Jumaat sudah, penghulu segala hari. Diam tak diam, rupanya dah nak masuk pertengahan bulan Jun pun. Tak sangka, cepat sangat rasanya masa berlalu sekarang ni. Lagi terasa cepat bila diri ni dilanda musibah, hari2 dok memikirkan masalah yang melanda. Macam mana pun, alhamdulillah, masih mampu lagi nak bertahan sampai ke saat ini. Terima kasih tuhan, KAU kurniakan aku seorang suami yang sangat memahami, sangat menyayangi. Aku bersyukur sangat.
Nampak macam aku mengeluh kan. Tak pun sebenarnya, aku memang seikhlasnya bersyukur dengan musibah yang Allah turunkan ni. Aku memang redha. Allah dah perkenankan permintaan aku menjadi seorang ibu, apalah sangat dengan ujian dia bila Hanan Zulaikha yang ku sayang tu taknak menyusu botol. Yerp, sampai ke hari ni aku masih gagal lagi nak pujuk si comel aku tu. Aku dah habis usaha, sekarang memang aku dah tak nak paksa dia lagi. Biarlah dia putuskan apa yang dia mau. Dan dia mau aku. Sepatutnya aku berbangga la kan!
Dek kerana hal tu jugak, keputusan muktamad terpaksa aku buat. Setelah berminggu2 aku pikirkan, setelah macam2 pendapat yang aku terima. Akhirnya kata putus yang aku ambil, berhenti keje. Itu yang terbaik buat masa ni. Hanan perlukan aku lebih dari segala2nya. Bukan ke anak itu pun satu tanggungjawab yang diberi Allah? Jadi kenapa aku perlu sedih kan. Sikit pun aku tak sedih bila aku terpaksa lepaskan keje yang mengisi akaun aku sebanyak 4 angka setiap bulan.
Rezeki ada di mana2, bahkan anak tu pun sumber rezeki dari Allah yang kita mungkin tak perasan. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, mungkin dengan cara yang lain. Kita tak tau, tu semua keje DIA. Yang penting, bila kita dah redha, kita kena sedia untuk serahkan segala-galanya pada ketentuanNYA.
Moga aku kuat mengharungi kehidupan baru selepas ni. Tiada lagi office hour, tiada lagi lunch hour, tiada lagi deadline, tiada lagi complaint, tiada lagi appraisal tahunan. Nah! Bukan ke best tu? Hehehe. Moga anak ibu akan menjadi anak yang solehah di bawah didikan ibu nanti ek. Walaupun penat mengasuh dari pagi sampai ke malam, tapi hati aku senang. Aku boleh tido dalam senyum.. :-)
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment