Lepas dari menghantar tunang tersayang, aku terus balik ke rumah. Hasrat nak pergi mengservice kereta aku batalkan sebab takut service center tak bukak (tapi hakikatnya memang aku dah malas). Sampai je kat rumah, tugas pertama adalah mensetelkan kain baju yang dah dibasuh dan akan dibasuh. Lebih kurang 2 jam menghabiskan masa mengadap mesin basuh separuh oto tu, aku pun apa lagi.. tutup TV, tutup langsir, kunci semua pintu dan tingkap.. dan terus boom sampai ke petang.
Sedar² jam sudah pun menunjukkan angka 4. Haihh.. ada tugasan yang mesti dilaksanakan!! Kak Safa request sambal ikan bilis dari aku sejak seminggu yang lepas. Dia nak bawak ke Beijing. Jadi, memandangkan dia akan fly pada malam tu dan aku pulak dah berjanji.. dengan kepala yang berat aku bangun dan siapkan jugak la semua yang diperlukan. Tepat pukul 5, siap la sudah sambal ikan bilis yang bagi kak Safa World giler la kot. Hahaha... Sampai ke Beijing dah masakan aku rupanya. Dasyat jugak ye!!
Tugas aku tak terhenti di situ, dah hantar kenalah jemput pulak kan. Jadi, selepas selesai masak. Aku bersiap² nak jemput K-mie pulak. Haih, macam ada anak yang dah sekolah pulak.. pagi hantar, petang jemput. Hehehe.. Selesai tugas yang satu tu, sempat singgah makan dan solat maghrib di rumah bakal mak mertua.
Sampai je kat rumah, tolong hantarkan kak Safa ke LRT. Kesian la pulak nak biarkan die meredah hujan dengan beg² die yang besar tu. Kebetulan jugak kak Lela dalam LRT otw balik dari opis. Jadi alang² lepas hantar kak Safa, terus la tunggu kak Lela pulak. Mujur tak sampai 5 minit lepas kak Safa turun dari kereta, kak Lela pulak muncul. Kalau tak jenuh la jugak menunggu. Sebelum balik ke rumah sempat menyinggah kedai makan melayan kak Lela yang kelaparan (dah macam ibu mithali rasanya hari ni). Selesai makan, terus balik rumah.
Maka dengan itu, selesai lah sudah episod "sehari menjadi surirumah tangga" untukku. Mungkin ini boleh menjadi latih tubi yang baik untuk aku di masa akan datang. Siapa tau kan, hehehe..
Petunjuk : K-mie --> tunang
: Kak Safa & Kak Lela --> Hosmet
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment