Monday, June 25, 2012

Hanan is 3 months young: Second dose DTAP

Ding dong..

Tengahari tadi bawak anak dara pegi klinik untuk check up & injection 3 serangkai dos kedua. Bie ambik half day untuk bawak kami. Maklum ler, saya takde kereta dah sekarang ni, lesen pun dah mati tak hidup2kan lagi. Tunggu tahun depan la baru hidupkan kot. Kalau buat sekarang pun, masa bilanya nak pegang stereng kereta. Manjang kena pegang anak je sekarang ni rasanya. Membazir je kalau renew awal2.

Masa kat klinik, Hanan punya mood macam tak berapa good sangat. Macam gelisah asik nak orang dukung. Bergilir2 la aku dengan Bie mendukung dia bawak jalan sana sini. Bawak stroller hanya jadi tempat meletak barang jela jadinya. Macam tau2 je dia orang bawak dia nak jumpa jarum! Hahaha.

Masa menunggu2 nak kena panggil untuk timbang berat, dia kasi 'hadiah' pulak. Meletop2 montot dengan bunyi bom dia. Oih, anak dara aku ni kuat kentut! Memang betul2 mewarisi betul la tu, oops! Bie cakap kalau dia kentut berserta vibrate, maknanya ada 'hadiah misteri' sekali. Aku jarang rasa sebab aku jarang dukung dia. Kat rumah, aku lagi suka biarkan dia baring sambil layan dia main. Taknak dia terbiasa berdukung. Tapi dengah abahnya, banyak songeh la dia nak dukung2. Anak manja abah!

Mula2 ingat nak tunggu, tapi last2 kena tukar jugak diapers dia. Sebab dia dah bising2 merungut siap terpekik2 dalam klinik tu. Semua benda buat jadi tak betul. Sebelum dia mengamuk, baiklah tukar secepat mungkin.

Alhamdulillah, berat Hanan ada naik sikit. Sekarang dah 5.3kg, bulan lepas 4.7kg. Dah naik lebih separuh dari berat dia masa lahir hari tu, 2.58. Alahai, mok mok dah anak motak ibu kan. Patut la lenguh nak kendong sekarang ni. Tambah pulak dia dah lasak, dok terpusing2 sana sini. Kalau masa mandi lagi la, ngeri aku takut terlepas pegang. Naya je.

Sebelum nak cucuk, dia dah mula buat perangai ngantuk nak tido. Tengah2 nurse interview tu, dia bantai takmo duduk. Dok membebel tak tau apa yang dia marah sangat. Tiba masa nak cucuk tu, dia mula meragam nak nyusu la, nak tido la nak apa la. Tapi isap susunya sikit2 je. Bila nak stop kejap susukan dia, dia bantai menjerit macam kena pukul. Nurse dah jadi serba salah nak cucuk masa tu. 2-3 kali la nak cucuk tapi tak jadi. Last2, aku suruh je nurse tu cucuk dia, takyah tunggu2. Kiranya dia dah menjerit2 dari sebelum kena cucuk. Macam budak kena dera.

Tapi settle je injection & keluar dari bilik injection, terus senyap. Haih, banyak akal budak ni!!

Gigit kang baru tau!

Balik rumah terus mandikan dia, bagi makan ubat siap2. Boleh tak aku terlupa baper ml nak bagi ubat, pastu tak tanya pun nurse masa lepas ambik ubat tu sebab Hanan ngamuk nak keluar cepat2. Aku tanya Bie, dia pun ingat2 lupa. Bantai jela bagi 5ml. Rasa macam betul, macam tak. Hahahaha, lantok ler..

So far Hanan nampak ok, lepas mandi balik dari klinik tu dia terus tido. Petang sikit bawak pegi pasar malam pulak. Masa kat pasar malam, tido je dia dalam stroller sepanjang jalan. Balik tu dalam kereta baru celik mata mintak orang layan dia. Kat rumah pun happy je macam biasa. Cukup time, mintak nak tido. Harap2 tak demam la budak motak ibu ni esok. Tapi kalau demam jugak, dun worry. Ibu will always here for you!

Nota kaki lapan: Tadi offer Bie pegangkan Hanan masa nak cucuk, dia takmo. Eh, takut jarum ke sayang?

Till my next post.. Bye bye bye..

 

-END-

Family outing

Ding dong..

Hanan kepenatan! Tak bangun2 lagi dia dalam bilik tu. Setakat ngek2 nak susu je, mata tetap pejam. Hahahaha, kesian anak ibu. Seharian keluar rumah semalam, dari pagi sampai ke malam. Rekod paling lama keuar family outing. Biasanya paling lama pun dalam 4-5 jam je. Semalam betul2 pulun berjalan satu One Utama. Tapi tak abis jalan pun, tak larat kaki ni nak melangkah. Kalau dulu2, memang rajin nak jelajah setiap floor, setiap ceruk. Sekarang tak kuasa dah rasanya.


Sebenarnya takde la plan yang khusus pun jalan nak cari apa. Saja nak menghabiskan masa hujung minggu. Kebetulan jugak ada few barang Hanan dah abis, singgah la Jusco. Redeem voucher & belanjakan terus voucher tu termasuk dengan voucher2 lama. RM120 semua sekali, seronok la membeli takyah kuar duit. Hulur voucher je kat cashier.

Aku suka shopping kat Jusco sebab ada 'Baby Room'. Senang sket untuk orang yang ada anak kecik macam aku ni. Lagi2 Hanan kan breastfeed, boleh kata kerap la kena keluar masuk Baby Room tu. Selesa sket bila nak selak2 nyusukan dia, haha.

Minggu depan insya-Allah takde program outing, sebab Sabtu malam ada jemputan kenduri (tapi kad jemputan tak dapat2, camno?) kat Danau Kota. Kiranya itu la jadi family outing session kami untuk weekend ni. Harap2 nanti tak meragam la si tecik aku tu sebab dia kan timing tido start kul 9pm. Biasa masuk waktu2 camtu, dia dah start buat peel nak ajak baring. Selagi tak dapat baring sama, dia akan meragam. Dah la sekarang ni dah pandai jerit2 marah kalau kehendak dia tak dituruti, huhuhu.

Semalam masa jalan kat One Utama, masalah dari dulu sampai sekarang tetap tak settle. Bila nak makan je mesti menggagau tak tau nak makan apa. Padahal tempat makan punya la banyak dalam tu kan. Hahaha, memilih sangat ke apa aku pun tak tau. Siap dah tengok guide pun, blur jugak lagi tak tau nak makan kat mana. Last2, ke Dave's Deli jugak sudahnya. Aku mula2 nak makan nasi, tapi mengenangkan kebanyakkan tempat yang ada nasi tu kompom penuh & tak baper selesa masa peak hour, terpaksa la kensel niat. Kenangkan keselesaan anak punya pasal kan.

  
Eh, kenapa nampak kurus ni? Hahahahaha!!

 Meronda One Utama tu sampai pukul 5 lebih kurang. Lepas tu terus balik. Dapat arahan dari Mummy suruh singgah rumah, katanya ada hadiah untuk Hanan. Bila tanya dari sape, tak berjawab pulak. Makanya, singgah jela, bukan jauh mana pun. Sampai2 ada famili Pak Cu dari Bentong baru sampai. So, just lepak borak2. Hadiahnya tak dapat lagi, kena la tunggu kejap. 

Elok2 lepas famili Pakcu berangkat, Nana keluar dari bilik Mummy dengan paper bag di tangan. Hulur kat aku yang tiba2 macam blur kejap. Tapi on the spot teringat pasal ada sebut hadiah pertama tadi. Sebab masa sampai2 dah dapat baju 2 pasang, 'hadiah pertama' katanya. Yang kedua kena tunggu kejap. Rupanya ada yang lagi special nak bagi. Terima kasih daun keladi Wan, Hanan cakap lain kali bagi la lagi. Bagi untuk ibu & abah sekali kalau boleh. Hahahaha.

Isinya rahsia, takleh tunjuk.. :P

Lepas dinner baru la dapat balik rumah sendiri. Tu pun sebab Hanan dah mengaruk nak tido. Dia kan dah pandai jerit2. Abis suara dia saja la kat umah wan dia tu semalam. Ini budak pompuan memang cerewet bila sampai masa dia nak tido. Semua pun jadi serba tak kena. 

Sampai rumah kul 9 malam, terus standby nak tidokan Hanan. Nasib baik dia tak buat perangai sebab ikutkan dia memang dah penat sangat. Dari pagi tido dia asik terganggu. Selesai tidokan Hanan, aku kembali dengan tugas2 rasmi yang lain. Aku kan keje 24/7, takde cuti. Jadi semalam ni antara yang sempat aku kejekan sebelum tido...



Nota kaki lapan: Happy bila berjalan dengan family yang dah complete macam ni.. :)

 Till my next post.. Bye bye bye..
 

 

-END-

Saturday, June 23, 2012

Dunia baru

Ding dong..  

Dari sehari ke sehari nak mengupdate blog, tapi tak penahnya kesampaian. Bila ada masa yang terluang, aku pun try la nak update. Tapi asalkan aku mula nak menulis je, si tecik tu ngek ngek ngek. Cam tau2 je ibu dia nak bersantai2 meluahkan perasaan yang terpendam. Hahaha. Gini la jadinya bila dah jadi full time housewife. Waktu keje aku memang 24/7. Kadang lunch pun terkejar2 bila datang mood si tecik tu takmo tido lena tengahari. 

Jadual aku seharian memang pack. Pagi2 bangun terus kena standby untuk si tecik sayang tu. Biasanya kul 5 pagi dia akan ngek ngek nak susu. Terus la angkat dia bawak ke katil kami, susukan sampai dia tertido semula. Kalau pun dia tak bangun, biasanya time tu aku memang dah terjaga. Sebab ada rutin lain, mengepam! Kalau tak pam, rasa macam nak pecah 'empangan' ni. Ada jugak kadang2 aku malas nak bangun mengepam. Akibatnya, sendiri tanggung la lepas tu.

Ohh by the way, Hanan sekarang dah mula tido kat dalam katil sendiri. Rasanya dah masuk 2 - 3 minggu lebih kot. Setiap malam dia dengan jayanya tido lena kat katil sendiri sampai pagi. Mula2 nak buat camtu, ada rasa risau jugak. Aku takut kalau dia bangun nak susu aku tak sedar ke apa. Sebab aku ni memang spesies tido mati, bom meletop pun aku boleh lena. Tapi tu dulu, zaman berdua. Sekarang tidak lagi la. Memang deria pendengaran aku jadi peka sesangat even masa tido lena. Sket je Hanan ek ok ek, aku terus celik. Kawan kat sebelah boleh tanya, "eh, Hanan takde bangun nyusu dah ke sekarang ni?". Amboi, amboi, amboi. Nampak benar tido matinya tu kan, hehehe.

So far, si tecik tu ok la tido sorang dalam katil dia. Tapi aku memang make sure takde benda2 bahaya sekeliling dalam katil tu. Selimut pun aku kepit baik punya dengan bolster kiri kanan, taknak ternaik ke muka. Tapi biasanya bukan ternaik, pagi2 selimut tu dah terburai ke hujung kaki. Sah la anak aku sorang ni berkayuh je kejenya. Tak sabar nak main beskal kot!

Biasa lepas nyusu pagi tu, dia akan sambung tido kat katil kami pulak. Sampai pukul 9 - 10 pagi. Kadang2 lajak sampai kul 11 pagi. Timing tido dia boleh kata seragam tiap2 hari. 9pm - 5am, 5:30am - 10am. So, tido malam aku memang tenang la. Macam orang takde anak kecik, hahahaha. Bersyukur sangat rasanya perangai dalam pantang dia tak terbawak sampai sekarang. 

Siang hari pulak, dia tido kurang. Aku rasa kurang la, sebab biasa aku tengok baby2 baya dia ni selalu tido je kejenya. Hanan ni lagi suka main, borak2, layan tv. Boleh kata dia tido maximum 2 jam je paling lama. Biasanya dia tido 10 minit - setengah jam camtu je. Adalah 2 - 3 kali tido bangun tido bangun. Tu yang kadang kalau timing tak betul, sampai aku tak sempat nak makan. Tapi, tu masa awal2 dulu la. Sekarang ni, aku still boleh makan even dia tak tido. Just make sure aku kena duduk sebelah dia. Dia layan tv pun ok je, senyap tak berbunyi.

Sekarang Hanan dah masuk 3 bulan, dah banyak pandainya. Pandai borak2, pandai main2 kat playgym, pandai nangis mintak angkat, pandai jerit2 kalau montot basah. Suka sangat! Sebab aku dah tak sunyi kat rumah ni siang hari. Dah ada kawan borak2. Dia pun ramah kemain kalau time good mood. Asiklah tersengih manjang bila nampak muka aku. Senyuman dia priceless! Hilang semua penat lelah dari pagi menjaga dia sampai ke malam hari.

Sesungguhnya, aku sikit pun takde rasa menyesal decide nak berhenti keje. Malah aku sangat happy sebab Hanan bakal membesar dalam tangan aku, insya Allah. Bie pun cakap dia sangat release bila balik keje tengok anak dia terjaga rapi. 

Oklah, lain kali sambung2 lagi kalau ada masa. Encik Abah nak bawak jalan esok ke One Utama. Dah lama tak jejak kaki kat sana, tempat yang satu ketika dulu macam rumah no. 2. Hahaha. Esok nak window shopping saja, takde plan nak beli apa2 pun. Bie pun setakat memenuhi jadual setiap wiken, kena bawak kami berjalan. Hehe, tenkiu Bie. Penat2 main paintball tadi, tapi still sudi nak luangkan masa bawak kami berdua jalan2 esok. Sayang you sangat2..

Nota kaki lapan: Hari Isnin nanti nak bawak Hanan Zulaikha cucuk 3 bulan. Insya-Allah kalau sempat nak bawak pegi sunat sekali. Alahai, besar dah budak motak ibu!!
 
Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Wednesday, June 13, 2012

Go green project: Mari berCD

Ding dong..

Akhirnya tercapai jugak hasrat yang terpendam sekian lama. Dari Hanan Zulaikha dok dalam perot lagi dah berhajat nak membeli natang ni. Tapi masa tu tak beriya sangat sebab macam tak konfiden lagi. So, sebelum beli, aku kumpul ilmu dulu. Masa dalam pantang, boleh kata hari2 aku browse internet pasal nak cari maklumat. Lepas berbulan2, akhirnya aku dengan beraninya membelanjakan saki baki peruntukan yang Bie bagi untuk keperluan Hanan dari sebelum bersalin hari tu. Maka, sakan la aku memborong cloth diaper (CD) ni.

Ni 2nd batch, 13 keping. 1st batch dulu beli 3 keping je.

Aku banyak dapat info pasal CD ni dari salah sorang blogger yang aktif memperjuangkan (eceh!) pemakaian CD. Kak Long Nuzula panggilannya. Dari blog dia la aku banyak belejar. Boleh kata dari zero to hundred! So, kalau ada yang nak belajar cari info, boleh la browse entry2 yang ada dalam blog dia tu. Cukup lengkap dengan semua info yangj diperlukan. 

Bila dah dikaji2, sebenarnya takde lah susah sangat kot berCD ni. Nampak rumit sebab kena basuh2 tu kan. Tapi basuh pakai mesin basuh, apedehal. Lain la macam zaman pakai napkin dulu, memang takde can la nak masuk2 mesin. sekali dua ko masukkan dalam mesin, tau2 dah hancur napkin tu nanti. Aku ni punya semangat nak berjimat cermat taknak guna 100% disposable diapers (DD), siap aku dah beli kain napkin 20 helai! Lengkap dengan nappy liner & nappy cover yang plastik tu. Tapi mikirkan pasal nak kena basuh tangan tu, makcik tobat nasuha! Sudahnya napkin tu sebungkus je berbukak, buat kain bedung masa Hanan Zulaikha dalam pantang. Skang ni jadi kain pengelap muntah & air liur je. Huhuhu.

Jadi, mintak tuhan rajinkan tulang urat aku nak berCD lepas ni. Skang aku masih lagi guna DD sebab 3 keping yang beli mula2 tu tak cukup la nak menampung rotation pemakaian baby tomey aku yang kuat poo2 ni. Insya-Allah, bila dah selesai pre-wash yang 2nd batch ni, aku akan start fully CD selagi ada stok. Kalau stok abis sebelum CD kering, aku sambung DD semula untuk backup. Target nak cukupkan sampai 30 keping, then baru berani nak secara totalnya beralih kepada CD. 

GAMBATE!!!

Nota kaki lapan: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
  
Till my next post.. Bye bye bye..

 

-END-

Friday, June 08, 2012

Titik mula selepas titik noktah

Ding dong..

Jumaat sudah, penghulu segala hari. Diam tak diam, rupanya dah nak masuk pertengahan bulan Jun pun. Tak sangka, cepat sangat rasanya masa berlalu sekarang ni. Lagi terasa cepat bila diri ni dilanda musibah, hari2 dok memikirkan masalah yang melanda. Macam mana pun, alhamdulillah, masih mampu lagi nak bertahan sampai ke saat ini. Terima kasih tuhan, KAU kurniakan aku seorang suami yang sangat memahami, sangat menyayangi. Aku bersyukur sangat.

Nampak macam aku mengeluh kan. Tak pun sebenarnya, aku memang seikhlasnya bersyukur dengan musibah yang Allah turunkan ni. Aku memang redha. Allah dah perkenankan permintaan aku menjadi seorang ibu, apalah sangat dengan ujian dia bila Hanan Zulaikha yang ku sayang tu taknak menyusu botol. Yerp, sampai ke hari ni aku masih gagal lagi nak pujuk si comel aku tu. Aku dah habis usaha, sekarang memang aku dah tak nak paksa dia lagi. Biarlah dia putuskan apa yang dia mau. Dan dia mau aku. Sepatutnya aku berbangga la kan!

Dek kerana hal tu jugak, keputusan muktamad terpaksa aku buat. Setelah berminggu2 aku pikirkan, setelah macam2 pendapat yang aku terima. Akhirnya kata putus yang aku ambil, berhenti keje. Itu yang terbaik buat masa ni. Hanan perlukan aku lebih dari segala2nya. Bukan ke anak itu pun satu tanggungjawab yang diberi Allah? Jadi kenapa aku perlu sedih kan. Sikit pun aku tak sedih bila aku terpaksa lepaskan keje yang mengisi akaun aku sebanyak 4 angka setiap bulan. 

Rezeki ada di mana2, bahkan anak tu pun sumber rezeki dari Allah yang kita mungkin tak perasan. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, mungkin dengan cara yang lain. Kita tak tau, tu semua keje DIA. Yang penting, bila kita dah redha, kita kena sedia untuk serahkan segala-galanya pada ketentuanNYA.

Moga aku kuat mengharungi kehidupan baru selepas ni. Tiada lagi office hour, tiada lagi lunch hour, tiada lagi deadline, tiada lagi complaint, tiada lagi appraisal tahunan. Nah! Bukan ke best tu? Hehehe. Moga anak ibu akan menjadi anak yang solehah di bawah didikan ibu nanti ek. Walaupun penat mengasuh dari pagi sampai ke malam, tapi hati aku senang. Aku boleh tido dalam senyum.. :-)

Nota kaki lapan: Ibu lebih sayangkan anak ibu dari kerja yang terpaksa ibu lepaskan tu. Love you so much Hanan Zulaikha!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Related Posts with Thumbnails