Hari keesokkannya. Pagi² lagi kami semua dah bangun. Takde la sepagi oren sangat. Dalam pukul 8-9 macam tu (tetap dikira awal untuk hari weekend kan). Hafiy rasanya orang yang pertama sekali bangun kot. Die memang macam tu, terlebih gula dalam badan agaknya. Tido paling lewat, bangun paling awal. Pagi2 dah kacau semua orang yang tengah tido. Celik je mata masing² semua dah tak sabar nak turun ke pool. Takut nanti kalau lambat orang ramai sangat pulak.
Tepat sangkaan, pool masih tenang. Banyak ruang nak berenang². Cepat² terjun tanpa melengahkan masa. Mulanya hanya aku, bie, Joey dan budak² 3 orang tu je yang turun. Yang lainnya menyusul kemudian. Mak & ayah pun tak lepaskan peluang nak berendam. Tapi keadaan yang tadinya tenang makin lama makin sesak. Satu group demi satu group turun. Bila dah mula rasa rimas (ditambah dengan kekecutan yang maksima), aku & bie surrender lebih awal. Naik atas dan bersarapan tepi pantai beramai². Menu pagi itu, lebihan steambot semalamnya yang masih berbaki. Sambil makan sambil bergambar. Santai gile!
Selesai bersantai, kami semua naik semula apartment. Bersiap² nak berangkat pulang. Rumah yang tadinya macam tongkang pecah nak belayar kami kemas sampai bersih. Ni lah die kalau dah bercuti beramai². Memang barang akan bersepah sebab dah terlalu banyak. Program seterusnya lepas check-out, singgah kat pantai PD pulak. Memandangkan hari tu hari Jumaat, jadi sementara menanti yang jejaka² bersolat Jumaat kat masjid terdekat, kami yang tinggal berlepak²an kat tepi pantai. Sambil² tu layan main layang² bertemankan angin laut. Hafiy yang paling eksaited sekali. Sampai la berkesudahan layang² aku terlepas sebab talinya habis dan aku tak perasan die tak diikat pada pemegang. Demmit!
Bila semuanya dah balik dari masjid, perjalanan seterusnya makan tengah hari pulak kat D'Paklang Kopitiam. Aku tak pasti sangat kat mana duduk letaknya kopitiam ni. Sebab aku hanya follow je orang depan. Kalau nak tau, sila la google okey. Kualiti makanan, not bad. Suasana dalam kedai, selesa. Harga makanan, boleh tahan. Tapi servicenya adalah sedikit out! Susah nak order sebab diorang ambik order style mamak. Bukan macam kopitiam lain yang biasanya ada sediakan order sheet yang kite boleh tanda sendiri. Jadinya, adalah order yang ditunggu² tak sampai. Kena tanya 3-4 kali. Siap ada yang diorang tak ingat pun kite ada order ke tak. Then masa membayar pun jadi serabut. Sebab ada makanan/ minuman yang tak sampai atau ditukar last minute, tapi dalam order tak betulkan. Jadi untuk safety, lebih baiklah kira sendiri siap² sebelum bayar. Aku & bie sangat particular dengan benda² yang melibatkan duit ni. Sebab itu adalah titik peluh kite kan. Hard earn money! Bukan jatuh dari langit. So saya tak mau review pasal ini kedai makan (nada merajuk, hehe).
Lepas makan, terus gerak balik Semenyih. Ada agenda lain pulak menanti sebelah malamnya. Agenda yang aku ingatkan untuk keesokkan hari tu rupanya akan dilaksanakan on the spot. Aduh, tak sempat rehat la gamaknya ni. Agenda seterusnya, BBQ bersama keluarga Encik Wahid dan Puan Embun. Segala persiapan dan bahan² disediakan sepantas kilat oleh semua ahli keluarga (ye ke semua?). Bermula dengan sessi beli membeli bahan mentah sampai la kepada bakar membakar. Perapan ayam dilakukan hanya untuk tempoh 2-3 jam, tapi hasilnya sungguh awesome!! Rasa ayamnya memang sangat manis dan fresh. Thanks to Maklong dan Maklang yang bertungkus lumus kat dapur (sape maklong dan maklang tu ye? ehehehe). Barisan hidangan malam itu ialah, ayam BBQ, sosej dan coleslow (ini menu feveret, sape la yang buat tu kan :P ). BBQ berakhir sekitar jam 11 malam. Perut kenyang tahap gaban.
Seharian kepenatan. Dari pagi sampai ke malam tenaga aku diperah habis²an. Dan hasilnya, aku demam sekejap untuk sehari. Bermula dengan infection pada tekak yang membengkak. Tapi hakikatnya aku tatau pun aku demam, hehe. Anyway, thanks yang tak terhingga untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kepada adik beradik yang melibatkan diri - Kak Aren, Mie & Kak Gie, Amry, Eddy, Joey, Jepi, Jani. Anak² sedara - Alif, Adam, Hafiy. Mak & ayah yang sporting follow semua aktiviti. Dan special thanks untuk En. Hubby yang sanggup penat² untuk acara family sebelah pihak saya, tenkiu semua!!
P/S - Takde masa nak check spelling dan tukar font ke apa.. sila terima raw material ini ye..
Nota kaki lapan: tau entry ni lambat sangat muncul. terlalu busy sejak 2 menjak ni. ada lagi beberapa entry yang tengah queue nak keluar ni..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
7 Mak Joyah Bertandang:
xde gambar qistina?
ada tu, terselit²..
gila ar...busy siap n3 pun q :p
wah...syok nyer gathering 1 family kan?? =)
gambar nasi lemak dgn sambal melatops xde gak heheh...
ch@ - busy memalaskan diri pon ye jugak ni.. almaklumla, rumah saya takde tenet...
zella - syok memang syok, pening pun ye jugak.. ramai sangat nak dihandle :P
akak aren - nasi lemak dengan sambal meletops tu kena buat entry khas kot, bak resipi! haha
muka pak lang dlm frame gambar ngan pak lang yg tgh pegang menu tu mcm lebih kurang sama plak..
Post a Comment