Thursday, December 31, 2009

Mode Cuti Bermula: Glory Beach Resort

Menghitung detik dan waktu. Tak sabar rasanya menanti jam berputar ke angka satu. Haih, hanya jasad yang tinggal di sini (opis), tapi otak dan minda sudah jauh terbang melayang di bawa angin lalu. Haha, aku dah malas nak buat keje la!! Ada setengah jam je lagi, tapi terasa lama yang amat. Tolong!!

Hari ni, aku akan bersama dengan family Semenyih bercuti² ke PD. Tempat penginapan telah pun ditempah oleh cik puan mastermindnya iaitu akak aku. Glory Beach Resort akan pastinya menantikan rombongan sebatalion yang akan menggamatkan suasana. Keluarga aku yang besar dan 'besar2' belaka itu akan menghuru-harakan seluruh kawasan PD. Hahaha. Kejam sangat bunyinya tu kan. Tidaklah sampai begitu sekali rasanya. Tapi kemungkinan keluarga kami akan kongker satu swimming pool nanti mungkin ada. Yerp, kami memang sebuah keluarga yang besar. 9 orang adik beradik, 3 dah berumah tangga, ditambah pulak dengan yang dah bercahaya mata. Semuanya ada bersama nanti. Nasib la kalau satu apartment tu akan tunggang langgang kami kerjakan.

Port Dickson, nantikan kedatangan kami!!



P/S - Selamat menyambut tahun baru 2010.
Sambut la tahun baru yang mendatang ni dengan penuh keinsafan okey. Bersyukur sebab masih diberi peluang bernafas dan meneruskan kehidupan. Perbaiki segala kelemahan dan kekurangan. Semoga kite semua mendapat berkat dan hidayah dari-NYA.

Nota kaki lapan:
Apa azam tahun baru agaknya ye? Entah la, yang dulu² pun banyak lagi yang tertunggak ni. Tak larat pulak rasanya nak pasang azam yang baru lagi selagi yang lama tu tak terbayar.

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Wednesday, December 30, 2009

Sudah mula jatuh hati

Semakin nak meninggalkan usia remaja ni, tiba² pulak aku jadi tambah terpikat dengan series² yang berunsurkan dunia remaja sekarang. Kuang kuang kuang!! Gaya macam nak kembali ke zaman remaja gitu kan. Apakan daya, masa yang berlalu tetap akan berlalu. Yang lepas tetap tinggal sejarah. Yang dapat kite buat hanya satu, iaitu mengenangnya dan terus mengenang. Yang indah buat kite tersenyum, yang pahit pun kadang boleh buat kite tersenyum. Hehehe.

Berbalik pada citer perihal series² yang aku cakap tadi. Sebenarnya bukan apa sangat pun. Aku perasan sejak dua menjak ni, aku macam dah terlekat dengan series² drama tv macam Gossip Girl (xoxo :P), Beverly Hills, One Tree Hills, Tari Tirana dan tah apa tajuk lagi tah. Tv series yang kalau dulu aku malas nak layan pun sebab ceritanya yang ala geli² camtu. Tapi sekarang ni entah kenapa aku dah jadi rajin pulak nak follow series yang tak membina minda ni. Pengaruhnya sampai tahap aku boleh risau semalam balik lambat dari shopping. Nak membeli seluar pun mata asyik tengok jam. Takut terlepas satu episod. Maybe sebab bila tengok citer² tu, aku rasa muda kembali kot. Hahaaha. Tapi aku takde la tua sangat pun. Ada 4 tahun lagi sebelum bertukar ke satu fasa umur yang lain (oh god, bukan lama sangat pun 4 tahun tu!).



Takpela, takyah dirisaukan. 4 tahun tu pun belum pasti lagi perjalanannya kan. Jadi, just enjoy my life while i have it. Semalam adalah sejarah, hari ni adalah pasti, esok belum tentu lagi. So, takyah la dipikirkan sangat apa yang akan berlaku esok. Baik fokuskan dengan apa yang ada hari ni. Anggap je perubahan selera kepada tv² series tu hanya sekadar perubahan minat sebab sekarang dah banyak masa nak menempek depan tv berbanding dulu. Maksud aku, sebelum kawen komitmennya lain (nak layan sms, layan call, bercintan cintun). Tapi sejak lepas kawen ni, sambil borak pun depan tv, makan pun depan tv, kadang² tido pun depan tv. So tak hairan la kalau sekarang ni boleh bagi komitmen kat tv pulak kan, hehe. Harap² aku tak la addicted sangat sampai tahap macam orang² yang addicted pada Nur Kasih (contoh dah ramai sangat depan mata, hehe). Sampai sanggup skip semua aktiviti semata² sebab nak tunggu siaran Nur Kasih tu, ish ish ish..

Tapi macam manapun, segala tv series setakat ni belum mampu melawan minat aku pada series yang lebih dewasa coraknya. Criminal Mind, CSI, Bones, Burn Notice, Chuck, Lie To me, NCIS dan macam² lagi la. Kalau series yang ni, aku sanggup duduk tak bergerak depan tv sebab nak menanti sampai ke penghabisan. Tapi ada la orang tu, setiap kali series ni tengah on air, die mesti teman aku. Tapi teman dengan krooh krooh jela. Hehehe, kesimpulannya memang aku tengok sorang la sebenarnya.





Nota kaki lapan: Rumah aku takde astro, jadi takde istilah siaran ulangan untuk aku. Payah² sangat aku mintak bie download je..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, December 28, 2009

Family Dinner: Bangi Kopitiam (Treat by Encik Hubby)

Malam tadi bie suggest pekena roti bakar kat Bangi Kopitiam. Die memang dah terpikat sangat dengan 'Half Boiled Egg with Roti' yang ada dua biji telur separuh masak on top roti bakar tu. Satanem sangat katanya. Kebetulan mummy & abah baru balik dari Mekah, so kemungkinan besar mummy masih penat nak memasak. Lagipun nak kasi diorang reset balik tekak kepada masakan Malaysia (boleh ke guna alasan tu?), jadi aku suruh bie ajak semua sekali dinner terus kat sana. So that mummy takyah la susah² nak masak apa² (ni lebih kepada aku yang tak payah rasa bersalah sebab tak tolong masak, hehe). Mummy okey je dengan cadangan tu. Jadi confrim la sefamily menerjah Bangi Kopitiam malam tu. Alang² jaraknya yang hanya 500 meter (lebih kurang la) je dari rumah mummy.

By the way, ini bukan la kunjungan kali pertama aku & bie. Sebelum ni dah 2 kali terjah makan kat sini. Memang memikat kalbu jugak la main course yang ada. Varierty dan menepati selera aku yang sangat la 1Malaysia ini, hehehe. Terpulang la nak makan apa. Masakan melayu ada, cina ada, india ada, barat pun tak ketinggalan. Kopinya pun, best! Aku lebih suka black coffee, berbanding white coffee. So, malam tadi aku pilih Tuna Sandwich, tapi sold out pulak. Tukar kepada nasi dagang (sedap jugak, 1 of my feveret) dengan Kopi Coklat (first time cuba, rasanya agak thick jugak la). Bie pulak dengan Doodle Mee with Sausage (macam megi sup) dengan Teh O Limau. Yang lain pun makan menu yang berasingan. Boleh round table kalau nak try rasa benda yang berlainan. Semua ada malam tadi kecuali Nana (adik ipar aku), sebab die kena balik ke Shah Alam pasal pagi ni die ada kelas. Bie buat jahat, die MMS gambar kami dinner tu sebab nak bikin hati adik die panas, hahaha. Untung kamu ye Nana, dapat abang yang 'prihatin' macam tu. Selesai makan, aku & bie berangkat balik ke Damansara.


Semua khusyuk je masa makan.. Sedap kan orang belanja :P


Antara gambar makanan yang sempat snap..


Great combination: Nasi Dagang 'Mak Teh' + Kopi Coklat Panas.
Saya Punya!! (buat intonasi suara macam iklan megi asam laksa)


Kalau diperhatikan nama pada menunya, ada jugak yang kelakar. Contohnya, Kopi O 'Ah Chong', Nasi Dagang 'Mak Teh', Cendol Kacang 'Ali Kutty'. Kali pertama tengok menu tu, memang ada rasa nak gelak la jugak. Tapi itulah yang dinamakan kelainan. Nampak la semangat 1Malaysia pada nama² menu tu kan. Baru la menyahut seruan kerajaan namanya tu. Jadi boleh la try² pegi kepada yang berminat nak mencuba. Yang paling penting, Bangi Kopitiam ni tokeynya adalah orang melayu kita. Kebanyakkan pekerjanya pun terdiri daripada melayu. Jadi tak la risau sangat dengan isu persijilan halal macam yang berlaku kat satu kopitiam yang agak pemes itu. *Tutt*.. Kena sensored, takut kena saman. :P


Gambar takde motif. Saje je tempek gambar adik ipar aku ni.
Love the shot dari encik hubby ini..


Nota kaki lapan: Dang dang dut tali kecapi, kenyang perut kite hepi!! Diet tetap on going walaupun aku dah mula makan benda berat². Semuanya masih terkawal..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Lengkap sudah rukun hidup mereka

Alhamdullillah. Sabtu lepas selamat sudah abah, mummy, mak itam dan jemaah haji yang sama penerbangan dengan mereka kembali ke tanah air. Penerbangan yang sepatutnya berlepas tertunda 2 jam kerana masalah teknikal di sana. Akibatnya, flight yang sepatutnya tiba pukul 8:30 malam tertunda hingga ke pukul 11:30. Kami ramai² sekeluarga menanti kat KLIA dengan penuh sabar. Sempat jugak aku menjelajah ke segenap ruang legar KLIA. Maklum la, itu kali pertama aku menjejakkan kaki kat situ. Perasaan teruja tu memang ada la (jakun le katakan). Sebelum ni hanya memandang dari luar je. Sementara menunggu, bie bawak aku ke anjung tinjau. Kat situ dapat la tengok flight yang baru mendarat dan yang nak berlepas. Kebetulan, flight Saudi Air yang abah, mummy & mak itam naik memang baru tiba. Jadi alang², kami pun meninjau dari jauh kelibat mereka. Sebaik je mata terpandangkan susuk tubuh yang dikenali, melompat sepupu² bie yang kecik² tu kegembiraan.

Terus kami semua menanti kat arrival hall pulak. Manusia dari entah mana memenuhi ruang. Masing² dengan tujuan yang sama, menanti ahli keluarga yang masih sibuk dengan urusan pengambilan bagasi di dalam sana. Hampir sejam menanti, masih tak kelihatan wajah yang kami tunggu². Hanya sekitar pukul 1 pagi, baru la mummy dan abah keluar. Mak itam lebih awal keluar dari mereka. Bersalaman, berdakapan. Drama air mata diiringi bersama. Hurmm, air mata memang tak dapat dipisahkan dengan kisah hidup manusia agaknya. Selesai berpamitan, masing menuju ke parking untuk berangkat pulang. Tak tertahan rasanya mata menahan mengantuk. Sebelum ada yang terlelap, perjalanan harus dimulakan.


Sesampainya kat rumah. Jam di tangan dah pun ke angka 2:30 pagi. Kepala aku dah betul² berat. Mata apatah lagi. Usai bersalin pakaian, aku terus terlena hingga keesokkan paginya langsung tak berkutik² lagi. Kepenatan yang amat sangat! Paginya, lain pulak urusan yang menunggu. Jamuan makan pagi dan doa selamat pulak acaranya. Agak kelam kabut sebab semuanya bangun lambat. Bahana kepenatan semalam la tu. Sampaikan abah yang biasanya ke surau setiap pagi pun boleh kesiangan. Mujur la ada yang tersedar. Hidangan jamuannya mudah, nasi lemak dan kuih muih, ditempah siap. Jadi tak la bersusah payah menyediakan itu ini. Yang kelam kabut hanya la untuk menghidangkan sebelum tetamu yang dijemput sampai.



Selesai majlis, baru la dapat berehat² dengan tenang, itu pun belum dikira lagi kesempatan yang dicuri ke Kepong. Sempat menerjah warehouse sale pakaian Disney. Niat di hati nak cari untuk diri sendiri kalau ada. Tapi sayangnya, baju kanak² je yang menimbun. Jadi, sempat menyambar untuk budak² bertiga (anak² akak aku) tu je la. Tu pun dengan susah payah menyelongkar.


Dapat untuk Alif & Adam je. Untuk Hafiy tak ketemuan..

Benar² inginkan rehat yang mencukupi rasanya badan ni. Bila la agaknya dapat ke suatu tempat nak bercuti sambil merehatkan minda dan badan ye? Sila la jawab kepada yang berkenaan. Hehehe..

Nota kaki lapan: Penat sangat sampai ke hari ni terasa lagi mengantuknya..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Saturday, December 26, 2009

Lawatan pertama kali ke Downtown Danau Kota..

Malam tadi aku mengikut ipar2 aku berembun malam. Lokasi dituju, Downtown Danau Kota. Bie awal2 dah bagitau taknak ikut sebab die nak temankan wan yang ada kat rumah sorang. Jadi aku jadi orang bujang la untuk satu malam. Tujuan bukan la untuk bershopping pun. Cuma menunaikan hasrat Pak Andak sekeluarga yang datang dari Perak. Teringin nak tengok apa sangat yang menariknya Downtown tu. Tapi plan asal sebenarnya anak2 Pak Uda yang dari Kinrara beria2 nak pegi. Sayangnya hasrat mereka tak kesampaian sebab Pak Uda yang tak larat berjalan malam (asalnya diorang ingat lepas maghrib dah boleh pegi, haha).

Jadi selesai je ber'meeting' kat rumah Mak Nyang (meeting pasal perjalanan ke KLIA malam ni), kami balik ke rumah dulu berehat2. Lebih kurang jam 11 malam, baru gerak ke Danau Kota. Kepala aku dah mula berdenyut masa ni. Tapi aku tahankan sebab nak menemankan adik ipar aku yang sorang tu. Sampai je kat sana, keadaan dah mula sesak. Ramai sungguh manusia kat situ. Nasib baik la tak abis sekali pusing dah dapat parking. Tak la jauh sangat kena berjalan. Sesak padat dengan manusia di sana sini. Membuatkan kepala aku yang memang dah sedia berdenyut bertambah lagi denyutnya. Tapi aku kuatkan semangat, teruskan berjalan. Asalnya berjalan dalam kumpulan, tapi akhirnya terpisah. Dalam kesesakkan orang di sana sini tu, memang susah nak bergerak sekali. Jadi baik bergerak ikut kehendak sendiri. Kejap jumpa, kejap hilang. Itu lah keadaannya sepanjang jalan. Aku tak banyak sangat nak pikir bershopping asalnya. Tapi, godaan rupanya sungguh kuat. Mujur la dapat jugak aku tahan amukkan nafsu bershopping tu. Daripada plan asalnya nak berjalan je, sudahnya penuh jugak tangan, hehehe.





Habis jugak la RM60. Tapi aku beli benda2 yang perlu je. Kalau ikutkan hati, banyak je yang aku sambar. Tapi mengenangkan bajet belanjawan yang tak mengizinkan, aku beringat jela. Tambahan berjalan sorang, rasanya macam nak je aku sambar apa yang ternampak dan berkenan. Bahaya jugak rupanya berjalan sorang ni, takde advisor. Tapi kalau dapat advisor yang kaki shopping, tak guna jugak la. Hahaha.



Puas berpusing, puas berhimpit di sana sini. Aku pun decide nak stop bersesak. Takut nanti kalau teruskan perjalanan, makin bertambah pulak barang yang dibeli. Hehe. kebetulan pulak masa menghala keluar dari kawasan bazaar tu, terjumpa dengan adik2 ipar aku. Kami pun sama2 la berjalan keluar. Dan sedari awal tadi memang dah plan nak pekena steambot cucuk2. Tak lengkap la rasanya kalau tak rasa. Apa lagi, 5 cucuk aku sambar. RM1 secucuk, mahal! Aku rasa dulu2 baru 60sen - 80sen je masa zaman aku makan kat area belakang Plaza Kota Raya. Zaman berubah, harga apa2 pun makin naik. Terasa pulak macam nak try bisnes steambot ni, modal kecik untung boleh tahan. Customer pun tak susah cari. Meniaga je tepi bus stand, sure ada pelanggannya. So, ada sesape yang sanggup jadi share partner?? Hahaha.



Selesai membedal steambot, maka pulanglah kami semua meninggalkan kawasan yang sesak padat itu. Makin malam, makin ramai pulak manusia yang datang. Orang bandar memang pelik hidupnya kan. Kalau kat kampung pukul 10 tu memang dah sunyi sepi pun. Kat bandar, pukul 3 pagi pun penuh lagi manusia atas jalan. Pelik!

Nota kaki Lapan: Aku adalah orang bandar yang lagi suka dengan culture kat kampung... Inilah aku..


Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Related Posts with Thumbnails