Monday, June 25, 2012

Family outing

Ding dong..

Hanan kepenatan! Tak bangun2 lagi dia dalam bilik tu. Setakat ngek2 nak susu je, mata tetap pejam. Hahahaha, kesian anak ibu. Seharian keluar rumah semalam, dari pagi sampai ke malam. Rekod paling lama keuar family outing. Biasanya paling lama pun dalam 4-5 jam je. Semalam betul2 pulun berjalan satu One Utama. Tapi tak abis jalan pun, tak larat kaki ni nak melangkah. Kalau dulu2, memang rajin nak jelajah setiap floor, setiap ceruk. Sekarang tak kuasa dah rasanya.


Sebenarnya takde la plan yang khusus pun jalan nak cari apa. Saja nak menghabiskan masa hujung minggu. Kebetulan jugak ada few barang Hanan dah abis, singgah la Jusco. Redeem voucher & belanjakan terus voucher tu termasuk dengan voucher2 lama. RM120 semua sekali, seronok la membeli takyah kuar duit. Hulur voucher je kat cashier.

Aku suka shopping kat Jusco sebab ada 'Baby Room'. Senang sket untuk orang yang ada anak kecik macam aku ni. Lagi2 Hanan kan breastfeed, boleh kata kerap la kena keluar masuk Baby Room tu. Selesa sket bila nak selak2 nyusukan dia, haha.

Minggu depan insya-Allah takde program outing, sebab Sabtu malam ada jemputan kenduri (tapi kad jemputan tak dapat2, camno?) kat Danau Kota. Kiranya itu la jadi family outing session kami untuk weekend ni. Harap2 nanti tak meragam la si tecik aku tu sebab dia kan timing tido start kul 9pm. Biasa masuk waktu2 camtu, dia dah start buat peel nak ajak baring. Selagi tak dapat baring sama, dia akan meragam. Dah la sekarang ni dah pandai jerit2 marah kalau kehendak dia tak dituruti, huhuhu.

Semalam masa jalan kat One Utama, masalah dari dulu sampai sekarang tetap tak settle. Bila nak makan je mesti menggagau tak tau nak makan apa. Padahal tempat makan punya la banyak dalam tu kan. Hahaha, memilih sangat ke apa aku pun tak tau. Siap dah tengok guide pun, blur jugak lagi tak tau nak makan kat mana. Last2, ke Dave's Deli jugak sudahnya. Aku mula2 nak makan nasi, tapi mengenangkan kebanyakkan tempat yang ada nasi tu kompom penuh & tak baper selesa masa peak hour, terpaksa la kensel niat. Kenangkan keselesaan anak punya pasal kan.

  
Eh, kenapa nampak kurus ni? Hahahahaha!!

 Meronda One Utama tu sampai pukul 5 lebih kurang. Lepas tu terus balik. Dapat arahan dari Mummy suruh singgah rumah, katanya ada hadiah untuk Hanan. Bila tanya dari sape, tak berjawab pulak. Makanya, singgah jela, bukan jauh mana pun. Sampai2 ada famili Pak Cu dari Bentong baru sampai. So, just lepak borak2. Hadiahnya tak dapat lagi, kena la tunggu kejap. 

Elok2 lepas famili Pakcu berangkat, Nana keluar dari bilik Mummy dengan paper bag di tangan. Hulur kat aku yang tiba2 macam blur kejap. Tapi on the spot teringat pasal ada sebut hadiah pertama tadi. Sebab masa sampai2 dah dapat baju 2 pasang, 'hadiah pertama' katanya. Yang kedua kena tunggu kejap. Rupanya ada yang lagi special nak bagi. Terima kasih daun keladi Wan, Hanan cakap lain kali bagi la lagi. Bagi untuk ibu & abah sekali kalau boleh. Hahahaha.

Isinya rahsia, takleh tunjuk.. :P

Lepas dinner baru la dapat balik rumah sendiri. Tu pun sebab Hanan dah mengaruk nak tido. Dia kan dah pandai jerit2. Abis suara dia saja la kat umah wan dia tu semalam. Ini budak pompuan memang cerewet bila sampai masa dia nak tido. Semua pun jadi serba tak kena. 

Sampai rumah kul 9 malam, terus standby nak tidokan Hanan. Nasib baik dia tak buat perangai sebab ikutkan dia memang dah penat sangat. Dari pagi tido dia asik terganggu. Selesai tidokan Hanan, aku kembali dengan tugas2 rasmi yang lain. Aku kan keje 24/7, takde cuti. Jadi semalam ni antara yang sempat aku kejekan sebelum tido...



Nota kaki lapan: Happy bila berjalan dengan family yang dah complete macam ni.. :)

 Till my next post.. Bye bye bye..
 

 

-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails