak ramai. Selesai sapedek (burger whooper yang maha bagak besar sampai aku rasa macam makan 2 pinggan nasi minyak punya kenyang), aku terus ke surau nak bersolat sementara yang lain dah pun ke bowling nak warming up gamaknya. Owh, masa tengah enak makan tu, terkenangkan incik suami tersayang yang baru sampai umah dan hanya makan megi je untuk dinner. I sungguh touched you. I enak² bersantap burger yang lazat dan tak berkhasiat ini, die pulak hanya menghadap megi (buatan sendiri) yang jugak tak berkhasiat itu. Bila offer nak belikan apa², die tolak offer I. Terasa sangat rejected diriku ini, sob sob sob T_T. Ok², back to real topic.


Jejaka² itulah kelik di opisku..
Sila spot yang mana satu big bos aku??


Selesai solat terus catch up member² yang dah memang menunggu kat bowling. Diorang siap dah start main pun, takde maknanya warm up². Bie pulak masa tu on the way dari rumah ke OU. Nak menyaksikan kehebatan (konon la hebat) isteri terchenta ini dan menjemputnya pulang bersama ke singgahsana, hehehe. Tapi sayangnya, skill yang ada semua dah terhakis dan pudar sebab sepanjang tahun 2009, sekali pun aku tak pernah menyentuh bola bowling itu walaupun sekali. Aku memang selalu main bowling, tapi dalam game handphone jela. Huhu, susah la camni. Hujung bulan ni ada tournament pulak. Takkan nak bawak skill longkang dan bola senget je masa tournament nanti. Kena la bertraining nampak gaya ni. Incik hubby, weekend ni kite berbowling yok!


Dak Oni anak kepada Syasya yang bercita² menjadi POM² girl bila besar nanti..
Sanggup ikut Ummi die sebab nak pektis :P


Haih, I miss bowling kat Mahkota Parade yang very the cheap itu. Main sampai 4-5 games pun tak la rasa koyak rabak poket nak membayarnya. Kat KL takde ke tempat yang 1 game RM2 je ek? Kalau ada sila la kabar² kat aku. Tapi takmo la tempat yang lane pun cam orang gile je die punya bengkok..

Nota kaki lapan: Dulu masa duduk Melaka, almost 3-4 kali seminggu mesti layan bowling. Sekali main tak kena 3-4 games tak sah hidup. Thanks anyway to incik suami yang sudi jadi fotografer undangan khas ^_^

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, March 15, 2010

Bersamanya.. sehari pun takkan pernah cukup!!

Ding dong..

Hari ni 15 March 2010 ialah anniversary kami berdua yang pertama. Setahun sudah memegang title suami isteri yang sah. Pengalamannya, cukup indah tak tergambar dengan kata². Alhamdulillah, setelah bermacam dugaan dan rintangan, kami mampu bertahan dan terus gigih membina rumah tangga yang baru setahun jagung ni. Moga² kasih sayang dan cinta kami berdua berkekalan, berpanjangan dan terus bertambah dari tahun ke tahun. Aku sangat bahagia disampingnya sebagai teman, kekasih mahupun isteri. Terima kasih Tuhan kerana Kau kurniakan die yang sangat memahami, menyayangi dan menjaga aku sebaik yang termampu. Aku janji, akan aku berikan yang sama untuknya. Walau mungkin tak sesempurna kasih sayang Siti Khadijah pada Rasulullah. Namun aku tetap akan usaha yang terbaik untuk dirinya, untuk diriku dan juga untuk bakal zuriat² kami nanti. Aminn..

Layankan gambar² kami berdua sepanjang hari Sabtu baru² ni. Menghabiskan sehari suntuk berjalan². Niat asal bie nak buat surprise untuk aku dengan trip ke Cameron Highlands tak kesampaian sebab semua hotel yang ditanya fully booked. Takpe sayang, surprise tu masih valid walaupun bukan untuk celebrate apa². I'm waiting.. :)











Menara KL..






Chocolate Lounge Cafe, The Curve


The Curve..




Platinum Movie Lounge, Cineplex Damansara

Walaupun celebration biasa² saje, namun aku tetap rasa kehangatan dan suasana romantiknya. Thanks bie, you are my heart and soul.



Nota kaki lapan: 7 tahun berkasih sayang dan bercinta, takkan sama dengan setahun berumahtangga.. Beza, memang amat brebeza..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, March 13, 2010

Dating² pre-annyversary celebration

Ding dong..

Di saat ini, kala ini dan ketika ini, sedang bersiaran dari Platinum Lounge, Cathay Cineplex, Damansara. Seharian dari pagi meninggalkan rumah atas sebab nak bercinta²an bersama suami tersayang. Thanks bie atas segala yang dibelanjakan hari ni, kopak dah sket ek poket tu? Takpe², lepas ni tiap² malam I akan masak untuk you (goreng telur pun dikira masak jugak kan?? Hehehe). Habis seluruh kota KL kami jelajahi hari ni. Tapi jangan salah paham, bukan jelajah dengan kereta atau motor atau apa² kenderaan pun. Tapi hanyalah jelajah dengan mata dari ketinggian 286 meter nun di atas observation deck Menara KL. Buat kali pertamanya setelah 26 tahun lamanya aku bernafas atas muka bumi ini, dapat jugak aku jejakkan kaki ke atas sana. Thanks a lot ye sayang.

Oklah, cukup sampai setakat ni je update padat dan ringkas dari aku. Insya Allah, ada kelapangan esok hari, akan aku tepekkan dam tempelkan cerita² dan gambar²nya yang lebih detail. Yang pastinya, sungguh pun hari ini agak memenatkan, namun ia suatu perjalanan yang sangat indah (walaupun perjalanan kami hanyalah dalam ruang lingkup KL je). Hopefully perjalanan hidup kami pun akan sama indahnya sepertimana hari ni sampai bila², aminn..

Nota kaki lapan: 'Brunch' di Batu Caves, hi-tea di Mutiara Damansara, dinner di The Curve. Complete rasanya penjelajahan hari ni..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, March 12, 2010

Makan free, bowling free..? Takkan taknak kan..

Ding dong..

Semalam aku mendapat undangan dari cik PA opis ku ini. Jemputan untuk makan dan main bowling kat One Utama. Mende free kan, takkan la nak kata taknak pulak. Kalau takde aral, memang I akan kata 'saya mau' terus on the spot. Sampai ke detik dan saat ini, masih belum tau siapakah gerangannya yang begitu bermurah hati nak belanja kami tu. Tak sure pulak kalau itu adalah duit bos ke apa. Yang pasti, ianya free. Jadi, jangan pikir banyak². Join je.


FREE.. Tu yang penting..

Tarikh yang diberi masa nak isi RSVP form tadi, 16 March 2010, hari Selasa. Tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan, tarikhnya dipinda ke hari Isnin pulak. Takpe², saya tak kisah. Setakat ni hari² weekdays aku selepas opis hour memang adalah kosong. Sesape yang terasa nak jemput aku makan free ke, belanja tengok wayang ke apa. Boleh contact aku in advanced ye, hehe. Tapi kalau weekend, sangat susah sket la. Sebab i'm very busy dengan hal² keluarga, ngahaha. Cam dah beranak pinak la plak gaya ayat tu kan.


Tukar takpe, jangan tak jadi sudah..

Tapi apapun, aku berterima kasih la kepada sesiapa saje yang sudi membelanja kami semua tu nanti. Saya dengan rela hati akan jadi jurugambar tak berbayar untuk mengabadikan kenangan dan aksi yang ada. Jadi, sila jangan buat aksi lucah, buruk dan tak senonoh masa tu nanti ye . Sebab Jurugambar candid terhebat akan sentiasa bercinta bersama kameranya untuk mentangkap (haha, huduh gile perkataan ni) aksi anda malam itu nanti. Macam la diorang baca blog aku kan, ngehehe. Kot la ada yang menjadi silent reader ke, mana la tau :P

Owh, by the way. Tarikh terbaru itu adalah anniversary aku yang pertama bersama kawan, sahabat, kekasih dan juga suami yang tersayang. Thanks a lot ye tolong celebratekan, hehe. Special celebration berdua²an akan dibuat lebih awal. Hehehe.. (sambil senyum² gedik)

Nota kaki lapan: Mengeratkan silaturahim tanpa mengenal warna kulit, bahasa, bangsa dan agama, saya sokong usaha murni ini. Barulah 1Malaysia kan..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Format kasi bersih

Ding dong..

Semalam seawal pagi oren dah mendapat arahan dari technician support bahawasanya PC kami (team aku yang ada 3 ketul ini), akan diformat. Yahuu, makcik suko sangat. Memang aku dah agak menyampah dengan kelembapan dan kesiputan PC budak² team aku ni. Sejak sekian lama kami bersabar, akhirnya penantian kami berbaloi jugak. Sebenarnya aku memang dah request diorang format since minggu lepas lagi. Sepatutnya diorang datang format hari Selasa. Tapi semalam baru diorang datang, maybe sebab diorang nak siapkan PC kosong yang dah siap diformat dari sana untuk di bawak ke sini. Jadi apa yang perlu kami buat kat sini hanyalah standby dan letakkan document yang nak disimpan dalam 1 folder untuk memudahkan proses pemindahan data nanti. Aku dengan rasa eksaitednya uninstall segala benda² 'haram' dalam PC aku ni dan buang semua benda yang aku rasa² taknak dikongsikan bersama orang lain. Sebab PC aku yang lama ni akan di bawak balik oleh mereka ke opis mereka. Dan aku takmo la orang lain yang dapat PC aku tu nanti tertekan dengan tahap kepenuhan hard disknya itu. Haha.

Selesai semua benda, lepas tu aku hanya rilek² bloghopping sambil tunggu kedatangan mereka. Syasya lagi dasyat, memang semua benda die dah tutup dan logout. Tinggal belum shutdown je. Kalau tak, memang complete la macam dah taknak keje sangat, hahaha. Tak sampai berapa minit menunggu, sampai la orang yang dinanti. Dengan muka penuh gembira dan suka kami menyambut kedatangan mereka kali ini. Padahal biasanya, tak pernah ambik port pun kalau diorang ni datang. Ngehehe. Mangsa pertama mereka, Syasya dan Mizzi. 2 orang team-mate aku yang PCnya memang sangat² bermasalah (apa yang korang buat haa?? mesti banyak sangat 'mengular' ni :P ). Aku menanti penuh sabar, khusyuk dan tawaduk. Takpe, mana boleh semua sekali harung buat. Kang sape nak standby kan. Jadi aku kasi can la kat diorang nak bersenang lenang dulu. Apa aku buat sementara menanti? Mestila aku bekerja dengan tekun dan amat dedikasi. Memang tak hirau kiri kanan aku yang tunggang langgang (ye ke ni??).

Bila sampai je turn aku, masa tu dah pun masuk time lunch. Aku yang memang tak keluar waktu lunch, just tengok je dari jauh apa yang diorang buat. Godek sana, ketuk sini, bukak itu, kopek ini. Aih, kenapa parah sangat gayanya bila sampai turn aku ni. Masa yang berdua tadi rilek je diorang takde godek beriya². Rupanya, ada problem (yang aku tak tau, taknak amik tau, dan tak peduli apa bendanya) masa diorang nak buat file transfer bagi tujuan back-up. Aku just perhatikan je diorang dok bincang apa nak buat. At last, keputusan yang diambil sedikit menyedihkan. Tak jadi tukar PC. Aku stick dengan PC asal je la memandangkan conditionnya yang acceptable lagi. Kalau betul² die membengong nanti, panggil je 2 orang wira ini. Mereka akan dengan pantas datang menyelamatkan aku sebelum aku bukak tingkap dan buang PC ini ke bawah. Huh, kejam betul kan aku, hahaha.


Macam kapal nak belayar je meja aku tu

Dan untuk menjaga hati ku yang remuk redam ini. Diorang replace RAM aku kasi power sket dari yang asal. Pastu siap cakap kononnya PC aku paling hi-spec diantara kami 3 orang. Ceit, ingat aku kanak² ke boleh happy bila dapat gula². Tak suka tau! Sakit jiwa makcik ni sebab tadi dah beriya² padam semua benda + uninstall software² 'berguna' yang ada. Skang dah kena buat balik. Ngeee!!! Marah ni tau! Hahahaha. Pastu bila tengok pulak email member sebelah ni updated version. Laju je tangan ni mencari jugak sebab nak update sendiri punya. Bila tanya kat brader tech support itu, boleh plak die balas dengan ayat yang memilukan hati kecil ku ini. "Ooo, nak sama ngan diorang punya ek? Kesian dier..". Ciskek cap ayam betul! I kick you baru tau, hahaha. Anyway, thanks la kepada cik abang berdua itu kerana sudi bersusah payah datang dari 'jauh' dan melayan kerenah kami yang macam² ini. Jasa anda berdua akan dikenang. Nak aku belanja? Boleh.. Tunggu dapat gaji nanti, tengok payslip tu ada tulis "treat by Izma" kat sebelah kiri bawah sekali. Kalau tak nampak, maknanya adalah 3 kali jumaat je lagi. So better buat² nampak kalau tak nampak ye. Hahaha.


Belek la jangan tak belek..

Moral of the story: Dengar guruh di langit, air tempayan jangan ditumpahkan. Nampak burung terbang, cili jangan digiling lagi. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kan dah rugi. (Sila baca gaya Karam Singh Walia yang angkat² tangan tu ye)

Nota kaki lapan: Nak PC hi-spec macam keje tu hi-spec sangat. Nguahahaha, tak sedar diri ke makcik weh! (Ditujukan pada aku, orang lain takyah nak terasa disudut hati ke apa ek)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, March 11, 2010

Dah jumpa jalan yang betul.. YES!!

Ding dong...

Tajuk entry macam selama ni aku sesat je kan. Actually semalam, secara rasminya aku & bie sudah separate haluan. Bukan haluan hidup, tapi haluan untuk pegi dan balik opis. Selama ni, memang kami sama² pegi balik keje. Dari masa sama² keje kat Phileo Damansara, sampai la bila aku dah pindah opis ke 1 Tech Park, Bandar Utama ni. Sejak aku pindah, walaupun haluannya sedikit berubah. Aku tetap pegi balik keje sama² dengan bie. Pagi aku hantar die sampai opis, petang aku jemput pastu kitorang balik sama² (mithali kan I :P). Tapi disebabkan kali ni turn bie pulak yang bertukar opis (dapat keje baru) dan pertukaran tu agak menjarakkan kami. Jadi terpaksa la kami ikut haluan masing² dengan kereta masing² dan jugak timing masing². Maka sejak itu, berubahlah sudah rutin setiap hari.




Phileo Damansara

Makanya, semalam aku pun mulakan azam baru. Nak sampai opis sebelum 8:30 pagi sebab aku nak balik pukul 5:30 petang. Nak jugak merasa sampai rumah tu awan masih cerah, surau masih senyap kan, hehe. Selama ni, kalau aku keluar awal pun dari opis. Kena jugak menghadap jem sepanjang Lebuhraya SPRINT menghala ke TTDI. Lepas tu kat TTDI pun hadap lagi kereta yang berderet². Keluar dari opis pukul 6 pun, sampai rumah kadang2 dah dekat² pukul 8. Tensi je rasa. Nak lepaskan diri dari exit Phileo Damansara tu pun, teramatlah seksa kekadang (bagi yang dah ada experience, mesti paham apa yang aku lalui sebelum ni kan). Selama dekat 2 tahun berdepan dengan keadaan tu tau, I terseksa nyah. Hahaha. Jadi bila dah ada chance nak sampai rumah seawal mungkin, tu yang macam teruja sangat tu. Memang selagi boleh aku takkan lepaskan peluang.

Jadi minggu ni, aku memang dah tekad nak buat eksperimen lalu lintas, hahaha. Jalan yang aku guna semalam sangat tidak membantu aku untuk rasa happy nak sampai awal. Tambah tertekan adalah. Mana taknya, elok² lagi 1km nak sampai opis kat situ la baru nak start jem. Kereta dok mula potong² Q sebab jalannya dari 2 lane jadi 1 lane. Tambah pulak tak jauh dari situ ada satu traffic light yang bapak punya lama kalau merah, anak punya la kejap kalau hijau (perumpamaan berdasarkan 'bapak' itu besar, anak itu 'kecik'). Maka, menyumpah² jugak la aku kepada orang lain yang sibuk potong² Q tu, tak suka tau! Jalannya ialah Damansara Perdana > Mutiara Damansara > Persiaran Surian > Jln PJU 3/22 (Tropicana) > Jalan Tanjung Bandar Dalam > 1 Tech Park. Masa yang diambik dari rumah nak sampai ke opis ialah, 35 minit (20 minit diabiskan kat jem saje!!). Sampai je opis semalam, terus buat post-mortem. Bukak maps, dan telek balik betul².




1 Tech Park

Percubaan kedua hari ni, guna pulak jalan yang pernah aku try masa mula² tengok opis baru ni dulu. Tapi sebab masa tu aku guna untuk balik rumah dan masa tu sangat gelap sebab dah malam sangat. Jadi aku dah tak ingat jalannya 1 way ke tak. So hari kira redah jela selagi boleh. Tengok je sampai mana penghujung jalannya, sebab memang aku dah lupa pun. Alhamdulillah, bila sampai ke hujung, aku tau aku berada di laluan yang betul. Yes!! I did it right this time. Keputusan yang sangat betul. Sepanjang jalan memang aku tak berdepan dengan apa² jem, melainkan berenti untuk traffic light je. Perjalanannya pun smooth saje tanpa banyak gangguan. Jadi post-mortem semalam dikira berjaya! Jalannya ialah
Damansara Perdana > Mutiara Damansara > Persiaran Surian > Persiaran Utama > Jalan Tanjung Bandar Dalam > 1 Tech Park. Masa yang diambil, hanya 15 minit. I loike!!

Kesimpulan dan moralnya di sini, tak salah kalau mencuba dan tak rugi kalau belajar. Malu bertanya sesat jalan, kalau sesat refer la map. Sebab zaman sekarang ni memang tak berani nak berenti tanya² jalan kat orang sebarang². Lagi² kalau drive sorang². Kang lain yang dicari, lain yang dapat. So kalau nak bertanya, tanya la pada orang yang betul. Nak tanya aku pun boleh, sebab aku memang adalah seorang yang suka baca, ulang sekali lagi BACA map (bukan tengok sesaje). Sebab dari situ jugak la aku rasa pengetahuan aku tentang selok belok jalan termasuk la segala shortcut mokat bertambah baik. Keep learning okey!!

Sumber gambar: Google..

Nota kaki lapan: JKR, sila la hire saya sebagai pakar pengkaji jalan raya!! :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, March 04, 2010

Platinum Movie Suites, Cineplex Damansara

Ding dong..

Adakah anda tau akan kewujudan salah satu fasiliti menonton movie yang syok ini? Mungkin ramai yang pernah mencuba. Kalau pun bukan di Damansara, mungkin kat tempat lain yang ada Cathay Cineplex. Untuk aku & bie, setelah beberapa kali singgah menonton movie di Cathay Cineplex, Damansara. Ni la kali pertama mencuba sesuatu yang lain dari biasa. Selama ni bukan tak pernah teringin nak mencuba, tapi memikirkan ongkos yang perlu dikeluarkan nanti membuatkan kami berpikir berkali². Sudah semestinya kami taknak membazirkan ongkos itu dengan hanya melelapkan mata di dalam sana (kadang² memang citer yang ditonton tu mengundang mata untuk lelap, huhuhu). Jadi, menanti saat yang sesuai telah buat kami tunggu sampai terlupa terus tentang Platinum Movie Suites ni.



Dan semalam, tiba² perasaan nak menonton movie tu datang. Keinginan nak tengok citer Percy Jackson yang dah ditayang selama lebih 2 minggu. Sebab masa nak tengok mula² keluar hari tu, keadaan agak sesak sebab masa tu tengah musim cuti CNY. Semua orang ada kelapangan nak menonton movie agaknya. Akibatnya, Percy Jackson yang dirancang hanya Little Big Soldier yang dapat kami tengok. Dan sebenarnya, semalam pun tak dapat jugak tengok Percy Jackson sebab untuk Platinum, hanya satu screening setiap session. Percy Jackson hanya ada sebelah siang. Maka, From Paris With Love menjadi pilihan.




Depan pintu masuk Platinum Movie Suites..

Apa yang menarik tentang Platinum Movie Suites ni? Pertama, ofkoz la recliner seatnya yang boleh adjust sampai jadi macam katil. Huhu, empuk dan gebu macam berbaring² kat rumah tu. Aku yang kali pertama mencuba agak kejakunan jugak la. Asyik la dok main recliner tu turun naik berkali². Hahaha, tak kira la. Bukan ada orang nampak pun. Mula² cuak la jugak masa nak naikkan seat tu sebab terasa macam seat tu sangkut. Tapi sebenarnya mana ada apa² pun, memang macam tu caranya. Selain daripada tu, ada jugak kemudahan lain macam lounge untuk lepak² sementara menunggu movie start, pc station yang lengkap ada WiFi untuk surfing, relaxing spot yang ada sediakan kerusi urut. Dengan setiap tiket, boleh dapat complimentary 1 soft drink kat lounge sebelum movie start. Pastu kalau rasa kebulur sangat, boleh order makanan dan minuman hanya dengan 1 click away. Click ajelah button yang ada kat meja masa korang dok lepak tengok movie tu, ada butler (pelayan) yang akan datang melayan kemalasan korang itu, hahaha. Last but not least, selimut dan bantal jugak disediakan. Free untuk registered member. Untuk yang bukan member, boleh la sewa je. Ataupun, bawak la selimut sendiri dari rumah, lagi senang. Boleh tido terus dalam tu sampai esok :P



So far, kunjungan kali pertama ni aku tak dapat nak menikmati sangat semua kemudahan yang disediakan untuk penonton yang mengabiskan duitnya membeli tiket platinum ini (semua kemudahan diatas adalah percuma ye, no additional charges). Sebab masa yang agak suntuk coz masa masuk tu memang dah last minute sebelum movie start. Mana taknya, beli tiket pukul7 malam. Movie start pukul 9 malam. Sementara menanti waktu maghrib, aku ajak bie layan arcade game feveret kami apa lagi kalau bukan Time Crisis. Sementara menanti bie pegi solat, aku sempat la layan lagi game tu sorang². Siap pulak die solat, sambung layan game gendang cina pulak. Sampai kebas² tangan ketuk gendang, haha. Selesai bergendang gendut tali kecapi, perut pulak nyanyi² mintak diisi. Jadi berjalan pulak mencari tempat makan. Selesai makan, tinggal cuma lagi 10 minit je ke pukul 9. Maka, tak sempat la nak meneroka apa yang ada. Terus la masuk suite untuk melayan kejakunan dalam diri ni dengan recliner tu.. :P


Movie belum start dah lelap, chit!


Menyantap Kenny Rogers..

Oleh itu, haruslah agaknya satu hari nanti cuba lagi sekali tonton movie kat situ. Tak boleh la selalu sebab harga tiketnya pun boleh tahan mencekik darah. Kalau pegi tengok time weekend, boleh cover 12 dvd cetak romak tau! Huhuhu T_T (sila beli yang original ye, jangan jadi perompak :P)


From Paris With Love.. Fewwit!

Nota kaki lapan: Sesekali memanjakan diri dengan entertainment macam ni, memang best. Tapi kalau selalu sangat, memang berlobang la poket si dia nanti :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, March 02, 2010

Bangi Kopitiam

Ding dong..

Rasa macam dah lama tak citer pasal topik ni. Topik yang paling syok dalam dunia. Apa lagi kalau bukan makan kan. Jadi apa kata topik kali ini saya membawa anda menyelusuri satu lagi tempat makan yang saya suka (eceh, bersaya² la plak). Actually aku dah penah review sket tempat ni sebelum ni kat SINI, tapi citernya aku rojakkan dengan citer lain. So, kali ni aku nak buat pengkhususan sket la. Wakaka, cam berita plak. Boring!!

Saya suka makan!!

Tempat yang dimaksudkan ialah, Bangi Kopitiam. Aku rasa dah bersepah blogger yang review pasal tempat ni, but let me say it in my way pulak okeh. Tujuannya hanya satu la, nak kongsi kesedapan dan kesukaan dan keseronokkan dan ke'best'an yang aku rasai di sini, sambil membakar dan mencabar anak² tekak sesiapa saje kat luar sana yang dambakan kesedapan perasaan yang ditafsirkan melalui lidah ni. Hambik kau, panjang without full stop aku kasi. Tu nak bagitau betapa aku gemar hamat² dengan makanan kat sini. Tak kisah la orang nak cakap aku low class ke, low mentality ke, low profile ke. Ada aku kisah??? (curi ayat AA - bukan nama sebenar :P).

Makan dengan khusyuk dan tenang..

Sebenarnya aku baru 4 kali je makan kat sini. Tapi 4 kali singgah mencekik tanpa terasa nak menkondem dan mengkomplen apa² tu lah yang membuatkan aku nak review ni (padahal sebenarnya dah takde modal nak blogging). Aku sukakan suasana dalam premisnya yang bersih, kemas dan teratur. Pekerja die pun friendly dan setakat ni tak pernah lagi la aku lalui order makanan kena tunggu sampai sejam tak dapat² (aku pernah rasa benda ni especially kalau kat mamak). Menunya pun pada aku bervariasi berbanding sesetengah kopitiam yang pernah aku singgah (dan dah aku blacklist dalam list JJCM aku). Tapi satu perkara yang kelakar kat sini, setiap kali pelanggan masuk atau keluar, semua staff akan jerit "welcome" & "thank you" berulang kali. Keadaan jadi agak messy bila ada pelanggan yang baru sampai dan nak balik serentak. So, aku rasa nak cadangkan kat diorang ni, buat pembahagian tugas. Certain staff jerit "welcome", yang lain jerit "thank you". Takde la dengar mesin jahit tersangkur benang kalau tiba² nak sebut serentak kan, hehe :P

Jadi pada yang mahukan ketenangan, sila jangan duduk luar. Sila la ambik meja kat bahagian dalam yang berhawa dingin dan lebih senyap sket sebab pintunya sentiasa tertutup. Melainkan anda ialah perokok tegar yang tak boleh berenggang dengan rokok walau seminit, sila la jangan duduk dengan kami yang suci murni tak merokok ni ye. Ternoda deria bau kami nanti. Huhuhu..

Pepermint Choc Ice Blended, Teh Tarik Gelas Besar
Western Platter, Pulut Ayam Rendang (ada ikan masin sekali).. Yummy

Setakat yang aku tau, Bangi Kopitiam ni ada beberapa cawangan sekitar KL, Rawang dan Bangi (ofkoz la, dah nama pun Bangi Kopitiam kan). Tapi yang aku biasa pegi setakat entry ni ditaip hanya satu jela. Branch Batu Caves yang sememangnya dekat sangat dengan rumah MIL aku. Dan setakat yang aku selalu lalu, memang sentiasa ada saje orang lepak menge'teh' tak kira pagi petang siang malam. Tapi tatau la kalau itu semua hanya pandangan mata aku yang rabun ni je kan. Berhajat jugak nak tanya mandrem apa yang diorang pakai sampai aku pun terasa macam dah kena mandrem ni, hehe :P

Roti Bakar with Half Boiled Egg,
Nasi Dagang 'Mak Teh', Mee Hoon Soup (kot, tak ingat la nama die)

Jadi kalau nak tau ke'best'an kopitiam ini, sila la berkunjung ke mana² cawangan yang berdekatan dengan anda sekarang. Aku tak dibayar walau dengan secawan kopi coklat sekalipun untuk review yang seperti memuji lebih² ini. Ini sesungguhnya hanyalah satu khidmat masyarakat yang aku berikan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan bertambah 'sihat' dan meningkatkan ekonomi dan pendapatan peniaga kopitiam. Mana la tau, satu hari nanti aku jadi salah seorang pengusaha franchise Bangi Kopitiam ni kan. So, nanti tak la susah aku nak buat iklan, re-post je entry ni, sempoi!! Hihihi..

Ni watak utama dalam drama - Roti Bakar with Half Boiled Egg, huhu
takde ni tak sah la kunjungan, 2 thumbs up!!

Oklah, dah terasa melalut² ni. Maafkan la kemerepekkan aku hari ini. Entry ini terhasil kerana aku sedang lapar dan kepinginkan kopi coklat panas Bangi Kopitiam yang nyaman itu. Asyik dehh!

Nota kaki lapan: Selera makan sekarang lain macam punya ombak die. Kadang² takleh control seyh!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Related Posts with Thumbnails