Tuesday, August 28, 2012

Syawal 2012

Ding dong..

Salam syawal everyone Belum terlewat kot nak ucapkan salam ni walaupun banyak lemang, ketupat & rendang yang dah basi. Hehehe. Nak makan rendang pun tak larat dah rasanya, lagi rela makan nasi lauk telur goreng bubuh kicap je time2 lepas raya ni.

Tahun ni turn beraya kat belah aku pulak, Semenyih. Pagi akhir ramadan pun baru la terhegeh2 nak gerak balik kampung. Orang lain dah lepak2 landing kat kampung kan masa tu, eh, ke lepak2 dalam kete ngadap jem? Hahahaha. Tahun balik Semenyih, adalah heaven sebab takyah ngadap jem, jangan jeles uols. 

Specialnya raya tahun ni sebab dah bertiga la. Ofkos rasa lain sesangat. Dulu2 bangun pagi tu siapkan diri sendiri je. Biasanya lepas bie siap2 nak pegi solat hari raya, baru aku hegeh2 masuk bilik air. By the time dia sampai rumah, aku dah cantik wangi2. Standby nak salam mintak duit raya maaf di pagi raya.


Tapi tahun ni sudah tambah tugas. Pagi2 kena siapkan budak tecik tu dulu sebelum boleh buat benda2 lain. Tambah pulak bila balik Semenyih, biasanya aku memang dah ditugaskan buat kuah lodeh. Memang kuah lodeh aku terbaek kot, dapat sambutan seperti tahun2 sebelumnya. Tu yang sampai ada yang dah request awal2. Sudahnya, bila bie balik dari masjid aku tengah bersilat lagi kat dapur..

Lepak kat kampung sampai hari Rabu je. Sebab Rabu petang nak bawak Hanan Zulaikha check up & imunisasi dia untuk 5 bulan. Sepanjang kat kampung pun, masa raya pertama je pegi jalan raya. Hari2 berikutnya adalah hari melepak2 depan tv saja. Tambah pulak dengan keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Asyik hujan sebelah petang. Memang malas sangat la rasanya nak berjalan. Paling jauh aku pegi Tesco je petang syawal ke 2. Malam syawal ke 3 pegi santap KFC, bosan makan rendang.. :P

Aku memang kurang berjalan raya kalau balik Semenyih ni. 1 of the reason is jadual balik kampung yang clash dengan adik beradik yang lain (yang dah kawen). Turn aku kat sini, diorang pulak kat belah mertua memasing. Nak berjalan raya ni tak syok kalau pergi 2-3 orang je Harus serbu beramai2, baru meriah! Tambah pulak mak aku yang tak berapa sihat, tak sampai hati nak memaksa dia beraya kalau dia tak nak.

 Banyak dapat duit raya si tecik ni. Pinjam sket boleh?

Dah masuk syawal ke 8 baru la merasa berjalan raya sakan sket dengan kaum kerabat yang lain. Sebab semua dah ada kat sini. Beraya ke rumah family2 sedara mara belah ayah aku. Yang memang jarang sangat2 jumpanya. Siap ada yang aku tak kenal sangat pun. Bie tanya ni sape, tu sape. Aku jawab 'entah' je, hehehe. Nanti kalau Hanan dah besar, konfem jenuh aku nak explain satu2. Padahal kenalnya tidak.

Oklah, sudah malas nak menaip. Cuma satu je pesanan untuk semua yang membaca ni la. Aku rasa ayat ni mungkin akan buat seseorang rasa tersinggung. Tapi awal2 aku mintak maaf zahir batin la. Bukan nak perli ke apa, tapi nak ingatkan sesama insan. Bagi aku, definisi aidilfitri tu salah satunya nak merapatkan silaturahim antara saudara mara. Nak mendekatkan mana yang jauh, merapatkan mana yang renggang, memulihkan mana yang rosak dalam perhubungan kita sehari2.

Tapi, kalau dah masa hari raya ni balik kampung pun taknak, macam mana nak merapatkan silaturahim tu? Kalau nak balik sebulan sekali rasa susah, takkan balik raya pun payah? Yes, aku tau agak pedih kan bahasa aku ni, so sorry. Dah lama pendam la, tak boleh tahan sudah. Nak ingatkan je, takpe kalau kita taknak ambik berat pasal sedara mara, but hubungan ibu dengan anak, tolong la jaga. Jangan sampai terlerai, jangan sampai ada yang asik makan hati. Jangan nanti bila orang tu dah takde baru nak menangis di tepi jendela sambil mendengar takbir raya. Tak guno dah..

 Ini jelah sebahagian yang ada..
Moga ukhwah kami terus kukuh macam ni sampai bila2
 
P/S - Ingatan di atas adalah secara general. Tak melibatkan adik beradik aku lagi setakat ni. Mudah-mudahan sampai bila2 pun ukhwah kami sekeluarga berkekalan. Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi. Tak gitu? :)

Nota kaki lapan: Maaf segala salah silap & keterlanjuran bahasa selama ni andainya ada samada sedar maupun tidak.

Till my next post.. Bye bye bye..

   

-END-

Monday, August 06, 2012

Kejapnya

Ding dong..  

Wow, how time flies. Kejap je dah 17 hari rupanya kita puasa. Seriously, aku memang tak terasa masa berlalu secepat ini. Dulu sebelum jadi housewife, aku selalu bayangkan duduk rumah tu suatu keadaan yang membosankan lagi2 kalau dalam bulan puasa. But, namak gaya telahan aku meleset sama sekali. Mungkin benda ni depends pada keadaan masing2. Jadual harian, kerenah anak etc.

Tambahan pulak sebab bulan puasa kali ni aku dapat tido balik lepas sahur, which is sangat sorga la pada aku skang. Dulu2 lepas sahur dah takde can sangat nak golek2, takut terlajak nak pegi keje. Thanks to my beloved dotter sebab kasi can ibu tido sama2 ngan dia sampai kul 10 pagi. Kadang2 lajak ke kul 11. Hahaha. Seronok la ko kan mak temah! Dah memang sejak azali kuat tido pun betul tak.

Bangun2 terus siapkan anak dara aku nan sorang ni. Mandi, menyusu bagai. Then letak dia depan tv, aku teruskan keje2 harian. Basuh baju ke, kemas rumah ke, basuh cloth diapers dia. Paling2 takde benda nak buat pun, aku landing sama2 ngan si tecik ni depan tv, layan dia main. Ingat senang ke layan dia main, skang ni permintaan dia tinggi. Tak nak setakat agah2 je, siap nak suruh orang angkat2 dia bagai. Aku rasa lengan aku ni mesti naik muscle lepas ni, hari2 angkat 'dumble' 6kg. Siang sampai malam pulak tu!

Tengahari biasa dalam kul2 dia start la meragam nak mintak tido. Tapi tah ape perangai skang ni, asal nak tido je macam nak berperang. Aku bagi nenen dia nak main, aku kasi main dia nak nenen pulak. Macam tu la 2-3 round. Sampai dia betul2 letih, baru la dia tido. Kadang2 aku geram, aku biar dia main. Then bila dia merengek mintak nak tido, aku tak layan. Tutup mata konon2 macam tengah tido. Tapi biarkan pun tak lama la, dalam 5 minit 10 minit je. Lepas tu, sumbat nenen terus dia laju2 minum sambil tutup mata. Tau takut. Hehehe..

She's so gorgeous while sleeping right? Haha.

Petangnya dia bangun kadang2 aku dah siap masak untuk berbuka. Kadang2 dia terbangun awal, kena la masak sambil layan dia depan tv. Sib baik la umah aku ni jarak dapur ngan ruang tamu tu sejengkal je. Sambil2 potong bawang pun aku boleh agah2 dia. Kalau tak naya ler aku. Kena berkendong la gamaknya kalau dia mintak aku layan dia masa aku nak masak. Hish, tak berani aku.

Sebelah malam, standard kul 9 dia dah start buat perangai nak tido dia. Merengek2 mengada. Tapi biasa lepas berbuka tu, aku kasi can kat bie layan anak dia. Kalau tak masa bila lagi bie nak main ngan Hanan ni kan. Sampai la Hanan dah betul2 ngantuk, baru la aku take over bawak masuk bilik tidokan dia.

Tapi camne pun aku rasa syukur sangat. Hanan seolah2 macam paham ibu dia tengah berpuasa. Sekarang ni siang dia memang tak bergayut nak menyusu macam dulu (sejam sekali mintak nenen). Skang ni boleh kata belah siang dia lagi banyak main dari menyusu. Kadang2 aku risau jugak sebab memang susah nak bagi dia menyusu, sampai kadang2 aku paksa dia sampai dia jerit2 taknak. Tapi bila malam, dia balas dendam nenen puas2. Mungkin Allah mendengar doa aku kot. Mintak dipermudahkan jalan aku nak berpuasa tahun ni. Ini la bantuan Allah untuk aku barangkali kan. Syukur!

Nota kaki lapan: Harap dapat puasa penuh tahun ni.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..
 
 

 -END-
Related Posts with Thumbnails