Sunday, May 20, 2012

Hanan Zulaikha is 2 months

Ding dong..  

Sekejap je rasanya masa berlalu. Hari ni genap umur Hanan Zulaikha 2 bulan. Masih terlalu muda, masih terlalu mentah. Tak faham apa2 pun lagi dengan kehidupan yang sedang dia lalui. Aku cuma mau dia tau, walau apapun dugaan & rintangan, dengan izin dari Allah, aku akan cuba besarkan dia sebaik mungkin. Semoga dia terus membesar dengan sihat dan happy selalu.

Pada Allah aku hari2 panjatkan doa dan kesyukuran. Ini ialah hadiah dari Allah yang aku nantikan selama 3 tahun. Biar walau nyawa aku jadi galang gantinya, aku sanggup. Asalkan dia terus bahagia dalam jagaan kami, ibu & abah yang sentiasa menyayanginya.

Happy 2 month young my dear..


Nota kaki lapan: Kaulah racun, kaulah juga penawarnya..
 
Till my next post.. Bye bye bye..





-END-

Friday, May 18, 2012

First day Hanan Zulaikha pisah dengan ibu.. :,(

Ding dong..  

Pagi ni kali pertama hantar Hanan Zulaikha ke rumah pengasuh dia. Pagi2 lagi dah bersiap kemas barang2 dia masuk beg. Dia masih tido nyenyak, tak tau nak kena tinggal nanti. Elok je siap semua, dia pun bangun. Macam tau2 je dia, takyah nak kejut2 pun dia pandai bangun sendiri. Abah dia tukarkan pempes, aku bersihkan muka dia sket.

Then masa dah nak keluar rumah, dia nangis nak susu pulak. Duduk balik susukan dia sampai dia kenyang. Sepanjang jalan masa nak hantar dia, mata dia terbuntang. Mungkin pelik kot kenapa pagi2 lagi ibu dah bawak dia keluar. Selalunya kalau nak keluar jalan2 pun, mesti mandi dulu. Ni tak mandi pun. Dalam hati aku ni, tuhan je tau. Berat sungguh!

Sampai je kat rumah pengasuh dia, Ummi Tiha, which is memang kawan aku sendiri masa zaman belajar dulu, aku terus masuk rumah. Bie ikut sekali sampai dalam rumah, letak beg dia then terus jalan. Dia ada meeting pagi tadi, takleh la nak berlama2 sangat. Aku stay situ kejap sebab aku belum start keje lagi. Sempat la borak2 dulu dengan Tiha. 

Hanan nampak macam ok. Biasa la, mata melilau sana sini sebab dia rasa rumah lain agaknya. Sementara aku ada kat situ lagi, still bagi dia direct breastfeed. Ikut hati ni, macam taknak berpisah, huhuhu. Tapi mana boleh, macam mana pun kena la tinggalkan jugak. Elok lepas kenyang menyusu, Hanan terus tido lena. Sementara dia tido tu sempat la aku borak2 lagi. Elok2 aku dah siap tolak cawan, nak bangun beransur balik, Hanan bukak mata. Macam tau2 ibu dia nak balik, nak tinggalkan dia kat situ.

Mula dia macam meragam nak nangis, tapi lepas Ummi dia pujuk2, dia ok. Aku memang tak nak ambik dia, nak bagi signal kat dia yang aku tak boleh nak peluk2 dia macam biasa. Hati ni, tuhan saja yang tau. Aku risaukan dia bila memikirkan keadaan dia taknak menyusu dari botol tu. Walaupun aku yakin, Tiha mesti ada segala macam cara nak dipraktikkan. Aku dah bekalkan sekali syringe kalau2 Hanan tak mau langsung dengan botol dia. 

Sebelum melangkah keluar dari pagar, aku sempat toleh belakang pandang Hanan. Bila Hanan pandang aku buat muka kesian dengan mata kucing dia tu, alahai. Luluh! Tapi akhirnya aku tinggalkan jugak. Aku hanya kiss dahi dia sekali, sambil dalam hati aku titipkan doa untuk dia pada Allah. "Pelihara lah anak kecilku ini Ya Allah. Hanya padaMu aku bermohon dan berserah. Moga dia tenang dan sejahtera di sini tanpa aku di sisinya". Sekarang baru aku paham, kenapa orang selalu cakap hati ibu ni sebenarnya rapuh sangat. Lebih2 lagi kalau melibatkan anak sekecil ini.

Buat anak ibu, ibu sayang sangat kat Hanan, Hanan kena paham tu. Bukan ibu tinggalkan sebab tak sayang Hanan. Harap Hanan paham ye sayang. Ibu kena pegi keje nanti, Hanan tetap kena tinggal jugak nanti. Ibu doa moga anak ibu baik2 je bila tinggal dengan Ummi Tiha tu ek. Nanti petang sikit ibu datang ambik Hanan. Kita tunggu abah balik sama2 macam biasa.

Nota kaki lapan: Baru 2 jam berpisah dengan Hanan, ibu dah rasa rindu macam nak pecah dada.. :( 

Till my next post.. Bye bye bye..

 

-END-

Thursday, May 10, 2012

Runsing

Ding dong..

Lagi seminggu je tinggal sebelum aku nak start keje 21hb nanti. Tapi makin dekat dengan hari tu, nampak macam Hanan makin banyak meragam di siang hari. Tak tau la kenapa. Dulu dia boleh je tido lama2, berulang2 sampai ke petang. Asalkan perut dia cukup susu, diapers dia cukup kering, mata dia takkan susah nak pejam.

Nak menyusu pun sebelum ni dia tak susah, baik bagi nenen maupun botol. Dia sebat je sampai kenyang. Lagi2 masa awal2 pantang hari tu masa susu badan belum baper nak ada. Topup susu formula untuk bagi dia kenyang. Balik rumah sini pulak, abah dia selalu jugak susukan dia sebelah malam bila aku dah tak larat nak bangun.

Tapi, sejak 2-3 minggu sudah, dia mula tolak susu botol. Mula2 aku ingat dia tak suka puting botol Pureen tu. Jadi, aku korbankan la set botol Avent yang kononnya nak simpan guna bila dia dah besar sket nanti. Mula2 nampak ok, memang nampak dia isap je tanpa masalah. Tapi tiba2 dia totally reject. Last aku ingat yang dia nak minum betul dari botol Avent tu, masa pegi check up kat KKIA, 23hb May. Balik dari check up tu pun still susukan dia dengan botol tu.

Lepas dari tu, aku tak keep track sangat masa bila yang dia betul2 mula reject. Yang aku betul2 perasan, masa hari Ahad 2 minggu lepas kalau tak silap. Masa kat rumal MIL, dia langsung taknak isap susu dari botol. Dok terpekik2 menjerit menangis.

Lagi tambah tension, bila balik kampung bie baru2 ni, semua orang macam kondem aku sebab Hanan tak nak minum susu dari botol. Macam aku tak penah ajar selama ni. Walhal, aku dah bagi dari awal. Aku tengok memang ok, so aku tak expect tiba2 Hanan akan totally reject. Aku paham orang tua tu semua dok cakap2 camtu sebab concern takut anak aku ni nanti takmo kena tinggal. Takpela, insya Allah selagi ada daya, aku akan usaha semua jalan yang ada. Biar la abis duit sekali pun.

Aku dah puas google sana sini, baca sana sini apa nak buat. Orang suggest tukar puting itu ini. Setakat ni aku dah cuba guna botol Tommee Tippee, tapi tak sempat masuk mulut Hanan dah terlalak2. Betul2 punya taknak dia isap. Then aku mintak bie belikan botol MAM 2 hari lepas. Mula ok, tapi lepas tu dia start tolak jugak. But at least yang ni dia isap jugak sket2.

Semalam bie belikan Mimijumi pulak, bapak segala kemahalan yang melampau harganya. RM82! Tapi beli jela cuba untuk anak yang sorang ni. Tapi..... dia tak nak jugak la!!! Aku adalah sangat tension. Jadi hari ni aku mintak bie belikan puting old skool, Doctor Baby. Puting zaman aku kanak2 dulu.

Belum dapat try sebab Hanan tengah membongkang sambil tonggek montot dia. Punya la lena sebab hari ni aku tak 'dera' dia dengan botol susu. Dari hari Isnin aku strict sangat sebelah siang takmo bagi direct feeding. Terus tekanan perasaan anak aku tu. Kesian dia. 2 hari dah dia takmo tido siang. Kalau tido pun dia nak berpeluk sentiasa. Hari ni baru la nampak ok sket. Maafkan ibu ye nak..

Nota kaki lapan: Sabar itu adalah kunci segalanya. Jadi aku kena la banyakkan bersabar dengan dugaan Allah yang satu ni. Positifkan diri!

Till my next post.. Bye bye bye..




 -END-
Related Posts with Thumbnails