Saturday, March 31, 2012

Berakhir sudah penantian itu

Ding dong..

Tolong la percaya, ini cubaan ke berapa entah nak update. Tapi selalu sangat separuh jalan je terhenti dek tangis si anak. Alahai anak ibu..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang maha agung, aku sekarang dah selamat bergelar ibu mulai tanggal 20 Mac 2012 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1433H, hari Selasa, tepat jam 10 pagi nan indah. Namun, perjalanan sepanjang seharian sebelum nak melahirkannya, tak la seindah yang disangka. Hanya tuhan je yang tahu betapa perit betapa sakit. Tapi, semua tu berbaloi lepas semuanya selamat.. :)

Meh sini nak share the whole story nak melahirkan seorang bayi yang comel ini.

Atas arahan doktor pakar Hospital Selayang, aku admit wad bersalin pagi 19 Mac 2012, hari Isnin, pukul 10 pagi. Pagi tu awal2 dah bangun bersiap macam nak pegi keje. Sebelum ke hospital, sempat breakfast makan roti canai kat kedai. Dalam hati pikir, 'lepas ni kena tunggu 44 hari baru dapat makan roti canai, huhuhu'. Kenyang perut, terus gerak ke hospital. Walaupun masih awal masa tu, tapi pegi jela sebab Hospital Selayang tu nak dapat parking adalah seksa.

Sampai hospital sekitar 9 pagi. Bie ambik halfday untuk hantar dan temankan aku sampai selesai urusan kemasukkan wad. Sampai wad, terus ke kaunter pendaftaran. Aku diminta masuk ke bilik pemeriksaan. Masa ni dah start rasa seriau2, sebab itu la kali pertama seumur hidup aku nak kena jadi penghuni hospital. Diarahkan baring kat katil dan tunggu doktor & nurse datang untuk check. Ada 5 katil kat situ dan kebetulan takde orang. Jadi aku cuma baring sorang2. Masa tu memang cuak. Tak lama lepas tu, lepas sorang, sorang masuk dok kat katil2 yang lain.

Sorang nurse bertugas datang dan perut aku dipasang dengan alat yang namanya CTG, untuk tengok kadar denyutan jantung baby. Sebab aku akan di'induce' keesokkan harinya, jadi diorang nak pasang siap2 jarum untuk drip kat tangan tu (sori la, tak tau apa nama sebenar menda alah tu). Masa nak masukkan jarum tu, sakitnya lah hai. Jarum derma darah pun tak sesakit itu rasanya bila dicucuk. Ada la setitis 2 air mata yang gugur. Haha. Lepas tu kena tunggu setengah jam sampai mesin CTG tu berhenti. Sepanjang masa menunggu tu, nurse & doktor keluar masuk. Interview benda yang sama berulang2 sampai aku naik bosan. Huhu.



Selesai pemeriksaan, tunggu pulak diorang hantar ke wad. Disebabkan aku bawah FPP shceme, jadi kena la tunggu doktor pakar yang handle kes aku datang untuk buat pengesahan. Akhirnya, dalam jam 11:30 pagi baru la aku dapat masuk wad. Aku duduk wad sorang, jadi Bie bebas la nak keluar masuk temankan aku. Sepatutnya hari tu Bie teman sampai tengahari je. Tapi sudahnya dia tunggu terus sampai la petang. Tak masuk opis dia hari tu. Tapi kat dalam wad pun dia tetap dengan kejenya la. Thanks to Dayah (opismet Bie) sebab tolong cover up masa tu. Tak kisah la walau dia tak baca blog aku pun, tetap nak tulis jugak.

Sepanjang hari tu hanya membosan je la kat wad tu tengok tv yang bosan. Sampai la lebih kurang kul4 doktor Roslan iaitu doktor pakar yang handle kes aku tu datang. Check itu ini, tanya itu ini. Lepas tu dia tanya pendapat aku ok tak kalau masukkan ubat yang pertama petang tu. Aku senyum jela, "saya serah kat doktor la. Mana yang baik pada doktor, baik jugak la pada saya". Jadi lepas mintak izin dengan Bie sekali, doktor Roslan masukkan dos pertama Pitocin ikut 'jalan bawah'. Dos yang pertama ni adalah untuk melembutkan rahim dan memulakan contraction. Ada setengah kes, dengan dos pertama ni je dah boleh bersalin. Ada jugak setengah kes yang lain kena sampai 2-3 dos pun takmo kuar jugak. So, it will be depends on patient sendiri. Jadi doktor suruh berjaga2 jela masa tu, sebab kemungkinan malam tu jugak bersalinnya. Aku cuma berserah masa tu.

Pagi esoknya, tepat jam 4 pagi aku terjaga. Rasa nak kencing sangat masa tu. Perut pun dah mula rasa keras semacam. Tapi masa tu belum mula rasa sakit. Start dari masa tu, aku asik terjaga bila cuba nak lelapkan mata. Sebab perut memang dah mula rasa tak selesa. Hati memang dah terasa, mesti aku bersalin pagi tu. Sakit yang aku rasa sikit awal2 tadi pelahan2 makin kuat. Mulanya setiap 15 minit, tapi lama2 dah jadi setiap 5 minit. Aku pandang Bie yang tengah nyenyak tido, nak kejut tak sampai hati.

Start dari jam 6 pagi, aku dah mula rasa sakit amat. Dah mula rasa macam nak bangun pun seksa. Aku terlupa masa ni Bie bangun sebab aku kejut ke atau dia terjaga sendiri. Tapi memang dia dah bangun. Terus aku suruh dia bersiap mandi & solat sebab takut nanti dah kelam kabut tak sempat pulak. Selesai dia solat, aku mintak dia panggilkan nurse sebab aku rasa macam ada lendir keluar lepas aku buang air. Nurse datang dengan doktor oncall yang ada. Check bukaan, masa tu baru 2cm - 3cm. Masih terlalu awal. Tapi sakitnya dah mencengkam sangat aku rasa. Takpe, masa tu sabar lagi la, tahan je selagi boleh.

Mengingatkan pesanan nurse masa kat KKIA, aku mintak Bie buatkan air milo. Sebab aku taknak meneran dalam keadaan perut kosong. Tenaga sangat2 penting masa nak meneran nanti. dalam jam 8:00, sarapan sampai. Nasi goreng cina kalau tak silap aku. Masa tu tak boleh nak pikir dah sebab dah terlalu sakit. Memang aku masa tu sangat2 fragile. Nangis sesaja la sepanjang masa. Tapi mulut tak putus2 berselawat, beristighfar & doa Nabi Yunus tu tak lekang dari bibir. Bie pun sama2 tolong bila dia tengok aku macam dah terseksa sangat. Dia bisik kat telinga aku supaya aku tak lupa nak berdoa. "Kalau tak larat nak lafaz, dalam hati pun takpe", aku ingat kata2 dia sampai hari ni. Betapa kuatnya sokongan seorang suami kan. Dalam pada sakit2 tu, aku bersyukur ada suami macam Bie.

Dalam jam 8:30, doktor Roslan sampai lepas dimaklumkan. Sebab sebelum tu Bie dah ada mintak doktor bagi sedation sebab aku dah sakit sangat. Mungkin masa tu la diorang bagitau doktor Roslan aku dah start sakit kot. Lepas check condition aku, doktor Roslan suggest untuk hantar aku ke labour room terus. Sebab sejam sebelum doktor Roslan sampai, ada doktor junior yang dah datang check keadaan aku. Bie pun memang mention yang aku nak sedation sebab dah sakit sangat. Tapi diorang tak berani nak decide sebab kes aku bawah doktor Roslan ni (which is he is doktor pakar & ketua jabatan o&g). Diorang cuma pasangkan CTG untuk monitor jantung baby. Jadi, walaupun masa tu bukaan baru 6cm, doktor Roslan suruh hantar ke labour room sebab kalau dekat wad semuanya lambat! Huuhuhu..

Perjalanan ke labour room tu pun terasa jauhnya lah hai! Nasib baik naik wheelchair. Kalau kena jalan, maunya tak bergerak aku. Aku masuk dulu, Bie kena tunggu kat luar sementara diorang get ready. Nak pasang CTG, nak tukar baju, nak siapkan alat2. Kira lama jugak la Bie tunggu kat luar. Sementara diorang tengah siap2 tu, aku punya sakit toksah citer la. Hazab! Then doktor yang ada kat situ perasan degupan jantung baby akan turun setiap kali aku rasa sakit contraction. Lepas doktor pecahkan air ketuban, doktor bagitau baby dah berak dalam perut. Dan worse part is bukaan baru 6cm nak ke 7cm. Jantung baby pulak dah lemah sangat. Jadi, untuk selamatkan keadaan, doktor tu decide untuk ceaser.

Masa aku dengar perkataan ceaser tu, satu je yang terkeluar dari mulut aku. 'Subhanallah'. Tapi aku pikir biar la apa pun doktor nak buat, asalkan baby selamat. Doktor explain kat aku pasal apa kena ceaser apa semua, then tak lama lepas tu aku pun disiapkan untuk masuk operation theater. Merasa la aku pakai beg air kencing tu untuk pertama kali dalam 28 tahun hidup ni. Tak lama lepas tu, Bie pun masuk. Aku tengok dia rileks je takde cemas sket pun. Aku ingatkan dia dah tau pasal ceaser tu and dia buat muka rileks tu sebab dah sedia ke apa. Rupanya, dia tak tau menau langsung. Doktor lupa nak explain kat dia masa dia baru masuk tu.

Bie tau pun lepas nurse bagi aku sign surat kebenaran. Doktor cakap, "ok siap, jom kita pegi OT. Takleh tunggu lama2 sangat ni, bahaya." Memang muka bie berubah masa tu. Abis dia soal doktor tu bertubi2. Boleh plak terlupa2 nak bagitau kan. So, doktor tu just explain sambil kami gerak ke OT. Aku sempat pandang Bie dari jauh (sebab aku atas katil, dah ditolak ke depan). Bie raup muka & memang nampak dia sangat2 risau. I'm touched. Tapi takleh nak nangis sebab tengah sakit melampau.

Jalan nak ke OT pulak banyak sangat pit stop. Kena tunggu itu, tunggu ini. Aku ni rasa nak beranak sangat dah masa tu. Sampai satu tahap aku rasa macam baby dah nak keluar sangat, terasa macam nak teran je bagi keluar. Masa kat ruang menunggu tu, aku sempat la tanya Bie baper lama lagi ni. Takde lain la yang Bie mampu cakap kot masa tu, satu je "sabar ek". Ada la 10 minit jugak kot dok kat ruang menunggu tu.

Bie mintak nak masuk OT, tapi doktor tak bagi sebab prosedur memang tak bagi outsider masuk OT sekali. Jadi masa nak masuk dalam tu, Bie terpaksa la lepaskan aku masuk sorang. Dia salam aku & cium dahi. Masa tu perasaan bercampur baur. Takut, ngeri, sedih, terharu. Payah nak kata la. Aku pandang je Bie keluar dari ruang menunggu tu dengan perasaan berat sangat2. Lepas Bie keluar, aku ditolak masuk ke OT.

Pakar bius kenalkan diri & tanya suami ada mabuk apa2 tak. Aku masa ni dah confuse kenapa tanya pasal suami pulak, bukan suami aku yang nak kena ceaser. "Kena tanya la, kang kalau mabuk darah pengsan2 kat sini dah susah pulak nak jaga sorang lagi". Rupanya diorang nak bagi Bie masuk. Aku happy sangat la sebab tau Bie dapat masuk.

Lepas je aku dah pindah ke katil bedah, doktor Roslan start buat keje dia. Mungkin dah takdir, elok je siap pakar bius tu pasang alat nak monitor denyut nadi kat jari aku, tiba2 contraction datang. Doktor Roslan tanya aku rasa sakit ke, aku jawab ye jela. Dia suruh aku cuba teran. Masa aku teran, mungkin kepala baby dah mula nampak. So, diorang decide cancel ceaser, proceed to normal delivery. Masa tu aku rasa syukur sangat2. Biarlah aku sakit masa tu asalkan aku nampak macam mana baby aku saat pertama dia keluar.

Lepas 3 kali teran, maka terdengarlah tangisan paling indah pernah aku dengar. Selamat sudah aku melahirkan seorang baby girl yang sangat comel di mata aku. Masa tu rasa hilang terus semua sakit yang aku tanggung dari jam 6 pagi tadinya. Hilang terus penat membawak dia ke hulu ke hilir selama 38 minggu. Lepas nurse tunjuk baby & aku confirmkan jantina, diorang letak baby kat satu tempat khas. Aku cuma dapat pandang dari jauh & senyum sorang. Baby pun senyap je diletakkan sorang2 kat situ. Baru keluar perut dah nampak pandai berdikari. Hehe.


"Hi, nama saya Hanan Zulaikha..
saya baru berusia 6 jam masa ni.."


Tak sempatlah Bie nak masuk saksikan sendiri macam mana anak pertama kami lahir. Takpela, segala apa yang dia dah buat untuk aku selama ni, aku takkan sekali pun lupa. Dia la yang menemankan aku sepanjang aku mengharung sakit dari pagi. Sampai mengalir air mata dia bila tengok aku sakit sangat. Saya sayang awak sangat2 encik Hubby.. :)

Buat anakanda Hanan Zulaikha yang tersayang, selamat datang ke dalam dunia abah & ibu. Semoga menjadi anak yang solehah ye. Jadilah kebanggaan abah & ibu bila dah dewasa nanti. Whatever you going to be in the future, just hope you will be a good one.


My 21st day of life

Nota kaki lapan: Entry siap dikarang pada: 18 April 2012. Dah nak masuk sebulan baru dapat siapkan entry ni. Hahaha.

Boleh la check entry abahnya jugak kat sini: PART1 & PART2

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

Mar Mansor said... Jawab Balik

salam perkenalan..
saya suka baca pengalaman bersalin sbb kisah masing2 tak sama..

Related Posts with Thumbnails