Dah bulan Ogos wei. Buat yang sesat masuk ke dalam ni, anda semua apa khabar? Puas kita berkurung tahun ni dalam rumah tak keluar² kan. Aku coret sikit kat sini untuk kenangan di masa akan datang. Semoga selepas 20 tahun lagi kalau² aku terjumpa balik posting ni, aku tak lupa betapa seksanya hidup di zaman gelap covid19.
Doakan semoga aku kembali rajin blogging di zaman orang dah tak pandang blog² ni semua. Bila baca balik blog post lama², rasa macam eh, bestnya dulu² boleh celoteh sorang² tanpa risau kena kecam atau ada yang terasa hati tiba² lepas tu terus unfriend kau tanpa sebab. Lagipun bila umur dah menuju ke 4 series ni, kalau kurang menulis macam tepu lama². At least bila menulis dapat keluarkan isi² otak yang lama terpengap.
Lagi satu, rasanya sekarang ni bila nak cari petua ke, review tempat makan ke (yang ikhlas), nak cari review tempat jalan² ke, atau nak baca citer² santai macam susah. Kat FB, IG tu penuh iklan je kalau bab review² ni. Nak cari yang genuine tu susah (bukan takde langsung la, ada tapi susah). Kalau search kat google kang, keluar mesti posting zaman tok kaduk, zaman aku masih berdua. Sekarang aku ni anak pun dah tiga. Padan muka aku, aku pun antara penyumbang jugak kepada kurangnya posting² kat blog kan.
Aih, aku rasa macam nak tulis satu perenggan je tadi, dah panjang jugak melalut sudahnya. Nampak sangat jiwa menulis masih menebal lagi kan. Doakanlah semoga selalu datang ilham nak menulis ok. Busuk² pun mungkin boleh share resepi ke kan. Memandangkan sekarang ni pun bukan boleh pegi berjalan² waima nak makan luar pun tak boleh. OKlah, see u when i see u..
Ciao
Wasalam..
Izma A.W