Wednesday, April 29, 2009

Hari Ini ~_~

Hari ini aku kerja, tapi sebenarnya tak banyak kerja yang aku buat..
Hari ini aku happy, sebab dapat angpow dari sumbangan syarikat..
Hari ini aku dapat angpow, jadi aku belanja bie kat Screaming Bananas..
Hari ini aku tak buat kerja sangat, sebab aku hanya banyak 'setup' Restoran FB dari pagi..
Hari ini aku bengang, sebab card reader aku dah disahkan tak berguna..

Jadi esok..
Aku nak sudahkan semua kerja yang tertangguh..
Aku nak buang card reader yang menyakitkan hati ni..
Pastu aku nak rilek je sampai petang..

Sebenarnya ada entry lain yang nak aku bagi korang baca. Tapi tanpa dapat melekatkan sekeping dua gambarnya, rasa tak best sangat. Makanya terhasil lah entry yang membosankan ini. Kepada si polan yang merosakkan card reader aku, thank you so much!!

Esok malam balik Semenyih, yess!! Boleh jumpa Hafiy si budak debab!!

Till my next post, ofcoz with more pictures!!

-END-

Tuesday, April 28, 2009

Dari Semenyih ke Batu Caves..

Kiranya ini adalah update yang telah sekian lama aku peram. Kesibukkan tugas menghalang aku untuk meneruskan niat suci murni ku itu untuk melahirkan entry ini. Alhamdulillah, akhirnya datang juga semangat dan kelapangan untuk aku mencoretkan serba sedikit tentang majlis gilang gemilang pengakhiran zaman bujang trang tang tang aku dan suami tersayang a.k.a Mr. Bie pada minggu² lepas yang telah pun berlalu. Buat yang ternanti², mintak ampun banyak² ye. Disamping kesibukkan, aku jugak menunggu bingkisan gambar² dari tukang-petik-gambar yang telah aku upah, En. Azam. Dan sangat² bersyukur kerana hasil kerja-tekan nya sangat mengagumkan!!

   


Keluarga Perempuan

Keluarga Lelaki

Seperti yang telah aku update pada entry yang lepas, majlis akad nikah kami telah pun selamat dilangsungkan pada 15.03.09. Selang 2 minggu selepas itu, 28.03.09 tibalah hari gilang gemilang raja sehari kami. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.Tema ungu menjadi pilihanku. Kata orang ungu lambang cemburu, dan cemburu itu tandanya sayang, wallahualam.. Walau ada sedikit cacat dan cela di sana sini, but it's okey. Asalkan segala²nya selamat. Rombongan pihak pengantin lelaki tiba tepat seperti yang dijanjikan. Walau panas terik melanda, aku dan Bie tetap tersenyum penuh riang. Manakan tidak, inilah antara hari yang kami hitung saban tahun perkenalan kami. Syukur yang teramat sangat, hari itu tiba juga. Inilah antara kemuncak pada cerita cinta kami berdua. Diarak bagaikan raja, dilayan umpama putera dan puteri singgahsana. Hurmm, indah!! Namun panas yang terik itu tak sampai ke petang. Usai kami menjamah hidangan, hujan turun lebat selebatnya. Syukur semua ahli keluarga rombongan dah pun duduk di bawah khemah. Jadi takde la yang kebasahan dek hujan yang turun mencurah agak tiba².  Majlis berakhir sekitar jam 5 petang. Selesai sudah satu bahagian. Satu lagi menanti..

Minggu berikutnya, sampai pula acara kemuncak. Majlis bertandang pihak perempuan kepada pihak lelaki. Perjalanan dari Semenyih ke Batu Caves tidak la sejauh mana. Awal pagi aku siap didandan rapi oleh mak andam yang banyak membantu. Thanks a lot Kak Tina. Khidmatmu sangat mengagumkan!! Sekitar jam 12 tengahari kami berangkat dari Semenyih. Dengan diiringi adik beradik dan saudara mara. Bagai raja & permaisuri yang turun mencemar duli. Itulah rasanya lagaknya kami berdua. Manis berbaju songket tabur warna hijau. Sememangnya tema hijau ini pilihan mummy (ibu mertua). Hijau pula lambang keharmonian. Aku tak banyak kerenah, OK je!! Asalkan jangan warna-warni, dah la. Kami tiba tepat jam 1 tengahari. Awal sejam dari waktu yang dijanjikan. Bagus juga, lagi cepat mula lagi cepat la habis.  Kami diiringi masuk ke dalam dewan oleh flower girls yang comel². Barisan adik² sepupu Bie yang sangat sporting!! Cantik semuanya berbaju hijau, dan di hadapan sekali Qyna, anak saudara sepupu (atau gelaran lainnya?? aku pun tak tau..) yang comel dengan gaun putih. Hati agak berdebar semasa melangkah. Manakan tidak, sudah pastinya semua mata tertumpu pada kedatangan kami berdua. Segala² harus sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Jalan, senyum, langkah, senyum. Pendek kata, senyum memang tak boleh lekang walau sesaat dari bibir. Yang agak melucukan, flower girls kami agak advanced enjinnya. Meninggalkan kami agak jauh kebelakang. Majlis pada hari itu juga berjalan dengan amat lancar. Thanks pada mummy dan abah atas segala sponsorship yang diberi, hehe.. 






