Friday, March 20, 2009

Keindahan dan kehancuran ~.~

Pertama sekali, tajuk diatas sama sekali tiada kena mengena dengan kehidupan baru yang aku lalui sekarang. Ia hanya la satu tajuk yang aku rasa mungkin sesuai dengan dua situasi berbeza yang aku lihat semalam dan hari ini. 

Balik dari kerja semalam, keadaan agak suram dan kelam. Petanda hujan akan turun. Lepas hampir separuh perjalanan, perlahan² hujan renyai turun membasahi bumi. Sewaktu melalui MRR2 sekitar kawasan Sri Damansara sampai la ke Batu Caves, aku terlihatkan pelangi. Apa yang istimewanya? Well, pelangi mengingatkan aku pada banyak perkara. Lebih² lagi zaman kanak² yang dah terlalu lama aku tinggalkan. Secara tak langsung ia juga mengingatkan aku pada satu siaran kartun (yang aku lupa namanya, Smurf kalau tak salah). Sebab dalam kartun tu, pelangi adalah salah satu gambaran utama kehidupan mereka. Kehidupan yang penuh dengan keceriaan dengan cendawan² yang berwarna warni. Kalau korang lahir sekitar 80-an, dan membesar sekitar awal 90-an, mesti korang ada tengok kartun ni. Melainkan rumah korang memang takde TV, haha. Dan tengah aku asyik menatap pelangi yang cantik tu sambil snap gambar di sana sini, Bie mengeluarkan satu frasa yang buat kening aku berkerut. "Cuba cari kat mana kaki/ekor pelangi tu sampai dapat. Pegi kat situ sebab ada mangkuk emas". Dia cakap slumber je tanpa sedikit pun tanda gurauan. Agak kebodohan jugakla aku sekejap.  "Ada ke?". Boleh plak aku tanya camtu. Nampak sangat ke-blur-an tahap melampau aku petang tu. Rupanya benda tu hanyala rekaan zaman kanak²nya yang aku tak pernah tau. Tapi apa² pun, pelangi tu memang cantik.

Gambar disnap dari Petronas MRR2 Kepong

Smiley yang sempat meng'inter-frame'

Ini la watak kartun Smurf tu...

Dan tengah hari tadi, aku bersama² dua teman sekerja, Syasya dan Biha mencari tempat mengisi perut. Niat di hati nak menyerang sebuah kedai usang di Seksyen 17, PJ. Ada satu kedai makan yang rupanya sangat azab, tapi makanannya sangat marvellous!! Bayangkan jela meja buatan sendiri yang sebesar meja snooker (mungkin juga lebih besar) dipenuhi dengan segala macam lauk-pauk. Dengan harga yang berpatutan, pastinya perut yang sebesar mana pun akan berpuas hati. Kepala masing² dah dipenuhi dengan gambaran lauk-pauk yang menjadi pujaan hati. Aku dengan tauhu sumbat dan gulai lemak siput sedut, Syasya dengan ulam²annya manakala Biha membayangkan udang masak kunyit. Tapi... alangkah sedihnya apabila sampai berhampiran kawasan kedai tu, apa yang kami dapat lihat tertinggal hanyalah longgokkan kayu² dan papan. Huhuhu, di mana hilangnya kedai buruk yang tersergam tak berapa indah dulu??? Kami kebuntuan seketika. Tapi dalam kebuntuan tu sempat jugak aku snap sekeping dua untuk kenang-kenangan, sentimental yang mental sungguh!! Ini la jadinya kalau kita melanggar undang². Kedai yang gayanya macam nak rebah tu sudah pastinya hasil binaan kontraktor yang tak bertauliah. Dan sudah semestinya di atas kawasan yang sepatutnya entah untuk apa. Jadi bila hendak dirobohkan, tiada siapa boleh menahan. Kepada sesiapa yang mengetahui ke mana perginya kedai makan yang kami gelar 'Makcik Pokok' & 'Kedai Hantu' (namanya saja sepatutnya dah boleh menggambarkan rupanya kan.. hehe), sila la khabarkan kepada kami yang tercari² tempat berdirinya kedai tu sekarang ini. 

Tinggal kenangan.. 

Dan dengan penuh kehampaan, kami pulang ke markas (opis). Bak sirih pulang ke gagang gayanya. Kerana kehampaan jugak, kami semua kebuntuan. Semua pekena menu yang sama 'Mee Jawa Makcik KakZahra'. Nama kedai makan tu Kaazara sebenarnya, saje aku tukar.. hehe 

Lepas ni susah la nak cari tempat makan yang ambik lauk bagai nak gila pun, still boleh dapat harga yang tak disangka² di tengah nadi kota ini kan.. Sedey ~_~

-END-

Tuesday, March 17, 2009

Berakhirnya suatu penantian...

Tanggal 15/03/09 tepat jam 12 tengahari, secara sahnya dengan sekali lafaz aku menjadi isteri kepada insan tersayang Zulkhaimi a.k.a Bie. Alhamdulillah, penantian selama 5 tahun sebagai kekasih dan setahun sebagai tunangan akhirnya ternoktah jua. Maka bermulalah episod cinta sejati kami sebagai suami-isteri. Insya-Allah akan abadi kasih sayang kami untuk selama²nya, aminn....

15/03/03 - 15/03/09
15/03/09 - Selama-lamanya..



Izma & Kmie forever in love.. :)

-END-

Friday, March 13, 2009

Makin Hampir Ke Situ...

Hari ini terasa agak suram dan muram. Hari ku dimulakan dengan hujan lebat yang mencurah² ke bumi. Pagi ku yang dingin bertambah² dinginnya. Mujur aku mandi terlebih dulu sebelum kesejukkan pagi mencengkam segala pelusuk kamar kecil itu. Bersiap seala-kadar yang mungkin. Hari ni aku bakal menghabiskan sisa² akhir sebagai orang bujang dalam ruang lingkup ofis ku. Title single yang tertera pada profil pengenalan diri ku akan bertukar sebaik saja aku menjejakkan kaki ke ofis selasa nanti. Apakah perasaan yang bakal menyelubungi aku ketika itu? Hurmm, aku pun kurang pasti. 

Namun, buat masa ini fokusku hanya satu, titik noktah dan tanda pemberhentian kepada segala kisah cinta remaja, cinta monyet, cinta kanak² aku selama ini. Hanya dua hari, dua hari yang bakal berakhir dalam sekelip mata. Dan selepas itu, bermula pula kisah cinta agung dan insya-allah cinta sejati yang sekian lama aku dambakan. Diri ini akan bergelar isteri kepada dia yang sekian lama bertakhta di hati. Dia yang selama ini banyak mengajar aku erti kehidupan. Dia yang selama ini menjadi penyokong setia tak kira susah dan senang. Dia yang selama ini tempat aku mencurahkan kasih sayang. Zulkhaimi, thanks sayang. Dirimu sangat² bermakna dalam hidup ini. Perjalanan yang panjang dan penuh dengan pelbagai dugaan akan kita sambung dengan ikatan perkahwinan. Semoga aku dan dia tabah mengharungi dugaan dan cabaran yang mendatang.Moga dia juga akan dapat menjadi pemimpin kepada keluarga yang bakal kami bina bersama. Doaku, biarlah rumah tangga yang bakal dibina sentiasa tenteram dan aman. Aku akan cuba menjadi isteri terbaik untuknya dan memberikan kebahagian yang sebanyak terdaya.

Tanggal 15 Mac 2009 akan menjadi tarikh keramat untuk hidup kita berdua. Seperti mana kita memulakannya pada 15 Mac 2003 yang lalu. Segala kenangan, kepahitan, kemanisan, kesakitan dan juga kebahagian akan aku bawa terus bersama. Yang buruk kita lupakan, yang baik kita jadikan ingatan. Semoga kita akan jadi pasangan sahabat, teman, kekasih dan suami isteri yang terbaik sepanjang zaman. Aminn...

-END-

Monday, March 09, 2009

Enam Hari Lagi...... ~_~

Masanya semakin hampir, hati makin tak keruan.. Haih, tak sangka penantian selama 6 tahun akan berakhir dalam masa 6 hari. Alhamdulillah, setakat ini, segala persiapan penting boleh aku katakan hampir selesai. Segala urusan rasmi baik permohonan nikah sehinggalah kepada permohonan cuti, telahpun aku selesaikan. Menyentuh perihal persiapan barang² hantaran pun, hampir kesemuanya dah tersedia. Minggu ni mungkin akan menjadikan aku seorang yang amat sibuk. Balik je dari kerja, aku kena bergegas nak menyiapkan hantaran pulak. Nasib baik mummy (ibu mertuaku) dah buat keputusan nak bertukar hantaran pada hari kenduri kami nanti (28/03/09). Jadi ada lagi lah masa untuk aku menggubah mana yang patut. Memang aku lagi suka menggubah sendiri berbanding menempah. Jimat dan puas hati. Biarlah gubahan tu nanti tak secantik mana, asalkan hati aku berasa puas melihat hasil kerja tangan sendiri (dengan bantuan bersama teman serumah, Kak Safa). Oh, lupa nak aku khabarkan. Aku dan Bie dah buat keputusan. Disebabkan kami masing² dah ada 2 orang emak, so kena la buat kod nama. Mummy untuk ibunya, dan Mak untuk ibuku. Senang nak bezakan masa berbual. 

Sabtu lepas, aku berjaya jugak menyelesaikan misi perbelanjaan perkahwinan kami. Aku, Bie dan Kak Safa bergerak ke Nilai 3 agak lewat. Kira² jam 12 tengah hari baru kami sampai ke sana. Matahari tegak di atas kepala. Alangkah berbahangnya bumi Nilai 3 waktu itu. Selesai makan, kami bersolat. Alhamdulillah, mungkin berkat doa yang panjang, hujan turun membasahi bumi. Kepanasan yang tadinya mencengkam segala urat nadi kini beransur lega. Segala pembelian banyak dibantu oleh "jururunding perkahwinan" tak bertauliah kami, Kak Safa. Thanks a lot la sis (soon to be in-law, maybe). Tanpa mu, pasti akan huru hara la perancangan kami. Aku yang memang agak kureng bab membeli-belah, ditambah pulak Bie yang lagi lah failed. Berbelanja sakan hampir separuh hari. Segala persiapan baik untuk hantaran sampai la ke bunga manggar, semuanya aku sapu bersih. Tapi takpe, selagi segalanya dalam budget, approved!! Dan kat sana, aku dapat hadiah perkahwinan pertama dari Kak Safa. Serangkai bingkai surah Kursi dan Allah-Muhammad. Thanks again Sis..

Kereta ku yang sarat....

Jururunding perkahwinan tak bertauliah

Hadiah pertama..

Pulang dari Nilai 3, kami sempat singgah ke Semenyih. Rumah Atok, Uda dan rumah Mak. Lengkap ketiga-tiganya. Sempat la melawat Hafiy yang baru keluar dari hospital akibat food poisoning. Tapi die tetap lincah walaupon kaki masih berbalut kesan dari tusukan jarum drip. Die yang sepatutnya masih berada di hospital terpaksa akak aku seludup keluar kerana kepenatan akak yang amat sangat barangkali. Ada cerita tragis disebalik semua itu. 3 org anak²nya silih berganti menjadi tamu katil hospital. Kesian betul, besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan. Mudah²an mendapat rahmat satu hari nanti. Gambar kaki Hafiy yang berbalut terlupa untuk aku snap. Seronok sangat melayan kerenahnya. Selepas puas melepaskan rindu pada Hafiy, kami bertiga berangkat pulang.

Hafiy.. time sihat

Seharian pada hari Ahad pula, aku tak ke mana². Menghabiskan sepenuh masaku bersama Kak Safa di rumah. Hanya di sebelah paginya kami berdua ke pasar. Dah macam makcik² surirumahtangga pulak rasanya. Lepas ke pasar, sibuk memasak kat dapur sambil duduk² berbual, kupas bawang, menyiang ikan, kopek ikan bilis dan terus berbual². Inilah antara kenangan² terakhir rumah bujang untukku. Pasti suatu masa nanti aku akan merindui detik² begitu. Kerana semua itu pastinya akan berakhir dalam tempoh 5 hari lagi. Syahdu...

Malamnya kami meneruskan niat kami yang tertangguh sejak pagi Ahad itu. Aktiviti gubah menggubah. Dengan kepakaran yang sangat sedikit, berjaya jugak aku dan Kak Safa menyiapkan gubahan yang pertama. Simple, but so nice and sweet. Puji sendiri la kan, takde orang lain nak puji lagi. Hehehe.. Thanks again and again Sis, you helping me a lot!!

On progress..

Satu²nya yang siap malam tu..
-END-
Related Posts with Thumbnails