Thursday, September 30, 2010

Selamat pagi semua

Ding dong..

Wah, lama rasanya tak buat entry di pagi² hari. Selalu tu bila bangun dah terkejar² bersiap nak pegi keje. Kalau weekend pulak, biasalah penyakit malas-hujung-minggu pulak bertandang. Bukan senang nak suruh aku on laptop di pagi hari, kecuali masa bulan puasa hari tu la. Sementara nak menanti perut lega lepas sahur, sempat la layan lappy ni seround. Tapi di bulan biasa ni, tahap kemalasan di pagi hari tu memang maksima. Ni kalau ada anak, sah la aku hantar anak ke rumah pengasuh dengan taik mata berselepet agaknya. Dah maknye pemalas ya rabbi nak bangun pagi kan. Hahaha. Nasib baik la dapat suami yang sangat contra orangnya. Frankly speaking, dia la yang selalu jadi 'alarm clock' aku setiap pagi kecuali hari minggu.


Layan ni sambil update entry. Syok!

Ni pun, sebenarnya aku dah masuk hari keempat dan hari terakhir bercuti² sakan. Tapi satu entry waktu pagi pun takde. Walhal, aku bangun awal. Lebih awal dari masa aku keje sebelum ni. Sempat la aku siapkan sarapan untuk En. Bie sebelum dia pegi keje. Memang saje nak train mata ni bukak awal² pagi sebab tempat baru nanti masuknya awal dan jaraknya agak jauh jugak la dari rumah. Dan yang penting kena menempuh jem di sana sini. So, dengan harapan training bangun pagi ni jadi aku punya start up untuk hidup baru dalam dunia yang baru bermula esok. Moga² aku mampu la teruskan niat suci murni ni. Setahun tu beb aku punya probation!!

Owh, bercerita pasal tempat baru dunia baru tu. Maybe aku belum lagi buat apa² entry pasal tu. Well, bila sampai pada satu tahap dan kita rasa kita perlukan perubahan, maka kita kena la move on. Dan itulah yang aku tengah lalui sekarang ni. Life without experience is nothing. So aku rasa experience yang aku lalui kat tempat keje dulu sudah cukup untuk aku mengorak langkah ke tempat yang lebih baik dengan benefit² yang lebih menarik. Harap², aku boleh kekal lama kat tempat baru nanti. Takde apa yang aku cari selain daripada improvement dalam hidup. Nak harapkan benefit extravaganza sangat, takde la setakat ni. Dah tu, apply gomen manjang menyepi je. Satu pun takde yang lekat, yelah siapalah aku ini kan. Gomen tak sudi nak ambik aku jadi penyumbang penghabis duit income tax orang swasta, hahaha.



So, minggu lepas adalah hari terakhir aku dengan kampeni lama. Selepas 2 tahun 5 bulan mencurah bakti, akhirnya aku buat keputusan untuk meninggalkannya. Ada terasa sayang, tapi apakan daya aku perlukan perubahan dan improvement untuk aku terus maju. Taknak la duduk di takat sama bertahun². Yang bagusnya, aku meninggalkan kampeni tu dengan seribu satu kenangan manis. Seronok rasanya berada dalam satu organisasi yang dikuasi majoriti kaum lain, tapi kita tetap rasa selesa nak bekerja sebab diorang sangat hormat dengan sensitiviti kaum lain macam aku. Kalau korang nak tengok semangat satu Malaysia, my previous company is one of a good example.

Di hari terakhir, agak terharu jugak aku masa exit interview dengan En. Boss aku. Kata² semangat die memang sangat² aku hargai. Dengan terus terang die sampaikan rasa berat hati untuk lepaskan aku, tapi die tau aku perlukan perubahan. Rasa bangga bila tau aku dah banyak membantu die dan selama 2 tahun ni aku adalah tulang belakang dalam team yang aku teraju tu. Bukan riak ok, tapi inilah hasilnya bila kita letakkan diri kita dalam keje sepenuh hati dan bekerja seikhlas mungkin. Banyak ilmu yang aku peroleh sebenarnya. Bukan senang nak meneraju sesebuah team, bukan senang nak menjaga orang bawahan, bukan senang nak memastikan semuanya berjalan lancar. Ilmu yang aku rasa aku tak boleh dapat tanpa usaha. Thank you Boss!



Dan minggu ni, aku menghabiskan saki baki cuti yang ada. Bukan tak boleh nak terus start keje dengan kampeni baru, tapi aku nak rehat puas² sebelum mula bekerja semula. 4 hari duduk saje di rumah, kadang² bosan kadang² seronok jugak. Tapi overall, aku bosan!! Hahaha. Tak dapat aku bayangkan kalau satu hari nanti betul² made up my mind untuk jadi surirumah sepenuh masa. Tapi, kot la anak dah berderet 3-4 orang. Lagi rela duduk rumah jaga anak, jaga makan minum suami je kan. Itu semua aku serahkan pada kuasa tuhan jelah. Tapi, buat masa sekarang ni, biarlah aku terus bekerja. Tak kisah la jadi kuli dan orang suruhan sekali pun. Aku rela je. Asalkan cukup bulan gaji aku masuk walaupun tak seberapa nilainya.

Oklah, aku nak sambung landing² dan menikmati detik² akhir weekdays yang santai ini. Bukan senang nak dapat peluang camni kan. Memang dalam tempoh cuti ni, rutin aku macam ni. Pagi² bangun, solat, buat breakfast, layan En. Bie breakfast, bye² dia kat pintu pastu aku terus sambung landing siap tarik selimut. Hahaha. Heaven sungguh rasanya kan. Tapi bukan tu jela. Masa yang ada tu aku guna sepenuhnya untuk keje² berpekdah contohnya seterika segala kemeja keje dan kemeja jalan² En. Bie ku sayang tu, kemas segala ceruk rumah yang cinonet ni, masak sedap² untuk suami tercinta tu dan tak lupa jugak keluar mengukur jarak perjalanan shopping complex sambil melayan undangan ex-opismet nak lunch bersama. Hehehe. Nanti aku buat entry makanan pulak la. Kasi resipi sekali. Tengahari ni ada orang nak belanja makan Subway. Saya suke!!! :)

Aku rasa that's all for now. Insya-Allah, andai ada kerajinan petang nanti aku letak entry lagi. Hihihi, esok dah mula keje. Kot la hari pertama dah kena ragging keje sampai overtime kan. Harap² tak sampai camtu la. Huhuhu..

Nota kaki lapan: Guwa sayang kampeni lama guwa, tapi guwa lagi sayang masa depan guwa.. :)


Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails