Kenyang perut tengah hari ni. Bie belanja lunch kat Secret Recipe. Gaji dah masukkan! Ini entah kali yang ke berapa dah agaknya aku mencekik makanan yang sikit lebih kurang sama je setiap kali. Tambahan pulak Secret Recipe dekat sangat dengan ofis aku sekarang, bersebelah blok je. Lagi la makin kerap, almost setiap bulan! Kadang lebih dari sekali. Lama², aku rasa tekak aku dah mula muak!
Menghadap menu yang hanya lebih kurang 15-20 jenis makanan (atau mungkin lagi sikit), tapi rasanya hampir semua aku dah cuba. Dan daripada banyak² tu, hanya 2-3 saja yang boleh buat aku terasa nak makan lagi. Yang lainnya, hurmm.. kureng la. Tak berapa kena dengan tekak ni. Yang masuk mulut then terus rasa nak keluar balik pun ada. Aku ni 79.99% tekak melayu kot! Hahaha..
Dan tadi hidangan yang menjadi pilihan adalah, Chicken Cordon Bleu (aku), Tomyam Kung (Bie), New York Cheese Cake (kami). Ini dah masuk kali keberapa aku mencekik benda alah ni pun, aku tak ingat dah. Yang pastinya, 3-4 kali membelek menu tadi, yang tu jela dapat membuka sikit pintu selera dan anak tekak aku. Yang lain²nya macam mana? Hurmm, i've lost my appetite on others tu kot. Rasanya Secret Recipe ni akan menjadi pilihan ke-8, ke-9 aku kot lepas ni. Bukan kerana tak sedap, tapi aku dah rasa sangat muak!! Kalau ada pun aku pegi lagi, mungkin hanya untuk menjamah kek. Itu pun yang kurang bercis (ber-cheese).
By the way, tahniah la untuk branch manager (mana la tau die ke, anak die ke, adik beradik die ke, pakcik makcik die ke, kawan² die ke ada yang terbaca entry ni kan) Secret Recipe Phileo Damansara 1 diatas usaha anda untuk mengurangkan penggunaan kakitangan, matamulut dan segala bentuk anggota badan pekerja² 'import'. Rasa berpuas hati bila dapat tengok anak bangsa tempatan yang menjadi pelayan dalam restoran tu tadi. Ini membuktikan bukan anak tempatan kite tak mau masuk ke bidang pekerjaan macam tu, tapi keadaannya adalah lebih kepada tidak berpeluang sebab terpaksa bersaing dengan pekerja 'import' yang so called berdedikasi dan mudah menerima arahan (sure or not???!!). Paling tidak pun, kurang sikit index peningkatan pengusaha anggur-tak-berbuah dalam negara kite yang tercinta ini. Kepada yang telah diberi peluang kat luar sana, buktikan la bahawa anda bukannya anak tempatan yang kononnya manja dan memilih seperti yang digembar-gemburkan para *barisan* pemimpin kite yang tersayang itu.
Renung²kan, dan.. selamat beramal..
Till my next post.. chouww!!
-END-
2 Mak Joyah Bertandang:
kitorang baru mkn SR ari isnin aritu..gue mkn Jap Soba, azhar mkn bbq ciken ngan nasik tu.. BBQ ciken azhar rasa mcm apetah..tp bukan rasa bbq la, sos dia rasa kelakar :P
Fatin plak tgk je..kahkahkah..dpt la dia rasa sikit mee soba tu.
Nak beli kek, azhar geleng kepala, kedek betul! padehal bukan dia yg byr! saje melepaskan geram kat sini :P
Hahahaha.. Mee Soba?? Hurmm, tak pernah dan taknak try.. aku memang bukan penggemar makanan jepun laa.. sushi2 tu sumer pun aku takmo! Penah try makan sushi, but in the end aku rasa nak muntah,hahaha..
Post a Comment