Tuesday, December 23, 2008

Persiapan Awal....

Sabtu dan ahad lalu adalah hari untuk menghabiskan duit simpanan. Selepas kerja half day, aku dan Bie bertolak ke Semenyih. Program untuk minggu ini adalah ke Nilai 3 bersama mak dan ayah. On the way tu, sempat kami singgah menjamu selera di Kajang. Pekena satay Samuri secucuk dua <--- takdela secucuk dua sangat pun. Sesampainya kami kat rumah, mak dan ayah takde, pergi birthday party. Jadi sempatla aku melepaskan lelah sementara menunggu mak dan ayah balik. Lebih kurang sejam jugak la menunggu, baru la kelibat kedua orang tua aku tu muncul. Makanya kami pun bersiap² kononnya nak ke Nilai 3. Tapi penyudahnya mak aku buat keputusan nak ke Kajang je, beli kain langsir kat Nagoya, Tesco Kajang. Ingatkan tu dah kira confirm ke? Haihh... kalau dengan Mak aku yang tersayang ni jangan harap la dia nak buat keputusan muktamad, last minute tukar program tu memang dah teramatlah biasa bagi kitorang semua. Tiba² dia kata nak pegi tengok set bilik tidur pulak kat Kajang. Dia siap dah ambikkan siap² brosure untuk aku tengok. Tapi harga dan rupa set dalam tu kurang menarik perhatian aku. Untuk memuaskan hati semua pihak, aku cadangkan kami ke Cavenzi kat Sg Chua. Nasib baik Bie tak menunjukkan reaksi marah atau bengang. Sebab actually kami dah lalu pun Cavenzi ni on the way dari KL tadi. Huhuhu, so sorry dear... 

Nyummm... Nyummmm...

Sampai je kat kedai tu, aku dan mak berpusing² la mencari yang mana nampak sesuai dengan budget dan citarasa. Well, bagi org yang tak bercitarasa macam aku ni, tak kisah sangat pun. Yang penting adalah harga, bukan rupa. Huhuhu, pening jugak melihatkan semua pilihan mak aku tu adalah 4 angka harganya. Tapi aku hanya mengangguk² kan kepala. Taknak la melawan pilihan dia kan. Puas belek punya belek, akhirnya mak aku dah buat keputusan. Maka pilihan pun dibuat. Selesai segala benda kat situ, kitorang semua pun berangkat ke Nagoya, Tesco Kajang. ( sorry, takde gambar bedroom set. nak tengok datang masa aku kawen. hehehehe..)

Sesampainya kat Nagoya, mak pun mula la memilih mengikut kesedapan matanya. Aku cam biasa, jadi pemerhati je. Kalau ada yang aku tak berkenan, bagitau. That's all. Sambil mencari kain langsir sempat jugak menelek kain² yang sesuai nak dijadikan baju nikah aku nanti. Tapi tak banyak pilihan. Jadi tiada sebarang pembelian untuk itu. Mak aku dengan selambernya memilih kain mengikut citarasa dia. Aku pulak berpeluh memikirkan betapa banyaknya kain yang dia beli. Menyesal pulak offer hari nak belikan kain langsir. Tapi takpela, hadiah untuk seorg ibu. Dia hepi, aku pun hepi. Poket aku jela yang kurang hepi, hahahahaha. Selepas menghabiskan beberapa ratus ringgit [ huhuhu :( ] kami pun terus pulang. Hepi bila tengok mak eksaitet dengan kain² langsirnya tu. Keesokkan paginya kami ada destinasi menghabiskan bajet yang seterusnya, Nilai 3..

Pintu gerbang Nilai 3...

Hari ahad yang indah... Tapi pagi² lagi aku dah dikejutkan oleh cik Bie yang memang dah lama pun terjaga. Dia memang nak pegi Nilai 3 tu seawal yang boleh. Takut nanti panas kat sana tu mencengkam sangat. Pengalaman membeli barang² untuk bertunang dulu dah cukup mengajar kami berdua betapa panasnya panas matahari kat Nilai 3 tu. Tapi apakan daya, sebab kami bukan pegi berdua. Mak dan ayah aku pun ikut sama. Jadi terpaksa la menunggu². Sudahnya hampir pukul12:30 baru la kami berlima bertolak. Anak sedara aku, Adam ikut sama. Sesampainya di sana, aktiviti mengsurvey pun dimulakan. Dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Rasanya hampir 50% kedai yang berkaitan dengan kain² kami masuk. Kalau yang pernah atau tau camne besarnya Nilai 3 tu, mesti boleh bayangkan betapa penatnya berjalan dan singgah di setiap kedai tu. Puas tawar menawar, banding membanding. Akhirnya kata putus dicapai. Aku beli kain yang aku dah tengok dari kedai yang terawal kami singgah. Tapi sepanjang jalan tu sempat la mak aku pow aku sepasang baju kurung dan 2 helai tudung. Takpela, mak punya pasal. Bie pulak secara tak langsung telah membelikan cadar bilik pengantin untuk bilik tidur kami kat rumah dia nanti (walaupun sebenarnya kat rumah tu nanti cuma ada majlis kat dewan). Selesai segala aktiviti pembelian kat Nilai 3, kami pun berangkat pulang. Sempat melayan Adam yang merajuk sebab lama menunggu nak beli permainan Ben 10 dia. Sampai dah muncung² duduk celah kain² masa kami sibuk² memilih. "Alalalala, sabarla sayang.. nanti kita pegi beli". Maka sebelum balik kami singgah la kat satu kedai yang ada banyak permainan. Baru la nampak wajah hepi dia. Senangnya jadi anak kecil, tak payah pikir banyak². Dapat permainan terus hepi. Hehehe..

Hurmmm... mana satu ekk??


Survey jangan tak survey...


Mak yang tengah tawar-menawar..


Deretan kain².. poning kepalo!!


Budak merajuk..


"Mana satu nak ambik ni?? Nak semua la rasanya..."

By the way, ada benda yang dah termissed nak citer kat atas tadi. Aku dan Bie dapat baucer untuk lucky draw contest. Beli barang kat carefour last week pastu saje la try isi borang. Sepatutnya kami pegi ambik baucer tu kat Palace of The Golden Horses Hotel masa hari ahad tu. Tapi sebab jadual penuh, maka baucer tu kami hold sampai ke hari yang lain. Berdering² henpon aku dan Bie sepanjang kami berada kat Nilai 3 tu. Part yang paling best dalam citer ni, kami letak status dalam borang tu dulu married. Hahaha.. Kalau dapat apa² pakej untuk married couple, harap² pakej tu valid sampai tahun depan bulan 4. Dapat jugak kami guna. Kalau tak.... Kepada sesapa yang berminat, sila queue ye. Hahaha... 

Oklah, ini saja untuk update kali ini.

-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

pehal ssh sgt nk komen nih, abs dah ke duit? korang kan OKB :p

Related Posts with Thumbnails