"Guys, i have no brain.. But i got a plan.." Antara babak2 dalam Monster VS Alien yang aku suka. Pegi menonton midnite dengan Bie kat Cineplex, Cineleisure Damansara semalam (yerp, marriage bukan penghalang kami nak ber-midnite2, hehe). Nasib baik aku dah suruh Bie booking awal2. Sesampainya kami kat kaunter, deretan manusia berbaris panjang nak beli tiket. Kami mulanya agak risau jugak sebab kalau ikutkan kami dah dikira lambat. Movie pukul 9:50, tapi kami sampai ke depan kaunter tu dah pukul 8:45 9:45 (sepatutnya kami mesti tiba 16minit sebelum movie untuk ambik tiket). Jadi untuk jalan selamat, aku beratur kat line biasa sementara Bie tunggu giliran nak dapatkan reserved tiket tu. Kot la tak dapat nak ambik yang reserved, at least aku dah memang sedia beratur. Nasib kami baik, tiket reserved tu masih boleh diambil.
Peace No War!!
A-go-go di malam hari
Senyum sumbing
Jadi tanpa melengahkan masa, kami terus ke tingkat atas. Yang menariknya kali ni, movie yang kami nak tonton tu dalam bentuk animasi 3D. So, di pintu masuk movie house, kami diberikan (sewa aje ye) cermin mata khas untuk tontonan 3D. Rasa kelakar jugak nak pakai menatang tu. Tapi peduli apa, bukan nak pakai bawak berjalan tengah KLCC kan. Dalam panggung gelap2 tu takde siapa pun yang nampak, hehe. Nak tau apa feeling-nya menonton tayangan 3D, sila alami sendiri ye. Yang pasti memang 1 pengalaman yang lain dari biasa. Rasa macam semua watak animasi tu berada depan mata (macam boleh dicapai). Dan yang pasti, walaupun tiketnya agak mahal, it's really worth it. Just bagi aku, tak boleh nak tengok selalu. Kepala aku agak berpinar jugak la lepas keluar dari movie house tu. Lagipun keadaan aku bermata 4 membuatkan keadaan jadi kurang selesa.
Lepas selesai movie, sempat pusing kejap kat area Cineleisure tu. Niat hati nak main bowling. Tapi malangnya penuh pulak. Lagipun harganya agak mahal pada aku. Bukan ke patutnya malam boleh dapat rate yang rendah sket. Kot la kan, aku pun tak sure. So kami teruskan aktiviti snap gambar di sana sini sambil berpeleseran di kawasan sekitar tu. Tapi untuk beberapa minit jelah. Aku agak rimas dengan gelagat muda-mudi kota yang so called-nya nak mengikuti peredaran zaman. Tapi pada aku, yang ada depan mata aku hanya lah beberapa manusia yang nampaknya masih tercari2 arah hidup. Well, manusia2 yang satu hari nanti will back to nature. Menjadi orang tua yang hanya duduk di kaki2 lima rumah kampung menanti kepulangan cucu2 dari bandar. Hurmm, hidup ini kan bagaikan roda. Dek kerana bosan, kami terus balik. Hari pun sebenarnya dah agak lewat. Malas nak lama2 sangat kat kawasan tu. Terasa semacam pulak.
Sampai je rumah, sambung layan DVD pulak. Ocean Eleven menjadi pilihan. Tapi aku rasa cerita tu hanya sempat berjalan separuh je sebab mata aku masa tu pon dah mula layu. Kejut Bie tersayang kat sebelah yang dah tertidur, "Bie, tolong tutupkan. Dah ngantuk, malas nak tengok." Dan aku terus hilang....
Dan malam ni aku dah pun selamat sampai kat rumah abah&mak. Turn untuk melayan family Bie pulak. Ini la rutin hidup lepas kawen. Kena la gilir2 balik Semenyih & Batu Caves. Penting hati kedua2 (atau mungkin boleh sebut, keempat2) dijaga dengan baik dan penuh adil. Cewah, macam ayat filem la plak! Minggu depan kami bercuti panjang. Nak berjalan, cuti2 Malaysia. Bestnya!!
P/S - Picturewill be update dah next time. Tertinggal thumbdrive kat umah, huhu..
Till my next post, roger n out!!
-END-

P/S - Picture
Till my next post, roger n out!!
-END-