Thursday, September 30, 2010

Selamat pagi semua

Ding dong..

Wah, lama rasanya tak buat entry di pagi² hari. Selalu tu bila bangun dah terkejar² bersiap nak pegi keje. Kalau weekend pulak, biasalah penyakit malas-hujung-minggu pulak bertandang. Bukan senang nak suruh aku on laptop di pagi hari, kecuali masa bulan puasa hari tu la. Sementara nak menanti perut lega lepas sahur, sempat la layan lappy ni seround. Tapi di bulan biasa ni, tahap kemalasan di pagi hari tu memang maksima. Ni kalau ada anak, sah la aku hantar anak ke rumah pengasuh dengan taik mata berselepet agaknya. Dah maknye pemalas ya rabbi nak bangun pagi kan. Hahaha. Nasib baik la dapat suami yang sangat contra orangnya. Frankly speaking, dia la yang selalu jadi 'alarm clock' aku setiap pagi kecuali hari minggu.


Layan ni sambil update entry. Syok!

Ni pun, sebenarnya aku dah masuk hari keempat dan hari terakhir bercuti² sakan. Tapi satu entry waktu pagi pun takde. Walhal, aku bangun awal. Lebih awal dari masa aku keje sebelum ni. Sempat la aku siapkan sarapan untuk En. Bie sebelum dia pegi keje. Memang saje nak train mata ni bukak awal² pagi sebab tempat baru nanti masuknya awal dan jaraknya agak jauh jugak la dari rumah. Dan yang penting kena menempuh jem di sana sini. So, dengan harapan training bangun pagi ni jadi aku punya start up untuk hidup baru dalam dunia yang baru bermula esok. Moga² aku mampu la teruskan niat suci murni ni. Setahun tu beb aku punya probation!!

Owh, bercerita pasal tempat baru dunia baru tu. Maybe aku belum lagi buat apa² entry pasal tu. Well, bila sampai pada satu tahap dan kita rasa kita perlukan perubahan, maka kita kena la move on. Dan itulah yang aku tengah lalui sekarang ni. Life without experience is nothing. So aku rasa experience yang aku lalui kat tempat keje dulu sudah cukup untuk aku mengorak langkah ke tempat yang lebih baik dengan benefit² yang lebih menarik. Harap², aku boleh kekal lama kat tempat baru nanti. Takde apa yang aku cari selain daripada improvement dalam hidup. Nak harapkan benefit extravaganza sangat, takde la setakat ni. Dah tu, apply gomen manjang menyepi je. Satu pun takde yang lekat, yelah siapalah aku ini kan. Gomen tak sudi nak ambik aku jadi penyumbang penghabis duit income tax orang swasta, hahaha.



So, minggu lepas adalah hari terakhir aku dengan kampeni lama. Selepas 2 tahun 5 bulan mencurah bakti, akhirnya aku buat keputusan untuk meninggalkannya. Ada terasa sayang, tapi apakan daya aku perlukan perubahan dan improvement untuk aku terus maju. Taknak la duduk di takat sama bertahun². Yang bagusnya, aku meninggalkan kampeni tu dengan seribu satu kenangan manis. Seronok rasanya berada dalam satu organisasi yang dikuasi majoriti kaum lain, tapi kita tetap rasa selesa nak bekerja sebab diorang sangat hormat dengan sensitiviti kaum lain macam aku. Kalau korang nak tengok semangat satu Malaysia, my previous company is one of a good example.

Di hari terakhir, agak terharu jugak aku masa exit interview dengan En. Boss aku. Kata² semangat die memang sangat² aku hargai. Dengan terus terang die sampaikan rasa berat hati untuk lepaskan aku, tapi die tau aku perlukan perubahan. Rasa bangga bila tau aku dah banyak membantu die dan selama 2 tahun ni aku adalah tulang belakang dalam team yang aku teraju tu. Bukan riak ok, tapi inilah hasilnya bila kita letakkan diri kita dalam keje sepenuh hati dan bekerja seikhlas mungkin. Banyak ilmu yang aku peroleh sebenarnya. Bukan senang nak meneraju sesebuah team, bukan senang nak menjaga orang bawahan, bukan senang nak memastikan semuanya berjalan lancar. Ilmu yang aku rasa aku tak boleh dapat tanpa usaha. Thank you Boss!



Dan minggu ni, aku menghabiskan saki baki cuti yang ada. Bukan tak boleh nak terus start keje dengan kampeni baru, tapi aku nak rehat puas² sebelum mula bekerja semula. 4 hari duduk saje di rumah, kadang² bosan kadang² seronok jugak. Tapi overall, aku bosan!! Hahaha. Tak dapat aku bayangkan kalau satu hari nanti betul² made up my mind untuk jadi surirumah sepenuh masa. Tapi, kot la anak dah berderet 3-4 orang. Lagi rela duduk rumah jaga anak, jaga makan minum suami je kan. Itu semua aku serahkan pada kuasa tuhan jelah. Tapi, buat masa sekarang ni, biarlah aku terus bekerja. Tak kisah la jadi kuli dan orang suruhan sekali pun. Aku rela je. Asalkan cukup bulan gaji aku masuk walaupun tak seberapa nilainya.

Oklah, aku nak sambung landing² dan menikmati detik² akhir weekdays yang santai ini. Bukan senang nak dapat peluang camni kan. Memang dalam tempoh cuti ni, rutin aku macam ni. Pagi² bangun, solat, buat breakfast, layan En. Bie breakfast, bye² dia kat pintu pastu aku terus sambung landing siap tarik selimut. Hahaha. Heaven sungguh rasanya kan. Tapi bukan tu jela. Masa yang ada tu aku guna sepenuhnya untuk keje² berpekdah contohnya seterika segala kemeja keje dan kemeja jalan² En. Bie ku sayang tu, kemas segala ceruk rumah yang cinonet ni, masak sedap² untuk suami tercinta tu dan tak lupa jugak keluar mengukur jarak perjalanan shopping complex sambil melayan undangan ex-opismet nak lunch bersama. Hehehe. Nanti aku buat entry makanan pulak la. Kasi resipi sekali. Tengahari ni ada orang nak belanja makan Subway. Saya suke!!! :)

Aku rasa that's all for now. Insya-Allah, andai ada kerajinan petang nanti aku letak entry lagi. Hihihi, esok dah mula keje. Kot la hari pertama dah kena ragging keje sampai overtime kan. Harap² tak sampai camtu la. Huhuhu..

Nota kaki lapan: Guwa sayang kampeni lama guwa, tapi guwa lagi sayang masa depan guwa.. :)


Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Monday, September 27, 2010

Syawal itu sepatutnya indah.. Part 2

Ding dong..

Wah, diam tak diam kita sudah hampir menuju ke penghujung syawal. Rumah terbuka pulak makin rancak, kuih raya makin susut dalam balang kuih. Tapi, kuih raya kat rumah aku ni tak la seluak mana. Yang datang ke rumah pun tahun ni hanya beberapa kerat. Dan tahun ni jugak memang takde bercadang nak buat open house. Biarlah yang nak datang tu datang dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan dan undangan. Aku sangat memahami keadaan sekarang yang sarat dengan jemputan event di FB. Jadi, aku beralah untuk memberikan ruang waktu buat kawan² sahabat handai semua. But for sure, pintu rumah aku yang sekangkang kera ni pastinya akan sentiasa terbuka buat teman² yang bercadang nak menjenguk dan bertandang. Kalau ada makluman awal, ada la hidangan yang menanti. Tapi kalau datangnya mengejut, maka pastilah tuan rumah akan terkejut, lalu hanya kuih raya menjadi santapan anda nanti. Hahahaha.

Bercakap pasal rumah terbuka, ramai jugak kalangan kawan² yang dah berjaya menjayakan edisi rumah terbuka masing². Ada yang dapat aku singgah dan terjah, ada jugak yang tak kesampaian. Maafkan aku ye pada mereka yang berkenaan itu. Perihal beraya pulak, banyak jugak yang aku dapat cover tahun ni berbanding tahun lepas. Dan sampai ke hari ni pun, masih ada plan beraya yang on going. Aku rasa banyak lagi rumah yang aku nak singgah. Bukan semata² sebab nak beraya la, tapi sebab nak bertemu mana yang lama dah hilang dari pandangan. Setakat bertegur sapa kat FB, komen² gambar je, terasa tak cukup pulak. Yelah, pasti lain rasanya bila dapat berborak bertentang mata kan.

Bercakap pasal berborak bertentang mata. Teringat aku kisah hari raya kedua, aku bertandang ke rumah family angkat aku. Kisahnya, masa aku tingkatan 5 dulu, 6 bulan sebelum SPM. Family aku terpaksa pindah balik ke Semenyih sebab ayah aku bertukar tempat keje. Masa tu kami sekeluarga tinggal kat Tg. Sepat (sekarang tempat ni dah femes sejak kes bunuh Datuk Sosilawati). So, memandangkan aku ni dah nak SPM. Terasa susah la pulak kalau tukar sekolah masa tu kan. Pikir punya pikir, aku buat keputusan nak menumpang rumah kawan² tak kira sape pun yang sudi menumpangkan aku. Lepas ditanya sorang demi sorang, akhirnya sampai la kepada yang sorang ni. Suzie namanya.

Pada hakikatnya, hubungan aku dengan Suzie ni taklah sebaik mana. Kami memang tak lebih dari sekadar teman sekelas. Bayangkan jelah, sepanjang 5 tahun mengenali dia, sekali pun tak pernah aku singgah ke rumah dia. Berhari raya jauh sekali. Tapi kuasa tuhan tu maha hebat, DIA berikan jalan di saat aku perlukan bantuan. Tak sangka pulak bila pertanyaan aku sampai pada Suzie ini, dia dengan besar hati lapang dada nak menyampaikan berita tu pada keluarganya. Dan keluarganya jugak dengan besar hati jugak menerima aku yang tak pernah mereka kenal ini. Ada tercalit rasa malu masa tu sebenarnya, tak sangka aku yang bagai orang luar ni begitu mudah diterima, kan..

Selama 6 bulan aku habiskan masa bersama keluarga ini. Seronok. Layanan yang aku dapat memang sangat² mesra. Kebetulan jugak masa tu Suzie tinggal kat rumah berasingan dengan familynya. Rumah yang dibina sebelah dengan rumah ibu (rumah family). Jadi, kami tak ubah macam orang bujang yang tinggal di rumah bujang. Cuma bezanya, bila sampai waktu makan kami tetap ke rumah ibu. Ibaratnya, rumah ibu tu dewan makan kami, hahaha.

Selama 6 bulan tu jugak, kami membina hubungan yang sangat erat. Aku diangkut tak kira ke mana saja keluarga itu pergi. Segala rumah sedara maranya aku terjah. Kalau mereka makan luar, maka aku pun sama la menebeng muka. Kalau mereka makan sedap, aku pun makan sedap. Terasa memang dah takde jurang. Tapi kat sekolah, aku dengan Suzie masih lagi seperti dulu. Takde la tiba² kami jadi BFF ke apa. Cuma mungkin kami lebih rapat berbanding sebelumnya kan. Pegi sekolah dihantar bapak, balik sekolah dijemput. Macam bos!

Lepas habis SPM, habis sekolah. Aku pun pulang ke pangkuan keluarga. Tinggallah mereka jauh di sana dan aku makin lama makin jauh dari mereka. Hinggakan saat Suzie kawen, bila aku datang mereka dah tak cam sape aku pada awalnya! Dek kerana orang yang terlalu ramai masa tu, kami tak sempat nak berbual sangat. Hanya sempat bersalaman sebelum aku balik. Ada rasa terkilan jugak sebenarnya, tapi apakan daya. Itulah kali terakhir, kira² 4 tahun dulu kalau tak silap. Jumpa pun terasa macam tak jumpa sebab tak sempat nak bercerita apa pun.

Dan hari raya kedua yang lalu, tanpa perlu aku inform lebih awal. Aku terus je terjah ke rumah mereka. Hahaha, mujur la ada orang. Kalau tak, perjalanan selama sejam lebih akan jadi sia² la. Masa aku sampai, Suzie takde. Tapi sempatlah kami jumpa jugak sebab dia balik semula. Walaupun fizikal kami dah berubah, namun kami tetap orang yang sama. Yang paling syahdu, bila mendengarkan bapak bercerita pasal kisah² dulu. Rupanya selalu jugak nama aku disebut². Maafkan aku ye semua, bukan niat untuk terus menghilang. Tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Insya-Allah, lepas ni rumah mereka akan ada dalam list perjalanan setiap kali hari raya.

Terpanjang pulak citer aku pasal tu.

Anyway, raya tahun ni sungguhpun agak bosan tapi tetap meriah di hati aku. Paling indah sebab aku dapat membahagiakan hati seseorang yang dah ibarat mak ayah aku sendiri. Bahagia jugak sebab aku masih lagi beraya dengan suami tersayang. Walaupun kami masih berdua untuk tahun ni. Takpe, rezeki itu Allah yang tentukan. Sebagai manusia aku hanya mampu berdoa dan berusaha moga² ada rahmat dariNya nanti. Sape tau mungkin tahun depan kami dapat sedondon bertiga di pagi raya.. :-)




Nota kaki lapan: Tahun ni kami berdua bertemakan warna merah. Bila diamati, rupanya ramai yang bertemakan warna yang sama tahun ni. Hehehe, what a coinsident!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Saturday, September 11, 2010

Syawal itu sepatutnya indah.. Part 1

Ding dong..

Selamat hari raya aidilfirti buat semua. Aku masih dalam mood raya, ni pun baru balik dari berjalan jauh. Namun, perjalanan jauh tu sungguh bermakna sebab aku rasa bahagia sebab kehadiran aku dialu²kan dan dinanti²kan selama ini. Aku harap mereka dapat maafkan aku diatas 'kehilangan' aku selama 9 tahun ni.

Oklah
, that's all for now. Insya-Allah, bila datang mood nak menulis nanti, akan aku coretkan sebanyak mungkin.

Nota kaki lapan: Lebaran itu indah kalau ianya sama seperti dulu...

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Friday, September 03, 2010

Diari Ramadhan #23 - Keseorangan berbuka puasa

Ding dong..

Dua hari lepas masa on the way nak pegi berbuka kat Kenny Rogers, OU. Bie menyampaikan berita yang kurang best. Dia terpaksa dan dipaksa berbuka dengan client esoknya (semalam). Sebab client tu dah personally sebut nama bie, jadi die tak dapat la nak mengelak. Mula² aku rasa macam, "aduh, berbuka sorang² la gini.." Tapi sepantas kilat aku tune kepala otak, takkan nak manja sangat berkepit 24 jam. So, aku just senyum jela. Sila la pegi dengan senang hati wahai encik suami..

So, semalam gigih jugak la memikir apa nak buat untuk berbuka. Yang pertama sekali terlintas kat kepala, nak beli je kat bazaar ramadhan. Mudah, pantas dan ringkas! Tapi bila pikir² lagi, rasa malas pulak nak ke bazaar tu. Memikirkan dah saat² akhir, tambah pulak di awal² bulan. Confirm orang ramai gile punya la. Kang nak mencari parking je dah satu hal. Nak memusing celah² orang lagi satu hal. Tambah pulak semalam aku masuk opis lambat. Jadi, balik tu kalau menyinggah bazaar, memang dalam peak hours la.

Dalam pada mikir, tiba² teringatkan mee hailam. Hurm, lama tak buat makanan berunsurkan mee ni. Aku rasa macam tahun ni memang tak pernah lagi kot. Kalau tak dulu, rajin je buat mihun goreng la, mee goreng la apa la. Tapi tahun ni, sepanjang tahun memang tak memasak mee² kat umah. Kebetulan udang, sayur² & daging semua ada dalam fridge. Maka, haruslah kita menghabiskan bahan² yang ada sebelum balik kampung minggu depan. Lagipun, pada aku mee hailam ni simple nak buat. Masuk tu, masuk ni. Campak tu, campak ni. Settle.

Maka balik je keje, terus singgah kedai beli mee sepeket, sotong sket & tepung jagung. And guess what, dah ambik² barang baru teringat dalam purse duit dah tak baper nak ada. Pergh, berpeluh kejap. Nasib baik belum letak kat kaunter lagi kan. Bukak purse, tengok dalam tu ada RM7 je. Sen² sket pun takde yang tinggal. Pegi depan tanya siap² harga mee baper. So, bajet² lepas la dengan RM7 yang ada kat tangan. Aku tambah tomato sebiji. Masa beratur nak bayar, agak cuak jugak la. Memang dah standby, in case terlebih. Aku tinggal dulu barang, naik atas korek tabung la. Hahahaha. 'Tet tet tet tet....' - bunyi mesin cashier. 'Ting'!! RM5:50. Nasib baik, maka bayar jela dengan senang hati.

Naik atas, cepat² kuarkan apa yang patut dari fridge. Solat dulu siap². Pastu terus ke misi memasak.

Bahan² yang terlibat..
½ peket mee kuning
Seulas bawang putih, ditumbuk
Sebiji bawang merah, ditumbuk
Sesudu besar minyak masak
Sesudu besar tepung jagung (bancuh dengan air sket)
2 sudu besar sos tiram
Seketul kiub ayam
1
½ cawan air
Beberapa ketul daging
6 ekor udang sederhana besar
Seekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
3-4 batang sawi, dipotong
Kobis sikit, dipotong (ikut keperluan)
3 biji cili padi diketuk
Sesudu sos lada hitam (bleh jugak ganti dengan lada hitam ditumbuk)
Garam dan gula secukup rasa

Langkah² pembuatan ialah..
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung . Kacau sebentar. Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, kobis dan cili padi. Kacau selama 2 minit. Akhir sekali masukkan mee kuning. Tunggu lebih kurang seminit, dan hidang. Jangan biar lama² takut mee kembang, nanti tak best la nak makan kalau dah kembang. :)
Dan inilah hasilnya.



Sedang elok dah dekat nak berbuka. Angkat mangkuk, duduk depan tv sambil tunggu azan. Kurma standby seketul tepi mangkuk. Berkumandang je azan, terus tadah tangan berdoa masuk kurma seketul dalam mulut. Pusing belakang, update status FB. Hahaha, sempat lagi tu. Makan mee tu 3-4 suap, dah terasa kenyang. "Erm, tak abis la kot ni. Buang jela." Tapi.... dalam pada tak abis tu, suap jugak lagi dalam mulut. Sudahnya, licin!! Hahaha, maksudnya apa? Dah memangnya perut stokin kan..

Bie balik bawak pulak Double GCB mekdi untuk isterinya yang tercinta. :-)



Tapi tak abis sebab tekak terasa tak minat pulak ngan GCB ni. Daging ayamnya banyak lemak & kulit je. Muak terus nak makan. So, saya stick kepada McChiken jela lepas ni ye. Takmo la makan GCB ni dah, bosan dan muak!

Burppp.. double kenyang!

Nota kaki lapan: Sekarang terasa rajin pulak nak memasak. Sedap sangat masakan sendiri kot. Hahaha..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, September 01, 2010

Sesedap hati memainkan sensitiviti orang lain kan?

Ding dong..

Please people, stop being so racist. Kalau rasa tak boleh hormat sensitiviti umat / penganut agama lain, please back off! Dipersilakan berambus dari sini dengan segala hormatnya. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata..?


Ni bukan kes pertama, tapi kes macam ni keep on terjadi, kenapa? Apa pun rasa tak puas hati yang ada, salurkan ke saluran yang betul. Bukan semua manusia boleh tahan dengan penghinaan macam ni? Agama bukan mainan. Kalau tak cukup ilmu, boleh pegi belajar dan cari ilmu cukup². Benar atau tak image di atas, aku tak pasti. Tapi kalau benar, harap si polan itu menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya.. aminn..

Nota kaki lapan: Tak faham dengan manusia yang mengaku dirinya Malaysian, tapi hati masih lagi membenci kaum lain yang sama bernaung bawah payung bendera yang sama. Aku benci racism!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails