Thursday, May 10, 2012

Runsing

Ding dong..

Lagi seminggu je tinggal sebelum aku nak start keje 21hb nanti. Tapi makin dekat dengan hari tu, nampak macam Hanan makin banyak meragam di siang hari. Tak tau la kenapa. Dulu dia boleh je tido lama2, berulang2 sampai ke petang. Asalkan perut dia cukup susu, diapers dia cukup kering, mata dia takkan susah nak pejam.

Nak menyusu pun sebelum ni dia tak susah, baik bagi nenen maupun botol. Dia sebat je sampai kenyang. Lagi2 masa awal2 pantang hari tu masa susu badan belum baper nak ada. Topup susu formula untuk bagi dia kenyang. Balik rumah sini pulak, abah dia selalu jugak susukan dia sebelah malam bila aku dah tak larat nak bangun.

Tapi, sejak 2-3 minggu sudah, dia mula tolak susu botol. Mula2 aku ingat dia tak suka puting botol Pureen tu. Jadi, aku korbankan la set botol Avent yang kononnya nak simpan guna bila dia dah besar sket nanti. Mula2 nampak ok, memang nampak dia isap je tanpa masalah. Tapi tiba2 dia totally reject. Last aku ingat yang dia nak minum betul dari botol Avent tu, masa pegi check up kat KKIA, 23hb May. Balik dari check up tu pun still susukan dia dengan botol tu.

Lepas dari tu, aku tak keep track sangat masa bila yang dia betul2 mula reject. Yang aku betul2 perasan, masa hari Ahad 2 minggu lepas kalau tak silap. Masa kat rumal MIL, dia langsung taknak isap susu dari botol. Dok terpekik2 menjerit menangis.

Lagi tambah tension, bila balik kampung bie baru2 ni, semua orang macam kondem aku sebab Hanan tak nak minum susu dari botol. Macam aku tak penah ajar selama ni. Walhal, aku dah bagi dari awal. Aku tengok memang ok, so aku tak expect tiba2 Hanan akan totally reject. Aku paham orang tua tu semua dok cakap2 camtu sebab concern takut anak aku ni nanti takmo kena tinggal. Takpela, insya Allah selagi ada daya, aku akan usaha semua jalan yang ada. Biar la abis duit sekali pun.

Aku dah puas google sana sini, baca sana sini apa nak buat. Orang suggest tukar puting itu ini. Setakat ni aku dah cuba guna botol Tommee Tippee, tapi tak sempat masuk mulut Hanan dah terlalak2. Betul2 punya taknak dia isap. Then aku mintak bie belikan botol MAM 2 hari lepas. Mula ok, tapi lepas tu dia start tolak jugak. But at least yang ni dia isap jugak sket2.

Semalam bie belikan Mimijumi pulak, bapak segala kemahalan yang melampau harganya. RM82! Tapi beli jela cuba untuk anak yang sorang ni. Tapi..... dia tak nak jugak la!!! Aku adalah sangat tension. Jadi hari ni aku mintak bie belikan puting old skool, Doctor Baby. Puting zaman aku kanak2 dulu.

Belum dapat try sebab Hanan tengah membongkang sambil tonggek montot dia. Punya la lena sebab hari ni aku tak 'dera' dia dengan botol susu. Dari hari Isnin aku strict sangat sebelah siang takmo bagi direct feeding. Terus tekanan perasaan anak aku tu. Kesian dia. 2 hari dah dia takmo tido siang. Kalau tido pun dia nak berpeluk sentiasa. Hari ni baru la nampak ok sket. Maafkan ibu ye nak..

Nota kaki lapan: Sabar itu adalah kunci segalanya. Jadi aku kena la banyakkan bersabar dengan dugaan Allah yang satu ni. Positifkan diri!

Till my next post.. Bye bye bye..




 -END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails