Monday, December 15, 2008

Mendung ~.~

Kepala aku hari ni pusing², berat semacam. Badan pon rasa tak best je sepanjang weekend yang lalu. Mungkin sebab dah bermulanya episod minggu² yang memenatkan untuk aku. Sabtu lepas aku ikut Bie balik ke Jerantut. Sekeluarga balik ke sana sebab ada kenduri sepupu mak Bie kawen kat Jengka. Sampai je kat sane, kami di sambut ceria oleh cuaca yang maha panas!! Hadoih, berpinar bijik mata aku. Rasa nak pitam aku dibuatnya. Memandang pengantin yang steady dalam songket pengantin kaler oren diorang tu buat aku kagum betul. Kalau aku tu rasanya dah merah padam muka aku yang tak berape cerah ni. Silap² aku dah terduduk pon kat tepi khemah tu kepanasan. So, aku memang salute la tgk diorang boleh menten je tersengih² depan kamera. Aku sampai² je terus duduk makan. Selera aku dah lama pon out sejak dari mula lagi. Kepala aku dah berdenyut² menahan sakit. Pelawaan bakal mak mertua aku yang nak masuk ke dalam tak aku tolak langsung. Cepat² aku sudahkan makanan aku dan cabut dari situ. Meninggalkan Bie dengan kaum keluarga die yang lelaki kat luar. Kat dalam rumah tu baru la lega sikit aku rasa. Dapat kena kipas tu alangkah heavennya terasa. Lebih kurang sejam duduk bertandang, berbual² (yg mana aku lagi banyak senyum² kambing je kat situ, sebab ada benda yang aku tak paham pun). Kitorang pun berangkat meneruskan destinasi ke Jerantut, rumah wan yang lebih kurang 20 minit kot perjalanannya dari situ. Perkara pertama yang aku terpikir nak buat sesampainya di rumah adalah, MANDI!!! Panas sangat sampai badan aku dah rasa macam nak demam. Kepala aku terasa berbahang. Duduk bersantai-santai lebih kurang 15 minit, lepas tu aku terus bangun dan mandi. Siap syampu kepala. Tapi rasanya dah terlambat, sakit kepala aku tak hilang pun lepas tu. Malah makin berdenyut² sampai la ke malam. Penyudahnya, Bie paksa aku telan panadol. Pastu terus tidor. Aku yang mula²nya taknak tidor awal terpaksa jugak akur bila mak Bie sendiri dah mengeluarkan arahan. Dengan malasnya aku terus masuk ke bilik, dan landing. Tak sampai 5 minit, aku pon hilang dan hanyut ke alam mimpi. 

Pagi esoknya bangun, baru la ada rasa segar sikit kepala ni.Ringan je rasanya. Lebih² lagi bangun dalam keadaan sejuk² dingin. Inilah yang aku suka kat Jerantut, bangun dari tido damai sangat rasanya dengan hawa paginya yang nyaman. Sesuatu yang aku tak boleh nikmati dah kat kota KL!! Lepas je makan tengah hari, tepat pukul 2:30 aku, Bie dan along berangkat pulang ke KL. Saat kereta mula bergerak, saat tu jugak la kepala aku mula berdenyut² kembali. Haduiyyyaaii... apa la sebenarnya yang bersarang dalam kepala aku yang tak besar mana ni. Tapi sepanjang perjalanan aku cuba tabahkan hati. Tahan dengan segala kudrat yang ada. Tak sampai hati biarkan Bie sensorang memandu tanpa teman berbual. Tiba di KL lebih kurang pukul 5:00 petang. Lega rasanya perjalanan yang jauh tu dah berakhir. Selesai hantar bie balik, aku terus bergerak pulang ke Taman Melati pulak. Malamnya keluar balik, pegi Carefour dengan Bie. Kak Lela pesan beli barang² basah sebab die nak masak. Melayan tamu yang datang dari New Zealand. Malamnya aku tido agak awal dari biasa. Sebab penat yang amat sangat, mata aku terpejam² entah berapa kali sepanjang malam. Jadi cerita Kyle XY yang aku tonton menjadi teman tidor aku. Sedar² dah pagi pun. Nasib baik la ada yang tolong padamkan TV & tutupkan pintu bilik.

Dan hari ini, aku meneruskan rutin kerja seperti biasa. Walaupun kepala ni dah mula terasa berat sejak awal pagi tadi lagi. Tapi selagi terdaya, akan aku gagahkan jugak nak berkerja. Dah la "mak buyong" pun MC sampai hari Rabu. Kenala ada yang cover. Moga² kepala aku ni akan beransur ringan esok. Mudah² an...


Pintu gerbang Sungai Pahang...


Jauh perjalanan, luas pemandangan...


Blok A, Felda Jengka 8...


Merpati 2 sejoli..


Perjalanan pulang... Kabus di sana sini!!

**Aku mesti kuatkan semangat, tabahkan hati.. Hari² yang mendatang ni mesti akan lebih mencabar emosi, fikiran mahupun kudrat aku. Chaiyyok Ima!!**

2 Mak Joyah Bertandang:

syasya said... Jawab Balik

kurang asam, belum mak buyong lagi la....

i.z.m.a said... Jawab Balik

huahuahuahua.... setelah disahkan mengandung, maka secara rasminya nickname seseorg itu akan menjadi "mak buyong"!!!

Related Posts with Thumbnails