Friday, May 06, 2011

Update!

Ding dong..

Okeh, lama sangat dah menghilangkan diri dari dunia blogging. Harus rajinkan diri untuk buat comeback ni. Kalau tak, adalah blog yang berkubur lepas ni. Sebelum sawang penuh setiap penjuru, sebelum vitamin M ni menular ke segenap ruang otak, baik aku update something biar pun ia sekadar sampah dan cakap2 kosong, ye dak? Bukan apa, kadang2 tu idea nak menulis tu macam2. Tapi nak meletakkan diri depan blog untuk menulis tu macam berat sangat. Baca blog orang rajin la kot. Hehehe. Maafkan saya penunggu gua!

Nak kata aku busy yang amat2 sampai tak sempat nak duduk mengadap blog, memang tipu sangat la. Setakat ni macam mana banyak keje sekalipun, sempat je terjah blog2 orang lain yang mana aku memang menjadi stalker setiap hari. Sempat je masuk facebook tengok semua status kawan & famili (eh, macam berima pulak ayat ni ngan yang sebelumnya). Tapi tu la, bab nak mula menaip ni manjang je tergendala niat di hati kan.

Padahal, pantang je ada pegi mana2, pantang je ada benda best jadi depan mata, confirm la tangan terus capai kamera dalam beg. Laju2 je snap. Konon2nya, "best ni nanti nak letak dalam blog". Tapi, sampai ke sudah la gambar tu dok bersarang dalam kamera tak berusik pun. Sebut pasal gambar ni, terus teringat nak cuci gambar yang dah bertimbun2 dalam simpanan. Kang sekali data corrupt ke apa dalam external hard disk tu. Baru padan ngan muka aku kan. Hahaha. It's happened once, tapi bukan salah aku. Salah 'orang itu' sebab format tapi tak back up. Habis gambar kenangan konvo dia terlebur macam tu je. So, kena belajar dari kesilapan. Sila la buat banyak back up.

Aku rasa ada 1 kes yang aku tak pernah update lagi dalam blog. Kes yang sedih dan menyayat hati ni. Nak citer pun rasa nak nangis ni. Adeh, takyah citer la. Hehehe. Ok2, citer jugak la kan. Yang sebenarnya, laptop yang ku sayang, buah hati pengarang jantung yang ku belai itu rosak skrinnya!! Sedihnya la waktu dapat berita tu. Dah la masa tu baru balik keje, terus disampaikan perkhabaran sedih itu. Tapi, benda dah jadi. Takleh nak buat apa la. Hanya mampu memandang. Kena tunggu bajet untuk repair. Tapi hajat di hati nak gantikan dengan netbook je. Adakah itu tindakan yang rasional? Hehe. Tapi kalau beli netbook, yang lama tu nak tak nak kena la jual lepas repair. Takkan nak usung sampai 2 biji kan. Macam la aku ni ada projek juta2 banyak sangat keje nak kena hadap sampai perlukan 2 biji lappy. Hahaha.

Gambar laptop yang menyedihkan tu ada je dalam kamera, tapi sedih la nak tempelkan kat sini. See, nak tengok gambar pun sedih kan. Tapi kalau ada yang sudi nak gantikan dengan netbook atap iPad 2, tak sedih sangat kot.. :P

Buat sementara ni, aku lagi banyak tengok tv je kat rumah. Memang la bie selalu offer pakai laptop dia kalau nak buat apa2 (termasuk update blog la kan). Tapi aku malas la, lain feel kalau update kat laptop sendiri ngan laptop orang lain. Tak berapa mariiii la itu feeling kot. Jadi, aku buat keputusan untuk berehat dari dunia blogging kejap. Kalau ada pun update, dah sah2 la aku update dari opis je. Tu pun kalau feeling rajin datang macam sekarang ni la. Kalau tak, ke laut jugak sudahnya.

Owh, minggu lepas balik kampung bie kat Jerantut. Lama sungguh tak balik sana. Lepas congak2, rupanya dah lebih setengah tahun!!! Last balik dulu sebab ada kenduri kawen bulan 10 tahun lepas. After that, memang kehidupan aku hanyalah terperuk kat tengah perut KL metropolitan ni. Kalau ada pun keluar berjalan, semuanya area yang dekat2 je. Actually, balik Semenyih pun dah jarang2 sekarang ni. Bukan taknak balik, tapi keadaan membataskan pergerakkan. Bila dah tiap2 Sabtu kena duty, kadang2 sampai ke petang. Malas dah aku nak gerak ke mana2 sangat. Ahad lagi banyak duduk rumah rehat2 je.

Bukan aku lupa diri ok. Aku selalu ingat kampung. Ingat best sangat ke dok KL ni? Sesak kepala hotak ari2 ngadap pencemaran sana sini. Bila balik kampung, segala perasaan sesak dan rimas tu automatically gone. Memang hilang semua stress kalau dapat balik kampung. Especially kampung bie la. Sebab kampung aku dah tak serupa kampung sangat. Sebab consider pinggir bandar kan. 45 minit je pun dari KL (kalau tak jem la). Tapi balik Semenyih pun best apa. Tempat jatuh lagi di kenang, ni kan pulak tempat bermain lumpur, selut, tanah dan hujan! Hahaha.

Alamak, tiba2 rindu childhood! Teringat zaman main roundes (besbol), galah panjang, kondak kondi, baling selipar, kejar2, polisentri, baling tin, nyorok2, masak2, getah 'zero point', tengteng, kete2 (main atas pasir, siap buat jalan, rumah, parking segala) dan banyakkkk lagi. Bestnya masa itu. Tapi sekarang aku dah tak nampak dah semua tu bila aku balik kampung. Budak zaman sekarang lagi suka indoor banding outdoor. Tak awesome sungguh! Balik2 main PSP, PS2, segala mak nenek console game. Camne nak berkembang pemikiran. Kembangkan badan ada la kan. Haih, kena tune anak2 aku nanti kot. Console game 2 jam je seminggu. Kena mintak bie buatkan application software yang boleh install dalam console game atau PC. Kira cukup 2 jam, terus kena block. Macam pakai internet kat cyber cafe tu. Boleh ke macam tu ek? Ke memang dah ada orang buat?

Takpe, kalau dah namanya application developer, takkan takleh pikir cara2 nak buat tu kan. Suami ku, sila take note ye!

Tapi, aku lagi rindu childhood's friend aku sebenarnya. Semua dah hidup dengan arah tujuan masing2. Aku rasa yang still boleh borak2 cuma sorang je. Memang dia tu la yang aku rapat dari kecik sampai la sekarang. Tapi masa aku kawen dia tak datang, ni yang tiba2 nak emo ni! Hahaha, tapi takpe. Aku paham masa tu dia ada kesukaran nak menghadirkan diri. Jadi aku maafkan. Tapi yang lain2, di manakah kalian semua? Ada yang aku selalu selisih bila balik kampung. Tapi masing2 buat macam tak penah kenal. Atau mungkin segan nak bertegur sapa kot. Sebab kebanyakkan childhood's friend aku adalah lelaki! Boys u know, boys! Semua pun bila dah besar gajah ni anggap diri tu macho kot. Takmo dah tegur2. Sedih!

Erm, mungkin bila masing dah meningkat umur nanti. Baru boleh get together gather kot. Skang ni pun rasanya masing2 sibuk membina keluarga. Dengan kawan2 yang semakin ramai, mesti la tak terlayan semuanya. It's normal kot kalau dah mula ramai kawan, kawan zaman kecik2 dulu dilupakan. Eh, bukan lupa, cuma kurang bergaul. Lagi2 macam aku yang tak duduk kampung since sekolah menengah sampai la skang ni. Agak2 kalau jumpa kat kenduri kawen, jadi awkward nak berborak macam dulu2. Takpe2, insya Allah kalau ada izin kita boleh geng2 macam dulu. Tapi takde la sampai tahap nak main roundes lagi kan. Ngahaha, mokcik tak larat la nak lari2 dah nak oi!

Haih, apa da mengimbau kenangan silam la pulak. Oklah, nanti sambung di lain kali. Yang pasti weekend ni balik Semenyih. Tu yang feeling kenangan silam mengusik jiwa tiba2 datang tu. Buatkan diri ini makin sedar yang usia makin menginjak dewasa. Wah, dah dewasa!! Maka kena la biasakan diri dengan panggilan wanita.. :)

Nota kaki lapan: Rindu la dengan kebebasan zaman kanak2 dulu. Tak payah pikir baju match ke tak, muka bersih ke tak, rambut kemas ke tak. Nak mesin 'back to the future' please!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails