Friday, May 27, 2011

ON DIET

Ding dong..
"ON DIET DAN HANTAR KE 34854." Haha, joking je!
Haih, susahnya mencari masa terluang sekarang ni. Bukan main banyak benda nak tulis, tapi kebanyakkannya terkubur sebab takde masa yang sesuai nak duduk mengadap lama2. Ni pun curi masa yang ada je. Kat ofis, sibuk dengan keje yang menimbun. Kat rumah, sibuk dengan hal rumah tangga pulak. Nak2 pulak sekarang ni angin rajin masak datang. Hari2 pun rasa nak masak, walaupun yang tukang makannya sorang je.

Oops, lupa nak bagitau, aku dah meninggalkan makan malam agak lama jugak. Program diet bersepadu namanya ni. Siyes miyes jugak la kali ni kot. Sebab duit yang terbang melayang keluar dari poket pun dah mencecah empat angka! Haih, pening memang pening. Tapi I have to do something. Badan yang makin mendadak2 naik ni harus diurus jugak. Sebelum penyakit yang tah apa2 datang kan. Lagi2 lepas kena high blood baru2 ni. Sampai 150 naiknya, mau tak gerun? So, doakan aku berjaya ok. Nak achieve target tu nampak gaya macam jauuuuhhhhh lagi. But, I'm very positive when thinking about losing weight.. :)

Dan sebabkan program diet tu jugak la aku jadi kurang mengupdate blog kot. Yelah, dulu kan update banyak citer hal makan je. Pegi makan sana, makan sini. Segala ceruk semua nak try. So, untuk tempoh 2-3 bulan ni, mungkin aktiviti tu terpaksa dikurangkan. Nak citer pasal rumah, takde apa pulak perubahan pun. Nak citer pasal berjalan sana sini, kurang dah kot merayap. Nak citer pasal keje, keje takkan pernah habis dan kejenya pulak sama je pun takde berubah apa sangat. Takde yang thrill pun nak citer.

Alhamdulillah, so far dah nampak la hasil dari diet yang aku amalkan sekarang. Tak banyak la, tapi cukup untuk buat aku tambah bersemangat. Lagi2 bila dapat full support dari Bie. Saat2 macam ni, bukan support dari segi wang ringgit je penting tau. Tapi, most important is moral support. Korang hingat senang nak avoid segala jadah makanan yang sodap2 terbentang depan mata?? It makes me crazy tau! Tapi, kuatkan je semangat tu. Nak lawan nafsu makan ni memang susah. Kalau tak, takkan la ramai yang naik van jenazah time bulan puasa sebab kena tangkap makan belakang kedai mamak kan. Hehehe.

Kalau aku rajin nanti, aku kongsi2 apa yang aku buat untuk lose weight ok. Tapi, buat masa skang, biar la aku keep it to myself. Sebab bagi aku, selagi result tak meyakinkan, tak guna nak berkongsi macam best sangat dengan orang. Nanti macam citer kosong je jadinya. So, biar result gempak sket, baru syok nak share.. :)

Eh, mesti ramai yang pelik kenapa tiba2 nak diet kan. Salah satu sebabnya, nak kurus la! Senang sket carik baju & seluar. Hahaha. Tapi yang paling penting, aku nak make sure badan aku sentiasa sihat. Sihat dalam erti kata yang sebenar ok. Bukan 'sihat' yang membawa maksud... Well, u know la what I mean. Memang phrase 'biar gemuk asalkan sihat' tu selalu jadi alasan malas diet. Tapi hakikatnya bila gemuk la penyakit senang je datang. Believe me!

So, please pray for me okay.

Nota kaki lapan: Majulah sukan untuk negara. Haha, langsung takde kena mengena kan..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails