Thursday, May 20, 2010

Hebat, Padat, Sendat, Berlipat!

Ding dong..

Semalam untuk kali pertamanya lepas selama 5 bulan aku dah dok opis yang baru ni, aku melangkah keluar dari opis, hari dah gelap. Eh, silap². Melangkah keluar still terang sebab still dalam bangunan, banyak lampu, hehehe. Tapi masa turun ke car park, agak seram² sejuk jugak la. Sebab biasanya aku balik langit masih cerah. Jalan sorang² pun tak la cuak sangat. Dah la dari pintu opis nak ke tangga (ye, ai naik turun tangga je pegi car park) keadaan agak sunyi sebab opis lain semua dah takde orang. Rasa macam nak berjogging je dari opis ke tangga.

Untuk pengetahuan anda semua, opis aku ni agak terceruk letaknya di atas bukit (macam umah orang kaya atas bukit, kan selalu terceruk jauh dari orang lain). Belakang opis aku ni ada hutan kecik la. Kira horror la jugak di malam hari. Tambah pulak aku balik tu rite on time dengan sang setan² nak mula shift malam, elok² tengah azan Maghrib! Mesti tengah bertandak sakan setan² sekalian tu joget² depan aku. Nasib baik takde sekor pun yang berani menampakkan diri (bajet riak la ni :P). Hahahaha..

Semua ini terjadi ada sebabnya. Bukan sebab keje aku tak siap maka aku kena stay back, ataupun boss aku tiba² baik hati maka diumumkan pemberian OT pada staff yang balik lambat, mahupun kerana aku tiba² rajin nak siapkan semua keje yang ada termasuklah mengemas opis yang tunggang langgang. No, tidak dan nehhi! Aku balik lambat ni adalah kerana Air Asia punya promotion tu. Kerana itulah aku dah tersangkut kat opis sampai ke Maghrib.

Punya la bersemangat nak mendapatkan tiket kapaterobang murah punya pasal. Sanggup aku balik lambat tau (kalau masa ada Adamaya, tak rela kot, hehehe). Dari pagi aku dok tekan button refresh berulang kali. Sebab website Air Asia yang padat ibarat Jalan TAR di malam raya! Punya la susah nak kasi settle satu booking pun. Sudahnya dapat jugak la settlekan booking tu dengan menggunakan mobile web. Bie yang buatkan.


Murah tu beb!!

Masa tu baru pukul4 aku rasa. Kira bajet hati dah senang lalalalalalala la kan. Akak aku yang nampak status YM aku berubah, terus bertanya nak pegi mana. Akak aku pun sama² berusaha nak mendapatkan tiket jugak rupanya. Nak buat family trip ke Kuching. Tapi lagi parah sebab die memang tak dapat masuk langsung. Jadi aku yang baik hati ni pun sama² bersusah payah nak try book. Cari yang zero fare macam nak gile rasanya. Bila dah dapat, nak booking tobat tak hengat punya susah.

Abis la segala tarikh weekend kitorang try. Nak booking pun bukan sket² tau, 18 orang punya tiket (ye, kuarge aku hamatlah ramai umatnye). Dah selama berjam² mencuba, akhirnya kami give up sket. Berkesudahan dengan semuanya tak dapat. Jadi, lain kali jela gamaknya. Aku ingatkan dah settle la. Sekali sayangku YM, "ayang, kita punya tiket tadi January kan? Ermm, masa tu bukan open season la", jadi??

Kejadahnya plak open season bagai ni? Owh, by the way. Lupa nak bagitau tadi. Kami cadang nak pegi cuti² ke Pulau Perhentian. Dari tahun lepas plan nak pegi. Tapi asik la wrong timing. Bajet nak pegi bulan Oktober ni. Tapi bie cakap takleh sebab masa tu musim tengkujuh. Dan memang sorang member cakap takleh pegi time tu. So masa beli tiket tu ambik la bulan Januari, sempena birthday la konon² kan. Sekali berita ini pulak yang aku terima. Terus buka google tengok apakah open season Pulau Perhentian. Maka ini yang terlihat,

Due to the eastern monsoon, the season in the Perhentians (and all other east coast islands) is effectively limited to the period between the beginning of March until late October. Outside this period the seas can be very rough with currents that make swimming dangerous and most (though not all) accommodation options are closed. Do not believe the travel-agents when they claim the accommodations are open. Even if they will provide a room, restaurants and all shops (i.e. no place to get water, food, sunscreen etc.) are closed in off-season. If the restaurant is open, food choices will be very limited and over-priced.

When going during off-season be aware that there will be literally no one there but you and maybe a handful of locals.

Sumber dari sini

Damn!

Damn!

Damn!

Rasa macam nak hantuk kepala 3 kali kat bucu meja. Huhu, kenapa la tak teringat nak check sebelum booking makcik oiii!!! Hahaha, silap sendiri. Takleh nak salahkan sesapa. Yang lagi syok tiket yang promotion tu takleh transfer dan jual kat orang lain. Lagi best, kalau nak tukar tarikh ada fee sebanyak RM200!! Fee lagi mahal dari harga tiket, watdehel! Baik aku beli baru.

Maka, bermula la episod tekan button refresh dan menunggu lagi. Padan muka aku.


Tengok, aku tak tipu tau. Memang sampai ke Maghrib aku menunggu baru settle..

Apa nak buat dengan tiket bulan Januari ke Kota Bharu tu?? 4 hari kat sana, apa yang aku boleh buat ek?? Aku betul² takde idea dah. Silap² haribulan, aku anggap burn je nanti agaknya. Unless ada orang boleh bagi idea apa yang best aku boleh buat kat sana selama 4 hari 3 malam. Sila la tolong aku dengan permasalahan aku ini. Sekian..

Nota kaki lapan: Lain kali jangan gelojoh sangat. Sifat gelojoh membawa padah, ni la salah satu contohnya..

Till my next post..

Bye bye bye..



-END-

7 Mak Joyah Bertandang:

zella y said... Jawab Balik

aah kn...klu air asia ni...
nk dpt harga yg cun..kena refresh sbb skali refresh murah...skali refresh mahal hehehhe

rina said... Jawab Balik

hmm even kalau ko pegi gak pon bulan 1 ke kelantan..takut banjir je kang kat sana..

k-mie said... Jawab Balik

aku dah bercadang nak ajak namo jadik tourist guide tak berbayar ni hahaha..

ch@ said... Jawab Balik

ala...kang dah sampai sana, ada la menda yg ko nk buat. paling best... opkos la shooooppping. wahaha!

i.z.m.a said... Jawab Balik

zella: ramai sangat umat yang masuk, maunya tak kejang kejong jadinya!

rina: kalau cuaca cantek, insya allah aku pegi jugak.. dapat naik flight pegi jadi la sebab yang balik tu 0 fare :P

abahsayang: takpe, kalau namo sudi kite upah la die makan nasi kerabu sampai kenyang

cha: tak reti la shoping weh, aku ni kan kedekut :P

fendifid said... Jawab Balik

Kalau time tu Banjir...nko pakai la vest...pastu ambik photo banyak banyak tepek kat blog ni...boleh jadi wartawan takde gaji...melaporkan perihal banjir.

i.z.m.a said... Jawab Balik

daddyFen - itu adalah idea yang bernas.. boleh buat part time ngan BERNAMA kan.. kah kah kah

Related Posts with Thumbnails