Wednesday, June 13, 2012

Go green project: Mari berCD

Ding dong..

Akhirnya tercapai jugak hasrat yang terpendam sekian lama. Dari Hanan Zulaikha dok dalam perot lagi dah berhajat nak membeli natang ni. Tapi masa tu tak beriya sangat sebab macam tak konfiden lagi. So, sebelum beli, aku kumpul ilmu dulu. Masa dalam pantang, boleh kata hari2 aku browse internet pasal nak cari maklumat. Lepas berbulan2, akhirnya aku dengan beraninya membelanjakan saki baki peruntukan yang Bie bagi untuk keperluan Hanan dari sebelum bersalin hari tu. Maka, sakan la aku memborong cloth diaper (CD) ni.

Ni 2nd batch, 13 keping. 1st batch dulu beli 3 keping je.

Aku banyak dapat info pasal CD ni dari salah sorang blogger yang aktif memperjuangkan (eceh!) pemakaian CD. Kak Long Nuzula panggilannya. Dari blog dia la aku banyak belejar. Boleh kata dari zero to hundred! So, kalau ada yang nak belajar cari info, boleh la browse entry2 yang ada dalam blog dia tu. Cukup lengkap dengan semua info yangj diperlukan. 

Bila dah dikaji2, sebenarnya takde lah susah sangat kot berCD ni. Nampak rumit sebab kena basuh2 tu kan. Tapi basuh pakai mesin basuh, apedehal. Lain la macam zaman pakai napkin dulu, memang takde can la nak masuk2 mesin. sekali dua ko masukkan dalam mesin, tau2 dah hancur napkin tu nanti. Aku ni punya semangat nak berjimat cermat taknak guna 100% disposable diapers (DD), siap aku dah beli kain napkin 20 helai! Lengkap dengan nappy liner & nappy cover yang plastik tu. Tapi mikirkan pasal nak kena basuh tangan tu, makcik tobat nasuha! Sudahnya napkin tu sebungkus je berbukak, buat kain bedung masa Hanan Zulaikha dalam pantang. Skang ni jadi kain pengelap muntah & air liur je. Huhuhu.

Jadi, mintak tuhan rajinkan tulang urat aku nak berCD lepas ni. Skang aku masih lagi guna DD sebab 3 keping yang beli mula2 tu tak cukup la nak menampung rotation pemakaian baby tomey aku yang kuat poo2 ni. Insya-Allah, bila dah selesai pre-wash yang 2nd batch ni, aku akan start fully CD selagi ada stok. Kalau stok abis sebelum CD kering, aku sambung DD semula untuk backup. Target nak cukupkan sampai 30 keping, then baru berani nak secara totalnya beralih kepada CD. 

GAMBATE!!!

Nota kaki lapan: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
  
Till my next post.. Bye bye bye..

 

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... Jawab Balik

chaiyok ! pakai CD ni macam pakai lampin juga, beza nya CD boleh masuk WM dan tahan lama :)

yang penting usaha !

Saya prefer DD bila ada baby nanti, sebab bekerja.. takut tak rajin hehee

i.z.m.a said... Jawab Balik

Yana, nak seribu daya. I have same thought before this, prefer DD sebab takut tak rajin. tapi tak cuba tak tau, hehehe.

actually sama je guna DD or CD. just tambah satu keje dalam hidup, basuh CD. tu pun mesin yang basuhkan :)

Related Posts with Thumbnails