Saturday, February 28, 2009

2 Minggu Je Lagi...???

Wah, gerunnya... Tinggal 2 minggu je lagi sebelum aku bertukar status kepada isteri orang. Hepi? Sudah semestinya la, bertahun menyulam cinta. Masakan la aku tak hepi. Tapi untuk masa sekarang, masih banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan. So, no time to rilex. Esok pagi² aku akan bergerak ke Melaka dengan Bie. Nak mengedarkan kad² jemputan untuk kawan² yang berkenaan. Kami hanya menggunakan bas sebagai tunggangan kali ini. Malas nak drive jauh². Teringin jugak nak rasa duduk je kat seat dan tido. Bukak mata je, dah pun sampai. Jadi untuk memudahkan kami bergerak ke sana sini di Melaka nanti, aku menggunakan khidmat pemandu tak berbayar. Hahaha, nasib baik la ada yang sudi nak membantu. Kalau tak naik beca jela gamaknya. Huhuhu..

Ini sajelah gamaknya update untuk kali ini. Sebab mata aku dah berat sangat ni. Tak larat dah nak ngadap monitor ni lama². Insya-allah, dikelapangan yang lain, aku cuba mengupdate lebih panjang lebar.Atau mungkin update yang akan datang selepas selesai majlis kot. Wallahualam.. Doa² kan la semua selamat untuk aku ye..

-END_ 

Friday, February 13, 2009

30 hari lagi...

Tajuk entry kali ni agak menggerunkan aku sebenarnya. Memikirkan tarikh keramat itu yang semakin hampir, buatkan lutut aku ketar, otak aku berserabut. Huhuhu, takutnya nak kawen!! Kenapa aku takut? Well, membayangkan hidup lepas berumah tangga. Mesti lagi banyak dugaannya berbanding masa bercinta. Masa tu hati akan jadi lebih sensitif, kot..? Tanggungjawabnya pun lebih besar. Lebih banyak hati yang perlu aku jaga. Boleh ke aku seimbangkan semuanya?? Huhuhu, mudah²an. 

Setakat hari ini, alhamdulillah.. Segala persiapan berjalan lancar. Boleh aku katakan tinggal 20% atau 30% je bahagian yang masih tergantung dalam persiapan. Dan lebih separuh daripadanya adalah urusan mak dan ayah. Hal² yang melibatkan kami berdua, rasanya hampir semua dah selesai. Cuma sekarang ni menantikan masanya je tiba. Berdebar² hati ni memang tak terkata. Kalendar meja kat ofis ni memang siap bertanda hari². Supaya aku tak terleka dengan kehidupan seharian. Aku kena sentiasa ingat, ada sesuatu yang penting akan berlaku. Tak lama dah, aku cuma ada masa 30 hari je lagi!! Moga² di pihak bie pun dah bersedia menerima aku seadanya. Apa yang aku tau, aku memang tak sesempurna mana. Banyak kelemahan di sana sini. Tapi insya-Allah, mana yang kurang akan aku tambahkan, mana yang buruk akan aku percantikkan, mana yang lemah akan aku kuatkan (yang ni bukan double meaning okey!!), mana yang bengong akan cuba aku pandaikan. Impian aku cuma satu, menjadi isteri yang dalam masa sama boleh menjadi kawan, sahabat, kekasih dan seterusnya isteri yang terbaik untuknya. Harap bie pun macam tu jugak okey... 

Love you bie...



-END-

Friday, February 06, 2009

Mentega atau Marjerin????

Aku menghilangkan kebosanan di opis hari ni dengan melayari forum dan membaca hampir apa saja cerita yang ada. Agak tertarik dan teruja dengan satu artikel yang aku jumpa ni. Dan secara drastiknya aku terus rasa ingin melupakan selera ku terhadap satu daripada yang tertulis pada tajuk ini...

" Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. 


TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya. Anda tentu tertarik! 

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).


Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

~ tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
~ ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. 

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? "

Agak mengerikan jugak bila bayangkan baper banyak plastik dah masuk perut aku ni... 

-END-
Related Posts with Thumbnails