Ding dong..
Ini ialah entry ketidakpuasan hati seorang pengguna yang boleh dikatakan tegar. Setia sangat walaupun hati selalu bagai dirobek2 je setiap kali membelinya.Kicap Cap Kipas Udang. Siapa tak kenal kan brand ni. Confirm la semua yang baca ni mesti tau punya jenama kicap yang amatlah femes sebab dia yang mula2 mengfemeskan kicap manis kat Malaysia ni. Rasanya la, sebab sebelum tu aku biasa dengar kicap masin je. Mana penah mak aku beli kicap yang rasa dia manis.
Adakah anda semua tau sekarang ni berapa agaknya harga sebotol kicap ini? Kalau tak silap aku, ini dah 3 kali dia naik harga sejak tahun lepas. Yang terbaru ni aku tengok masa beli barang dapur minggu lepas kat Giant. RM9.99. Ye, RM10 untuk kicap yang botol besar tu. Lebih 2 kali ganda harganya dari brand2 yang lain. Kedasyatan yang melampaui batas akal aku dah ni. Kat situ jugak keluar ayat dari mulut aku, "ini kicap ke emas? cepat benar ko naik harga mendadak2 gini?". Tersenyum sumbing salah sorang pekerja Giant yang ada sebelah aku masa tu.
Satu lagi kelaianan yang aku perasan kali ni bukan je pada harga dia, label pun dah ada benda berubah. Kalau dulu, kat label dia memang dah ada printed harga. Sekarang ni dah takde ok. Maknanya, kalau beli kicap ni kat pasar malam ke, kedai runcit aceh ke, kedai runcit Muniandy ke, jangan terperanjat la kalau depa charge RM11-RM12. Memang tak mustahil punya la.
Jadi, disebabkan rasa tak puas hati yang mendalam. Aku dengan nekadnya mencari kicap jenama lain. Kali ni, aku tekad nak ubah terus list pembelian kicap aku. Yang sebenarnya, aku dah banyak kali cuba ubah. Tapi disebabkan tekak big boss yang takleh masuk ngan kicap lain, tu yang terpaksa jugak beli walaupun dari dulu lagi aku dah terkesan dengan kemahalan harga Kipas Udang ni. Asal aku tukar je jenama lain, mula la dia tunjukkan ketidaknikmatan waktu makan. Haih, sebagai isteri yang solehah, perut suami jadi keutamaan kan.
Antara langkah2 yang diambil masa nak racun fikiran big boss bahawa Kipas Udang haruslah dinyahkan dari list barang dapur ialah, aku kasi dia tau berapa harga terkini. Pastu siap ingatkan dia, ini sudah kali ketiga naik harga since tahun lepas. Sambil tu menceceh2 la pasal kicap lain pun harga tak sampai gitu, sedap je biasanya. Apa sangat yang membezakan diorang sampai harga jauh benar bezanya.
Last sekali baru aku bagitau, kicap dah ditukar kepada jenama lain. Kipas Udang yang ada dalam petiais tu adalah yang terakhir. Sebelum bagitau ni pun, aku dah QC siap2 kicap yang baru tu. Mengikut lidah aku yang tak berapa pakar ni, sama je rasa dia. TAKDE BEZA! Malam tu jugak aku saja kasi big boss test makan dengan kicap brand baru tu. Jawapan dia positif. Tak tau la positif sebab dah kena torture dengan hujah2 aku ke apa. But I don't care! Tukar tetap tukar tak kira apa alasan sekali pun.
Dengan ini diumumkan, aku bakal jadi pengguna sos cili kicap Life. Ye, korang tak salah baca. Sekarang Life dah keluarkan kicap makan pulak. Sedap pun sedap. Sebelum ni, aku penah beli Tamin, Jalen. Tapi big boss tepis kaw2 punya. Terpaksa convert kicap tu jadi kicap goreng sayur etc. Kali ni mujur dia kata ok, kalau tak aku rasa aku kena start belajar buat kicap sendiri la pulak kot. Hahahahaha..
Kepada pengeluar brand Life ni. Be nice to me and the whole country okey! Jangan la nak naikkan harga sesuka hati. Takkan sampai kicap pun gomen kena tetapkan harga kawalan jugak kan. Jangan, kang aku bukak kilang kicap jugak kang, gigit jari semua (bajet macam kalau aku buat kicap, sedap giler la kot). Hahaha. I am happy sebab lepas ni takyah sakit2 hati setiap kali beli kicap.
Nota kaki lapan: Kicap punya pasal boleh gaduh laki bini, jangan buat main!
7 Mak Joyah Bertandang:
tu lah, memang mahal kicap ni. sebotol besar tu tahan 2minggu je kat rumah ni. nak taknak kena lah beli jugak sebab belum jumpa kicap yang sedap camni
Psikologi je tu yana.. cuba beli kicap lain, pastu masuk botol kicap ni. Konfem tak sedar. Tapi kena mintak orang lain buqtkan la.. :-P
Tak beli dan rasa Jalen?
Kicap-TIRANA lagi sedap. dgr cerita anak kipas udang yang buat. rasa die mmg sama mcm Kipas udang. Anak2 pun dah melekat dgn kicap-TIRANA. yg baguih tu..harga lg MURAH!! cuba lah.
ni video dia. http://www.youtube.com/watch?v=nDaCykHr8t4
Try Kicap ENAQ, 100% miliki Usahawan Melayu. Inshaallah ENAQ 'Tersedap, Bukan Termahal'. Like us at: https://www.facebook.com/enaqsaucesdnbhd
Beli2 lah apa2 kicap asal produk Muslim yg masyukk perut.. Pasti menjilat jari
Post a Comment