Tuesday, February 23, 2010

Cuti-cuti Malaysia - Zoo Negara

Ahad lepas dengan secara tiba²nya aku meluangkan masa hujung minggu kat Zoo Negara. Hehe, tidaklah tiba² sebenarnya. Idea tu datang masa tengah landing² depan tv pada hari Sabtu lagi. Kebetulan memang sehari suntuk kami tak buat apa² langsung dari pagi sampai ke malam. Jadi aku suarakan idea bernas aku tu pada bie. Dia on saje. Ajak adik bie yang bongsu sekali sebab die pernah sebut beberapa minggu lepas teringin nak pegi zoo katanya. Dan bawak jugak Nana (adik pompuan bie) yang kebetulan masih bercuti. At least ada tukang ambik gambar kami berdua nanti. Hehehe. Tujuan satu lagi ialah nak repeat balik kunjungan kami masa zaman² bercinta dulu. Ada la satu kejadian yang dah menyebabkan segala gambar dulu² terpadam secara tak sengaja. Jadi mana² tempat yang kami teringat pernah bergambar dulu kami repeat balik.

Rasanya selepas bertahun yang lalu, sejak kali terakhir masuk Zoo Negara ni dulu, banyak jugak la perubahan yang aku dapat lihat. Perubahan yang ketara dah semestinya la bayaran masuknya yang dah ala² cekik darah jugak la. Lebih menekankan otak bila dapat tau kebanyakkan benda² kat dalam tu dah semakin mahal. Nak naik tram (bas yang pusing dalam zoo tu) pun kena bayar RM3 satu kepala. Huhu, kalau datang sebatalion, alamatnya kopak la si tukang bayar. Malah untuk pemberian makan pada binatang pun kena cekik RM3 untuk sebungkus potongan buah atau sayuran!! Huhu, baik beli kat kedai makcik mana² lepas tu bawak masuk dalam. Tapi mana la nak tau dari awal makanan apa yang boleh bagi, makanan apa yang sesuai nak dibagi.

Pasangan remaja

Tengok² ikan

Abis semua diredah selagi terdaya

So ini tips untuk bakal² pengunjung zoo lebih² lagi ibu² dan jugak bapak². Sila bawak tebu untuk gajah, lobak / kentang / keledek untuk rusa, daun² hijau pun boleh juga untuk bagi kat mana² binatang yang memang makan daun. Jangan la bagi yang mahal² dan yang bukan². Cantas je kat tepi² jalan tu. Bukan la aku nak kondem apa yang pihak zoo tu buat. Faham kalau diorang buat camtu untuk tambah dana bagi memelihara haiwan² dalam tu. Tapi please la, jangan ambik kesempatan boleh? Padahal kos untuk sebiji lobak merah tak sampai pun RM1. So kalau anda rasa tak nak membazir duit, sila la ikut tips di atas ye. Tak pun senang citer, takyah mengada² bagi haiwan tu makan. Diorang, eh bukan.. diaekor dah kenyang banyak sangat makanan dalam tu.

Posing dengan burung. Tapi sebenarnya masing takut kena "tut"

Tengah² syok berjalan, tiba² hujan. Mula² stuck dalam rumah reptilia, pastu dapat lari ke pondok
ribena yang sejuk dan nyaman. Ape lagi, mari kite tido!!!

But overall, aku suka lawatan ke Zoo Negara ni. At least satu cara untuk dapatkan cuti² yang berfaedah. Sambil menimba ilmu, sambil beriadah. Sempat jugak la mengeluarkan beberapa gelen peluh yang dah lama sangat bertakung dalam badan. Untuk kanak² pulak (especially yang takde peluang nak tengok haiwan kat sekitar kawasan rumah), ini la masanya nak membezakan mana satu lembu, mana satu seladang. Nak mengecam mana satu itik, mana satu angsa. Penting tu ok! Jadi, renung²kan dan.. selamat beramal!!

Ini adalah gambar repeat.. Dulu dua² saiz 'M'..
Sekarang??


Nota kaki lapan: Thanks dear sebab sponsor kami semua. Mungkin akan tunggu lagi 5-7 tahun baru repeat lawatan sambil belajar ini.. :D

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

7-8 tahun tu bwk si kembar eh! upsss!!!

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahaha.. doa2 kan jela ye!

Related Posts with Thumbnails