Wednesday, December 31, 2008

||| Salam Tahun Baru 2009 ||| 1430 Hijrah |||

Melepasi setengah hari di hari yang terakhir dalam tahun 2008. Hurmm, agak kebosanan di opis. Ramai yang takde memandangkan minggu ni dan minggu lepas adalah minggu yang banyak cuti. Jadi ramai yang ambik peluang nak abiskan cuti. Tak kurang jugak yang saje² ambik cuti kot..!!? Hahahaha.. Tapi aku masih lagi setia kat ofis ni menghabiskan sisa² hari yang bakal menjadi lipatan sejarah dalam 2008 ni. Tahun yang penuh kenangan dan akan terus aku tinggalkan sebagai kenangan.

Menceritakan kembali segala detik yang berlalu dalam tahun 2008 ni, terlalu banyak. Mungkin kalau diceritakan secara detail, tak terucap, tak tertulis, tak tertaip gamaknya. Tahun yang penuh "ong" ini telah banyak melihat perubahan aku. Bertukar kerja, bertukar status, bertukar saiz!! Tak kisah la apapun yang bertukar, asalkan perubahan tu adalah perubahan yang positif. Perubahan yang membina jati diri. Perubahan yang menaikkan value untuk diri aku dan jugak semua insan yang berkait rapat dengan diriku. Perubahan yang menambahkan kematangan dan mendewasakan hidup dan pemikiran aku. Insya-Allah, sedikit sebanyak segala yang buruk akan aku tinggalkan perlahan². Semoga aku akan menjadi insan yang lebih berkualiti! Mudah²an...

Sedikit rentetan untuk tahun 2008.....

- 15/03/2008 -
Majlis pertunangan aku & kekasih hati yang tersayang, Zulkhaimi. Setelah genap 5 tahun menyulam cinta, kasih dan sayang. Akhirnya perjanjian antara kami diikat dan dikukuhkan lagi dengan pertunangan. Alhamdulillah...

- 05/05/2008 -
Aku memulakan tugas baru di tempat kerja yang baru. Dengan suasana baru. Azam yang baru. Dan yang paling best, pendapatan yang baru!! Seronok sangat sebab hasrat aku untuk berada dekat dengan kekasih hati tercapai. Mudah sikit aku rasakan perjalanan hidup kami berdua. Perancangan kami terasa begitu lancar dan sempurna. Alhamdulillah... (credit to my beloved fiance sebab banyak membantu)

- 26/05/2008 -
Kereta baru aku selamat 'dilahirkan'. Akhirnya dapat jugak aku 'harta pertama'. Kali pertama memandu kereta yang nama diatas gerannya adalah nama aku sendiri. Bestnya. Selama ni aku hanya memiliki sesuatu yang namanya adalah bukan nama aku. Penat bayar je weh..!! Nama orang lain jugak. Biarlah kecik asalkan termaktub di situ hak dan kepunyaan adalah aku. Alhamdulillah...

- 15/06/2008 -
Bie dapat keje baru. Apa yang menarik sangat dengan tempat kerja baru dia ni adalah... kami cuma dipisahkan beberapa blok bangunan je!!! Keajaiban dan kebetulan yang betul² bukan dalam rancangan kami. Tapi rancangan Allah yang maha kuasa. Kehidupan aku terus berubah. Kalau dulu mungkin aku kena tunggu seminggu, 2 minggu, malah mungkin berbulan baru dapat bersua muka dengan bie. Tapi sekarang hari² kami bersama. Pegi kerja sama, balik kerja sama. Sarapan sama, makan tengahari sama. Kadang² makan malam pun sama². Hurmm... mungkin ini latihan untuk kami biasakan diri sebelum bergelar suami isteri :">....

Itu jela kot sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang tahun ni. Namun, yang berlalu biarkanlah ia berlalu. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran. Apa yang sedikit yang membuatkan aku sayu, inilah tahun terakhir aku berhari raya sebagai orang bujang. Hurmm, tahun depan dah kena buat jadual berhari raya yang baru!! Namun kegembiraan tetap ada. Takkan la tak hepi kan, nak kawen dah tu!! Alhamdulillah, genap tahun ke-6 hubungan kami nanti, maka tercapai la hasrat aku dan bie nak hidup bersama. Harapan aku semoga segala yang dirancang selama ini akan tercapai akhirnya. Harapan untuk tahun 2009, semoga aku akan menjadi isteri yang solehah, memberi zuriat yang comel (ni tahun 2010 kot), dapat membina keluarga yang bahagia bersama bie, kedudukan aku dalam pekerjaan akan bertambah baik, perhubungan dengan keluarga kedua belah pihak akan bertambah erat dan segala azam yang ter'sorok' dulu² bisa menjadi kenyataan. Amiinnn...

-END-

Tuesday, December 23, 2008

Persiapan Awal....

Sabtu dan ahad lalu adalah hari untuk menghabiskan duit simpanan. Selepas kerja half day, aku dan Bie bertolak ke Semenyih. Program untuk minggu ini adalah ke Nilai 3 bersama mak dan ayah. On the way tu, sempat kami singgah menjamu selera di Kajang. Pekena satay Samuri secucuk dua <--- takdela secucuk dua sangat pun. Sesampainya kami kat rumah, mak dan ayah takde, pergi birthday party. Jadi sempatla aku melepaskan lelah sementara menunggu mak dan ayah balik. Lebih kurang sejam jugak la menunggu, baru la kelibat kedua orang tua aku tu muncul. Makanya kami pun bersiap² kononnya nak ke Nilai 3. Tapi penyudahnya mak aku buat keputusan nak ke Kajang je, beli kain langsir kat Nagoya, Tesco Kajang. Ingatkan tu dah kira confirm ke? Haihh... kalau dengan Mak aku yang tersayang ni jangan harap la dia nak buat keputusan muktamad, last minute tukar program tu memang dah teramatlah biasa bagi kitorang semua. Tiba² dia kata nak pegi tengok set bilik tidur pulak kat Kajang. Dia siap dah ambikkan siap² brosure untuk aku tengok. Tapi harga dan rupa set dalam tu kurang menarik perhatian aku. Untuk memuaskan hati semua pihak, aku cadangkan kami ke Cavenzi kat Sg Chua. Nasib baik Bie tak menunjukkan reaksi marah atau bengang. Sebab actually kami dah lalu pun Cavenzi ni on the way dari KL tadi. Huhuhu, so sorry dear... 

Nyummm... Nyummmm...

Sampai je kat kedai tu, aku dan mak berpusing² la mencari yang mana nampak sesuai dengan budget dan citarasa. Well, bagi org yang tak bercitarasa macam aku ni, tak kisah sangat pun. Yang penting adalah harga, bukan rupa. Huhuhu, pening jugak melihatkan semua pilihan mak aku tu adalah 4 angka harganya. Tapi aku hanya mengangguk² kan kepala. Taknak la melawan pilihan dia kan. Puas belek punya belek, akhirnya mak aku dah buat keputusan. Maka pilihan pun dibuat. Selesai segala benda kat situ, kitorang semua pun berangkat ke Nagoya, Tesco Kajang. ( sorry, takde gambar bedroom set. nak tengok datang masa aku kawen. hehehehe..)

Sesampainya kat Nagoya, mak pun mula la memilih mengikut kesedapan matanya. Aku cam biasa, jadi pemerhati je. Kalau ada yang aku tak berkenan, bagitau. That's all. Sambil mencari kain langsir sempat jugak menelek kain² yang sesuai nak dijadikan baju nikah aku nanti. Tapi tak banyak pilihan. Jadi tiada sebarang pembelian untuk itu. Mak aku dengan selambernya memilih kain mengikut citarasa dia. Aku pulak berpeluh memikirkan betapa banyaknya kain yang dia beli. Menyesal pulak offer hari nak belikan kain langsir. Tapi takpela, hadiah untuk seorg ibu. Dia hepi, aku pun hepi. Poket aku jela yang kurang hepi, hahahahaha. Selepas menghabiskan beberapa ratus ringgit [ huhuhu :( ] kami pun terus pulang. Hepi bila tengok mak eksaitet dengan kain² langsirnya tu. Keesokkan paginya kami ada destinasi menghabiskan bajet yang seterusnya, Nilai 3..

Pintu gerbang Nilai 3...

Hari ahad yang indah... Tapi pagi² lagi aku dah dikejutkan oleh cik Bie yang memang dah lama pun terjaga. Dia memang nak pegi Nilai 3 tu seawal yang boleh. Takut nanti panas kat sana tu mencengkam sangat. Pengalaman membeli barang² untuk bertunang dulu dah cukup mengajar kami berdua betapa panasnya panas matahari kat Nilai 3 tu. Tapi apakan daya, sebab kami bukan pegi berdua. Mak dan ayah aku pun ikut sama. Jadi terpaksa la menunggu². Sudahnya hampir pukul12:30 baru la kami berlima bertolak. Anak sedara aku, Adam ikut sama. Sesampainya di sana, aktiviti mengsurvey pun dimulakan. Dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Rasanya hampir 50% kedai yang berkaitan dengan kain² kami masuk. Kalau yang pernah atau tau camne besarnya Nilai 3 tu, mesti boleh bayangkan betapa penatnya berjalan dan singgah di setiap kedai tu. Puas tawar menawar, banding membanding. Akhirnya kata putus dicapai. Aku beli kain yang aku dah tengok dari kedai yang terawal kami singgah. Tapi sepanjang jalan tu sempat la mak aku pow aku sepasang baju kurung dan 2 helai tudung. Takpela, mak punya pasal. Bie pulak secara tak langsung telah membelikan cadar bilik pengantin untuk bilik tidur kami kat rumah dia nanti (walaupun sebenarnya kat rumah tu nanti cuma ada majlis kat dewan). Selesai segala aktiviti pembelian kat Nilai 3, kami pun berangkat pulang. Sempat melayan Adam yang merajuk sebab lama menunggu nak beli permainan Ben 10 dia. Sampai dah muncung² duduk celah kain² masa kami sibuk² memilih. "Alalalala, sabarla sayang.. nanti kita pegi beli". Maka sebelum balik kami singgah la kat satu kedai yang ada banyak permainan. Baru la nampak wajah hepi dia. Senangnya jadi anak kecil, tak payah pikir banyak². Dapat permainan terus hepi. Hehehe..

Hurmmm... mana satu ekk??


Survey jangan tak survey...


Mak yang tengah tawar-menawar..


Deretan kain².. poning kepalo!!


Budak merajuk..


"Mana satu nak ambik ni?? Nak semua la rasanya..."

By the way, ada benda yang dah termissed nak citer kat atas tadi. Aku dan Bie dapat baucer untuk lucky draw contest. Beli barang kat carefour last week pastu saje la try isi borang. Sepatutnya kami pegi ambik baucer tu kat Palace of The Golden Horses Hotel masa hari ahad tu. Tapi sebab jadual penuh, maka baucer tu kami hold sampai ke hari yang lain. Berdering² henpon aku dan Bie sepanjang kami berada kat Nilai 3 tu. Part yang paling best dalam citer ni, kami letak status dalam borang tu dulu married. Hahaha.. Kalau dapat apa² pakej untuk married couple, harap² pakej tu valid sampai tahun depan bulan 4. Dapat jugak kami guna. Kalau tak.... Kepada sesapa yang berminat, sila queue ye. Hahaha... 

Oklah, ini saja untuk update kali ini.

-END-

Saturday, December 20, 2008

Serangan Larut Malam

Arrrghhhh.............. Sakitnya!!!!!!!!!!

Itu jela yang mampu aku katakan saat mataku yang lena terpejam tiba² terbuka dan tiba² segar seolah² aku belum pernah tido sebelum tu. Tapi sayang, yang segar tu hanyalah mata tetapi bukannya badan mahupun kudratku yang ternyata masih lemah dan seperti diawang²an. Denyut di kepala terasa begitu mencengkam. Rasa seolah² ada sesuatu yang menghempap kepala ku ini tapi aku tak tau apa kebendanya. Puas aku bergolek ke kiri, ke kanan. Haihh.. tetap tak selesa. Bantal yang rendah aku tinggikan, tak jugak selesa segala tindak tanduk aku tu. Aku cuba jugak pejamkan mataku kembali. Tapi ternyata, denyut yang bersarang dalam ruang lingkung otak aku ni lebih hebat. Melenyapkan semua rasa mengantuk yang ada. Akhirnya, dengan rasa penuh tak terdaya aku bangun jugak dari perbaringan. Masuk ke bilik air, basuh muka... dan dalam masa yang sama, keluar segala isi perut yang aku masukkan makan malam tadi. Aku sangkakan selepas keluar semuanya, kurang sikit denyut² di kepala ni. Tapi malang seribu kali malang, sakitnya makin bertambah. Memandang Syasya yang enak lena ke alam mimpi, jeles sekali rasanya. Jam yang dah mencapai angka 6 pagi aku pandang sepi. Hurmmm, bila la sakit ni akan hilang.  Sudahnya, aku mengalah dengan kesakitan dan ujian Allah ini. Ubat penahan sakit di hujung kaki ku capai. Telan sebiji, minum air banyak². Moga² kesakitan ini akan beransur kurang. Alhamdulillah, dapat jugak aku lelapkan mata akhirnya walaupun sakit yang datang tadi masih berbekas. Malah sampai ke saat post  ini aku taip, denyutnya masih terasa. Mujur hari ni aku kerja, kalau tak........ masih berselimut lagi barangkali. 

Aku tak tau la apa puncanya serangan melampau malam ni terjadi. Seingat aku, semalam aku takde pun tension atau sibuk sangat dengan kerja. Makan pun aku rasa takde yang missed. Sepanjang minggu ni pun aku dah cuba menjadi setenang yang mungkin. Sebab aku tau di saat keadaan aku sekarang, sikit pun tekanan akan buat penyakit aku ni datang. Mungkin ujian dari Allah agaknya. (Redha jelah Ima......)

Ohhh... lupa aku nak cerita. Syasya merupakan rakan sekerja merangkap kawan lama dari ILP sampai la ke ADTEC. Semalam die keseorangan kat rumah. Alang² aku pon takde kawan malam tadi, jadi aku offer la die join aku jadi org bujang untuk satu malam. "Mak buyong" la katakan, takkan  nak biar duduk rumah sorang² kan.. hehe.

Monday, December 15, 2008

Mendung ~.~

Kepala aku hari ni pusing², berat semacam. Badan pon rasa tak best je sepanjang weekend yang lalu. Mungkin sebab dah bermulanya episod minggu² yang memenatkan untuk aku. Sabtu lepas aku ikut Bie balik ke Jerantut. Sekeluarga balik ke sana sebab ada kenduri sepupu mak Bie kawen kat Jengka. Sampai je kat sane, kami di sambut ceria oleh cuaca yang maha panas!! Hadoih, berpinar bijik mata aku. Rasa nak pitam aku dibuatnya. Memandang pengantin yang steady dalam songket pengantin kaler oren diorang tu buat aku kagum betul. Kalau aku tu rasanya dah merah padam muka aku yang tak berape cerah ni. Silap² aku dah terduduk pon kat tepi khemah tu kepanasan. So, aku memang salute la tgk diorang boleh menten je tersengih² depan kamera. Aku sampai² je terus duduk makan. Selera aku dah lama pon out sejak dari mula lagi. Kepala aku dah berdenyut² menahan sakit. Pelawaan bakal mak mertua aku yang nak masuk ke dalam tak aku tolak langsung. Cepat² aku sudahkan makanan aku dan cabut dari situ. Meninggalkan Bie dengan kaum keluarga die yang lelaki kat luar. Kat dalam rumah tu baru la lega sikit aku rasa. Dapat kena kipas tu alangkah heavennya terasa. Lebih kurang sejam duduk bertandang, berbual² (yg mana aku lagi banyak senyum² kambing je kat situ, sebab ada benda yang aku tak paham pun). Kitorang pun berangkat meneruskan destinasi ke Jerantut, rumah wan yang lebih kurang 20 minit kot perjalanannya dari situ. Perkara pertama yang aku terpikir nak buat sesampainya di rumah adalah, MANDI!!! Panas sangat sampai badan aku dah rasa macam nak demam. Kepala aku terasa berbahang. Duduk bersantai-santai lebih kurang 15 minit, lepas tu aku terus bangun dan mandi. Siap syampu kepala. Tapi rasanya dah terlambat, sakit kepala aku tak hilang pun lepas tu. Malah makin berdenyut² sampai la ke malam. Penyudahnya, Bie paksa aku telan panadol. Pastu terus tidor. Aku yang mula²nya taknak tidor awal terpaksa jugak akur bila mak Bie sendiri dah mengeluarkan arahan. Dengan malasnya aku terus masuk ke bilik, dan landing. Tak sampai 5 minit, aku pon hilang dan hanyut ke alam mimpi. 

Pagi esoknya bangun, baru la ada rasa segar sikit kepala ni.Ringan je rasanya. Lebih² lagi bangun dalam keadaan sejuk² dingin. Inilah yang aku suka kat Jerantut, bangun dari tido damai sangat rasanya dengan hawa paginya yang nyaman. Sesuatu yang aku tak boleh nikmati dah kat kota KL!! Lepas je makan tengah hari, tepat pukul 2:30 aku, Bie dan along berangkat pulang ke KL. Saat kereta mula bergerak, saat tu jugak la kepala aku mula berdenyut² kembali. Haduiyyyaaii... apa la sebenarnya yang bersarang dalam kepala aku yang tak besar mana ni. Tapi sepanjang perjalanan aku cuba tabahkan hati. Tahan dengan segala kudrat yang ada. Tak sampai hati biarkan Bie sensorang memandu tanpa teman berbual. Tiba di KL lebih kurang pukul 5:00 petang. Lega rasanya perjalanan yang jauh tu dah berakhir. Selesai hantar bie balik, aku terus bergerak pulang ke Taman Melati pulak. Malamnya keluar balik, pegi Carefour dengan Bie. Kak Lela pesan beli barang² basah sebab die nak masak. Melayan tamu yang datang dari New Zealand. Malamnya aku tido agak awal dari biasa. Sebab penat yang amat sangat, mata aku terpejam² entah berapa kali sepanjang malam. Jadi cerita Kyle XY yang aku tonton menjadi teman tidor aku. Sedar² dah pagi pun. Nasib baik la ada yang tolong padamkan TV & tutupkan pintu bilik.

Dan hari ini, aku meneruskan rutin kerja seperti biasa. Walaupun kepala ni dah mula terasa berat sejak awal pagi tadi lagi. Tapi selagi terdaya, akan aku gagahkan jugak nak berkerja. Dah la "mak buyong" pun MC sampai hari Rabu. Kenala ada yang cover. Moga² kepala aku ni akan beransur ringan esok. Mudah² an...


Pintu gerbang Sungai Pahang...


Jauh perjalanan, luas pemandangan...


Blok A, Felda Jengka 8...


Merpati 2 sejoli..


Perjalanan pulang... Kabus di sana sini!!

**Aku mesti kuatkan semangat, tabahkan hati.. Hari² yang mendatang ni mesti akan lebih mencabar emosi, fikiran mahupun kudrat aku. Chaiyyok Ima!!**

Friday, December 12, 2008

Latih Tubi Surirumah tangga

Semalam adalah hari cuti untuk warga kerja yang bekerja di Selangor kerana cuti Hari keputeraan sultan. Maka sepatutnya ia adalah hari untuk bermalas²an bagi yang bercuti, tapi bukan aku. Seawal jam 6:45 aku dah pun dikejutkan oleh hosmet² yang 'dengki' (sebab diorang kerja). Hehehe.. Jadinya, rutin bangun pagi aku adalah seperti biasa. Lagi pulak pagi tu aku kena hantar my dearest K-Mie ke opis. (keje kat Selangor, tapi cuti ikut KL. pelik.. pelik). 

Lepas dari menghantar tunang tersayang, aku terus balik ke rumah. Hasrat nak pergi mengservice kereta aku batalkan sebab takut service center  tak bukak (tapi hakikatnya memang aku dah malas). Sampai je kat rumah, tugas pertama adalah mensetelkan kain baju yang dah dibasuh dan akan dibasuh. Lebih kurang 2 jam menghabiskan masa mengadap mesin basuh separuh oto tu, aku pun apa lagi.. tutup TV, tutup langsir, kunci semua pintu dan tingkap.. dan terus boom sampai ke petang. 

