Thursday, March 01, 2012

Ayers Rock at my 37th weeks

Ding dong..

Ini ialah entry yang terpaksa-rela kena update jugak. Kalau tak update, nanti ada la yang manjang nak perli² aku, "amik gambar sana sini, update blognya tak pun. Dok lagu tu je entry tak bergerak²". Hahaha, baiklah encik asben. Inilah updatenya. Ikutkan nak update semalam, tapi mata ngantuk sangat sampai dah tertido² depan tv. Memang tak kuasa la aku nak ngadap laptop lagi. Tido je lagi afdal kot.

Semalam balik keje agak lewat sket. Kebetulan pulak hujan lebat selebat² alamnya turun. Dek kerana kete ada kat aku, jadi aku kena pi jemput bie kat opis dia la. On the way ke opis dia, memang dah membayangkan nak dinner terus sebab perut memang dah nyanyi² lagu riang. Hujan ni buat perut aku yang berisi ni cepat benar laparnya. Budak tecit dalam perut ni pun tak reti dok diam kalau aku dah start rasa lapar tu. Harus la pikir cepat² apa nak makan.

Dalam pada drive sorang dalam hujan tu, tiba² teringat bie penah citer dia nak try satu steak house kat area opis dia. Aku ni walaupun bukan pemakan daging sangat, tapi kalau nak cuba benda best, memang laju je. So, sesudah menjemput tuan besar itu, terus tanya dia nak ke tak makan kat steak house yang dia cakap tu. Apa ke nama masa tu aku memang tak ingat langsung la. Disebabkan semalam adalah hari gaji sedunia, bie pun laju je jawab ok. Hamboi, takde pikir² langsung kan.

Ayers Rock (Butcher & Grill). Itu la nama kedainya. Kedainya senang je nak cari, betul² kat belakang maybank Wangsa Link. Kalau tak tau Wangsa Link tu kat mana, cari la Wangsa Walk Mall, mesti jumpa sebab dia sebelah² je pun. Takpun carik Carefour Wangsa Maju, betul² berdepan dengan Carefour tu je tempatnya.

Memang dekat sangat pun kedainya dengan opis bie, tak sampai 5 minit. Jalan kaki pun boleh, rajin dengan tak jela. Yang pasti memang tak rajin pun. Hahaha. Masuk² je, ada la baper kerat manusia je dalam tu. Suspen dah aku bila tengok orang tak ramai ni. Dalam hati dok pikir, sama ada makanan tak sedap, atau harga dia melampau cekik darah.

Ternyata, sebab kedua tu aku rasa paling tepat kot. Sekali bukak menu dia, telan air liur 200 kali. Tapi bie cakap, memang gitu la gaya harganya kalau tempat tu serve 100% daging import. Siap dia ada jual daging mentah sekali kalau nak beli. Terpisat² jugak la tengok menu sebab tak tau apa nak order. Aku ni bukan reti nak order daging lembu ikut bahagian² ni. Aku tau makan daging je, bahagian mana aku tak penah kenal. Kalau kaki, kepala, ekor, rusuk takpun organ dalaman tu. Aku kenal la jugak. Tapi bila dia tulis sirloin, tenderloin, ribeye kejadah apa semua tu. Memang mokcik ni failed ler..

Jadi penyudahnya, aku order beef burger je. Senang, takyah nak pikir bahagian mana dia bagi. Memang sah² aku dapat daging yang aku boleh makan nanti kan. Bie plak order ribeye-apa-benda-tah. Sementara menunggu order sampai, siap buat perjanjian. Kalau rasa dia tak sedap, jangan harap la nak jejak lagi. Buat ngabis kan duit je nanti.


Overall lepas makan tu, oklah rasa dia. Dah nama pun daging import Aussie, kalau tak sedap harus la potong tangan tukang masak tu kan. Daging dia pun memang lembut je, takde terselit² celah gigi. Aku tak pasti untuk sos dia ada pilihan ke tak. Tapi semalam masa order, waiter tu takde pulak tanya kitorang nak pilih sos apa. Tau² je sampai memang dia dah letak cream sauce yang macam cream mushroom soup tu. Ikut tekak aku yang tak cerewet ni, ok je la. Padan la jugak rasanya daging makan cicah² dengan cream sauce tu.

Gambar emvironment dalam kedai takde. Sebab aku malas nak snap sana sini skang ni. Tak tau la kenapa, tapi memang sejak dua menjak ni memang malas sangat nak ambik gambar. Gambar sendiri sepanjang preggy ni pun ada baper keping je. Usung jela kamera tu ke hulu ke hilir, tapi tak berguna pun. Gambar di atas tu pun snap guna henpon je.

Definitely will come again next time. Tapi next time tu bukan dalam masa terdekat ni la. Aku bukan boleh makan daging selalu sangat, muak. Tambah dengan harga dia yang agak tercekik la kalau nak membayarnya. Range harga untuk steak dalam RM40 - RM300, ikutla saiz hidangan yang dipilih. Burger aku tu murah la sket, sebab pakai minced beef kot. Tapi yang pasti, tetap sedap je aku rasa. But satu la failed, varierty kurang la. Lagi² untuk beverages, sangat limited. Memang dia nak suruh ko datang makan daging je, air takyah nak fancy² sangat. Hahahaha.

But anyhow, dalam top list aku & bie, tetap Pannaz jugak yang paling best!

***Quick Pregnancy Update***

Alang² dah mengupdate entry ni, citer la pasal pregnancy jugak. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 37. Dah masuk fasa matang, boleh nak bersalin anytime. Hehehe. Tapi takmo la anytime sangat, kalau boleh biar la ikut timing yang doktor dah bagi.

By the way, kepada readers yang follow blog saya (bajet macam ramai je kan), insya Allah dalam 2 minggu lagi maka sampai la masanya untuk aku bersalin. Doktor dah bagi tarikh yang dia rasakan sesuai untuk aku bersalin iaitu 12hb March 2012, Isnin. Maka, bila sampai tarikh tu, takyah tunggu² sakit terus masuk wad. Doktor dah plan untuk induce, sebab aku ada GDM case (diabetis). Jadi doktor takmo tunggu sampai cukup 40 minggu. Jumaat,9hb nanti ada last appointment dengan doktor, then doktor akan decide dari check up tu untuk proceed terus atau tunggu. Most probably akan proceed terus la. Silap² haribulan, on the same day dia dah nak aku admit terus.

Tapi kan, ada jugak gedik² rasa macam nak mintak induce hari Khamis, 15hb March tu. Boleh sambut birthday si tecit ni dengan anniversary abah-ibu dia sama². Tu pun kalau doktor bagi la, kalau tak, aku follow je. Hehehe.


Latest me
Pic taken on 25th Feb 2012, Saturday..


Jadi, harapan aku cuma satu la. Moga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t hendaknya. Hanya pada DIA aku berserah segala²nya. Bila dah tau tarikh macam ni, rasa debar tu lagi hebat sebenarnya. Tapi at least aku dah berada dalam keadaan bersedia. Takde la rasa surprise sangat tertunggu² kan. Macam mana pun, tetap la berjaga² jugak. In case si tecit ni tak sabar² nak keluar. Sebelum sampai tarikh doktor bagi, dia dah nak keluar sangat ke kan. Kena la get ready sentiasa.

Nota kaki lapan: Tak sabor!

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails