Coklat Kek Strawberry..Nyum!!
Potong jangan tak potong
Alif suka buat muka camtu, huduh!!
Cuppies
Makan jangan tak makan..
DELIVERY IN FOGGING!
************************
Semalam pulak hari yang agak 'panas' untuk kami berdua. Sepanjang hari ada je hal yang tak kena. 'Panas' tu bukan antara kami berdua ye, tapi situasi die sekeliling kami. Tak best betul kalau hari Isnin banyak hal datang. Bertambah blues jadinya. Yang banyak terasa tak best semestinya la Bie, dari pagi sampai ke petang ada je hal yang tak kena. Bermula dengan episod delivery daripada HSL Electric. Aku dah banyak beli barang yang memerlukan khidmat delivery ke rumah. Tapi aku rasa dalam banyak² yang satu inilah antara yang paling banyak songehnya. Kami beli peti ais dan TV Sabtu lepas. Mula²nya dengan harapan boleh la test sebelum balik Semenyih. Tapi disebabkan prosedur penghantaran yang hanya boleh dibuat keesokkan harinya, jadi terpaksa la tukar program. Yang tambah menyusahkan, delivery hanya boleh dibuat antara 3-4 petang kat kawasan rumah aku tu. Pekejadahnya pulak la kena ikut timing macam tu. Langsung tak boleh tolerate sebab kononnya lori yang menghantar tu dah ada jadual perjalanan dalam sehari. Tak boleh diubah (hari² ada orang beli barang ke??). Memandangkan kami nak ke majlis kenduri (yang agak jauh kat Sepang nun), jadi kami mintak barang tu dihantar Isnin, lepas waktu keje. Tapi jawapannya memang menghampakan dan memeningkan. "Boleh kak hari Isnin, tapi dalam pukul 4". Perghh, ingat aku ni keje gomen ke boleh lari² kejap dari opis nak balik rumah tengok die hantar barang?? Setelah diskas punya diskas dengan Bie, akhirnya kitorang bersetuju barang tu dihantar pada hari Ahad, pukul 4. Terpaksa la korbankan sikit masa nak berjalan-jalan. Ikutkan kami dah plan nak main layang² kat Bagan Lalang lepas attend kenduri kat Sepang tu. Maka kata putus pun dicapai.
Tapi esoknya, lain pulak cerita. Pagi Ahad tu Bie dapat call dari driver lori HSL bagitau yang kawasan kami tu tak termasuk dalam laluan die. "So, is that my problem??". Bukan ke patutnya benda² macam tu diorang yang kena settle sendiri. Bukan masalah kami la nak pikir. Jadi oleh kerana kesilapan teknikal yang berlaku, delivery petang tu terpaksa ditunda. Mangkuk!! Panas betul hati aku pagi tu. Dah la kami terpaksa tukar segala macam agenda weekend, alih² tak jadi hantar la pulak. Bie yang sama panas hati macam aku bagi diorang 1 pilihan je. "Hantar Isnin, but follow my time!! Not yours", terkedu mamat driver lori tu agaknya. Bie memang camtu kalau dah bengang, takde belas kesian dah! So masa ditetapkan, 6:30 petang. Nasib korang la tu dah lepas waktu keje korang ke apa, aku tak peduli!!
Isnin tu, ada jugak la cubaan nak negotiate waktu penghantaran tu dengan kitorang. Tapi sorila, keputusan muktamad. Bagi la alasan dan helah apa pun, jawapan aku dan Bie 1 je, " Is it my problem??" Ada ke patut die mintak aku balik waktu lunch, diorang ingat ofis aku sebelah je ke dengan rumah?? Tak dapek la den nak nolong yo! Maka setelah segala cubaan mereka gagal, mereka terpaksa dengan kehendak kami yang diktator!! (diktator ke? biasa la tu kan, customer is always rite!). Tapi malang sungguh untuk mereka, sesampainya di rumah, fogging sedang berlangsung dengan giatnya. Macam rumah terbakar pun ada dah aku tengok. "Boss, saya sudah sampai atas la, jaga you punya barang. Takut hilang nanti." Kesian mamat tu terpaksa duduk dalam asap fogging yang tebal. Nasib ko la labu sayung..
Keadaan dalam rumah masa fogging
Dua orang yang ditemui hampir mati lemas dalam asap
Peti ais yang selamat tiba
Testing channel
Check dulu betul² sebelum sign.. Bie memang teliti sangat²!
Akhirnya selesai jugak segala²nya. Punya la seksa nak mendapatkan 2 ketul barang ni. Aku beli mesin basuh dengan SengHeng dulu tak la sesusah ini. Siap driver die sampai on time, kitorang yang tak sampai², hahahaha. Moral yang aku dapat dari pengalaman pahit ni, takyah la beli dengan kedai elektrik lain. Aku nak stick dengan yang aku puas hati je. Lu pikir la sendiri yo!!
Aktiviti feveret, sinchanin depan TV **baru** nya
Till my next post!!
-END-
5 Mak Joyah Bertandang:
Alamak, entry kali ni tak letak gambar Hafiy la plak..
Hafiy kan tak sihat masa tu.
Alif dan Adam sibuk nak pi rumah cikma mandi swimming pool.
besnye tv besarr hahah..
tah ape2 alasan nak antar kul 3-4ptg .. kalau weekend takpe la gak..ni weekdays..ngok ape ingat org tak keja semata2 nak tunggu korang delivery.
Yeah Sengheng/sengQ so far so good la..hantar ontime takpon terawal..heh.
Selamat membayar bil letrik! hehehe
akak: gambar hafiy ada, tapi semua stok muka sememeh.. tak sampai ati nak upload.. Adam & alif, jangan la berharap sangat. rumah cikma yang skang mana ada swimming pool. kalau nak kena la pegi kat Block E atas bukit tu, situ ada. tapi next year masuk umah baru, confirm ada swimming pool!! :)
Rina: aku bengang gile bile dengar timing diorg. siap leh kasi idea aku kuar kejap kul4 tu.. ngok tul la!! takpe,letrik terkawal. tengok tv tak lebih 4 jam pun sehari.. hehe
Sedap nampaknya cake tu. Ini ke cake yang nak order untuk party ronggeng pastu tak sempat?
Post a Comment