Sedar² jam sudah pun menunjukkan angka 4. Haihh.. ada tugasan yang mesti dilaksanakan!! Kak Safa request sambal ikan bilis dari aku sejak seminggu yang lepas. Dia nak bawak ke Beijing. Jadi, memandangkan dia akan fly  pada malam tu dan aku pulak dah berjanji.. dengan kepala yang berat aku bangun dan siapkan jugak la semua yang diperlukan. Tepat pukul 5, siap la sudah sambal ikan bilis yang bagi kak Safa World  giler la kot. Hahaha... Sampai ke Beijing dah masakan aku rupanya. Dasyat jugak ye!! 

Tugas aku tak terhenti di situ, dah hantar kenalah jemput pulak kan. Jadi, selepas selesai masak. Aku bersiap² nak jemput K-mie pulak. Haih, macam ada anak yang dah sekolah pulak.. pagi hantar, petang jemput. Hehehe.. Selesai tugas yang satu tu, sempat singgah makan dan solat maghrib di rumah bakal mak mertua. 

Sampai je kat rumah, tolong hantarkan kak Safa ke LRT. Kesian la pulak nak biarkan die meredah hujan dengan beg² die yang besar tu. Kebetulan jugak kak Lela dalam LRT otw balik dari opis. Jadi alang² lepas hantar kak Safa, terus la tunggu kak Lela pulak. Mujur tak sampai 5 minit lepas kak Safa turun dari kereta, kak Lela pulak muncul. Kalau tak jenuh la jugak menunggu. Sebelum balik ke rumah sempat menyinggah kedai makan melayan kak Lela yang kelaparan (dah macam ibu mithali rasanya hari ni). Selesai makan, terus balik rumah.

Maka dengan itu, selesai lah sudah episod "sehari menjadi surirumah tangga" untukku. Mungkin ini boleh menjadi latih tubi yang baik untuk aku di masa akan datang. Siapa tau kan, hehehe..

Petunjuk : K-mie --> tunang
: Kak Safa & Kak Lela --> Hosmet

-END-

Tuesday, December 09, 2008

Lupa la pulak..

Bangun dari tidur pagi tadi,terpikir sejenak.. Seolah2 ada sesuatu yang aku lupa. Tapi apa??? Aku bangun teruskan rutin macam biasa.. *sensored* mana2 yang berkenaan.. hahahaha. Bersiap2 utk memulakan hari pertama berkerja selepas cuti Raya Aidiladha (damn it, malasnya!!).. Sepanjang perjalanan ke opis, memang terasa sesuatu yang aku terlupa, tapi apa??? Aduh, daya ingatan aku semenjak menginjak usia hampir suku abad ni semakin lemah!! Jadi aku lupakan saja.. "Jalani hidup seperti biasa...." kata hatiku. Sesampainya di opis, on pc...Mulakan tugas pertama... menjeling ke kalendar yang sentiasa menjadi teman setia di opis.. Wakakakaka, aku terlupa!!!! Hari ni birthday bie!! Jadi sebagai tanda meraikan, aku ajak la dia makan kek kat Secret Recipe masa lunch hour. Camne pon tetap dia yang belanja.. haha, thanks sayang..

"Happy 26th Birthday Bie.. I will always love you now and forever, Insya-Allah.. Sama2 la kita menanti hari bahagia tu ye.. Sincere from deep of my heart - Ayang - "

"When You Say Nothing At All"

It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word, you can light up the dark
Try as I may I could never explain
What I hear when you don't say a thing
The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall
You say it best..when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near, you drown out the crowd
Try as they may they can never define
What's been said between your heart and mine

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know that you need me..

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know that you need me..

-END-

Tuesday, December 02, 2008

Finally..

Akhirnya aku mendapat template yang aku berkenan.. Not bad  la, tak la cantik mana. Tapi cukup sekadar untuk memuaskan hati. Dan selagi tak lengkap, blog ini akan tetap menjadi pekasam. So, aku doa² je la moga² cepatla settle natang blog ni. Susah jugak bila jadi org yang 'sedikit' cerewet ni, pilih template pun susah sangat..

Adioss...

Thursday, November 27, 2008

Blur Lagi nih..

Still have no idea what, where and how i should start.. So, just wait laa..

Thursday, September 25, 2008

My 1st try..

Testing2 123
Related Posts with Thumbnails