Itu jela yang mampu aku katakan saat mataku yang lena terpejam tiba² terbuka dan tiba² segar seolah² aku belum pernah tido sebelum tu. Tapi sayang, yang segar tu hanyalah mata tetapi bukannya badan mahupun kudratku yang ternyata masih lemah dan seperti diawang²an. Denyut di kepala terasa begitu mencengkam. Rasa seolah² ada sesuatu yang menghempap kepala ku ini tapi aku tak tau apa kebendanya. Puas aku bergolek ke kiri, ke kanan. Haihh.. tetap tak selesa. Bantal yang rendah aku tinggikan, tak jugak selesa segala tindak tanduk aku tu. Aku cuba jugak pejamkan mataku kembali. Tapi ternyata, denyut yang bersarang dalam ruang lingkung otak aku ni lebih hebat. Melenyapkan semua rasa mengantuk yang ada. Akhirnya, dengan rasa penuh tak terdaya aku bangun jugak dari perbaringan. Masuk ke bilik air, basuh muka... dan dalam masa yang sama, keluar segala isi perut yang aku masukkan makan malam tadi. Aku sangkakan selepas keluar semuanya, kurang sikit denyut² di kepala ni. Tapi malang seribu kali malang, sakitnya makin bertambah. Memandang Syasya yang enak lena ke alam mimpi, jeles sekali rasanya. Jam yang dah mencapai angka 6 pagi aku pandang sepi. Hurmmm, bila la sakit ni akan hilang. Sudahnya, aku mengalah dengan kesakitan dan ujian Allah ini. Ubat penahan sakit di hujung kaki ku capai. Telan sebiji, minum air banyak². Moga² kesakitan ini akan beransur kurang. Alhamdulillah, dapat jugak aku lelapkan mata akhirnya walaupun sakit yang datang tadi masih berbekas. Malah sampai ke saat post ini aku taip, denyutnya masih terasa. Mujur hari ni aku kerja, kalau tak........ masih berselimut lagi barangkali.
Aku tak tau la apa puncanya serangan melampau malam ni terjadi. Seingat aku, semalam aku takde pun tension atau sibuk sangat dengan kerja. Makan pun aku rasa takde yang missed. Sepanjang minggu ni pun aku dah cuba menjadi setenang yang mungkin. Sebab aku tau di saat keadaan aku sekarang, sikit pun tekanan akan buat penyakit aku ni datang. Mungkin ujian dari Allah agaknya. (Redha jelah Ima......)
Ohhh... lupa aku nak cerita. Syasya merupakan rakan sekerja merangkap kawan lama dari ILP sampai la ke ADTEC. Semalam die keseorangan kat rumah. Alang² aku pon takde kawan malam tadi, jadi aku offer la die join aku jadi org bujang untuk satu malam. "Mak buyong" la katakan, takkan nak biar duduk rumah sorang² kan.. hehe.
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment