Monday, September 27, 2010

Syawal itu sepatutnya indah.. Part 2

Ding dong..

Wah, diam tak diam kita sudah hampir menuju ke penghujung syawal. Rumah terbuka pulak makin rancak, kuih raya makin susut dalam balang kuih. Tapi, kuih raya kat rumah aku ni tak la seluak mana. Yang datang ke rumah pun tahun ni hanya beberapa kerat. Dan tahun ni jugak memang takde bercadang nak buat open house. Biarlah yang nak datang tu datang dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan dan undangan. Aku sangat memahami keadaan sekarang yang sarat dengan jemputan event di FB. Jadi, aku beralah untuk memberikan ruang waktu buat kawan² sahabat handai semua. But for sure, pintu rumah aku yang sekangkang kera ni pastinya akan sentiasa terbuka buat teman² yang bercadang nak menjenguk dan bertandang. Kalau ada makluman awal, ada la hidangan yang menanti. Tapi kalau datangnya mengejut, maka pastilah tuan rumah akan terkejut, lalu hanya kuih raya menjadi santapan anda nanti. Hahahaha.

Bercakap pasal rumah terbuka, ramai jugak kalangan kawan² yang dah berjaya menjayakan edisi rumah terbuka masing². Ada yang dapat aku singgah dan terjah, ada jugak yang tak kesampaian. Maafkan aku ye pada mereka yang berkenaan itu. Perihal beraya pulak, banyak jugak yang aku dapat cover tahun ni berbanding tahun lepas. Dan sampai ke hari ni pun, masih ada plan beraya yang on going. Aku rasa banyak lagi rumah yang aku nak singgah. Bukan semata² sebab nak beraya la, tapi sebab nak bertemu mana yang lama dah hilang dari pandangan. Setakat bertegur sapa kat FB, komen² gambar je, terasa tak cukup pulak. Yelah, pasti lain rasanya bila dapat berborak bertentang mata kan.

Bercakap pasal berborak bertentang mata. Teringat aku kisah hari raya kedua, aku bertandang ke rumah family angkat aku. Kisahnya, masa aku tingkatan 5 dulu, 6 bulan sebelum SPM. Family aku terpaksa pindah balik ke Semenyih sebab ayah aku bertukar tempat keje. Masa tu kami sekeluarga tinggal kat Tg. Sepat (sekarang tempat ni dah femes sejak kes bunuh Datuk Sosilawati). So, memandangkan aku ni dah nak SPM. Terasa susah la pulak kalau tukar sekolah masa tu kan. Pikir punya pikir, aku buat keputusan nak menumpang rumah kawan² tak kira sape pun yang sudi menumpangkan aku. Lepas ditanya sorang demi sorang, akhirnya sampai la kepada yang sorang ni. Suzie namanya.

Pada hakikatnya, hubungan aku dengan Suzie ni taklah sebaik mana. Kami memang tak lebih dari sekadar teman sekelas. Bayangkan jelah, sepanjang 5 tahun mengenali dia, sekali pun tak pernah aku singgah ke rumah dia. Berhari raya jauh sekali. Tapi kuasa tuhan tu maha hebat, DIA berikan jalan di saat aku perlukan bantuan. Tak sangka pulak bila pertanyaan aku sampai pada Suzie ini, dia dengan besar hati lapang dada nak menyampaikan berita tu pada keluarganya. Dan keluarganya jugak dengan besar hati jugak menerima aku yang tak pernah mereka kenal ini. Ada tercalit rasa malu masa tu sebenarnya, tak sangka aku yang bagai orang luar ni begitu mudah diterima, kan..

Selama 6 bulan aku habiskan masa bersama keluarga ini. Seronok. Layanan yang aku dapat memang sangat² mesra. Kebetulan jugak masa tu Suzie tinggal kat rumah berasingan dengan familynya. Rumah yang dibina sebelah dengan rumah ibu (rumah family). Jadi, kami tak ubah macam orang bujang yang tinggal di rumah bujang. Cuma bezanya, bila sampai waktu makan kami tetap ke rumah ibu. Ibaratnya, rumah ibu tu dewan makan kami, hahaha.

Selama 6 bulan tu jugak, kami membina hubungan yang sangat erat. Aku diangkut tak kira ke mana saja keluarga itu pergi. Segala rumah sedara maranya aku terjah. Kalau mereka makan luar, maka aku pun sama la menebeng muka. Kalau mereka makan sedap, aku pun makan sedap. Terasa memang dah takde jurang. Tapi kat sekolah, aku dengan Suzie masih lagi seperti dulu. Takde la tiba² kami jadi BFF ke apa. Cuma mungkin kami lebih rapat berbanding sebelumnya kan. Pegi sekolah dihantar bapak, balik sekolah dijemput. Macam bos!

Lepas habis SPM, habis sekolah. Aku pun pulang ke pangkuan keluarga. Tinggallah mereka jauh di sana dan aku makin lama makin jauh dari mereka. Hinggakan saat Suzie kawen, bila aku datang mereka dah tak cam sape aku pada awalnya! Dek kerana orang yang terlalu ramai masa tu, kami tak sempat nak berbual sangat. Hanya sempat bersalaman sebelum aku balik. Ada rasa terkilan jugak sebenarnya, tapi apakan daya. Itulah kali terakhir, kira² 4 tahun dulu kalau tak silap. Jumpa pun terasa macam tak jumpa sebab tak sempat nak bercerita apa pun.

Dan hari raya kedua yang lalu, tanpa perlu aku inform lebih awal. Aku terus je terjah ke rumah mereka. Hahaha, mujur la ada orang. Kalau tak, perjalanan selama sejam lebih akan jadi sia² la. Masa aku sampai, Suzie takde. Tapi sempatlah kami jumpa jugak sebab dia balik semula. Walaupun fizikal kami dah berubah, namun kami tetap orang yang sama. Yang paling syahdu, bila mendengarkan bapak bercerita pasal kisah² dulu. Rupanya selalu jugak nama aku disebut². Maafkan aku ye semua, bukan niat untuk terus menghilang. Tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Insya-Allah, lepas ni rumah mereka akan ada dalam list perjalanan setiap kali hari raya.

Terpanjang pulak citer aku pasal tu.

Anyway, raya tahun ni sungguhpun agak bosan tapi tetap meriah di hati aku. Paling indah sebab aku dapat membahagiakan hati seseorang yang dah ibarat mak ayah aku sendiri. Bahagia jugak sebab aku masih lagi beraya dengan suami tersayang. Walaupun kami masih berdua untuk tahun ni. Takpe, rezeki itu Allah yang tentukan. Sebagai manusia aku hanya mampu berdoa dan berusaha moga² ada rahmat dariNya nanti. Sape tau mungkin tahun depan kami dapat sedondon bertiga di pagi raya.. :-)




Nota kaki lapan: Tahun ni kami berdua bertemakan warna merah. Bila diamati, rupanya ramai yang bertemakan warna yang sama tahun ni. Hehehe, what a coinsident!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

Aku adalah pembaca setia cerita aku sendiri.. :-) jgn lupa aku pembaca setia cerita nko jugak, haha... ko ltk gmbo tu, mcm nak buat pengumuman raya pun ada aku tgk. ampun ya, aku gak ada di rumah time nko mahu bertandang. ke'busy'an deh.

ch@ said... Jawab Balik

muka macam adik beradik, macam disuruh buat memek muka yang sama.

zella y said... Jawab Balik

selamat hari raya..maaf zahir batin... ;)

Related Posts with Thumbnails