Thursday, November 25, 2010

Kesian... Hatinya makin lemah

Ding dong..

Dah lama aku perhatikan keadaannya. Bahkan hari² aku risaukan pasal dia. Keadaannya mungkin nampak normal dan sihat dari luar. Tapi, hakikat sebenarnya, hati dia makin parah & lemah. Mungkin kalau dilihatkan pada keadaan jantungnya, die masih kuat. Juga mungkin kalau dibandingkan dengan umur tubuh badannya, die masih muda. Namun, apakan daya. Semua itu tak dapat menjamin kesihatan hatinya yang juga sama penting dengan kesihatan tubuh mahupun jantung.

Aku selalu risaukan keadaan dia. Saban hari aku terpikirkan pasal keadaan hatinya yang makin lemah itu. Rasanya, tak sampai sungguh perasaan hati ni nak membiarkan dia terus bekerja. Tapi apa dayanya, khidmat baktinya atas muka bumi Allah ini masih amat² diperlukan. Yang terpenting, aku yang sangat bergantung harap padanya.

Dulu, aku tak pasti berapa kos untuk merawat hatinya itu. Nasib baik ada Bie yang rajin survey sana dan sini. Setelah dicongak², Bie setuju nak bagi pembiayaan penuh untuk rawatan dia. Mungkin orang boleh beranggapan, dia masih mampu meneruskan hidup dengan hati yang ada sekarang. Tapi pada aku, sebelum keadaan die jadi betul² parah. Biarlah aku korbankan sedikit masa aku untuk menemani dia menjalani rawatan nanti. Aku taknak nanti bilamana sampai keadaan hatinya benar² parah hingga dia mati di pertengahan jalan. Dah pasti aku orang yang akan paling merasa sesal.

Oleh itu, terima kasih setinggi²nya buat suami tercinta. Kerana sudi mengeluarkan modal untuk rawatan menukar hati si dia ini. Dan baru beberapa minit lalu, hatinya berjaya digantikan dengan yang baru. Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan lancar. Proses penukaran hatinya pun tak memakan masa yang lama. Aku harap dia mampu meneruskan kehidupannya dengan lebih lancar selepas ini.

....

...

..

..

..

..

..

..

.

.

.

.

.
.
.
.
.
.
.

Aku sayang kamu, KENARI MERAH ku sayang!!



Nota kaki lapan: Hargailah mereka yang anda sayangi.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, November 24, 2010

Helo? Anybody home?

Ding dong..

Owh, bersawang sudah teratak singgahan aku ini. Kesian kamu wahai blogku, sejak akhir² ni asyik diabaikan saje. Mintak ampun ye. Bukan takmo usik, bahkan hari² aku bukak pintu rumah kau wahai blogku. Tapi jari jemari ni terasa berat dan malas bila mengenangkan masa rehat dan santai tu tak selalu ada. Maka masa santai tu lebih banyak aku habiskan dengan main game bongok² yang ada dalam pc ini ataupun bersantai² menghadap fb dan mungkin jugak berlepak² membaca blog orang lain. Jadi, sebagai mengubat kerinduan kau pada aku wahai blogku sayang. Terimalah entry yang bakal aku taip kejap lagi ni. Yang mungkin memakan masa berjam² nak aku siapkan. Hahahaha..

Mukadimah panjang lebar, isinya belum tentu la. Sebab aku ni suka sangat menaip separuh jalan, pastu tiba² kering idea. )-:

Oklah, mari mengarang!

Actually aku baru selesai bersarapan. Pagi ni aku sarapan dengan bekalan hasil masakan sendiri yang sedap! Hahaha. Mihun goreng lebihan malam tadi yang memang sengaja aku buat lebih, so that aku boleh tapau pagi ni untuk dijadikan sarapan. Jimat sikit kos perbelanjaan harian kan. Sebenarnya pun, sejak aku pindah ke opis baru ni. Jarang sangat dah aku sarapan kat luar a.k.a kedai. Sebab pertama, aku takde geng. Sebab kedua, tugas yang memaksa aku untuk stay kat opis ni at least sampai pukul 9 @ 10 (saya masuk keje pukul 8 ye encik²).


Milo panas & mihun sejuk. Imported dari dapur rumah saya

Kalau pun aku tak tapau apa² dari rumah (tak kira la yang aku masak atau yang aku sempat beli masa on the way dari rumah), aku lagi prefer makan biskut Oat Krunch yang memang dah aku prepare sebagai bekalan. So, macam mana sekalipun, memang aku takkan keluar sarapan lepas aku dah sampai opis. Antara faktor lain tak keluar balik tu ialah, kedai makan yang rata-ratanya memerlukan aku bawak kereta. Adeh, malasnya rasa!

Untuk pengetahuan anda semua, opis saya ni terletak nun jauh di tengah hutan. Ok, tipu je tu. Tapi memang kenyataannya, kat area opis aku ni memang tak dapat la carik gerai² tepi jalan yang within walking distance kan. Nak tak nak, kalau bab mencari pengisi tembolok ni, kena la aku keluar dengan kereta. Jadi, untuk menjimatkan masa, tapau atau bawak bekal tu adalah option yang paling afdal.


Opisku dari kejauhan

Ini pulak kisah weekend lepas. Aku balik Semenyih untuk meraikan seorang budak yang nak berkhatan. Bukan la meraikan sampai tahap buatkan kenduri untuk dia kan (mama dia dah buat kenduri masa raya korban hari tu, sekali dengan potong lembu share beramai²), just nak kasi dia rasa hepi sikit sebelum kena 'potong'. Niat hati tu nak layan la tekak dan kemahuan die sebelum melalui tempoh berpantang.

So, disebabkan Bie memang ada janji nak belanja die makan KFC sebab dia dapat kira ape-benda-tah dengan tepat. Jadi, disekalikan la plan tu. Tapi, yang nak bersunatnya sorang. Kena belanja 3-3 sekali sebab kalau tak kang ada la pulak yang muncung panjang sampai ke pekan Kajang. Tapi, tekak budak kecik kan. Baper ketul sangat la diorang mampu telan. Sedangkan aku yang besar gajah pun, lepas seketul setengah terus rasa muak. Jadi hari Sabtu aku & Bie bawak diorang pegi makan KFC. Nasib baik la sekarang ni semenyih dah ada KFC yang besar kat depan Tesco tu. Takyah la nak angkut diorang jauh².

Dia bersunat hari Ahad lepas. Dengar² citer meraung la jugak bila ubat bius dia dah abis. menggelabah mama & ayah die nak melayankan. Sampai terpaksa call klinik nak tanya apa patut buat. Dengan mama²nya sekali ikut menangis. 1st baby boy la katakan. Hehehe. Tak pasal² nurse kat klinik tu terpaksa menyamar jadi doktor nak menenangkan budak sunat tu punya pasal. Tapi, so far yang aku tengok. Ok je dia lepas dah makan ubat segala. Lagi dia suka la boleh ngadap PSP tanpa gangguan.


Baju oren itulah orangnya (-:

Kepada Mohammad Alif Syahmi, selamat menjalani tempoh berpantang (entah² skang dah boleh berlari dah pun). Cikma doakan Alif menjadi anak & abang yang terbaik. Lepas dah 'potong' tu, kena la tunjuk diri dah besar sikit, pandai berdikari. Bukan besar kepala tau. Jangan suka merengek², merajuk² macam dulu dah. Malu la dengan adik² kalau camtu. Semoga Alif akan jadi big boy di hati lepas ni, bukan big boy di perut ok! Perut sekarang dah cukup besar dah tu. Huhuhu.

Hurm, sentuh pulak kisah Aidiladha baru² ni. Aku tak bercuti panjang pun macam kebanyakkan orang lain. Infact, aku memang tak apply cuti langsung sebab cuti aku sekarang baru ada 2 hari. So, aku nak spare untuk tujuan kecemasan jela yang tu. Lagipun, aku dah merasa cuti panjang masa Aidilfitri.

Tapi, sungguh pun tak cuti. Tetap jugak balik kampung. Walaupun famili kat Semenyih ada buat kenduri doa selamat & kesyukuran. Siap tumbangkan lembu seekor. Aku tak join jugak sebab aku balik sebelah Pahang kali ni. Sebab pertama, aki @ atok Bie yang kat Lipis sakit agak kuat. Sampai warded berhari². Masa kami balik kampung tu keadaannya memang lemah sangat.

Selama yang aku kenali dia, tu lah 1st time aku tengok keadaan dia yang fragile sangat. Biasanya, dia tak penah duduk diam. Menebas la, kait buah la, berkebun la. Non-stop sampai la ke petang. Ada je benda yang dia nak buat keliling rumah tu. Tapi kali ni, dia hanya mampu terbaring lesu. Ada rasa sebak jugak sebenarnya. Tapi kuatkan semangat tahan jela air mata. Kang kalau aku nangis, Bie pun nangis kang. Dah la mata dia pun dah merah semacam.

Sebab kedua pulak, sememangnya tahun ni punya Aidiladha turn untuk balik sana. Jadi, sebagai menghormati persetujuan ni dengan Bie dari sebelum kawen dulu, aku memang patut balik ke sana la. Yelah, bila dah kawen kena la ada give & take kalau nak semua benda dalam kehidupan rumahtangga tu smooth.

Tapi balik pun cuma satu malam. Petang raya tu kami semua dah berangkat ke KL semula. Masa dah get ready nak balik tu, ada insiden cemas berlaku. Tiba² masa pak mentua aku nak start kete, alarm berbunyi. So, macam kelam kabut la kejap. Dalam tengah kelam kabut sana sini, boleh pulak pintu kereta locked dan kunci kereta ada dalam kereta. Tak ke naya tu? Dekat sejam jugak carik solution. Call sana, call sini. Korek sana, korek sini. Tapi tak berjaya. So, last sekali amik keputusan balik je dulu. Nanti pak mentua aku datang balik bawak kunci spare dari KL.

Gerak la naik kete aku dulu. Nasib baik la memang masa tu ada 3 kereta. Tapi on the way nak keluar dari area kampung tu, pak mentua aku teringat nak tanya pomen cina yang dekat² area situ. Haha, tu la kan. Bila dapat jumpa pomen tu, terus patah balik. Dalam masa tak sampai baper minit, settle! Hahaha, tu la dia kan. Bila kita dalam keadaan kelam kabut. Tindakan otak kita jadi lambat. Sebab tu orang kata, kalau tengah ada masalah. Bertenang..

Ok, cukup la tu. Nanti aku membebel lagi di lain waktu ye blogku sayang. (-:

Nota kaki lapan: Aku bukan malas, tapi aku dah letak priority dalam setiap waktu lapang yang aku ada. Dan agak malang, priority pertama bukan blogging..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, November 03, 2010

Tukar angin lagi

Ding dong..

Pagi semua! Sesungguhnya pagi ni memang pagi yang amat indah sebab kedatangan ke opis hari ni disambut kicauan burung dan suasana redup kampus yang nyaman. Sejuk je rasanya mata memandang persekitaran yang penuh hijau di sana sini. Segar mata yang pada awalnya mengantuk semacam. Berbeza sangat rasanya dari keadaan semalam.

By the way, buat yang tak tau. Hari ni aku beralih angin lagi. Kalau dulu aku kat kampus PJ, hari ni aku diterbangkan ke kampus Setapak pulak. Berakhir sudah hari² aku yang berlalu kat PJ, bumi yang penuh jammed, traffic light dan kete sana sini. Yang paling penting, aku dah pasti tempat aku yang sebenar kat mana. Sebab masa kat PJ, aku ni ibarat dicampak ke sana sini. Meja sendiri takde, cubical jauh sekali. Tapi berkat sebulan bersabar, akhirnya aku dapat jugak kata putus dari big boss. Tu yang dicampak ke Setapak pulak. Tapi kali ni confirm la base kat sini.

Alhamdulillah, syukur jugak sebenarnya dapat tukar ke sini. At least, tahun depan bila aku pindah masuk rumah baru, jarak tempat keje dengan rumah tak sejauh mana. Yang penting, sepanjang jalan yang aku bakal guna dari rumah baru ke tempat keje, tak jammed! Yeay!! Penat dah bertahun² meredah jam kat area PJ yang aku rasa macam dah tak boleh nak elak langsung. Nak speeding 80km/j pun payah la orang kata.

Satu lagi yang best, kat sini kawasan kampusnya lapang. Bukan lagi bangunan di celah² kawasan perindustrian yang banyak kilang. Nak parking pun senang, nak keluar masuk pun senang. Sini baru la boleh dikatakan suasana universiti yang sebenar kan.

Tapi, bila kawasannya dah terlalu lapang. Aku rasa seram la jugak andaikata kena stayback balik lambat. Sebab kat sini nak dengar suara manusia pun macam payah. Sunyi sepi! Harap² takde la aku kena stayback balik malam² buta kat sini. Kalau kena jugak, maunya aku tarik je student mana² mintak temankan kat sebelah, hahaha. Ye, aku memang manusia yang sangat penakut. Sebab tu aku ni tak pernah keluar malam sorang². Sebab kepala otak aku ni gemar sangat membayangkan yang bukan². Salahkan segala mak nenek citer seram yang berlambak sekarang ni. Hehehe.

Tu baru citer pasal environment la. Belum masuk bab keje dan workload. Setakat entry ni ditulis, aku belum dapat apa² task lagi. Tunggu la bos kecik ni nanti bagi keje ke apa. Baru la aku tau dunia aku kat sini nanti kelam ke terang.. :P

Nota kaki lapan: Pc yang ada tak boleh on, sib baik bawak lappy. Kalau tak, mati kutu aku!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, November 01, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

Ding dong..



Ini ialah handbag saya yang entah ke berapa. Dah lost count sebab rasa macam tiap² tahun tukar handbag. Bukan apa, beli yang cheapo², so sampai satu masa die akan koyak la, reput la, nak putus sana sini la. Nak tak nak, kena la jugak cari yang baru. Banyak jasanya pada saya ni. Sebut je mana tempat yang saya pegi saya tak angkut dia. Merata² dah dia pegi. Tapi masa ke Bandung hari tu terpaksa la tinggalkan sebab dah banyak sangat beg nak bawak.

Saya ni jenis tak reti pakai handbag banyak² dalam satu masa. Malas nak pindah² barang tu. Disebabkan tu jugak la handbag saya sangat penuh dengan sampah sarap. Incik Suami selalu marah sebab saya suka simpan resit lama² sampai serabut dalam handbag. Tapi, what to do. Benda tu dah jadi habit. Mula² je rajin nak bersihkan, clearkan semua sampah sarap secepat mungkin. Tapi... lepas sebulan dua, perangai lama tu datang balik. Penuh balik dalam handbag dengan segala macam resit, hand note, bil itu ini. Kadang² sampul gula² pun penuh tahap boleh jual kat pusat kitar semula. Hehehe.

Dan satu lagi masalahnya bila kerap pakai handbag yang sama ke mana², handbag tu akan cepat lusuh, koyak & terkopek sana sini. Nak buat cemane, handbag saya tu pun kelas pertengahan je. Yang harganya tak sampai pun 3 angka nilainya. Jadi, adatlah rasanya kalau cepat sangat die menjadi buruk dan lusuh dan tak cantik dan out to date dan segala macam dan lagi. Ditambah pulak dengan perangai saya yang suka usung camera compact saya ke hulu ke hilir. Maka, handbag saya sangat la berat jika dibandingkan dengan handbag orang lain. Sampai sakit bahu la jugak saya mengusung ke sana ke mari tu.

Mungkin akibat dari keberatan yang melampau tu, maka handbag yang saya dah usung lebih kurang setahun lebih ni (tak ingat la beli masa bila), akhirnya 'mintak nyawa'. Nak bagitau kat sini, saya bukan la sesaja nak mengada² bershopping beli handbag baru. Tapi saya memang sangat² memerlukan gantian. Sebab.....



Saya rasa jangka hayat handbag ni pun dah tak lama. Anytime je boleh putus. Kalau la ada peragut rentap, memang confirm tali tu putus tanpa banyak cerita, sob sob sob. Kalau mengikut condition beg, sebenarnya masih elok lagi. Takde koyak, takde terkopek di mana². Memang pemegangnya je yang dah mereput. Agaknya tak tertanggung bawak barang banyak² sangat hari² kot. Sampai dah genting sangat talinya tu. Takpela, akan disemadikan dia buat sementara waktu. Nanti nak cari solution lain kalau² boleh diganti talinya ke cemane. Sayang la pulak nak biarkan. At least kalau dah ada tali yang baru nanti, boleh jugak di bawak ke pasar ke apa, ke taman ke, balik kampung ke. Sebab saya tau die dah boleh 'dilasak²kan'. :)

Dan kebetulan, minggu lepas Incik Suami ada bagi 'bonus' sebab dia ada rezeki lebih dari biasa. Senyum lebar la saya masa tu. Dalam kepala otak memang terus pikir nak beli handbag baru yang mahal sikit dari kebiasaan. Ngeee... Suka kau kan makcik Bedah!

Maka, pada hari Jumaat lepas. Saya ajak Incik Suami ke Jusco One Utama lepas keje. Sambil pegi makan kat Subway (sebulan sekali wajib sebab dah ada voucher), ajak ke Jusco sekali. Sambil menyelam sambil minum air. Sepanjang laluan nak ke Jusco tu, macam² kedai jugak singgah. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Akhirnya, ke Jusco la jugak.Pusing punya pusing, belek punya belek. Akhirnya yang dua ni menarik perhatian saya, putih dan sangat suci je gayanya. Cantik dan murah. Jauh sangat lebih murah dari budget yang saya ada. Tu yang terus sambar dua sekaligus. Nak belajar la bertukar² handbag ikut occasion. So that handbag ni nanti mungkin boleh bertahan lama sikit daripada biasa.



Tapi bila dah pakai warna putih ni, kena la jadi cermat berhemat terhebat sikit. Kena la rajin bersihkan kalau kotor, basuh kalau dah kelabu asap. Kalau tak kang, kejap jela dah mula nampak kehuduhannya nanti. Haih, cabaran yang besar tu untuk orang yang pemalas macam saya ni. Kita tunggu dan lihat jelah ye.

Dan, sebagai pelengkap gaya kepada handbag tersebut. Saya sambar jugak seketul sandal putih yang menawan ni. Sebab dalam cabinet kat rumah dah ada kasut high heels bertutup warna putih (hantaran masa tunang dulu yang baru pakai 3 kali) dan sepasang wedges putih (yang tapaknya tercabut belum hantar repair). So, rasa berkenan pulak nak tambah satu lagi koleksi whitey dalam cabinet kasut tu. Yang ni boleh dikirakan kehendak melebihi keperluan la. Tak beli pun takpe je sebenarnya. Tapi kalau dah namanya pompuan tu, naluri hantu shopping tu mesti ada jugak sikit. Jangan tipu la kata takde langsung! :P



Apa² pun, terima kasih banyak² buat Si Hitam yang dah menemani saya bertahun² lamanya. Walaupun bila sampai angin tak baik saya dia selalu jadi mangsa keadaan. Kena baling la, kena pijak la. Tapi dia tetap sabar mengikut kerenah saya tu. Macam² dah saya sumbatkan dalamnya, sampai penuh macam tong sampah. Kesian awak kan Cik Hitam. So, saya bagi la dia rehat dulu untuk sementara waktu. Ada lagi sorang kawan Si Hitam ni yang jugak berwarna hitam macam dia. Tapi yang tu sekali sekala je saya guna. Masa² pegi majlis glamorista ke apa kan. Sebab dia tak sesuai nak diangkut ke hutan kalau saya pegi main Paintball! Tercalar la keayuannya nanti.

Kepada Si Putih (macam nama anjing Sinchan la pulak), selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Satu akan saya angkut hari² pegi keje, satu lagi akan jadi handbag untuk pegi jalan² yang tak memerlukan saya sumbat macam² di dalamnya. Semoga korang berdua bertahan lama sikit la ye dengan saya yang suka menyumbat sampah ni..

Nota kaki lapan: Sekarang ni kan dah ada handbag organizer. Sonang yo nak tukar² handbag. Tapi tulah masalahnya, kena pulak kuar duit lagi nak beli natang tu.. :(

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Picnic @ Kemensah

Ding dong..

Ini adalah kisah hari Sabtu lepas. Plan yang boleh dikatakan mengejut jugak tanpa sebarang perbincangan. Tiba² je aku keluarkan event invitation kat fb dan alhamdulillah, event tu mendapat sambutan yang baik. Memang nampak macam mengejut, tapi sebenarnya aku memang pernah sebut kat salah sorang ahli rombongan cik kiah kami tu, Rina.

Actually sebelum² ni aktiviti kami cuma setahun sekali. Jalan² ke Melaka sambil ke port feveret makan ikan bakar. Then lepas setahun baru la jumpa balik. So, tahun ni nak buat kelainan sikit sambil penuhkan slot² pertemuan. Picnic ni antara salah satu dari program yang ada dalam kepala otak aku sebagai organizer bersama. Last sebelum ni kami ada program Karok-Sampai-Lebam anjuran Cik Puan Namo. Rata² program yang dianjurkan setakat ni berjaya dan mendapat sambutan yang baik. Ahli baru ada 7 orang, tak susah sangat la nak manage kan. Hehehe. Kalau dah berkembang jadi berpuluh orang, kena ada meeting jugak kalau nak buat apa2 event.

Maka, setelah segala persiapan dibuat. Hari yang tunggu pun tiba. Disebabkan kami punya plan nak buat potluck, so makanan adalah disponsor oleh setiap ahli. Aku bawak nasi lemak terbaek dalam dunia, Rina dengan tuna sandwich & keropok ikan tersedap dalam dunia, Namo pulak bawak ayam goreng & puding caramel terenak dalam dunia. Memang super best la menu yang ada kan.

Perjanjian nak berkumpul depan Zoo Negara pukul 9 pagi. Tapi macam biasa la, masa yang ditetapkan tu sekadar mencantikkan jadual je. Sudahnya, semua pun ke laut. Anggaran pukul 11:15 baru la berkumpul. Perut pun masa tu dah nyanyi² lagu lapar. Ditambah pulak dengan haruman nasi lemak yang menusuk baunya kat dalam kete. Nasib baik la jarak tempat yang nak dituju dari situ tak jauh sangat. Dalam lebih kurang 10 minit je perjalanannya. Menempuh kampung². Aku tak sangka jugak rupanya belakang Zoo Negara tu ada perkampungan orang asli, air terjun segala. Selama ni memang kalau nak mandi² sungai, tempat feveret memang Sg. Congkak, Ulu Yam ataupun Sg. Tekala. So, bila dah ada tempat ni, jimat la sket masa perjalanan kami dari KL.

Disebabkan ni kali pertama menjejakkan kaki ke tempat tu. Jadi agak lost la kejap. Nasib baik la Kak ELy, owner chalet tempat kami nak tuju tu baik hati dan sangat² membantu. Kejap² kena call die nak make sure tempat yang kami pegi tu betul. Mana taknya, jalannya yang agak bahaya dan kecik menyukarkan jugak la kalau nak berpatah² balik. Kang kalau dah terlajak sampai ke dalam hutan, satu hal pulak.

Sampai je tempat yang dituju, Kak Ely dah sedia menanti. Sebenarnya banyak jugak pilihan chalet yang ada. Yang aku pilih ni antara yang hujung sekali kot. Sebab tak nampak pulak ada lagi yang lain kat atas. But, kalau ada sekalipun. Aku tak sure la. Chalet pun betul² menghadap sungai. Kalau setakat nak terjun tu memang senang sangat.



Settle je letak barang² mulakan acara pertama, MAKAN! Perut memang dah menggelodak sesangat masa tu. Maklum la, dari pagi bangun belum sempat makan apa². Jadi, boleh dikira masa tu kami brunch jela terus. Makan penuh selera sebab bertukar angin agaknya. Selesa sangat rasa berkelah beralaskan tikar atas simen yang proper. Bukan beralaskan tanah atau pasir². Nak letak barang pun senang je.



Selesai makan, terus siap² nak kecebom!! Yang menariknya, kat sini ada kolam yang source airnya dari bukit. Airnya tak sejuk, suam² je rasanya. Ibarat macam mandi dalam swimming pool. Masa kami mula mandi tu memang takde orang. So, puas la pusing sana pusing sini. Aku pun tak sure la sape yang paling happy, Namo ke Fatin. Sebab nampak macam Namo yang lagi excited. Sampaikan pelampung yang sepatutnya untuk Fatin pun die boleh rebut. Hahahaha, jangan marah ar Namo, gurau² je.



Bermandi manda lebih kurang 2 jam jugak kot. Lepas tu kami sambung makan lagi. Habiskan sisa² makanan yang ada sebelum balik. Sebelum makan tu, sempat la singgah sungai sebab nak rasa air sungai yang sejuk pulak. Nak bagi fresh badan yang lesu. Masa ni ada la insiden yang tak diingini berlaku. Memang ni antara detik paling panic seumur hidup aku kot. Salah sorang dari kami ni buat aksi terapung dan biarkan diri hanyut dibawa arus. Tapi nasib tak baik, sampai kat satu celah batu ni, boleh tersangkut pulak kat situ. Aku cuba tarik tapi memang tak terdaya. Kena sampai 3 orang yang menarik serentak barulah boleh lepas. Yang cemasnya sebab masa tu air yang deras tu menenggelamkan kepala dia. Damn scary!

Kepada Rina dan jugak kepada yang lain, jadikan ni iktibar la untuk kita. Next time kena lebih berhati² jangan banyak sangat main². Pesan orang tua selalu ada benarnya kan. Alhamdulillah la kan semuanya selamat. Lepas rilek sekejap kat atas, sambil makan². Kami sambung mandi lagi. Tapi kali ni kat depan chalet je yang airnya lebih tenang. Setakat nak relaxkan badan dan bersihnya badan dengan sabun. Sambil bincang² trip tahun depan pulak. Wakaka, dah jadi aktiviti wajib nampak gayanya.

Selesai mandi, terus naik nak salin baju & siap² untuk pulang. Kaum² adam dah selesai bersalin baju rasanya masa tu. Fatin pun pengsan kepenatan lama sangat berendam. Elok je selesai salin baju, hujan turun agak lebat. So, sempat la duduk lagi layan teh o panas sambil kunyah² keropok ikan. Memang layan sungguh! Reda je hujan, terus siap² nak berangkat pulang. Tak boleh bermalam kali ni sebab Rina & Azhar ada program lain. So, maybe next time jelah kita lepak BBQ kat situ.

Nice kan dapat picnic macam ni! :)

Nota kaki lapan: Mandi sungai ni memang best, lagi² kalau ada geng yang sekepala..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails