Sunday, May 09, 2010

Mini Gathering & Mothers Day

Ding dong..

Salam seantero benua!! Aku berblogging di dinihari seorang diri. Akibat tak dapat melelapkan mata setelah melantak sebanyak beberapa kilo seafood stimbot sebentar tadi. Perut telah kesakitan kejap2 dari tadi. Tapi masih berada pada kadar normal. Kasi die masuk fasa ketiga iaitu saat benar2 ingin melahirkan, baru la aku akan bergegas le bilik bersalin. Oh no no no, i'm not talking about delivering a baby. Pregnant pun belum, jadah dari mana datangnya nak bersalin baby kan. Hehehe. Pempaham jela lepas dah melantak semaunya tadi, pastu mesti ada sessi melahirkan pulak kan :P. Kejap lagi ai citer okey.

Mari kite ke tajuk berita yang pertama. Alhamdulillah, semalam eh silap2 hari Jumaat sebenarnya (lupa pulak skang dah hari Ahad), aku dan ShamPinas telah berjaya meng'organize' mini gathering antara rakan sekuliah dulu. Walaupun yang hadirnya hanyalah 5-6 kerat. Tapi, kira oklah tu. At least ada effort untuk memulakan perjumpaan semula. Insya Allah, perjumpaan seterusnya aku akan cuba kumpulkan lebih ramai lagi. Kalau boleh taknak la silaturahim yang dah sedia terjalin sejak sekian lama terus pudar dan hilang kan. Biarpun jumpanya hanya 2-3 jam, lebih baik daripada takde langsung ye tak. Tempat yang dipilih ialah Warung Williams, Kelana Jaya. Sorry semua, bukan taknak cari tempat yang proper, tapi ini boleh dikira perancangan yang mengejut. Dan kepada teman2 yang dapat berita tapi tak dapat join, takpelah kite jumpa next time je. Dan pada yang terasa hati sebab tak dijemput, jangan la gitu eh. Aku tak jemput sebab aku tau kehadiran korang tu adalah mustahil (terutama yang luar dari kawasan KL). Korang doakan jela moga2 aku ada kerajinan nak organize something yang proper untuk kite semua (tapi semestinya la aku perlukan kerjasama kan).

ShamPinas, Palee, Klunk

Fai "itek", ShamPinas

Anyway, aku ucapkan berbanyak terima kasih pertama sekali untuk Hubby saye yang dicintai. Tanpa die semalam, ingat aku boleh ke lepak ngan korang gelak ketawa sampai kul 12 tengah malam? Hehehe. Thanks kepada ShamPinas, kerana mengeluarkan idea yang bernas ini. Walaupun penat aku explain map kat ko tapi berkesudahan ko tak dapat jugak cari dan sesat sampai ke barat mane entah. Sampai aku kena jemput ko pulak tu, haha. Terima kasih daun keladi kepada dua orang sahabat sehidup semati, Fai & Palee (korang 2 orang ni memang macam kembar kan. Sentiasa berkepit :P) dan jugak terima kasih untuk Klunk yang datang all the way from Klang (nama pun Klunk, tentu la datang dari Klang kan). Korang memang terbaek la! Insya Allah, lain kali kite try gather lagi untuk masa akan datang.

Wajah kelaparan seorang organizer

Dan tadi pulak, which is boleh jugak disebut semalam (sebab skang dah pagi Ahad), kami sekeluarga (family mertua) ber'dinner' bersama sempena hari ibu dan disekalikan dengan hari bapa yang dah berlalu bulan lepas. Ini adalah idea Bie & Along. Aku hanya ikut je apa yang dicadangkan. Tempat yang jadi pilihan, Restoran Stimbot Kak Eita. Letaknya di Wangsa Maju Seksyen 2. Sebab kami ni dah paham sangat dengan syarat Mummy. Kalau nak bercelebrate makan2 ni, takleh cari tempat jauh2 sangat. So, disebabkan kat situ ada buffet stimbot yang pernah kami try dulu. Jadi, redah aje la. Sayangnya dinner tu tak disertai sama Nana sebab die tak dapat balik pasal ada last paper hari ni (watdehel exam buat hari Ahad pun aku tatau). Jadi, kurang la sorang ahli family Tuan Haji Amdan (@ Medae dalam loghat Pahang :P).

Mak mertua ai yang garang :P
Tapi hati banyak baik..

Anak beranak giler gadget

Sharp jam 8 malam kami gerak dari Koperasi. Sampai situ lebih kurang jam 8:20. Tapi dari luar nampak gaya macam dah penuh. Mujur la Mummy & Abah dapat jugak tempat yang betul2 sebelah je dengan tempat buffet. Ramai jugak orang lain yang sama2 menyambut hari ibu dengan ibu masing2. Siap dengan kek bagai. Tapi kami cukup sekadar dengan apa yang ada. Bukan ramai sangat pun. Sayangnya, keadaan agak chaos malam tadi. Air yang diorder tak kunjung tiba. Bila ditanya, kononnya diorang buat ikut turn (ye ke?). Yang peliknya, bila air orang lain sampai, aku punya laici special tetap tak nampak bayang. Betul2 punya special ni. Huhu. Then masa bayar, boleh pulak order orang lain masuk sekali dalam list. Pejadahnye yang berlaku, aku pun kurang pasti. Mungkin diorang tak jangka orang akan seramai itu. So harap next time tak jadi camtu lagi sebab aku sebenarnya memang suka kuah stimbot diorang yang lain dari tempat lain tu. Jangan la kasi aku blacklist korang pulak okey!

Adik & Along

Pilih la apa nak makan.. Ikut tekak masing2..

Apapun, bukan kepuasan kami yang diutamakan sebenarnya. Tapi kedua ibu bapa. Harap2 Mummy & Abah berpuas hati la ok. Mentang2 la meja buffet sebelah je, memang tak hengat punya masing2 menjamu selera. Aiskrim je topup tah baper round. Bagus la macam tu kan. Makan buffet memang kena jadi naga pelahap sket. Kalau tak rugi la kite bayar mahal2 tu. Kena make sure apa yang dimakan berpadanan dengan apa yang dibayar. Siap adik & along amik kambing & ayam bakar sekali (baru tau yang ni pun masuk dalam buffet sekali, rugi dulu tak amik). Makan sampai kembung perut. Aku yang maintain mengunyah & menghirup sup sampai ke sudah. Orang lain dah surrender awal2. Haih, memang aku ni dah dilatih makan style naga. Apa nak dikata kan..

Kakak ipar & menantu mithali sungguh :P

Untuk Mummy & Abah, selamat hari bapa & selamat hari ibu. Mungkin yang kami berikan ni taklah setara mana. Tapi percaya la, kami anak2 ni takkan pernah lupa jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama kami hidup (ni represent Bie & adik badik die la). Dan kepada Mak & Ayah, sama jugak la ucapannya. Tapi mintak maaf sangat2 sebab tahun ni ima (ye, ini nama manje saye) tak dapat nak celebrate sama2 kat sana. Sila fahami yang anakmu ini sekarang dah ada 2 mak dan 2 ayah. Harap2 Mak paham la ye diatas ketiadaan saya di kala ini, sob sob T_T.. (*to Akak, bagila mak baca part ni ye). Dan kepada seluruh Ibu2 di luar sana, SELAMAT HARI IBU. Anda adalah sebaik2 ciptaan Allah. Tanpa kalian, tak mungkin lahirnya umat manusia dan generasi akan datang.

Nota kaki lapan: Teringin sangat nak bergelar IBU..

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

7 Mak Joyah Bertandang:

abahgirls said... Jawab Balik

izma...
apa kata perbanyakkan sedikit perenggan untuk mempermudahkan bacaan..

contoh..satu perenggan ade 3-4 ayat je..pastu buat perenggan baru..

itu cuma cadangan,
terima kasih

i.z.m.a said... Jawab Balik

haha, baiklah encik abahgirls.. cadangan itu akan dipertimbangkan!

rina said... Jawab Balik

eh fathers day dah lepas ke? bukan bulan 6 ke fathers day??
weih, mahal tak rega dia? bape inggit sekepala?

i.z.m.a said... Jawab Balik

eh, bulan 6 ke?? aku pun tak sure la, hahaha..

kalau ikut pada tekak aku, tak mahal la. RM28.80/pax. boleh melantak segala macam seafood yang ada. lala, kupang, sotong, ketam, udang, pepahat(bersih woo tak berpasir), ikan, macam2 bebola, taufu2, sayur2, satay, kambing bakar, ayam bakar, nasi goreng, mee goreng, ikan bakar, kerang rebus, rojak buah, aiskrim..

perghh, abis aku senarai tuh!!

k-mie said... Jawab Balik

tambahan: ada dadih. aiskrim jgn amik byk sgt, nanti berak 3 kali dlm 1 malam.

fendifid said... Jawab Balik

father's day dah lepas ke? uwaaaaaa...tak mungkin. Sebab tak kan takde surprise kot untuk tahun ni?? member kat semenyih tu...jangan buat buat tak faham dah le...cian kawan baik aku tu.

i.z.m.a said... Jawab Balik

eh, bukan dah lepas la.. rasanya misunderstanding ni.. hahaha, nampak sangat tak penah ingat bila father's day :P

Related Posts with Thumbnails