Dari sehari ke sehari nak mengupdate blog, tapi tak penahnya kesampaian. Bila ada masa yang terluang, aku pun try la nak update. Tapi asalkan aku mula nak menulis je, si tecik tu ngek ngek ngek. Cam tau2 je ibu dia nak bersantai2 meluahkan perasaan yang terpendam. Hahaha. Gini la jadinya bila dah jadi full time housewife. Waktu keje aku memang 24/7. Kadang lunch pun terkejar2 bila datang mood si tecik tu takmo tido lena tengahari.
Jadual aku seharian memang pack. Pagi2 bangun terus kena standby untuk si tecik sayang tu. Biasanya kul 5 pagi dia akan ngek ngek nak susu. Terus la angkat dia bawak ke katil kami, susukan sampai dia tertido semula. Kalau pun dia tak bangun, biasanya time tu aku memang dah terjaga. Sebab ada rutin lain, mengepam! Kalau tak pam, rasa macam nak pecah 'empangan' ni. Ada jugak kadang2 aku malas nak bangun mengepam. Akibatnya, sendiri tanggung la lepas tu.
Ohh by the way, Hanan sekarang dah mula tido kat dalam katil sendiri. Rasanya dah masuk 2 - 3 minggu lebih kot. Setiap malam dia dengan jayanya tido lena kat katil sendiri sampai pagi. Mula2 nak buat camtu, ada rasa risau jugak. Aku takut kalau dia bangun nak susu aku tak sedar ke apa. Sebab aku ni memang spesies tido mati, bom meletop pun aku boleh lena. Tapi tu dulu, zaman berdua. Sekarang tidak lagi la. Memang deria pendengaran aku jadi peka sesangat even masa tido lena. Sket je Hanan ek ok ek, aku terus celik. Kawan kat sebelah boleh tanya, "eh, Hanan takde bangun nyusu dah ke sekarang ni?". Amboi, amboi, amboi. Nampak benar tido matinya tu kan, hehehe.
So far, si tecik tu ok la tido sorang dalam katil dia. Tapi aku memang make sure takde benda2 bahaya sekeliling dalam katil tu. Selimut pun aku kepit baik punya dengan bolster kiri kanan, taknak ternaik ke muka. Tapi biasanya bukan ternaik, pagi2 selimut tu dah terburai ke hujung kaki. Sah la anak aku sorang ni berkayuh je kejenya. Tak sabar nak main beskal kot!
Biasa lepas nyusu pagi tu, dia akan sambung tido kat katil kami pulak. Sampai pukul 9 - 10 pagi. Kadang2 lajak sampai kul 11 pagi. Timing tido dia boleh kata seragam tiap2 hari. 9pm - 5am, 5:30am - 10am. So, tido malam aku memang tenang la. Macam orang takde anak kecik, hahahaha. Bersyukur sangat rasanya perangai dalam pantang dia tak terbawak sampai sekarang.
Siang hari pulak, dia tido kurang. Aku rasa kurang la, sebab biasa aku tengok baby2 baya dia ni selalu tido je kejenya. Hanan ni lagi suka main, borak2, layan tv. Boleh kata dia tido maximum 2 jam je paling lama. Biasanya dia tido 10 minit - setengah jam camtu je. Adalah 2 - 3 kali tido bangun tido bangun. Tu yang kadang kalau timing tak betul, sampai aku tak sempat nak makan. Tapi, tu masa awal2 dulu la. Sekarang ni, aku still boleh makan even dia tak tido. Just make sure aku kena duduk sebelah dia. Dia layan tv pun ok je, senyap tak berbunyi.
Sekarang Hanan dah masuk 3 bulan, dah banyak pandainya. Pandai borak2, pandai main2 kat playgym, pandai nangis mintak angkat, pandai jerit2 kalau montot basah. Suka sangat! Sebab aku dah tak sunyi kat rumah ni siang hari. Dah ada kawan borak2. Dia pun ramah kemain kalau time good mood. Asiklah tersengih manjang bila nampak muka aku. Senyuman dia priceless! Hilang semua penat lelah dari pagi menjaga dia sampai ke malam hari.
Sesungguhnya, aku sikit pun takde rasa menyesal decide nak berhenti keje. Malah aku sangat happy sebab Hanan bakal membesar dalam tangan aku, insya Allah. Bie pun cakap dia sangat release bila balik keje tengok anak dia terjaga rapi.
Oklah, lain kali sambung2 lagi kalau ada masa. Encik Abah nak bawak jalan esok ke One Utama. Dah lama tak jejak kaki kat sana, tempat yang satu ketika dulu macam rumah no. 2. Hahaha. Esok nak window shopping saja, takde plan nak beli apa2 pun. Bie pun setakat memenuhi jadual setiap wiken, kena bawak kami berjalan. Hehe, tenkiu Bie. Penat2 main paintball tadi, tapi still sudi nak luangkan masa bawak kami berdua jalan2 esok. Sayang you sangat2..
Nota kaki lapan: Hari Isnin nanti nak bawak Hanan Zulaikha cucuk 3 bulan. Insya-Allah kalau sempat nak bawak pegi sunat sekali. Alahai, besar dah budak motak ibu!!
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
2 Mak Joyah Bertandang:
tersenyum sendiri baca pasal Hanan tak sabar nak mengayuh basikal tu ! hehe...
Dia memang sangat suka berkayuh. Lagi satu feveret dia kipas2 tangan yang macam orang buat atas salji tu, tak reti nak explain. Haha!
Post a Comment