Wednesday, June 08, 2011

Selamat berbakti darah2 ku...

Ding dong..


Sebanyak 7... tempayan naga!

Aku baru je selesai menderma darah ni. Aduh, sakitnya!! Hahahaha, tak sakit pun sebenarnya. Hidup je lagi aku boleh berjalan dengan normal. Kebetulan kat opis aku ada kempen derma darah 2 hari sejak semalam. Ingat nak pergi semalam, tapi mencari buku merah rekod derma darah aku tah ke mana. Puas korek sana sini, tapi tak jumpa. Pagi ni korek sana sini kat umah, still tak jumpa. Bila tanya bie, dia cakap aku simpan dalam handbag yang aku kendong sana sini hari2. Aku confident je jawab, "dah cari semalam, tapi tak jumpa la".

Lama dah aku tak menderma. Last dulu tahun 2009. Huhu, 2 tahun dulu punya cerita. Ni ada entry yang aku penah buat dulu. Baca di sini.

Pagi ni, sampai2 je kat opis, geledah handbag lagi sekali. Dengan sekali seluk je aku dah jumpa. Cit, dasar pelupa tahap cipan gaban betul. Padahal memang aku letak 1 tempat je dari dulu. Sah la dah tua kan. Fasa 3's semakin menghampiri, camni la kot. Hehehe..

Maka, selepas je jumpa terus la mintak excuse dari member untuk pegi berbakti kejap. Tak lama mana pun derma darah ni. Lagi2 kalau org tak ramai. Aku pegi sorang2 kali ni, maka takde la gambar on the scene. Tak kuasa plak rasanya nak camwhore sorang2 macam orang tak betul. Dah la penuh ngan student je dalam bilik derma darah tu kan. Segan la makcik ni nak oi!

Dan macam biasa, lepas derma darah mesti dapat minum milo panas bersama jadah kudap2 yang ada. Biskut la, roti la, air kotak la. Aku sapu je semua, takde kesian2 punya la. Malu jauh sekali. Hahaha. Macam biasa jugak, ubat tambah darah & supplement dibekalkan sama. One fact yang aku tau pasal ubat ni, ia takkan membuatkan kita yang makan jadi gemuk atau bertambah berat badan. Sebab fungsi ubat tu cuma nak menambahkan balik darah yang dah keluar (450ml tu, ingat sikit ke?) dan mengembalikan balik zat yang badan perlukan. So, harap sape2 yang still percaya mitos derma darah boleh sebabkan kegemukkan, baik la korang rentikan je pahaman tu okey!

Selain dari segala jadah biskut, roti tu semua. Akan juga anda dapat ini sebagai tanda kenang-kenangan.


Plaster tu just untuk cover kalau2 ada darah yang over nak kuar lagi.

Yang bawah ni ekstrem sket, lemah semangat jangan tengok la ek. Hahaha..



Ada la lebih kurang besar mata pen 2.0mm kot dia punya lubang. Hik hik hik!!

Nota kaki lapan: 3 bulan lagi boleh la derma lagi. Best!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails