Monday, August 06, 2012

Kejapnya

Ding dong..  

Wow, how time flies. Kejap je dah 17 hari rupanya kita puasa. Seriously, aku memang tak terasa masa berlalu secepat ini. Dulu sebelum jadi housewife, aku selalu bayangkan duduk rumah tu suatu keadaan yang membosankan lagi2 kalau dalam bulan puasa. But, namak gaya telahan aku meleset sama sekali. Mungkin benda ni depends pada keadaan masing2. Jadual harian, kerenah anak etc.

Tambahan pulak sebab bulan puasa kali ni aku dapat tido balik lepas sahur, which is sangat sorga la pada aku skang. Dulu2 lepas sahur dah takde can sangat nak golek2, takut terlajak nak pegi keje. Thanks to my beloved dotter sebab kasi can ibu tido sama2 ngan dia sampai kul 10 pagi. Kadang2 lajak ke kul 11. Hahaha. Seronok la ko kan mak temah! Dah memang sejak azali kuat tido pun betul tak.

Bangun2 terus siapkan anak dara aku nan sorang ni. Mandi, menyusu bagai. Then letak dia depan tv, aku teruskan keje2 harian. Basuh baju ke, kemas rumah ke, basuh cloth diapers dia. Paling2 takde benda nak buat pun, aku landing sama2 ngan si tecik ni depan tv, layan dia main. Ingat senang ke layan dia main, skang ni permintaan dia tinggi. Tak nak setakat agah2 je, siap nak suruh orang angkat2 dia bagai. Aku rasa lengan aku ni mesti naik muscle lepas ni, hari2 angkat 'dumble' 6kg. Siang sampai malam pulak tu!

Tengahari biasa dalam kul2 dia start la meragam nak mintak tido. Tapi tah ape perangai skang ni, asal nak tido je macam nak berperang. Aku bagi nenen dia nak main, aku kasi main dia nak nenen pulak. Macam tu la 2-3 round. Sampai dia betul2 letih, baru la dia tido. Kadang2 aku geram, aku biar dia main. Then bila dia merengek mintak nak tido, aku tak layan. Tutup mata konon2 macam tengah tido. Tapi biarkan pun tak lama la, dalam 5 minit 10 minit je. Lepas tu, sumbat nenen terus dia laju2 minum sambil tutup mata. Tau takut. Hehehe..

She's so gorgeous while sleeping right? Haha.

Petangnya dia bangun kadang2 aku dah siap masak untuk berbuka. Kadang2 dia terbangun awal, kena la masak sambil layan dia depan tv. Sib baik la umah aku ni jarak dapur ngan ruang tamu tu sejengkal je. Sambil2 potong bawang pun aku boleh agah2 dia. Kalau tak naya ler aku. Kena berkendong la gamaknya kalau dia mintak aku layan dia masa aku nak masak. Hish, tak berani aku.

Sebelah malam, standard kul 9 dia dah start buat perangai nak tido dia. Merengek2 mengada. Tapi biasa lepas berbuka tu, aku kasi can kat bie layan anak dia. Kalau tak masa bila lagi bie nak main ngan Hanan ni kan. Sampai la Hanan dah betul2 ngantuk, baru la aku take over bawak masuk bilik tidokan dia.

Tapi camne pun aku rasa syukur sangat. Hanan seolah2 macam paham ibu dia tengah berpuasa. Sekarang ni siang dia memang tak bergayut nak menyusu macam dulu (sejam sekali mintak nenen). Skang ni boleh kata belah siang dia lagi banyak main dari menyusu. Kadang2 aku risau jugak sebab memang susah nak bagi dia menyusu, sampai kadang2 aku paksa dia sampai dia jerit2 taknak. Tapi bila malam, dia balas dendam nenen puas2. Mungkin Allah mendengar doa aku kot. Mintak dipermudahkan jalan aku nak berpuasa tahun ni. Ini la bantuan Allah untuk aku barangkali kan. Syukur!

Nota kaki lapan: Harap dapat puasa penuh tahun ni.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..
 
 

 -END-

2 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

camtula jadual bila sudah beranak pinak. hew-hew-hew.

i.z.m.a said... Jawab Balik

ni baru beranak, belum pinak lagi. kalau dah pinak kang, lagi bertambah la kot. huhuhu..

Related Posts with Thumbnails