Thursday, March 31, 2011

Berpusu-pusu

Ding dong..

Perhatian kepada penggila Mekdonel a.k.a makanan-kasi-gemuk-cepat sekalian, sempatkah anda semua merasa guna kupon yang best dari Mekdi itu? Dengan RM5 je dah boleh dapat breakfast untuk 2 orang, untung betul kan. Makan nasi lemak ngan roti canai pun kadang2 lebih RM5 sorang. Ni silap haribulan kalau beli untuk sorang, boleh kenyang sampai ke petang. Jadi, ulang soalan, dapatkah anda merasa???

Tapi, kalau yang tak dapat tu. Takleh buat apa la. Promosinya dah pun tamat pada pukul 11 tadi. Anggap jela dah bukan rezeki nak merasa ye. Doa2 je moga Mekdi ni baik hati nak buat camtu lagi. Mungkin untuk lunch pulak ke. Lagi happening la kan kalau dia bagi masa lunch, maunya sampai ke atas jalanraya orang beratur. Silap2 haribulan, semua tempat yang ada drive-thru akan jammed sampai ke jalan2 besar. So, baik berdoa Mekdi tak buat keje gila macam tu.

Aku sempat la merasa 2 kali. Sekali masa awal2 bulan hari tu, sekali lagi baru kejap tadi. Tapi as usual, orang Malaysia ni memang suka benda free, termasuk la aku. Makanya, pegi la ke mana2 Mekdi yang ada breakfast, confirm penuh sesak dengan manusia. Aku memang mengelakkan diri dari masuk dalam kedai nak beratur, sebab tau dah confirm berpeluh2 ketiak, peha & betis menunggu giliran yang tak sampai2. Jadi, pilihan terbaik dia ialah drive-thru.



Tapi, pagi ni adalah tempoh menunggu kat drive-thru paling lama aku penah rasa. Sampai setengah jam menunggu nak dapat order. Baru order je tu, belum dapat set makanannya lagi. Tapi nak jugak punya pasal (campur dengan sebab tak boleh nak keluar daripada queue), maka tunggu la jugak. Siap ada kereta depan kitorang ni yang beli more then 10 set kot. Gilak, aku rasa tu mesti 1 opis dok mengirim agaknya.

Oklah, walau promonya dah abis, tapi still aku rasa breakfast Mekdi untuk weekday adalah affordable. Takde la mahal gile2 pun kan. Yang penting, jangan makan banyak sangat fast food. Tak baik untuk kesihatan. Tetiba je kan jadik pakar kesihatan, whatever lah!

Nota kaki lapan: Aku memang suka Mekdi.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, March 29, 2011

Sepi Ku Sendiri

Ding dong..

Okeh, tajuk tu hanya la poyo semata2. Hahahaha..



Ini la antara punca2 makcik ini akan busy untuk sementara waktu. Lambat2 buat kang ramai pulak yang menyalak di pinggir bukit nan indah. Hahaha. Jadi, sekian dahulu. Mari sambung keje..

Nota kaki lapan: Bestkan update pendek2 ni.. :P


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, March 26, 2011

Si penjaga budak

Ding dong..

Selamat berhujung minggu!! Wah, kejap sangat rasanya masa seminggu tu berlalu. Rasanya macam baru jela lagi hari Sabtu minggu lepas. Tengok2 dah sampai hari Sabtu semula kan. Dan seperti minggu2 yang sebelumnya, aku kena keje!!!! Argh, ni pun antara sebab aku rasa macam masa seminggu cepat sangat berlalu, sebab aku kurang cuti lepak santai kat umah. Huhu. Nasib baik la keje Sabtu ni ada imbuhan tambahan, kalau tak memang tak kuasa makcik nak redah jalan pepagi buta semata2 nak datang opis nak oi!

Dan, kalau dah namanya aku keje mesti la Bie duduk rumah sorang2. Kesian jugak kat dia kena tinggal sorang, mesti bosan. But, what to do. Saya keluar mencari nafkah untuk keluarga. Hahaha, ayat takleh blah kan. Eh, tapi weekend ni ada bezanya dengan weekend2 yang sebelum ni. Sebabnya dia tak tinggal kat rumah sorang2. Ada 3 orang hero Malaya menemankan kat rumah a.k.a 'tolong' bagi dia rasa kurang bosan sebab kena bangun buatkan sarapan, kena make sure buat homework lepas tu bawak turun pegi main kat swimming pool. See, banyak aktiviti kan.

Hero2 tersebut tak lain tak bukan baby fruit (anak buah) aku ler, Alif, Adam & Hafiy. Saja angkut diorang balik kali ni. Sebabnya mama diorang terbang jauh ke Korea berjalan2 sambil shopping beli souvenier untuk orang yang tinggal kat sini, hehehe. So, malam tadi balik dari opis terus jemput bebudak ni. Masa sampai kat umah mak aku, si kecik Hafiy macam taknak ikut sebab dok ralit layan PSP. Tapi bila dah naik kete, huh, lupa dah dia kat PSP tu. Sepanjang jalan menceceh. Dari Semenyih sampai ke KL. Gilak arr, aku tak terlayan soalan dia!

Sampai umah malam tadi, sambung layan tv tengok Narnia kat tv3. Adam yang paling awal tido sebab dia memang dah tido dari dalam kete lagi. Disusuli Alif lepas tu. Tapi si Hafiy macam taknak tido tah pehal. Sampaikan Bie tukar channel Discovery pun dia boleh bantai tengok tak berkedip. So, assume dia mungkin tak rasa selesa bertukar tempat tido tanpa mama & ayah dia. Kasi tepuk2 sket, pastu pujuk la kata "tido la awal, nanti esok nak bangun pagi pegi *syimingpul." Dengan pantasnya terus dia yang suruh tutup tv, hahaha. Tu la dia budak, senang je nak ampu.. :)


Ni pagi tadi hasil tangkapan dari hp bie, pastu diMMS pada aku kat opis..

Jadi, aku pagi2 gelap dah tinggalkan diorang dengan Bie. Makcik kene keje nak, tak dapat nak bergolek lama2 sangat. Tak lama lepas sampai opis, dapat info diorang semua dah bangun. Tapi nak bawak pegi main kat pool kena tunggu Adam siap buat Kumon dia dulu. Tu pesanan dari Korea semalam. So kena la make sure dia siapkan dulu sebelum boleh enjoy2 main. Yang lain2 kena la tunggu ye. Bie buat sarapan ala2 western. Scramble egg kering, baked beans & roti gardenia kosong saja. Dihidang bersama air milo yang sedap. Sempat la aku cabut lari balik kejap join sarapan.

Siap sarapan, tunggu Adam siapkan Kumon, pastu terus *berdedai-dedai turun pegi pool. Hafiy la yang paling tak menyabar2. Aku tak dapat nak join, sebab kena balik opis semula. Ada keje kena siapkan lagi. Tapi sementara menunggu Adam siapkan homework dia tadi, sempat la aku siapkan lunch. Lauk budak2, simple2 saja sudah la.


Enjoy la ye korang budak2 oi..

Anyway, thanks a lot buat Incek Suami yang sudi menjagakan itu 3 orang hero manyak lasak punya. Pakcik K-mie ni garang, jadi diorang ada takut sket nak notty2 bila tinggal ngan Pakcik je. Kalau dengan Cikma, diorang takut jugak. Tapi Cikma baik sket banding Pakcik. Hahahaha. Oklah, nanti petang nak angkut semua pegi layan movie, citer 'Mata Besar'.


Ini sorang lagi budak tecit. kalau dia ada sekali, confirm Pakcik pengsan!
Lain kali la turn jagakan Qis pulak ye.. :)

Nota kaki lapan: Anak sendiri belum ada, jadi tolong jaga anak orang jela dulu ye..

*Syimingpul = Swimming Pool
*Berdedai-dedai = Berderet-deret


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, March 22, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa, from my point of view

Ding dong..

Manage to get myself spend some times bersama ahli keluarga untuk tengok movie last Friday night. Walaupun keesokkan harinya aku kena ke opis, on duty. Tapi ku gagahkan jugak walaupun tau movie yang start pukul 9:30 mestila habisnya pun dekat² pukul 12 tengah malam. But, it's ok.

To be frank, aku sebenarnya bukanlah fan of filem² epik ni. Rasanya boleh dibilang dengan jari filem epik yang aku dah tengok. Gladiator salah satunya la. Yang tu aku memang suka sangat² sampaikan nak mintak Bie downloadkan lagi. Tapi selain dari tu, aku just tengok bila keluar kat tv jela. Tu pun kalau tertengok. Jarang sangat la bersemangat pegi cari dvd, download maupun beratur panjang² sebab nak tengok citer epik mahupun klasik ni.

So, segala komen aku pasal HMM ini semata² hanya dari point of view aku sendiri. Regardless of orang lain punya pujian mahupun kritikan.

Permulaan cerita agak lain dari filem Malaysia yang biasa aku tengok. Mula² tengok tu, aku dah confuse sket, "ni citer melayu ke omputeh?". Mungkin dipengaruhi latar belakang & bahasa yang digunakan masa tu. Dan memang sepanjang lebih kurang 15 minit pertama, cerita tu dalam bahasa Inggeris. Yang membuatkan aku tak rasa macam tengah tengok cerita melayu.

Aku sukakan latar belakang yang diguna sebab memang nampak real. Walaupun sebenarnya aku tau hampir keseluruhannya ialah teknik CGI. At least CGI tu nampak real. Tak macam Cicakman yang nampak sangat latar belakang tu tipu.

Pemilihan pelakon pun pada aku ok. At least bila nak tunjuk dia seorang putera raja Rom, mereka betul² pakai pelakon mat salleh. Bukannya macam sesetengah pembikin filem lain yang save budget, pakai je pelakon pan asian yang macam mat salleh. Speaking pun ada bunyi² *manglish.

Tapi, entah kenapa aku agak kurang setuju jugak la dengan pilihan watak Merong tu diberi pada Stephen Rahman-Hughes. Sebab bila dia berbahasa melayu, bunyinya agak kelakar. Tapi aku pun takde idea siapa yang sesuai untuk watak tu sebab aku ni bukan kenal sangat pelakon² kat Malaysia ni. Hahahaha. Sorry para pelakon Malaysia sekalian, anda tidak mendapat perhatian saya. Aku ada terpikirkan Fahrin Ahmad & Remy Ishak. Sebab 2 orang ni ada la ciri² Merong yang berbadan tegap tu. Pendapat aku jela kan. Aku bukan orang filem yang pandai menilai siapa yang patut, siapa yang tidak.

Macam pelakon² lain tu, quit okey la pada pandangan mata kasar aku ni. So far, HMM boleh beat PGL. As what I said earlier, from my point of view la. Sebab masa aku tengok PGL dulu, banyak part yang buat aku rasa mengantuk. Berbeza dengan HMM, aku rasa boleh fokus sepanjang cerita. Eventho di pertengahan Bie kat sebelah dah terlena, hahahaha. Lepas part tempat bermalam rombongan puteri China diserang dek orang jahat Geruda.

Mungkin aku dah tua, jadi aku dah boleh terima even sampai part yang agak slow motion. Masa tengok PGL tu darah muda lagi, so takleh la tengok kalau bosan. Matik la kan perasan. Tapi rasanya betul kot. Sebab baru² ni PGL keluar kat tv, boleh pulak aku layan sorang² dari mula sampai habis tanpa rasa bosan. Camne tu?

Back to HMM. Walaupun pertengahannya agak bosan, tapi cerita tu agak berjaya sebab dapat buat klimaks yang menarik. Aku tak suka jugak cerita yang anti-klimaks ni. Macam tergantung tak bertali rasanya. Pastu menunggu sambungannya berabad. Kira citer ni memang sekali tengok, ok tau dah abis. Tak payah nak tunggu next sequal ke apa. Sebab aku ni memang sangat la malas bab menungu² ni.

Kesimpulannya, pegi la tengok Hikayat Merong Mahawangsa ni. Memang kualitinya tak la sebaik filem² epik antarabangsa yang lain. Tapi sekurang²nya ini satu percubaan nak mengangkat mutu & kualiti perfileman Malaysia. Kita ni dah banyak sangat dilambakkan dengan citer² sampah yang kononnya kutip berjuta², tapi impaknya satu pun tak terasa. Macam melepaskan batuk di tangga, tak meninggalkan kesan langsung.

Nota kaki lapan: Semua ini hanyalah pendapat saya semata²..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, March 18, 2011

Ini malam gua ada date

Ding dong..

Malam ni untuk julung² kalinya aku nak pegi tengok wayang secara berjemaah beramai². Biasanya paling ramai pun yang aku penah pegi cuma 4 orang. Tapi malam ni, 10 orang!! Mak aih, aku tak dapat bayangkan camne gamatnya kalau dalam 10 orang tu separuhnya ialah budak kecik. Mesti kecoh nak menjaga. Tapi nasib baik la yang terlibat malam ni ialah orang yang tak perlu dijaga. Dan salah sorang dari mereka ialah MIL aku.

Masa mula² bie mintak booking tiket last week dan lepas dengar senarai nama ahlinya, aku terus rasa nak buat gaya, what...?? (buat gaya minion Despicable Me). Cam tak caya je MIL aku yang selama ni lagi suka duduk rumah tiba² ajak kitorang tengok wayang! Padahal selama ni nak ajak dia berjalan pun dia malas. Ni semua Hikayat Merong Mahawangsa maju punya pasal. Mentang² dia dulu (ke sekarang ek? tak sure) ialah cikgu sejarah. Laju je nak tengok citer² epik camni kan.

Dan rupa²nya last movie yang MIL aku pegi tengok ialah Puteri Gunung Ledang. Citer yang masa tengok dengan bie dulu aku hampir² nak tertido dalam panggung. Aku memang kurang kot dengan citer² epik melayu ni. Tapi kalau epik mat salleh terbukak luas pulak mata kan. Sampai sanggup mintak bie download sebab tak puas tengok. Ceh, lupa daratan punya melayu! Hahaha.

Oklah, lepas tengok malam kang aku akan cuba buat review. Mungkin HMM ni ada bezanya berbanding PGL kan. Nak tengok sejauh mana kecanggihan teknologi CGI sekarang ni memberi impak dalam citer² yang sangat perlukan sentuhan detail macam HMM ni. Harap² jangan la indah khabar dari rupa.. :)



Nota kaki lapan: Dah lama sebenarnya aku tak tengok movie. Dah lupa pun bila last pegi tengok..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, March 17, 2011

Island getaway yang dah lama diidamkan

Ding dong..

Holla dunia! Dah ternampak sedikit bersawangkah? Hehehe, lamanya tak berupdate blog ni. bukan taknak update, bukan takde idea, bukan takde cerita. Tapi manjang la bertangguh sampai cerita yang fresh segar bugar pun boleh basi menunggu aku yang pemalas ni. So sorry ye blogku sayang. Tambah pulak sejak kebelakangan ni keje kat opis bertambah, bebanan kat bahu dah semakin berat. Tapi sayang, kiraan dalam akaun setiap hujung bulan taklah seberat bebanan ni. What to do, terima jela selagi boleh terima kan. Tu pasal la bila balik rumah, aku lagi banyak duduk menghadap tv daripada lappy. Sebab mata aku dah penat mengadap skrin komputer kat opis. Urat² mata pun boleh timbul kalau lama² macam ni kan.

Orait, straight to the point. Entry ni aku rasa dah lama sangat aku simpan dalam kepala hotak. Tapi sampai ke sudah tak tercurah² ke dalam ni. Ni cerita 2 minggu sudah sebenarnya. Akhirnya impian aku selama ni nak menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian tercapai. Punya la lama menyimpan hasrat. Sejak tahun 2003 kalau aku tak silap. Masa tu bie ikut company trip. Balik² je dok citer betapa bersihnya pantai dia, betapa jernihnya air laut dia. Waa, sejak tu la hati ni meronta² nak pergi. Alhamdulillah, tercapai sudah tahun ni kan. Selepas 8 tahun menanti.

4 Mac 2011, hari pertama, CI - LCCT - Kota Bharu - Jeti Kuala Besut - Pulau Perhentian...

Gerak seawal 3:30 pagi dari rumah. Punya la semangat nak bercuti, senang je mata aku celik dari tidur. Cuba kalau hari keje, jangan harap la. Along, abg kepada bie dah tunggu kami kat depan guard house. Dia dipertanggungjawabkan untuk jadi tukang hantar & tukang jemput bila kami balik nanti. Perjalanan ke KL Sentral sangat smooth. Kete yang ada atas jalan raya pun boleh bilang dengan jari.

Kami cadang nak naik bas ke LCCT. Mula² punya plan nak gerak tengah malam sebelumnya & tido kat LCCT. Tapi last minute aku mintak bie tukar plan. Check schedule bas yang bergerak ke LCCT dari KL Sentral. Rupa²nya, memang ada banyak bas yang mula bergerak dari awal pagi. So, malam tu kami tido awal yang sangat awal. Dapat la 4-5 jam tido yang selesa dan lena.

Sampai KL Sentral lebih kurang pukul 4 pagi. Right on time. Bas yang ada menunggu memang sangat banyak. Memang tak risau pasal terlepas bas ke apa. Kami terus naik Sky Bus yang kebetulan baru sampai. Tunggu sampai bas penuh lebih kurang 20 minit lepas tu bas pun gerak. Sepanjang perjalanan, aku & bie tido² ayam. Sebab bas tu berkreok sana kreok sini. So aku takleh la nak fokus pada tido aku. Tapi macam manapun, tetap la tutup jugak mata tu taknak bukak kan.

Tau² je bas tu dah pun sampai ke LCCT. Teruskan tujuan kami yang seterusnya, mencari breakfast seawal 5 pagi. Tapi kena jugak makan sebab flight kami pukul 7 pagi. Lambat² breakfast nanti ada pulak yang kena tinggal dengan kapal terbang. Seperti yang dijangka, McDonald tempat yang dituju tu penuh sesak. Semua orang pun dengan tujuan yang sama. Terus tiba² rasa bersyukur sebab cancel plan nak tido situ malam tu. Kalau tak, ada la orang yang menahan bijik mata sebab tak selesa nak tido orang lalu lalang.



Selesai makan, selesai urusan rasmi setiap pagi dengan 'Encik Tan', kami terus masuk departure hall. Sementara menunggu boarding call, sempat la solat subuh kat surau dalam departure hall tu. Elok² keluar dari surau, dah ramai yang mula beratur kat depan pintu. Aku dengan bie duduk rilek dulu sampai barisan dah mula kurang panjangnya, baru kitorang masuk jugak. Perjalanan nak ke kapal terbang dari departure hall tu aku rasa ada 5 minit kot. Punya la jauh dia parking! Naik berpeluh ketiak di pagi hari.

Maka selepas itu bermula la perjalanan aku dengan kapal terbang Air Asia untuk kali yang ke-3. Dan masih seperti dulu, tetap la cuak² sampai berpeluh tapak tangan. Apapun, sepanjang sejam perjalanan tu adalah sangat smooth.

Dalam sekelip mata aku dah pun selamat sampai ke negeri Cik Siti Wan kembang. Kejap je singgah kat sini. Touchdown dengan selamatnya. Keluar je dari kapal terbang, driver dari resort dah pun sedia menanti depan arrival hall. Terus gerak ke jeti Kuala Besut, perjalanan lebih kurang sejam. Selesai bayar segala payment kat opis resort, terus ke jeti untuk siap² naik bot.

Mula² naik bot tu, perasaan adalah sangat kacau bilau. Lagi² bila dah mula sampai kat tengah laut. Hati tak henti² berdoa. Dah la terasa gelombang sana sini, terhentak sana sini. Maunya tak pucat muka. Tapi lama², keadaan semakin ok. Bila dah mula rasa selesa & boleh terima keadaan atas bot. Baru la mula rasa enjoy & excited! Owh, by the way. Kami dikelilingi mat salleh di mana². Maklumla, pegi hari weekday, belum cuti sekolah pulak tu. Nak jumpa pelancong tempatan memang susah la kat pulau² ni.

Lebih kurang sejam perjalanan dengan bot. Akhirnya sampai dah aku ke tempat yang dituju. Waaaa, rasa macam mau nangis je. Terharu sangat². Impian jadi kenyataan sungguh kan. Thanks bie, i love you so much.

5 - 6 Mac 2011, Pulau Perhentian...

Dan untuk aktiviti kat sana, aku rasa aku tak payah cerita panjang² kot. Sepanjang 3 hari kat sana, memang kejenya tido, makan, snorkeling, tido, makan, tido, makan, snorkeling. Ambik gambar, kutip cengkerang kat pantai, ambik gambar, main pasir, ambik gambar, ambik gambar, ambik gambar, ambik gambar. So, rasa² kalau aku citer semua kat sini, maunya muntah orang baca kan. Hahaha. Jadi, sila la layan gambar saje ye..






Tapi macam manapun, aku rasa hari² yang indah dan best sangat sepanjang 3 hari 2 malam kat sana. Aman je kepala otak jauh dari kesibukkan keje. Rasa sangat bahagia dapat luangkan masa² yang berkualiti dengan yang tersayang. Bukan selalu kami dapat keadaan macam tu, duduk dekat tempat yang terputus dari dunia luar, takde tv takde apa. Gangguan adalah sangat minima, perhatian memang sepenuhnya untuk dia. Takde la macam kat rumah, sambil borak sambil tengok tv, sambil masak. Nak fokus pun tak sempat.



Yang pasti jugak, ini salah satu impian bie sejak kami mula² kawen dulu. Nak bawak aku pegi berhoneymoon kat pulau tanpa sabarang masalah dan gangguan. Dan dia la yang bersungguh² settlekan semua benda tanpa aku banyak campur tangan. Kebetulan jugak tarikh kami pegi tu dalam bulan yang bermakna, our anniversary!! Kira 2 dalam 1 la, sambil honeymoon, sambil early celebration & candle light dinner sekali (lilin minyak je pun, hahaha). Thanks yang!



Balik dari Pulau Perhentian, bekalan yang kami bawak adalah sangat banyak. Singgah kat Jeti Kuala Besut shopping sakan segala t-shirt apa semua. Kami tak terus balik KL, tapi singgah dulu bermalam kat Tune Hotel, Kota Bharu. Hotel yang serba serbi benda kena bayar. Konon²nya taknak tambah apa² yang lain. Tapi malam tu, tak tahan jugak sudahnya ambik jugak entertaiment package sebab nak tengok Merlin punya pasal. Keesokkannya pulak, tambah lagi hair dryer sebab aku takmo berjalan sana sini dengan rambut yang basah dalam tudung. Kepam la bila sampai KL nanti. Owh, on the way ke hotel tu sempat je singgah beli keropok lekor. Memang haruslah kan!

7 Mac 2011, last day, Kota Bharu - LCCT - KL Sentral - CI..

Pagi² dah bangun untuk check out. Plan hari tu nak berjalan² area Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah jela yang kami tau. So, terus la gerak mencari tempat makan untuk sarapan. Punya la susah sebab tempat tu hanya penuh dengan kedai hardware. Sakit jiwa rasanya, dah la bukan tempat sendiri. Lepas berpusing², ternampak gerai tepi jalan. Kitorang belasah jela singgah. Sedap ke tak tu belakang cerita.

Siap makan, ringankan mulut tanya dengan akak kedai tu mana nak cari teksi & stesen bas. Dah dapat info lebih² kurang, kami terus gerak. Tunggu teksi pulak. Mula² ingat nak cater sebijik teksi bersama drivernya sampai petang. Sebab flight kami pukul 5:30 petang. Kebetulan terjumpa sorang pakcik teksi yang sangat baik hati & jujur. Memang dia explain la tempat² yang kitorang patut pegi dan tempat tu pun semua senang je nak cari teksi kalau nak ke airport petang nanti. Tak payah nak cater dia seharian. Siap dia bawak pusing tunjuk tempat² tu sekali. Nice! Bila tanya tambang, dia boleh pulak jawab. "bagi jela baper² pun, pakcik tak kisah". Pergh, bagi 50 sen kang baru tau, hahahaha.

Tempat yang menjadi tujuan, Pasar Lama Kota Bharu. Atas suggestion pakcik teksi tu. Sempat la membeli dan selepas itu belah dari situ sebab tak tahan dengan kepanasan kat situ. Barang pulak dan bertambah² banyak nak kena pegang. Kesian tengok bie yang berpeluh², terus cari solution tempat yang ada a/c. So, terdekat yang ada ialah KBTC. Siap singgah Giant beli trolley luggage. Punya la banyak barang tambahan kan. Hahaha. Selesai beli beg, nampak A&W seberang jalan. Singgah lunch & lepak lama² sampai petang.



Masa nak masuk A&W tu, dah ada pakcik driver kete sapu yang approach. Setuju dengan harga dia, so kitorang cakap nak makan dulu sebelum ke airport. Kitorang makan punya la lama, pakcik tu setia menanti kat luar. Terbaik sungguh la! Dan dia hantar kitorang ke airport pun macam nak terbang, "rilek pokcik, banyok maso lagi nih!"



Nota kaki lapan: 15/03/03 - 15/03/11.. Lama kan, tapi masih tak cukup lagi..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails