Friday, September 21, 2012

Common Q&A about baby solid food

Ding dong..  

Aku copy-paste je. Ada sorang akak ni listkan dalam post & comment dia. Buat camni senang sket nak refer kan. Untuk dimanfaatkan bersama2. "Saya budak baru belajar, bukak FB tolong tunjukkan." Hehehe. 

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) Sehari berapa kali makan?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
- Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
- Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim INI
Huh!! Menitik peluh jantan nak baca kan. Mari sambung!

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.


18) Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
- Rujuk di sini : FB Group


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.


20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.


21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.     

Credit buat FB group member yang baik hati nak layan pertanyaan2 yang diulang2. Aku pun kadang2 kesian jugak bila tengok para admin tu dok menjawab soalan yang sama. Semoga jasa bakti anda semua diberkati hendaknya.. 

Untuk pemahaman yang lebih mendalam, seeloknya join la group tu dan fahami setiap isi kandungan ilmu yang ada. Jangan asik nak merapu meraban je dalam tu ye. Kang orang sibuk berkongsi ilmu pengetahuan, ko habuk pun tak dapat. Haih, tak marah ler, cakap je. Peace!

Yang pastinya, aku tak kata cara ko salah cara aku betul, cara diorang salah atau cara mereka betul. Tapi terpulang pada diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Kalau rasa nak teruskan apa yang dah korang praktikkan selama ni, just go for it. Tapi bila ilmu yang baik untuk sesuatu yang baik, tak salah dipanjangkan. Aku pun paham, ada setengah orang adakalanya bila dapat sesuatu ilmu tu, fanatik sangat nak ikut tanpa belajar betul2. Sudahnya bagi ajaran sesat pulak kat orang lain. Mudah-mudahan aku tak tergolong dalam kategori orang camtu. Ok, babai!

Nota kaki lapan: Sharing is caring, caring is loving, loving is... sambung sendiri aah..

Till my next post.. Bye bye bye..
 
 

-END-

She is 6 months.. :)

Ding dong..

First of all, sorry la kalau terasa blog ni dah bloated dengan gambar dan cerita budak bernama Hanan Zulaikha ni tak sudah2. Almaklum ler, sejak dah jadi surirumah ni, apa la sangat cerita nak aku tepek pun. Takkan nak cerita teknik2 mengemas dapur pulak. Lagi pulak bila ada ke mana2 & aku rasa nak update, mesti berkesudahan cerita tu basi begitu je sebab tak sempat nak update plus aku pun kadang2 malas nak mengarang. Memang dasar pemalas!

Alhamdulillah, semalam genap sudah usia si tecik ku itu 6 bulan. Selesai satu bab perjalanan, but many to comes. Yang pasti, aku berjaya mengekalkan tekad aku nak breastfeed Hanan exclusively selama 6 bulan tu. Tolak la kes tak keluar susu masa awal2 dulu tu, dah takkan aku nak biar dia kelaparan tak dapat susu kan. Yang pastinya, sepanjang tempoh selepas production susu badan dah normal dan lancar, aku tak pernah gagal susukan Hanan. Walaupun ada few dugaan yang datang, yang memaksa aku topup dengan susu lain, hint2 kat aku suruh bagi dia makan, aku tetap degan tekad aku nak teruskan exclusively breastfeed Hanan.

Konon je tu, bukan dia minum pun air tu. Dok gigit2 je..

Thanks yang tak terhingga to my beloved husband yang selama tempoh tu tak pernah jemu memberi full moral support. Kerana dia jugak la aku mula sedar pasal kepentingan breastfeeding untuk 6 bulan pertama ni. Kalau bukan sebab dia penah sebut kat aku, "If one day kita ada rezeki dapat baby. Bie nak dia cuma menyusu badan sampai umur dia 6 bulan. Takmo campur benda lain. I'm really firm on this." 

Alamak! Masa tu aku tergamam kejap la, sebab secara jujur I don't have these fully breastfeeding punya kisah dalam family. Jadi pendedahan memang sangat2 kurang la. Tambah pulak aku tak pernah pun duduk dalam kelompok kumpulan yang mengamalkan konsep susu ibu saja selama 6 bulan, I mean kawan2 or sedara mara. Start dari hari tu la aku mula korek ilmu pasal breastfeeding, eventho masa tu belum ada apa2 lagi dalam perut ini. Again, thanks sayang. Sebab membuka minda kecil saya ini. Hihihi.. :)

Yang pasti, aku rasa syukur..

Then semalam aku start bagi Hanan solid food. Blur kejap tak reti apa nak buat. Aku buat bubur, tapi lepas blend tercair pulak. Terlebih letak susu gamaknya. Udah jadi macam air kanji je rupanya. Lawak sungguh la! Nampak sangat dulu2 masa zaman bagi adik2 makan, aku tak pernah ambik port pun apa yang aku buat masa tu. Memang buat setakat mengikut arahan. Buat tanpa minat Ceh!!

Sementara tunggu ibu siapkan bubur. Layan katun dulu.
Kemain lagi kaki tu kan..

Bila sampai kat anak sendiri, baru kau tau kan terhegeh2 baru nak belajar. Hanan pun makan dengan gaya macam orang minum air lemon masam. Siap buat cebik2 muka takmo makan. Dapat la suap 2-3 sudu je. Pastu dia bantai terpekik2 siap lentik2 badan taknak makan dah. Aku cuba jugak nak paksa, tapi tak jalan. Akhirnya berhenti takat tu jela. Janji dia dah dapat rasa cukup la. Kali pertama, takleh nak harap dia makan banyak pun.

Hari ni, still buat bubur nasi campur susu untuk dia. Tapi belajar dari kesilapan semalam, masa blend tak campur susu terus. Lepas blend baru campurkan susu sikit. Baru la nampak pekat sket. Nak suap pun senang. This time Hanan makan dengan happy face sket ler banding semalam. Tapi kejap je sebelum dia start buat perangai lagi. Mungkin kali ni sebab dia mengantuk. Aku pun memang tak paksa bila dia start ngamuk nak tido, lagipun dia dah sendawa masa aku suap yang last sekali. Assume dia dah kenyang.

Insya-Allah, next week ibu start buat puree ye.. 

Lepas makan, bagi nenen terus dia lelap. Settle kisah makan hari ni. Esok apa kisah pulak tak tau la tu. Lagi2 abah dia ada sekali, tak tau pulak apa perangai dia nak tunjuk depan abah dia nanti. Hanan ni kalau time ada abah, dia punya otak terus tune nak main je. Abah tu macam toy je pada dia kot, hahaha. Anggap itu satu compliment ye sayang.

Nota kaki lapan: Moga entry ini nanti jadi panduan bila keluar lagi sorang. Kot la terlupa step lagi kan. Hehehe..   

Till my next post.. Bye bye bye..
 


-END-

Monday, September 17, 2012

Tak lama lagi nak tambah ahli di meja makan

Ding dong..

Khamis ni Hanan Zulaikha ku itu dah genap 6 bulan. Alahai, besar sudah anak ibu. Nak start makan pulak dia. Dia pun dah mula tunjuk gaya2 tak sabar nak makan. Pantang ada benda kat tangan, semua nak dimasukkan dalam mulut. Kalau dukung tu, jangan harap dia nak duduk diam. Kalau tak basah bahu baju, tak basah tudung tu, tak sah la. Semua pun nak dikunyahnya. Gusi dah gatal kot.

 Ini la buktinya!

Jadi, sebelum start bagi makan, aku dah mula kumpul ilmu secukupnya (tapi still tak cukup2). Dari Hanan 3-4 bulan lagi aku dah join group baby solid food kat fb. Saja nak korek2 resepi, petua2, info2 yang berguna. Selain dari tu, bertuah jugak la aku ada jiran yang support sama niat murni aku nak buatkan homemade food untuk Hanan. Siap bagi pinjam buku lagi.

Yang bawah sekali tu sendiri beli

Alatan nak prepare makanan Hanan pun dah standby. Beli mana yang rasa perlu & betul2 nak guna je. Kalau ikut nafsu, macam2 aku nak beli bila dah sampai kat kedai baby tu. Tapi kena selalu beringat la, kena sedar diri tu dah tak bekerja. Segala perbelanjaan ditanggung suami. Sungguh pun bie tak pernah merungut atau menghalang bila aku mintak dia beli apa2 (dengan sebab yang dia boleh terima), tapi aku tetap kena selalu ingatkan diri sendiri.

 Comel kan gambar lembu itu

Yang gambar lembu tu actually all in 1 punya baby solid food preparing tools. Ada penyagat, pelenyek, untuk buat puri. Ada sekali untuk perah jus. Dia datang sekali dengan sudu & mangkuk. Memang senang & handy la kalau nak bawak travel atau balik kampung. Baby makan bukan banyak mana pun kan. Bekas warni-warni tu pulak standby kot2 nanti nak simpan stok puree 2-3 hari ke kan. Aku tak bercadang nak buat frozen stock setakat ni.

Baru beli tadi kat JJ

Yang ni asalnya taknak beli. Sebab aku duduk rumah je pun, jadi rasanya takdela nak kena tanak bubur dari malam sampai siang kes nak cepat waktu pagi sebelum pegi keje kan. Tapi lepas session sembang2 dengan seorang kawan yang dah ada experience, aku decide beli jugak la benda ni Kalau pun lepas ni aku tak pakai untuk buat bubur Hanan, still ada lagi untuk kegunaan lain.

Insya-Allah, nak cuba bagi Hanan makan dari air tangan aku sendiri. Seboleh2 mungkin nak elak segala makanan baby yang instant dalam tin & botol. Tapi jangan salah paham, aku bukan nak kondem parents yang bagi their baby & kids makanan instant. Aku sendiri membesar dengan makanan macam tu (rasanya la kot). Cuma bila kita dah ada sikit ilmu pasal nutrisi ni, automatik terasa macam bersalah kalau bagi anak sendiri makanan instant tu.

Kalau ada ibu2 luar sana yang tersesat singgah ke entry ni, boleh la try browse2 fb group INI. Dan jugak boleh lepak2 baca blog salah sorang founder fb group tu kat SINI. Maksud ilmu tu pada aku sangat meluas. Mungkin ini pun boleh dikira sebagai salah satu cabang ilmu jugak kan.

Nota kaki lapan: Harap2 nanti Hanan tak banyak ragam bila start solid food. Banyak dah senarai resipi nak try ni. Hehe..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, September 12, 2012

Let exercise Hanan's way

Ding dong..

Hari ini kita akan belajar cara exercise untuk baby2 yang bakal masuk 6 bulan umurnya. Mula2 kita kena sediakan dah semestinya ialah seorang baby yang ceria dan aktif seperti budak bernama Hanan Zulaikha ni. Keduanya ialah alatan senaman yang bersesuaian contohnya playgym yang dihadiahkan dari sedara mara. Kalau takde sape hadiahkan, maka boleh la beli sendiri kat pasaraya terdekat ok. Hanan, sila sambung ok. Ibu nak pegi masak jap ni..


Langkah pertama: Cuba masuk bawah playgym sedaya mungkin. Ye betul, masuk kat bawah, bukan atas ye kawan2. Caranya ialah tarik playgym tersebut secara perlahan2 tanpa disedari oleh ibu anda seperti yang saya lakukan ini. Sambil tarik, perhatikan keadaan sekeliling agar anda bersedia sekiranya ibu anda jerit, "No, jangan masuk bawah tu!!" Kalau ibu anda marah camtu, bersedia untuk buat muka comel agar ibu andak tak jadi marah sebaliknya kelam kabut pegi cari kamera sebab nak ambik gambar anda yang kononnya kiut sangat tengah panjang akal tu kan.


Langkah 2: Bila anda sudah pasti ibu ada berada dalam keadaan tenang, teruskan usaha untuk mengangkat playgym tu melepasi badan anda. Gunakan semua kederat yang ada sedaya mungkin. Pada ketika ini, kekuatan kaki adalah kunci utama bagi menjayakan aktiviti ini. Tapi sekiranya penat, boleh berhenti seketika dengan melepaskan playgym tersebut. Tapi pastikan muka anda dihalakan ke arah luar agar tidak berasa lemas dek kegelapan.


Langkah 3: Apabila sudah mendapat kembali stamina, teruskan usaha melepaskan diri dari bawah playgym ini. Pada ketika ini, tarik sekuat hati bahagian hujung playgym anda dan kaki terus menolak seperti menendang perut abah anda yang ada 'six pack' itu setiap malam. 
 

Langkah 4: Pada masa ini, anda mungkin akan mula kehilangan tenaga. Jangan putus asa! Teruskan usaha sambil minta perhatian ibu anda untuk memberi perangsang. Sambil tu kaki jangan berhenti menendang. Usaha tangga kejayaan.


Langkah 5: Apabila playgym sudah melepasi separuh badan anda, mula ubah posisi terlentang kepada mengiring. Ia akan memberi impak seperti membuat tendangan halilintar dalam rancangan kartun feveret ibu saya dahulukala 'apakeentahtajuknya'.


Langkah terakhir: Pusingkan badan anda dan terus meniarap sebagai tanda anda sudah berjaya menyelesaikan aktiviti ini. Apabila anda sudah dapat meletakkan badan anda di atas playgym, ia memberi maksud segala usaha anda sudah berhasil. Tahniah!


Jangan lupa berikan senyuman buat pendorong anda setiap kali selepas selesai sesi exercise anda. Siapa? Semestinya ibu anda yang setia bersama dari awal hingga akhir. Oklah, saya nak tido sebab saya dah mengantuk. Ibuuuuuu, nak nenen!!!!!

Nota kaki lapan: Sesekali layan merapu, syok gak..

Till my next post.. Bye bye bye..
 



-END-
Related Posts with Thumbnails