Tuesday, January 05, 2010

Cuti² Malaysia: GBR Part 1

Ini adalah entry update yang agak terkepam. Ngehehe, saya punya mood adalah sangat kureng beberapa hari ni. Nak update entry blog pun kemalasan yang hamat!

Ini ialah kisah minggu lepas. Sempena tahun nak menyambut tahun baru, akak aku plan untuk sambut new year eve beramai2 luar KL. Tempat yang menjadi pilihan, Port Dickson. Disebabkan masa yang dah agak suntuk (plan ini adalah sangat last minute punya program), kami hanya dapat booked satu malam saje. Dapat la apartment kat Glory Beach Resort (yang hamat la tak terurus kondisinya). Apakan daya, itu je yang dapat untuk program last minute. Yelah, semua orang pun nak bercuti memandangkan cutinya yang bersambung dengan weekend dan penghujung cuti sekolah. Dah dapat pun cukup baik la kan.

Jadi bila sampai masa yang ditunggu, aku ngan bie gerak dari opis sebab kami masih keje separuh hari khamis lepas. Sempat menyinggah kat Carrefour Tropicana kejap beli barang2 yang akak order untuk dibuat brekfes esoknya. Selesai membeli dan bie lunch, terus gerak. Dalam perjalanan singgah Semenyih sebab kena jemput mak & ayah dulu. Anak2 bujang mak akan menyusul lambat sket sebab ada yang keje full day. Sharp pukul 3:30 petang, kami meneruskan perjalanan ke PD. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam nak sampai ke GBR tu (termasuk la tersesat sket sebab tak jumpa jalan masuk GBR tu). Sampai je terus naik ke rumah. Akak anak beranak selamat dah bermandi manda kat pool. Aku & bie pun tak tunggu lama. Selesai bersolat, terus bersiap nak turun ke pool. Lama tak rasa berendam dalam pool sambil swim2 bodoh. Hehehe. Turun2 je ke bawah aku tengok pool dah agak penuh jugak. Orang memang dah sedia ramai. Berendam lebih2 kurang, swim sket2. Pastu terus naik. Rating untuk pool & changing room sini: very tak best!!


Sebelum kami sampai..


Berlatar belakangkan Legend Water Chalet.. Motif gambar ni ialah??
Harap orang itu paham :D


Malamnya, bersiap2 untuk dinner. Menu malam tu: steambot! Idea asal nak berBBQ, tapi atas kekuatan idea aku, steambot menjadi pilihan. Credit untuk Syasya yang bagi pinjam die punya induction cooker yang amat berjasa (aku la merasmikan benda tu sebelum die nampak gayanya). Kuah disediakan oleh chef Kak Aren manakala bahan2 dan sos pencicah disediakan oleh chef Kak Gie (akak ipar aku). Sos pencicah katanya resipi Johnny's steambot. Memang membuka selera! Senang jugak buat menu macam ni. Tak payah nak jaga sangat. Hanya letak bahan2 kat atas meja, periuk sup atas induction cooker, settle! Siapa nak makan, boleh buat sendiri, self service. Takde la nak kena jaga api ke, apa ke. Yang kurengnya, masa mula2 peratan tak cukup. Takde tapis. Menunggu tukang beli tapisnya berjam2 la jugak.





Acara makan berterusan sampai ke malam. Sampai larat boleh telan, kalau tak larat boleh stop. Senang kan camtu. Nak kemas pun senang. Yang nak makan sambil lepak kat balkoni pun tak kisah. Sebelum tengah malam, yang lain2 adalah turun bawah berjalan tepi pantai. Tapi aku ngan bie pilih untuk duduk je kat umah berehat. Yang bestnya malam tu ada pertunjukkan bunga api sponsored by: anak-cina-mana-tah. Kitorang la yang untung dapat tengok free je dari balkoni. Bunga apinya berlangsung lebih kurang setengah jam kot. KLCC pun tak dapat nak bagi bunga api lama macam tu kan. Selesai tengok bunga api, terus la tido. Badan pun dah penat sangat2. Bie lebih dulu terlena sebelum aku. Aku menyusul kemudiannya. Apa terjadi lepas tu, aku tak tau dah. Esoknya ada agenda lain pula menunggu.





Tunggu part 2 la pulak ye..

Nota kaki lapan: Gambar2 akan menyusul kemudian. Sekarang takde dalam simpanan sudah tempek.

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

lemah betul aku ada part² ni :)

i.z.m.a said... Jawab Balik

kang aku letak semua dalam satu entry ko lemah jugak.. lemah nak membaca entry panjang berjela... you know me kan, suka citer meleret... haha

zella y said... Jawab Balik

meriahnyer...
hurm...entah bile dpt cuti2 m'sia ni...

zamreen said... Jawab Balik

correction: kuah steambot tu pun mama gg yg prepare, akak tukang kacau2 je.

Related Posts with Thumbnails