Sunday, May 17, 2009

William's + Bagan Lalang + Paintball





Holla... Entry update yang agak colourful kan..? Hehehe. Kebetulan pada weekend kali ni kami menghabiskan masa di kediaman abah & mummy. So aku berkesempatan meminjam pc along yang ada photoshop. Lama dah tak mempraktikkan ilmu yang satu ini. Jadi skill pun dah agak berkarat la jugak. Nak mencari tools yang simple pun boleh buat aku pening sekejap!! Hasil kerja yang agak keras, maka nah!! Terhasil la gambar2 tampal dari aku. At least ia mengurangkan masa untuk aku meng'upload' nya ke dalam ni.

Sedikit cerita tentang gambar2 diatas. Inilah antara aktiviti2 yang sempat aku lalui sepanjang 2 weekend ini. Bermula dengan jumaat 2 minggu yang lepas. Kami berdua mengisi perut di sebuah warung yang boleh dikatakan pemes di KJ. Sebut saje William's, pasti ada yang dah pernah mencuba kelazatan menunya yang lain dari yang lain. Kali ini aku memberi ruang kepada Mr. Bie tersayang untuk meluangkan masa untuk hang out bersama kawan2 seangkatannya. Pejai dan Azhar + Rina sekeluarga. Kali pertama berkunjung, jadi kami agak teraba-raba jugak la mencari tempat ni. Walaupun dengan bantuan map, tapi kami tetap sesat!! Tapi berkat usaha yang gigih, ditambah dengan kondisi perut yang rancak berkeroncong. Maka kami gagahkan juga. Alhamdulillah, pencarian hampir setengah jam berbaloi akhirnya. Setibanya kami di sana, Pejai sudah pun sedia menanti. Dia yang paling lewat bertolak, namun dia pulak yang sampai dulu. Azhar + Rina tiba tidak lama selepas kami duduk. Bersama mereka juga Fatin yang semakin membesar dan cute!! Rina, your gurl were sooooo cute!!! Geram tengok muka dia yang ala2 sombong taknak senyum tu. Kami semua makan menu yang berlainan. So semua boleh sama2 rasa. Aku dengan Spageti Meatball, Mr. Bie dengan Nasi Goreng Capuchio, Rina dengan Spageti Seaffod Carbonara dan Pizza apa mende ntah, berkongsi dengan Azhar, dan Pejai dengan Chiken Kiev. Semua kami menikmati hidangan dengan lahapnya, hahahaha..

Pada hari Ahadnya pulak, Akak Aren menganjurkan makan2 seafood & ikan bakar kat Bagan Lalang. Sempena hari ibu katanya, so this is satu dari cara nak menunjukkan penghargaan kami buat mak tersayang. Aku dan Mr. Bie tiba lebih awal dari yang lain petang itu. Dan mereka yang lain tiba beberapa minit selepas kami. Mak & ayah pulak tiba agak lewat sebab mereka dalam perjalanan dari Tg Karang, melawat sedara mara katanya. Kerana masih awal, program kami pada petang itu adalah, layang2!!! Aku memang pertama kali rasa dapat menaikkan layang2. Bestnya!! Tapi tak lama aku merasa nak main pun, adik aku Joey dengan slumbernya merampas layang2 tu. Jadi tugas aku petang itu lebih banyak kepada mengambil gambar memandangkan DSLR Joey ada pada aku. Huhuhu, ringan sangat la tangan aku ni shoot sana sini. Aku memang suka ambik gambar!! Dan gambar yang paling banyak hari tu dah semestinya la Hafiy. Budak yang paling comel ni! Tahun depan jatuh la takhta dia sebab Mak Lang GG dia dah nak dapat baby. Tapi camnepun, Hafiy tetap the bestkan, hehe..

Dan aktiviti terbaru iaitu semalam, PAINTBALL!! Tempat yang menjadi pilihan kali ini, Nur Lembah Pangsun milik salah seorang sahabat Mr. Bie, Pejai. Thanks Pejai, sudi bagi special price kat kami yang tak pandai main ni. Sorry la untuk peluru sesat yang singgah kat kamu tu, maybe salah satu (atau mungkin lebih) dari aku tu. Hahaha. Kali pertama mencuba sukan lasak ni. Komen aku adalah, sangat BEST!!! Seronok rasanya dapat memegang senapang (marker) dan lengkap berhelmet (mask). Main pulak dalam hutan, ala2 komando pulak rasanya. Thanks untuk Mr. Bie tersayang sebab sudi ajak wife kesayangan dia ni main sama. Actually game ni anjuran Mr. Bie untuk kawan2 opis die. Yang menariknya aku satu2nya gurl yang ada dalam game, dan aku jugak yang remain sampai ke akhir game. Hehehe, semua lelaki2 itu tewas di tanganku!! Namun beberapa bekas lebam dan merah hasil peluru yang singgah di badan tetap ada. Hahahaha. Nak tau apa rule permainan lasak ni, sila la bertanya dengan Mr. Google ye. Selesai Paintball, kami semua mengambil peluang untuk mandi manda di kawasan anak sungai yang berhampiran. Seronoknya dapat merasai kesejukkan air sungai yang jernih lepas penat berperang. Hahaha. Aktiviti kami diakhiri dengan makan2 petang itu kat Kajang. Dan kalau dah ke Kajang, tak sah la kalau tak makan sate kan. So kami semua pekena sate Hj. Samuri. Tapi kepenatan mengatasi segala2nya. Sate yang terhidang tetap berbaki akhirnya...

Tapi ada la sikit cerita tak bestnya semalam. Masa menunggu2 geng yang lain dalam perjalanan, kami sempat singgah kat Petronas berhadapan Plaza Phoenix. Ada sebuah kedai di tepinya dan kebetulan kawan Mr. Bie sedang duduk minum. Aku order 2 gelas milo suam memandangkan masih ada sisa waktu. Tapi alangkah terkejutnya masa nak membayar, RM6 untuk 2 gelas milo suam yang pada aku sangat la biasa je rasanya.


Dalam perjalanan balik pulak, ternampak satu eksiden kat highway PLUS. Kesian kereta yang malang itu kan. Tu la, bawak lagi kereta laju2, kan dah eksiden...


Anyway, what a wonderful weekend!!

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

rina said... Jawab Balik

Saya agak sombong hari itu kerana baru bgn tido dan kedai itu panas dan mama pakaikan saya baju lengan panjang pulak..jadi saya tidak ada mood utk senyum2..Tp kalau aunty Izma mengajak saya dtg ke rumah, saya akan senyum2 dan tolong aunty mengemop lantai menggunakan perut saya. Sekian.
Yg benar,
Fatin XOXO

i.z.m.a said... Jawab Balik

hehehehe.. ok ok, nanti aunty ajak fatin datang.. tapi fatin kena la senyum sampai tinge ye.. aunty akan make sure lantai umah aunty nanti cukup bersih untuk fatin 'mop' kasi kilat.. :P

Related Posts with Thumbnails