Sekitar jam 3 petang, kami berangkat meniggalkan majlis yang masih berlangsung. Ada misi penting yang harus di selesaikan petang itu juga. Dengan keadaan masih berpakaian raja sehari, kami menjejakkan kaki ke Taman Tasik Perdana. Outdoor Photoshoot mengambil ruang waktu kami petang itu. Cuaca yang kurang baik pada minggu sebelumnya telah membawa kami ke sana pada hari itu. Tapi tak mengapa, baik juga bergambar di taman bak kata Abang Azam. Tapi sayang, baru sempat 3-4 tekan, hujan pulak turun. Kami berteduh dalam kereta sementara menunggu hujan reda. Alhamdulillah, hujan akhirnya reda selang 15 minit selepas itu. Reda dan matahari bersinar kembali, itu yang penting!! Habis segala pelosok taman kami redah. Sampaikan kakiku penat berjalan ke sana ke mari. Kasut pengantin yang ala² vogue tu pun sudah tak mampu aku pakai. Maka jadilah aku pengantin berkaki ayam yang berjalan ke sana ke mari. Hehe.. 

Pose ala mengada² manja kami berdua..

Sekitar jam 6, kami terpaksa menamatkan aktiviti kami yang terakhir itu. Bukan dek kehabisan idea, tapi kerana waktu bersia dalam taman² indah itu sudah pun tamat. "Takpe, penuh dah 1 album ni". Hehehe... Pulang ke rumah dengan kondisi badan yang amat² kepenatan. 

Maka tamatlah sudah. Selesai segala acara yang telah direncana sepanjang perancangan majlis perkahwinan kami. Kini adalah masa untuk merencana kehidupan seharian pula. Moga segala-galanya berjalan lancar, selancar yang kami inginkan. Aminn..

Kepada kawan² yang hadir, Zura + Shah + Piya, Syasya + Wandi + Future Baby, Sham, Semah, Fadli, Five, Apiz, Zainora, Kak Ngah + sekeluarga, Kak Yong + suami, Yah + suami + anak, Kak Wati + suami, Tieha + Abg Joe + anak, dan juga siapa saja yang hadir. Mungkin ada yang tak berkesempatan nak berjumpa. Kedatangan kalian semua amat² dihargai. Doa²kan lah semoga kebahagian, kemesraan dan kemanjaan kami berkekalan, okey!!


* Hampir berjaya menggunakan sepenuhnya BM yang betul dalam entry kali ini. Susah jugak sebenarnya kan..?? :P *

Till my next post, bye²..

-END-

Friday, April 24, 2009

Selamat Tinggal Sayang.....

Hening sungguh pagi ini, namun hening lagi dalam hati ku. Sungguh aku terasa amat kehilangan. Seperti hilang sesuatu yang amat dekat padaku. Sedih, pilu, duka dan sendu. Segalanya bercampur menjadi satu. Kenapa?? Kenapa perpisahan ini harus terjadi antara kita???

Sekian lama kau bersamaku. Aku kira, mungkin sudah hampir 20 tahun. Segala pahit, manis, suka duka, masam, masin.... Segalanya kita telan bersama. Kau sungguh bermakna buat diri ku selama ini. Segala jasa dan baktimu kepada ku takkan pernah sekalipun aku lupakan. Sesungguhnya, kehadiranmu dalam hidupku selama ini amat2 bererti buatku. Tanpa mu, sudah pasti banyak perasaan indah yang tidak dapat aku kecap. Tanpa mu, sudah pastinya kekurangan yang amat dalam aku rasakan. Tanpa mu, sudah semestinya aku tidak mampu lagi menikmati keenakkan dunia sepenuhnya.

Tapi apakan daya, walaupun setinggi mana kasihku padamu, walau sebesar mana pengorbananmu pada ku, tuhan itu lebih berkuasa. Akhirnya kau pergi juga meninggalkanku untuk selama-lamanya. Sungguh, aku terasa amat perit, amat pedih dan amat terluka ketika menghadapi saat pemergianmu itu.Bahkan hingga saat ini, luka itu masih bersisa dan berbekas pada diriku. Tanggal 23 April 2009, akan tetap terpahat utuh dalam sanubariku. Itu lah tarikh keramat di mana hayatmu akhirnya sampai ke penghujung. Sejujurnya, air mataku hampir mengalir menyaksikan kau dipisahkan dari ku, sekejam itu. Namun apa daya ku, tuhan lebih menyayangimu. Takdir sudah tersurat, kau bukan lagi milikku. Aku hanya mampu memandang dengan pandangan yang penuh syahdu dan sayu. Melihat kau kini yang hanya terbujur kaku di situ. Amat berat hati ku untuk meninggalkan mu di situ. Namun apa daya ku? Aku tak mampu mempertahankan mu untuk terus berada di sampingku. Akhirnya, dengan hati yang amat hampa dan pilu.. Aku melangkah pergi dari tempat kau terbujur kaku. Sepi dan terus sepi.

Aku terima segalanya sebagai suratan takdir Ilahi. Setiap yang bernyawa pastikan pergi. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Kau akhirnya ku lepaskan dengan penuh redha. Semoga jasadmu kan tenang di situ. Terima kasih untuk segala jasa dan baktimu untuk ku selama ini. Sesungguhnya, tiada apa yang dapat ku balas diatas segala jasa2 mu itu. Selepas ini, takkan ada lagi yang bisa mengisi kekosongan pada ruang yang kau telah tinggalkan itu. Sesungguhnya mengertilah, amat berat untuk aku mencari pengganti mu. Doa ku, semoga aku akan terus tabah melalui kehidupan ini tanpa mu di sisi. Amin....














Terima kasih yang teramat dalam buat gigi graham ku yang telah sekian lama berkhidmat untuk ku. Semoga kau kan tenang dan dicucuri rahmat-Nya. Aminnn.... Selamat tinggal gigiku sayang....

Thursday, April 02, 2009

Hibernating............

Dengan ini diumumkan bahawa aku akan berehat sebentar dari dunia blogging. Ada agenda² penting yang harus dilaksanakan terlebih dahulu. Till my next post, bye bye.... 

-END-
Related Posts with Thumbnails