Monday, February 01, 2010

Penantian suatu penyeksaan..

Update padat ini terhasil kerana saya sangat kepenatan! Seharian berdiri, beratur, menunggu, beratur lagi, berdiri lagi, dan terus menunggu. Kelancaran yang aku harapkan, sayangnya tak seperti yang aku harap2kan. Bangun seawal 6:45 pagi, bersiap dan keluar rumah sepagi2 oren yang terdaya. Owh, by the way. Aku bercuti hari ni. Bukan sempena Hari Wilayah, tapi atas alasan mak aku yang akan warded untuk pembedahan yang dijadualkan esok. Tapi end up, dia tak pegi pun check up yang sepatutnya die pegi Sabtu lepas. Oklah, malas nak citer lanjut pasal tu. Agak marah dengan keputusannya taknak teruskan pembedahan tu. Tapi apakan daya, keputusan atas tangan die sendiri. Harap bila sampai masanya die membuka fikiran luas2, keadaan masih belum terlambat..

Berbalik kepada citer asal. Hari ni aku, bie dan Joey (adik aku) ke Imigresen Kajang nak buat passport. Seawal 8:30 pagi kami sampai, tapi keadaan kat situ dah macam kat pasar borong Selayang! Manusia di sana sini. Barisan yang dah memang sedia menanti dah membentuk huruf 'S'. Terkedu aku & bie seketika. Tapi apa nak dikata, tunggu aje la. 2 jam setengah dihabiskan hanya untuk berbaris mengambil nombor giliran! Baru nombor giliran tu.. Tapi malang, sampai je kat kaunter, MyKad aku yang sememangnya dah mengong2 sejak lama dulu menunjukkan perangainya lagi. Boleh pulak time tu die tak dapat detect meskipun dah berulang kali cik kak manis tu masukkan ke dalam scannernya. Dengan berat langkah, terpaksa la aku ke JPN yang letaknya sebelah je dengan Imigresen tu. Nasib baik la orang tak ramai sangat dalam JPN tu. Beratur lagi untuk ambik nombor giliran. Sampai je kat depan, dapat no giliran. Tapi... kena tunggu pulak lepas pukul 2 baru dapat berurusan. DAMN!! Angin aku dah mula tak baper ok. Tapi tetap teruskan dengan tabah. Bak jatuh ditimpa tangga dah makcik rasa nak oii!

Sementara menanti pukul 2, bie & Joey teruskan penantian mereka kat Imigresen. Dan aku hanya duduk menikmati saat2 'indah' seorang diri. Huhuhu. Nasib baik la dapat suami yang memahami tahap ke'stress'an aku masa tu. Die sanggup berulang alik dari JPN dan Imigresen tu sebab nak menemankan aku yang duduk menanti seorang diri. Lebih kurang pukul 3:30, urusan aku kat JPN selesai. Terus bergegas ke Imigresen pulak. Sambung menanti proses seterusnya. Ambik semula borang aku kat kaunter mula2 sekali. Memandang nombor giliran yang dah terlepas, aku pun tanya la kat akak India yang bertugas kat kaunter tu. "Tunggu je sampai diorang panggil nombor tu semula". Aku menanti, terus menanti, dan terus menanti. Nombor aku tetap tak kunjung muncul. 3 jam duduk situ macam orang bodoh. Nak meninggalkan kejap pegi minum2, takut terlepas lagi. Sampai la ke tahap kepala aku mula berpinar dan berpusing2 dek kerana keadaan sekeliling yang sesak. Bie yang kesiankan aku masa tu offer nak tolong tanyakan kat mana2 kaunter pasal status nombor giliran aku tu. Sebab masa tu die punya dah settle. Cuma tunggu passport siap je. Alangkah terkejut dan naiknya darah aku bila tau, nombor tu sepatutnya dah lama naik. Tapi sebab kesilapan staff India yang tak inform pada aku suruh pegi terus ke mana2 kaunter, jadi la aku penunggu setia di pinggir kali..

Nak marah2 sangat pun tak guna. Masa tu dalam kepala memang pikir nak siapkan cepat semua benda. Lepas tu cepat2 nak balik. Tapi bila sampai ke peringkat bayaran & resit untuk ambik passport tu. Rupanya passport aku masuk dalam list kutipan hari keesokkannya. Nasib baik la aku memang cuti sampai esok. Kalau tak, ada la berita "wanita-gebu-yang-gojes mengamuk kat Pejabat Imigresen Kajang" masuk Harian Metro esok agaknya. Aku memang pasrah je masa tu. Sebab kesilapan bodoh sorang minachi ni, aku terpaksa duduk tercongok berjam2. Tenkiu la aci mengong!

Esok aku sambung lagi kesudahan citer ni. Kasi settle kes ni, lepas ni aku lepas ni tunggu jela apa akan cik minachi tu akan dapat. Hopefully die takkan buat kesilapan kecik dan bodoh ni lagi. Sebab efeknya pada imej Jabatan yang die bawak tu sebenarnya sangat la besar pada kami yang bernama 'pelanggan budiman' ini..

Lagu tema hari ini: "Pegi pagi balik petang, adakala sampai malam.. Beratur panjang menanti giliran, tapi sayang tak kesampaian... aahhhaaaahaii, meluatnya...!!" ~ petikan lagu Syeqal yang diubah suai oleh aku..

Nota kaki lapan: Balik tu menyinggah kat pasar malam sebab berhajat nak makan yong taufu. Tapi hujan yang turun lebat tiba2 menambahkan lagi tahap malang yang aku rasa hari ni. Macam manapun, terima kasih Tuhan.. Aku terima segalanya dengan redha..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

5 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

sabor je lah erk...
hehehhe

rina said... Jawab Balik

sedihnye aku dgr cerita ko..patut la lama gile tunggu.

naDia said... Jawab Balik

hurm..life's like that..when we think everything will be ok..jadi yg sebaliknye..vice versa..the most important thing is how you handle the thing/situation..the fact that ko still berjaya menahan dari drpd marah aci mengong tu..it was a good thing la.. chill~

ch@ said... Jawab Balik

pergh...terharu betul, kalo aku ni, mmg balik sudah!

i.z.m.a said... Jawab Balik

zella: sabor tu memang sepenuh keimanan.. kalau separuh, memang dah abis rasanya limit die..

rina: ngalahkan opis hour beb.. 7:30 pagi kuar umah, 7:30 malam baru balik

namo: yeah rite.. memang kekadang kite memang takkan dapat apa yang kite harapkan.. tapi untuk kes2 macam ni, sabar tu memang on top of everything!

ch@: aku ni memang dah dilahirkan camni.. selagi tak settle bend ayang aku buat, aku takkan patah balik.. itu lah aku dari dulu lagi..

Related Posts with Thumbnails