Tuesday, May 18, 2010

Jiwa Kacau

Ding dong..

Entah kenapa, seharian aku rasa serba tak kena. Puas mencari jawapan, tak jugak jumpa. Mood aku terbang entah ke mana. Bosan, boring, tak suka, tak selesa, tak gembira semuanya berbaur menjadi satu. Apa yang bersarang dalam kepala aku sekarang pun aku tak tau. Masih mencari² di mana jawapannya.

Hari ni dimulakan dengan perasaan sengal dan sebal yang amat sangat. Lewat petang semalam, aku terasa sesuatu yang lain dari biasa. Rongga hidung aku tak selesa macam biasa. Ditambah dengan tahap kedinginan opis ni yang mencengkam. Bersin menjadi sahabat yang tiba² rapat sesangat.


Wajah yang jelas kebosanan..

Bila balik keje semalam, badan mula rasa tak seronok. Feeling nak masak yang sebelumnya membara tiba² menurun. Aduh, kepala pulak pusing². Dek kerana dah berjanji dan nasi pun dah bertenggek atas dapur, aku gagahkan jugak. Terlelap waktu menatap siaran tv yang mula boring (mentang² Adamaya dah takde). Sedar², sang suami dah berada di sisi. Tah masa bila dia sampai rumah pun aku tak tau.

Dengan gagahnya aku bangun jugak. Badan Rasa terhuyung hayang la jugak. Tapi aku kuatkan semangat, Ayam Masak Merah yang dah dijanjikan harus aku tunaikan. Mulut terkunci seribu Solex gayanya. Aku membisu sepanjang kesibukkan aku memasak Sambil bie hanya memerhati. Kesian bie tak dapat berbual macam biasa semalam. Sorry ye sayang. Kalau ikut kebiasaan, waktu baru balik dari keje la kami akan celoteh panjang². Sebab sekarang dah takde peluang nak borak² dalam kete sambil mengadap jem petang².

Siap masak, aku lupakan program diet yang kononnya aku ikutkan sekarang. Badan dah separuh melayang, lupakan je semua tu. Makan tetap makan! Penuh sepinggan nasi aku ambik. Pedulikan, gemuk pun gemuk lah! Sang suami tersayang tak berani nak ajak berbual sangat. Paham benar die dengan angin aku kalau penyakit aku ni datang.

Siap makan, aku biarkan bie mengemas dapur. Basuh pinggan, basuh kuali yang ada. Kemudian aku mula melayang² macam nak tido balik. Tapi aku tahankan sebab rancangan 2 serangkai tiap malam Isnin yang memang aku tunggukan. Permintaan bie yang asyik menyuruh aku masuk bilik berbaringan aku abaikan. Sorry lagi sekali sayang.

Tamat rancangan yang aku layankan tu, terus tanpa sepatah kata aku bangun tutup tv dan mula nak beradu. Dengan segala keberatan badan, aku melangkah ke bilik. Letak aje badan, fikiran aku perlahan² hilang. Sebelum tidur, sebiji paracetamol aku jadikan teman. Sebenarnya rasa macam nak je aku adukan rasa tak selesa yang bersarang pada sang suami. Tapi terasa seakan² mengada sangat la pulak. 'Sket² nak mengadu, pe kes?


Ini Qis, 'adik'nya kepada Hafiy..
Kata orang, rupanya persis aku.. yeke?

Kan mudah kalau aku macam budak kecik ini. Bila rasa tak selesa, hanya perlu nangis. Pasti ramai yang datang memujuk.


Pagi ini, sedar² dari mimpi indah. DEMM, aku selsema..

Dan datang pula batuk dan mungkin akan datang jugak demam dalam beberapa hari lagi..

Nota kaki lapan: Aku sangat susah hati bila kena selsema sebab aku sangat susah baik dari penyakit yang satu ini.


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

5 Mak Joyah Bertandang:

Kancilbiru said... Jawab Balik

minum banyaaaaaaaak air putih...mesti baik.

abahgirls said... Jawab Balik

wah dah banyak perenggan..bagus2..:)

i.z.m.a said... Jawab Balik

KB - abis bertong2 air kat opis ni bersilih ganti tukar kat water dispenser tu.. tapi... minum ramai2 la :P

AG - saya memang anak murid yang mendengar kata.. betul tak cikgu? :D

zella y said... Jawab Balik

hurm...better gi klinik cpt2 sbb skrg ni musim penyakit...

minum air bykkkkkkk n bykkan berehat....

take care... =)

i.z.m.a said... Jawab Balik

zella - tengah cuba method self recovery, minum banyak air + vitamin c 1000mg + epal hijau..

kalau hari ni tak baik jugak, akan ke klinik..

malehnyo jumpo doktor.. :(

Related Posts with Thumbnails