Ding dong..
Ini kisah 2 hari lepas. Hari ni baru terhegeh2 nak update sebab kemalasan ditambah dengan keadaan kat opis yang 'agak' busy sket. Tak busy pun kena buat2 macam busy sebab dah 2 hari berturut2 asik hilangkan diri dari opis. Bukan saja2 aku nak hilangkan diri, tapi terpaksa. Kadang2 bila berurusan dengan agensi kerajaan ni, masa bukan kita yang tentukan. Jadi terpaksa la turut je keadaan.
Tadaa! Ini la penyebabnya tu. Hari Isnin aku cabut dari opis masa
lunch hour. Cakap dengan opismet nak pegi
register dengan klinik gomen. Mungkin balik opis lambat atau tak balik langsung. Tapi sudahnya memang aku tak balik opis pun. Walaupun sebenarnya ada lagi sejam setengah sebelum habis ofis
hour. Haahaha..
Buku pink yang jambu gitew..!!
Aku
register kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak
(KKIA) Taman Koperasi Polis 2. Tempatnya tak jauh pun, dalam kawasan rumah MIL je. Betul2 sebelah dewan tempat kenduri kawen aku dulu. Kebetulan jugak kawasan rumah kami termasuk dalam kawasan khidmat klinik ni.
So, memang takde
problem untuk
register. Mula2 tu risau jugak takut kena tolak pegi Sentul ke, Selayang ke apa. Sebab MIL cakap diorang layan kes2 dari kawasan perumahan tu je. Nasib baik la bukan macam tu. Kalau tak memang malas la nak pegi jauh2 ke tempat lain pulak.
Sebelum datang, memang aku dah buat
research sendiri. Bie pun sama2 buat
research jugak. Cari apa prosedur, apa nak bawak, apa nak buat & seeloknya datang sebelah pagi ke petang. Kebetulan jugak ada jiran yang jadi
nurse kat KKIA TKP2 tu. Lagi la senang nak tanya2. Siap dia dah bagi hari apa yang sesuai datang, hari apa yang kena elak. Lagi la senang macam tu kan. Jadi, kebetulan bie ada
meeting pagi Isnin tu, kitorang
decide nak pegi sebelah petang je. Orang kata pun sebelah petang ni tak ramai orang sangat.
Jadi, ini la benda yang kena bawak kali pertama nak
register..
- IC sendiri & suami (fotostat pun takpe)
- Sijil nikah
- Bil api / air (untuk pengsahan tempat tinggal)
Bawak benda2 tu pegi ke kaunter, cakap je
register kes baru. Lepas tu bermula la episod tunggu giliran sana dan sini. Panggilan pertama, dapat nombor. Lepas tu kena panggil, untuk
interview session. Selesai
interview, tunggu lagi panggilan seterurnya.
Test urine,
test HIV,
test itu,
test ini. Last sekali
check fizikal. Kaki, mata, tiroid,
breast. Lepas abis semua
test &
check itu ini, dengar
consultation pulak.
What to do, what to prevent segala. Dan semua tu tadi
done by nurse, tak merasa jumpa doktor pun. Sebab doktor pun cuma ada
certain2 hari je. Tak kisah la, yang penting skang ni aku dah
register. Tu pun dah cukup.
Ingatkan segalanya berakhir la kat situ. Rupanya kena datang balik keesokkannya untuk ambik darah & minum air gula. Jadi, terpaksa la masuk opis lambat 'sikit'.
So, semalam 7:30 pagi aku dah terpacak depan pintu klinik tu. Sekali tengok dah ramai rupanya, cis. Ingat aku yang pertama. Tapi tak kisah la, harung je semuanya.
Bie mula2 nak tunggu sampai
settle. Tapi lepas sejam, baru no aku dipanggil. Dia dah risau2 pasal ada hal
urgent kena siapkan pagi tu kat opis, lepas tu dia nak pegi Matrade pulak submit tender. Lepas aku kena ambik darah, kena minum air gula pulak. Pergh! Sungguh la masa minum tu rasa cam nak pitam. Perit tekak ni bila air yang manis & suam2 tu lalu kat tekak. Memang sungguh bagai dikata selama ni rupanya. Tapi nasib baik la aku tak muntah balik lepas tu. Kalau tak naya kena minum lagi sekali. Lepas minum,
nurse cakap kena tunggu 2 jam & ambik darah sekali lagi. Aku tengok jam dah 8:45.
Keluar dari bilik tu, terus cakap kat bie.
"Saya tau anda suami mithali yang nak menemani isteri tengah check up, tapi rasanya anda pergilah ke pejabat sekarang. Kerana saya tak mahu kerana saya anda terlepas projek juta2 itu. Kot2 projek tu proceed nanti, ada jugak bahagian untuk modal decorate bilik baby". Hahahaha, ok tipu. Takde la ayat camtu pun. Tapi memang aku terpaksa merelakan bie pegi keje dulu. Pasal lama lagi nak menunggu.
Jadi sementara menunggu, aku terus carik
port terpencil untuk tido. Baek punyer. Tempat dah ekon sejuk2, kerusi dah empuk2 ada
span, tapi... nyamuk banyak!!! Rasanya lepas ni kalau datang pagi kat sini kena pakai
patch untuk halau nyamuk tu la. Aku ni dah la obses nyamuk. Pantang nampak mesti nak tepuk kasi penyek. Haizz..
Dan penantian berakhir pada pukul 10:30 pagi. Masuk bilik, ambik darah sekali lagi.
Just that this time sakitnya terasa pasal urat degil takmo timbul. Sampai akak
nurse sudah salah cucuk. Cucuk jarum, tapi bila tarik
injection tu, takde darah yang keluar. Rasa macam mau nangis. tsskk... :(
Macam mana pun, aku dah rasa lega sket sebab
step pertama dalam senarai-semak-makbuyong aku dah boleh
check and done. Selagi tak pegi buat menda alah ni, selagi tu la aku rasa tak lengkap & tak tenteram hati ni. Disebabkan ini
1st pregnancy aku, jadi kalau buat lambat2 nanti, takut ada apa2 benda yang penting aku terlepas pandang.
At least dah lepas buat
step yang satu ni, aku tau la tahap kesihatan aku skang berada di paras yang mana satu kan. Baik atau sebaliknya.
Disebabkan
check dengan klinik gomen ni adalah sangat
basic (kot la basic, aku pun tak pasti). Jadi insya allah 2 minggu lagi nak pegi klinik swasta yang pegi mula2 masa nak
confirmkan
pregnant hari tu. Mau
scan tengok apa dah jadi kat dalam. Rasa macam... er, ada ke takde ni?
So, nak
scan jugak la.
Nota kaki lapan: Saja buat entry ni nak bagi orang lain yang meng'google' pasal prosedur register tu tersesat ke sini. Sebab aku pun nak carik main google2 je..