Tuesday, February 09, 2010

Happy Belated Birthday Nana @ Kunang² Restaurant..

Sabtu lepas, seawal pagi lagi bie dah dapat sms dari adiknya yang bongsu. Mummy ajak join dinner sempena birthday Nana, adik bie the only girl yang ada dalam siblings die. Kebetulan memang kami merancang nak balik. Paginya aku teman bie main paintball (teman je, tak join main pun). Entry untuk game paintball tu selepas ini.

Jadi petang Sabtu tu, lepas puas merehat²kan badan kat rumah lepas acara paintball yang memenatkan tu (walaupun aku hanya jadi peneman cum photographer je, hehehe). Kami pun bersiap seadanya memandangkan baliknya pun cuma satu malam. Ikutkan hati ni, nak balik sehelai sepinggang je, ehehe. Tapi memikirkan aku memang takde tinggalkan walau sepasang baju pun kat sana sebelum ni, jadi kena la jugak angkut satu beg.

Sesampai je kat area Batu Caves, jalan sedikit jem. Aduh, kaum² tersebut masih belum habis berhari raya! Kereta diparking sesuka hati kat bahu jalan. Sampai sesak jadinya ke MRR2 sekali. Bile la agaknya diorang ni nak sedar yang benda ni semua menyusahkan orang lain, menyusahkan pengguna jalan raya. Tidak la bersifat perkauman ataupun perbangsaan (haha, ini aku punya perkataan sendiri), tapi kan lagi molek kalau acara yang diorang nak sangat buat lepas sambutan perayaan tu dibuat kat kawasan lain yang lebih lapang. Bukannya kat kawasan yang sememangnya dah sesak macam ni. Buat la kat Stadium Bukit Jalil ke, mana² ke. Statement ini hanya akan difahami oleh orang yang tinggal sekitar Batu Caves dan kawasan yang sewaktu dengannya je. Kalau yang tak faham tu, boleh la turun ke area Batu Caves dan buat research sendiri ye.

Okey, cukup la membebel hal mereka. Mari sambung ke pokok pangkal jalan. So, petang tu dok planning² tempat makan yang nak dituju. Syarat mummy, tempatnya kena la ada makanan berat, tak mahal sangat, tak murah sangat. Jadi warung makan sekitar rumah tu dah dikeluarkan daripada list. Tiba² dalam memikir², aku teringatkan Restoran Kunang-kunang dekat² dengan Taman Melati. Terus mengeluarkan idea bernas itu. Sebelum tu ada bagitau kat bie nak ajak ke Satay Station sebab ramai dah yang buat review tempat makan tu sataynya sedap. Tapi idea tu tak mendapat sambutan sebab satu lagi syaratnya, taknak jauh² sangat. Restoran Kunang-kunang menjadi pilihan muktamad nampak gayanya.

Mujur malam tu mummy dan yang lain² pergi dulu. Chop tempat. Kalau tak, ada la yang kena jadi penunggu setia (owh, I tak suka tunggu² ni tau. Fobia!) Dapat tempat yang tak jauh dari stage. Yang menariknya malam tu ada live band. Dah rasa cam makan kat Saloma Bistro pulak (aku tak penah pun pegi Saloma Bistro, hehe). Tempat makannya ada ala² macam dalam taman² sket. Dengan dekonya yang berkonsepkan kehutanan sikit. Ada pulak air terjun buatan. So far, agak menenangkan jugak la. Kebetulan masa tu ramai pulak yang sambut birthday. So asyik la dengar live band tu dok putar lagu birthday secara live. "Oklah Nana, kira tu untuk awak la ye walaupun takde sebut nama awak!"

Wajah² happy beday gurl..

Hajat di hati nak buat surprise kasi birthday cake. Tapi sayang, last minute plan tak menjadi sebab tak dapat cari kek sebiji yang kecik tengah² malam ni. Agak terkejar² jugak la nak mencari. Aku malas nak beli kek besar sebab takut membazir je tak abis. Dengan jumlah kami yang tak baper kerat ni je, kek setengah kilo pun tak abis rasanya. Kang tak pasal² kena bebel. Jadi aku belikan 1 slice jela untuk tuan punya badan yang sambut birthday. Tu pun tak dimakan sebab masing² semua kekenyangan. Masing² semua dah penuh dengan nasi. Malam tu yang sempat diorder, nasi goreng kerabu (mummy & abah), nasi goreng tomyam (bie, nana & adik) dan aku order beef dendeng with nasi putih. Tambah pulak dengan side order french fries dan keropok lekor (yang gumuks² dan lembut bangat!). Harganya boleh tahan la jugak. Affordable la bagi aku. At least teh o panas die still RM1.20 banding dengan setengah coffee house yang hentak sampai RM3 untuk cawan kecik je. Jadi kepada yang nak try sendiri makan kat sini, sila la google ek. Restorannya betul² kat sebelah Shell MRR2 tak jauh dari Taman Melati.

Line up! Nasi goreng tomyam, keropok lekor (tinggal seketul),
French fries, Nasi goreng kerabu, Nasi dendeng daging..

RM1.20 + service charge 10%.. Service die oklah jugak,
waiter jalan laju macam speed bot.

Selesai makan, yang lain² beransur membawak diri masing² balik. Aku awal² dah text kat bie cakap nak stay tengok live band sambil kena teh panas ke apa. Die on je. I lap u la laling! Hehehehe. Kebetulan masa kitorang lepak tu, live band tu diambil alih oleh sekumpulan budak² yang belum akil baligh, The Songwriter nama groupnya. Mula² ingat cam best la die punya showmanship. Sekali hancus daa.. Tune larik sana sini. Hilang mood aku nak lepak². Tapi takpela, kasi can la diorg nak belajar kan. Kasi la galah kat diorg tolong jolokkan gitar tu. Lebih kurang kul 11, aku pun ajak kekasih tersayang balik rumah sebab nak tengok Fuhhh kat tv3 tu. Ehehehe..

Layan live band.. Tapi sebenarnya mata dah ngantuk pun!

Lain kali boleh repeat lagi sekali makan sini kot. Aku nak try western die pulak. Kesian kat bie & adik sebab diorg punya nasi goreng tomyam sampai lambat sangat. Dah pusing 5-6 lagu live band tu goreng, tapi nasi gorengnya tetap tak nampak bayang. Aku anggap itu sebab orang yang terlalu ramai, full house! So, aku maafkan la untuk kali tersebut. Lain kali kalau aku datang time takde orang pun lambat jugak, memang akan aku masukkan dalam senarai hitam la Kunang-kunang ni (banyak dah kedai masuk senarai hitam aku ni tau!!), cari la Labah-labah pulak ke.. :P

Nota kaki lapan: Kenapa aku rasa entry ni takde macam citer pasal birthday Nana tu pun ek? Hahahaha. Lantak la labu sayong!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

kira ok la tu, ada tajuk restoran tu skali :)

zella y said... Jawab Balik

kelaur time kaum tu tgh beraya mmg jem sgt2...dulu time duk selayang..kalau time tu mmg xkuar heheh

i.z.m.a said... Jawab Balik

ch@ - ni patut tajuk die "review: Kunang² Restaurant".. bleh mintak royalti. :P

zella - skarang ni raya diorg kalah kite.. sampai berminggu2 nak berpesta!! huhuhu

Related Posts with Thumbnails