Thursday, April 22, 2010

Kalau dah namanya gila, gila jugak!!

Ding dong.

Tajuk entry macam suspen kan. Sape la yang gile tu? Hehehe, sebenarnya tajuk tu adalah sengaja dicipta untuk menghavockan keadaan je. Hakikat sebenarnya, ini hanyalah satu lagi koleksi cerita personal life aku yang mungkin bakal membosankan sesetengah pihak di luar sana. So, kiranya separuh pembacaan anda berasa muak dan bosan. Please, back off ye! Sebab aku nak citer pasal makan makanan dan tempat makan lagi ni, heheh. Dan entry ini boleh dikirakan sebagai entry ulangan. Macam astro la, macam² ada tapi kebanyakkannya ulang siaran, hehe. Owh, rumah saya takde astro by the way. Jadi saya sangat tidak tau sebenarnya bentuk siaran kat astro sekarang. Should be still sama je dari dulu sampai sekarang konsepnya kan.

Ok, back to topic sebenar. Sebenarnya gila yang aku maksudkan tu, ialah kegilaan pada food places yang aku dan bie alami. Kitorang ni memang ada sindrom mudah-kena-mandrem dengan kedai yang so called makanannya pelik dan sedap. Memang la akan sanggup menapak walau sejauh mana pun semata² nak makan kat situ jugak. Tapi, kalau sekali je ada yang tak kena kat kedai tu. Memang on the spot terus blacklist. Tapi style blacklist aku bukan la sekejam macam bank punya. Aku punya blacklist tu macam ada tempoh la. Lepas few month ke, few years ke, aku pegi jugak lagi usha tengok masih ada ke-tidak kena-an (apa punya perkataan la ni) yang sama atau tak. Kalau lulus proses filteration kami, memang kedai tu akan terus di-senarai-putih-kan. Hehehe. Kira ibarat kalau dengan bank tu, macam hutang dah settle la. Boleh buat hutang baru pulak. Ok, enough with the melalut thingy.

Al kisahnya, malam tadi bercadang nak pegi pasar malam. Aku tiba² teringin nak makan something suopy la pulak kan. Kalau dapat kena mihun sup tulang ke, laksa ke, mee bandung ke memang sangat² memuaskan tekak la kot. Sementara menanti bie sampai rumah, aku layan Adamaya. Elok je abis, bie call bagitau dah sampai kat bawah. Cepat² la aku bersiap nak turun. Tapi, sampai je kat bawah, aku tengok hujan tengah rancak turunnya. Aduh, payah la kan nak berjalan dalam hujan kat pasar malam. Memang la best boleh berpelukkan dalam payungan sambil beromantikkan bersama suami tersayang. Tapi tu la, *ghimeh den nanti dok berlago ngan oghang ramai nar*. Jadi masuk je kete, aku ajukan idea untuk change on plan je. Ajak bie gi Murni Dicovery. Aku budget die mesti dah malas nak pusing balik ke sana. Yelah, die baru balik jauh dari Putrajaya. Alih² kena pusing balik laluan yang die dah lalu tadi. But guess what, jawapan die sangat simple "boleh aja dong!". See, kan aku dah cakap kitorang memang gila. Orang lain kalau dah sampai rumah malas dah nak keluar. Kitorang boleh pulak keluar balik. Ironinya, kalau nak ke situ akan lalu balik kawasan opis aku dan tol plaza yang bie lalu untuk balik dari Putrajaya. Sanggup tu pusing semata² sebab nak makan (tu pasal la aku ni makin gemok hari demi hari!!!). Padahal, masa lunch aku baru je menyantap kat situ, siap buat entry lagi.


Full house!

Kiranya, aku assume ini sebagai melunaskan selera bie la. Entah² die dah baca entry aku tu, terus craving on something to eat kan. Jadi, anggap la aku melayankan tekak die (padahal aku pun sama excited nak makan lagi :P ). Sampai je situ, keadaannya sama je sesak macam masa lunch. Just that nak mendapatkan parking tu tak la sesusah macam masa lunch. Sebab kat area situ tak banyak dah kedai yang bukak sebelah malam. Sementara bie park kete, aku cepat² masuk dalam usha². Luckily dapat meja kosong kat dalam. Maka, mula la menengok² menu. Dulu masa kat SS2 punya branch, pening nak order sebab takde menu. Jadi apa je pinggan yang lalu, kami akan tanya "tu apa aa?". Tapi bila dah ada menu pun, pening jugak sebab bendanya banyak sangat. Sudahnya bie order Grilled Chicken Chop Special, aku order Mee Utara dan air kami amik signature drinks mereka iaitu Ribena Longan.


Bagak besar kan? Tapi kami minum berdua la, bukan sorang²..

Sementara menanti makanan. Puas jugak la observe keadaan sekeliling. Rata² yang datang malam tu memang kebanyakkannya cina. Mungkin sebab kawasan ni memang dihuni majoriti kaum cina kot.

Lama jugak la kami menunggu makanan sampai. Tapi nasib baik la masa tu tahap kelaparan belum di tahap maksimum. Kalau tak, rasa nak ngamuk jugak kot. Bila semua yang dipesan sampai, kami pun mula makan. Untuk Grilled Chicken Chop Special, komen bie adalah so-so aje. Sebab katanya ayam tu agak memuakkan rasanya. 2 keping ayam yang disalut telur lepas tu ada pulak cheese kat tengah die. Kepada penggemar cheese, memang yummi la. Tapi kalau tak berapa minat dengan cheese, menu ini adalah not recommended. Untuk aku punya pulak, Mee Utara tu rasanya nothing special kot. Biasa² aje. Rasanya macam Mee Bandung pun ada. Aku agak kecewa la sebab tengok review gambarnya nampak lain dari apa yang aku dapat. Siap tanya balik tu, "ni mee apa?". Tapi camnepun, makan tetap makan sampai licin pinggan. Hehehe.


Grilled Chicken Chop Special


Mee Utara yang mengecewakan aku itu..

So far, untuk 2 kali kunjungan ni. Aku still boleh kata tempat ni is 1 of our feveret lepas ni la. Banyak lagi menu yang kena try sebelum boleh decide sama ada nak blacklist atau terus menjadi pelanggan setia. Yang penting sekali, untuk kali yang akan datang rasanya aku taknak dah la duduk dalam. Keadaannya teramat la hingar bingar dengan suara manusia yang ramai itu. Lebih baik duduk luar, tenang sket rasa telinga ni.


Berbaloi tak?

Nota kaki lapan: Entry ini salah satu cara untuk menghasut Cik Rina dan Encik Azhar untuk bersantap bersama satu hari nanti. Cepatlah, Fatin kan dah pandai makan sekarang!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, April 21, 2010

Murni sudah ada di Aman Suria

Ding dong..

Burpp, kenyang perut ku diisi semaunya tadi. Hehehe. Syukur dengan nikmat yang tuhan berikan. Aku baru balik makan dari Murni Discovery. Kedai makan yang menunya ala² warung William's Corner yang citernya penah aku tempel kat sini dulu. By the way, owner kedua² kedai ni khabarnya adik beradik. Tapi betul ke tidak, aku masih tak pasti la. Belum sempat nak interview. Nanti mungkin bila ada masa terluang, aku cuba buat dokumentari khas la kot untuk diorang dua orang ni. Hahaha.

Idea nak makan kat situ tadi dicetuskan oleh cik adik PA opis aku ni yang khabarnya craving nak makan situ (Murni SS2). Kebetulan bie penah bagitau yang Murni ni dah pindah. Dulu kedainya kat SS2 dan aku penah la 2-3 kali makan kat situ. Memang kedainya sentiasa sesak kalau malam hari. Menunya yang lain dari biasa yang buatkan orang ramai datang entah dari mana mengisi perut semaunya. Jadi, dengan gigihnya aku searching thru the net mencari mana arahnya tempat baru Murni ni. Tapi, kalau dah namanya femes. Kejapan aku dah jumpa. Ramai dah yang buat review pasal restoran ni. Contohnya blogger ini. Berkat kepakaran aku membaca map (sila lempang kerana kepoyooan saya ini), tak sampai baper minit aku dah boleh hafal jalannya. Kebetulan tak jauh sangat pun dari opis aku. Jadi, masa lunch hour tadi sempat ke TTDI menyetelkan urusan bank cik adik PA, lepas tu terus gerak ke Aman Suria.


Interiornya yang sangat jauh beza dengan Murni SS2
(kalau ada sesape penah pegi, mesti paham maksud aku)


Untuk sampai ke sana sangatlah mudah. Kalau ikut LDP (dari arah Sunway) akan jumpa gereja besar sebelah kiri. St Ignatius Catholic Church namanya. Masuk simpang kiri selepas gereja dan jalan terus sampai jumpa roundabout (3 persimpangan). Ambik simpang yang terakhir (pukul 3). Lepas tu terus masuk simpang kanan. Jalan terus sampai jumpa jalan besar. Masuk ke kiri dan cari Old Town White Coffee, masuk simpang tu dan jalan terus sampai hujung then masuk kanan. Cari je kedai yang ada deko buluh². Tunjuk arah ni aku tak sure boleh jumpa ke tak, sebab aku tak ikut jalan ni. Just kopipes apa yang orang tulis.


Nasi goreng ayam pandan = satanem!!
Mee raja = Not bad!
Mango Special & Pink Panther Special = Awesome!! :D
Untuk air tu, sila jangan order large unless anda adalah perut stokin!

Satu lagi jalan dari KL boleh ikut SPRINT menghala ke NKVE. Jalan terus sampai la jumpa simpang flyover ke atas yang last sekali sebelum Tol Damansara. Kat sini terus himpit kiri then masuk simpang kiri. Jalan ni just go stret je lebih kurang 5-10 minit (bergantung kepada kuasa kuda, atau pun kekuatan kuda² kereta anda, hahaha). Sampai la nampak tembok tulis Aman Suria Sunway Mas sebelah kanan berdepan dengan Old Town White Coffee. Nampak je tu, sila la ikut laluan yang telah diberikan di atas, insya Allah sampai.

Atau mungkin untuk menambah kepastian, boleh la refer map yang dah wikimapia susah payah sediakan ini. Nak lagi canggih, kepada pengguna² GPS yang expert di luar sana, boleh la key in coordinat N3 07.130 E101 35.967 ke dalam GPS anda. Oh, kalau saya yang takde GPS boleh sampai. Apatah lagi anda yang hidup serba canggih manggih tu kan.

Nak alamat? Nah ambik!

Murni Discovery
Jalan PJU 1/3B
Sunway Mas Commercial Centre
Petaling Jaya, Selangor
GPS Coordinates: N3 07.130 E101 35.967


See, tempat basuh tangan pun unik. Main pakai buluh je tu!

Jadi, selamat berjaya!!

Nota kaki lapan: Ada jugak terpikir nak beli GPS tu. Saje nak poyo², padahal tak berjalan ke mana sangat pun :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, April 19, 2010

Selamat Kembali untuk diri saya..

Ding dong..

Di mana sih harus aku mulain ya. Hurm, ceritanya banyak banget dong. Kalau dikarangin, pasti penuh semua page ini. Ngahahaha, sila ampunkan saya kalau loghat / bahasa Indonesia itu kedengeran sangat hancus! (seminggu je dowh kursus intensif Bahasa Indonesia, mana cukup)



Alhamdulillah, selamat aku pergi dan balik. Kecuakkan dalam kapal terbang dari pergi sampai lah ke hari balik tetap sama. Mula² kapal terbang nak take off, tapak tangan aku kebasahan macam direndam dalam kolam. Huhu. Mujur la aku bukan berseorangan. Bie sentiasa menenangkan aku sebab die paham sangat dengan ketakutan yang aku rasai. Mujur jugak la Joey (adik aku) yang sedikit gila² boleh buat aku lupa sekejap dengan keadaan aku. Tapi, walaupun aku dah 2 kali (pergi - balik) naik kapal terbang. Rasanya ketakutan tu masih tetap ada untuk penerbangan akan datang (aik, ke mana pulak lepas ni?hehehe ). Bukan mudah kan nak menghilangkan apa yang dah memang sebati dalam diri ni.


Konon² macho..


Tenang rasanya..

Sepanjang aku kat sana, banyak yang aku dapat lihat. Banyak yang aku dapat pelajari. Niat bukan semata² untuk shopping je (Bandung memang sinonim sangat dengan shopping kan), tapi juga untuk aku ambik peluang belajar budaya negara orang. Kalau dulu aku hanya rasa tersekat dalam tempurung sendiri. Kali ni aku rasa puas dapat keluar dari kepompong yang selama ni buat aku rasa selesa. Walaupun tak banyak perbezaan sosio-budaya antara Malaysia - Indonesia, tapi jelas perbezaan taraf kehidupan antara kita dan mereka. Kalau kat sini melihat pengemis tu macam satu benda yang sangat menjengkelkan, di sana ia umpama satu kebiasaan, suatu yang memang culture. Kasihan. Memang tersentuh rasaya hati ni setiap kali memandang wajah anak kecil yang datang menadah tangan. Tapi, aku kuatkan hati. Teringat pada anak² bangsa sendiri yang adakalanya terlalu manja dan dimanjakan sampai lupa cara untuk berdikari. Mereka memang patut dibawa ke sana, lihat kesengsaraan orang lain, bersyukur dengan apa yang ada.


Kami hanya mampu memandang..

Yang paling menarik perhatian aku sepanjang aku berliburan kat sana. Keadaan lalu lintasnya. Sangat kelam kabut! Tapi dalam keadaan kelam kabut tu, tak pernah aku terlihat waima satu pun eksiden sesama kereta, bas, motor mahupun pejalan kaki. Malah pejalan kaki antara pengguna jalanraya yang paling dihormati di sana. Motor yang selaju mana pun akan berhenti, mengelak atau paling tidak slowing down bila nampak ada yang nak melintas jalan. Kita di sini, boleh ke macam tu? Ini menunjukkan betapa bertimbang rasanya mereka sesama pengguna jalanraya. Tapi peraturan jalanraya kat sana umpama tak wujud langsung. Traffic light tu saling tak tumpah umpama batang pokok yang tak berguna. Adalah lebih baik kan kalau peraturan yang ditetapkan diikuti. Tentu keadaannya akan jadi lebih tersusun kan. Manalah tau, satu hari nanti keadaannya akan jadi lebih baik. Wallahua'lam.

Cukup sampai sini la ye. Tak baik kondem negara orang banyak². Saya takut kena saman je nanti, hehe. Niat di hati memang nak buat full update. Rangkuman semua cerita selama 4 hari kat sana. Tapi kekurangan sumber bergambar sebab folder yang dah disimpan tertinggal dalam laptop 'tour guide' kami kat Semenyih ^_^. Insya Allah, ceritanya akan menyusul nanti. Keperluan untuk aku refresh segala memori yang tersimpan dalam kepala ni amat perlu untuk make sure tiada satu pun info berguna yang akan tertinggal. Siapa tau mungkin ada yang memerlukan info aku ni suatu hari nanti kan. Sedangkan aku pun banyak dapat info dari blog orang lain sebelum ke satu² tempat.


Joey yang over excited

Big and million thanks teristimewa untuk 2 orang di bawah ini (ke 3 orang ek?? hehe). Kerana mereka berdua yang merealisasikan impian aku yang satu ini. Tanpa mereka, pasti pengalaman ini tak dapat lagi aku rasai.


You're my heart, you're my soul..


'Tour guide' yang berat hati nak meninggalkan Piput

Sampe ketemu lagi.. :P

Nota kaki lapan: Ada lebih 800 keping gambar yang dapat di'capture'. Agaknya kalau semua aku sumbat, maunya berpinar bijik mata kan. Hehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, April 12, 2010

Cuti² Mode is ON!

Ding dong..

Hari ni last day aku keje sebelum bercuti panjang mulai esok. Bandung, Indonesia bakal aku jejaki kurang dari tempoh 24 jam dari sekarang. Mood nak meneruskan keje² kat opis ni memang dah lama terbenam sejak minggu lepas lagi. Mana taknya, separuh hati dah sampai ke sana agaknya. Keje yang ada depan mata, kalau boleh nak dipadam je. Nasib baik la tak boleh padam² kan. Kalau boleh tu, syok jugak. Ikutkan hati, nak datang keje hari ni pun malas. Dah alang² sehari je yang tinggal. Tapi sebab boss dah bagi warning, aku gagahkan hati datang jugak hari ni. Kebetulan pulak pagi ni ada kawan yang baru balik dari Korea Taiwan mengagihkan souvenir untuk semua orang. Lagi la mood aku untuk keje makin menipis.


Souvenir dari kawan opis
Sila abaikan sesuatu yang berunsur lucah itu..


Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku bakal meninggalkan bumi Malaysia tercinta ini. Hehehe, syok jugak bila dipikirkan. Paling jauh pernah aku berjalan setakat ni dalam Malaysia je, Kelantan. Tu pun naik mengah aku menghitung detik waktu nak menyampaikan tempat yang dituju tu. Tapi kali ni tentunya sangat² berbeza dari perjalanan aku yang biasa. Aku bakal berada tinggi di atas awan untuk tempoh lebih kurang 2 jam sebelum menjejakkan kaki ke tanah asing tu. Huhu, ai sangat takut sebenarnya. Menjadi aku yang takut dan gayat bila berada kat tempat tinggi, mesti la suatu penyeksaan bila membayangkan aku bakal terbang tinggi esok.


Naik kapaterobang murah je..
Ye, saya tau nama saya unik ^_^

Tapi takpe. Aku tau aku akan sentiasa tenang (atau mungkin ditenangkan) sebab bie sentiasa akan ada kat sebelah aku menjadi peneman paling setia. Tolong jangan takut²kan saya ye sayang. Belum ditakutkan pun lutut dah gigil, ni kan pulak kalau ada yang takutkan. Maunya aku pengsan esok bila dah terlalu nervous.

Jadi, kepada sahabat handai yang bakal ditinggalkan esok (walaupun seminggu je), doakan keselamatan kami semua ye. Moga perjalanan kami diberkati dan dirahmati. Doakan semoga iman aku kuat menghadapi godaan yang bakal mendatang esok (aku takut duit aku licin shopping sakan je ni). Andai la aku pulang dalam kepapa-kedanaan, jangan la kedekut untuk meminjamkan aku barang seratus dua ye, hehe. :P

Nota kaki lapan: Aku memang kejakunan yang amat sangat sebab tak penah weh naik flight!! Hahaha..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, April 06, 2010

Kronologi : Aku Diserang Chicken Pox

Ding dong..

20 Mac 2010, Sabtu

Aku bangun seawal pagi. Niat hari ni nak berlatih bowling barang 2-3 game dengan bie tersayang. Die pun semangat bangun awal dari aku sebab sememangnya kitorang dah lama sangat² tak main bowling. Boleh dikatakan, sejak kami kenal dengan dunia paintball, bowling ni dah agak terpinggir dari pandangan kami. Kesian. Jadi dek kerana tanggal 28hb Mac aku ada tournament dengan teman² seopis, maka praktis ini amat perlu untuk aku. Mula dengan 3 game, tapi aku tambah satu lagi untuk aku sorang. Puas hati dapat main 4 game terus. Sampai gigil lutut kesakitan (tanda² dah makin tua agaknya). Sebelum balik, sempat singgah makan dan menyinggah booth yang kami lalu. Kebetulan terpandang orang menjual spec dan contact lens. Alang² dah lalu, sempat la beli 2 kotak untuk simpan buat bekalan. Seterusnya ke kedai komik dan kedai buku Popular. Sambar 2-3 naskah komik kesukaan dan sempat jugak sauk 1-2 novel yang dah lama dijeling² setiap kali ke kedai buku. Balik je rumah, tak sempat tunggu apa². Tarik bantal dari dalam bilik lepas tu terus membongkang depan tv. Tak lama lepas tu, dua² pun lena sampai ke petang.


Komik yang skang tengah diusahakan pengumpulannya


Belakang tu la boothnya..
Bie di samping "silver man"


Sedar dari lena, aku rasa badan lain macam. Sejuk sesangat. Tapi suhu yang aku rasa di tapak tangan panas. Kata hati, "demam ke aku". Tapi aku cuba buat tatau. Tak lepas tu bie tersedar dari tidurnya yang lena. Aku capai tangan die, letakkan ke leher. Muka die sikit terkejut. "Panas kan?". Jadi aku terus isytiharkan diri aku demam. Memandangkan esoknya hari ahad, malas la aku nak ke klinik. Biarkan je, mana tau lepas rehat sehari boleh baik.

*********
21 Mac 2010, Ahad

Keadaan aku masih sama. Kejap ok, kejap down. Nak pegi klinik pun serba salah. Kebetulan pulak, menjelang tengah hari hujan turun mencurah². Jadi niat nak ke klinik aku pendamkan. Tapi makin petang maki badan aku rasa lemah. Cuba tidur je sebelah petangnya. Tapi semuanya tu tak membantu. Bangun je dari tidur, badan membahang macam baru lepas duduk sebelah pendiangan berjam². Tak tunggu lama, terus aku kejutkan bie ajak ke klinik. Dia mintak tempoh sampai hujan reda. Sebaik reda hujan, terus bersiap dan gegas ke klinik. Sesampai kat klinik, demam kebah! Bila doktor periksa, suhu badan normal. Damn it! Aku ada rasa bengang tapi nak buat macam mana, terima jela apa yang doktor cakap. Tapi bila balik je rumah, demam datang lagi. Sampai ke malam tetap sama keadaannya. Masa tidur, pukul 3-4 pagi aku tersedar. Menggigil macam duduk dalam bath tub penuh ais. Puas aku selimut satu badan, tapi sejuknya makin bertambah. Bie tersedar terus dia tambahkan lagi selimut 2 lapis. Tapi sejuknya tetap sama. Menggigil sampai la aku terlena balik.

*********
22 Mac 2010, Isnin

Paginya terus ke klinik dengan bie. Nak mintak mc sehari sebab memang badan lemah sangat². Sampai je ke klinik (klinik yang sama), terus doktor check. Dan doktor tu buat muka sengal 8 tingkat. "Your temperature normal je, doktor semalam check pun normal kan? So sepatutnya you tak demam pun", kata dia la. Aku yang menanggung, aku tau la. Dalam hati, S.H.I.T!! Tapi mc tetap dapat, just dia tak letak pun dalam tu demam. Ada aku kisah, yang penting aku nak balik rumah dan tidur! Yerp, aku ada rasa sikit marah masa tu.

*********
23 Mac 2010, Selasa

Bangun pagi dengan malasnya. Nak pegi keje sebab badan dah rasa kebah sikit. Walaupun sebenarnya ada rasa tak selesa lagi. Siap bertowel, berdiri depan cermin membelek muka (ni tabiat dari dulu sampai sekarang). Tiba² perasan ada bintik² merah kat leher dan dada. Ada yang dah luka bekas digaru, maybe masa tidur tak sedar tergaru. Hati dah berdetak rasa tak best, tapi aku teruskan jugak pegi keje. Sampai opis, makin rasa tak selesa. Die mula gatal². Opismet cadangkan minum air kelapa. Kalau chicken pox, die akan keluar bertambah². Kalau tak jadi apa, ada kemungkinan denggi. Jadi, waktu lunch dengan gagah beraninya aku keluar sorang² mencari. Nasib baik jumpa tak jauh dari opis. Minum sebiji takde kongsi² dengan orang. Lepas 2-3 jam, mula terasa badan makin gatal. Sudah! Naya pulak rasa, merenyam satu badan. Terus inform bie ajak die ke klinik malam nanti.

Balik rumah, tabah je menunggu bie balik. Sebaik je die balik, terus bersiap nak ke klinik (yang sama jugak). Kat klinik, bila bagitau macam kena chicken pox. Doktor tak cakap banyak, terus mintak nak tengok satu badan. Bukak tudung semua nak tunjuk bahagian² yang dah ada bintik merah tu. Confirm! "Sila mc seminggu ye", kata doktor. Terkejut gila aku rasa, tak pernah² merasa mc lama² macam tu. Lepas ambik ubat, singgah farmasi beli ubat yang doktor suruh, terus balik rumah. MIL pesan jangan makan ubat untuk chicken pox tu dulu, biar semua keluar dulu baru makan. Apa signifikannya, aku kurang pasti la. Tapi dah itu nasihatnya, baik ikut je.

Malamnya, aku demam semula. Panas sangat²!

*********
24 Mac 2010, Rabu - 30 Mac 2010, Selasa



Sabun dan lotion yang jadi penenang kegatalan badan
Picca from google

Hari pertama mc. Bintik² bertambah. Muka dah mula penuh dengan bintik² merah. Takut rasanya bila tengok muka sendiri kat cermin. Ngeri. Keadaan makin dasyat hari demi hari. Bintik merah dah mula berubah jadi berair dalamnya. Ngeee, seriau rasanya. Takut nanti kalau pecah. Mula dari muka, merebak ke badan dan seterusnya ke kaki. Abis penuh satu badan. Tidur pun terpaksa berasing sebab takut terkena pulak dekat bie. Die dah penah kena masa kecik dulu, tapi langkah berjaga², tetap jugak asingkan mana yang perlu. Haih, sedih rasa bila kena kuarantin macam tu. Tapi apakan daya, kena la berpantang jugak. Nasib baik ada bie, dia la jadi tukang masak, tukang basuh, tukang sapu ubat, tukang buat air. Semua keje dia kena buat sorang. Baju² aku pun kena asingkan, kena rendam dengan air panas dulu sebelum basuh macam biasa. Kalau la aku tengah bujang ni, mesti terkial² nak buat semua sendiri kan. Tuhan tu maha kaya, DIA bagi aku sakit macam ni masa DIA tau ada yang akan jaga. Terharu saya..

*********
6 April 2010, Hari ni

Parut masih jelas kelihatan

Keadaan dah makin baik. Chicken pox tu boleh katakan dah 99% kering. Mungkin ada lagi sket² yang masih lagi dalam keadaan belum pulih sepenuhnya. Tapi so far, kebanyakkannya hanya tinggal parut. Yang paling ketara ofkoz la kat muka ni. Tapi takpela, zaman moden sekarang ni, macam² cara boleh buat nak hilangkan parut² yang ada. Special thanks to my beloved hubby yang susah payah sepanjang seminggu tu. Penat² balik keje pun kena jugak ringankan tulang buat keje kat rumah pulak. Harap² kesakitan yang tuhan bagi ni ada hikmahnya, kita tengok jela nanti kan..

Thanks jugak untuk Puan Syasya yang sudi jual bio-oil second handnya pada aku dengan half price saje. Baru start guna malam tadi kat muka. Mudah²an berkesan la hendaknya.


Ini bakal menyelamatkan kulit ku dari parut² yang ada
Picca from google


Nota kaki lapan: Kagum dengan kasih sayang suami. Terima kasih ye tuhan, bagi saya kekasih yang satu ini..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, April 01, 2010

Chicken Pox @ Cacar Air

Ding dong..

Sumber info: www.infosihat.gov.my

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


Picture from google.com

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Nota kaki lapan: Ada sebab kenapa artikel ni ditempel kat sini. Nanti la I buat laporan lengkap. Sekarang tengah malas dan busy..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Related Posts with Thumbnails