Friday, August 07, 2009

Patah tumbuh hilang berganti..

Setelah hampir setahun si beliau itu menyemai bakti. Akhirnya sampai jugak hayatnya ke penghujung. Apakan daya, setiap yang baru, akan pasti menjadi yang lama. Dan yang lama itu sudah semestinya perlu diganti dengan yang baru pulak. Takkan selama² mesti berdamping dengan yang lama dan semakin buruk itu. Jadi, setelah sekian lama berfikir. Akhirnya kata putus dicapai, buang ajelah.. Beli yang baru.. Apakah?? Ohh, rupanya ini yang dimaksudkan..


Tadaaa... tenkiu hubby for all this..

Walaupun ia bukan la dari jenama yang mahal² seperti Bonia, LV ataupun Gucci. Namun ini cukup bagi menggantikan apa yang perlu diganti seperti yang lama ini, RUJUK SINI. Aku bukan la fashion freak atau penggila barangan berjenama. Asalkan sedap dipakai, sepadan dan selesa, that is more than enough! Kepada hubby tersayang, terima kasih banyak². Nanti boleh belanja lagi apa² yang patut eh. Rasa macam stok pakaian dalam almari tu pun dah semakin kurang yang sedap dan best nak dipakai. Jadi apakah maksudnya?? Hehehe.. I'll leave it to you to think about it ok my dear..

Note: Tu maksudnya nak shopping lagi la tu.. :-P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Ayam kampung - terbaik dari ladang!!

Lunch tadi aku di'kidnap' oleh sekumpulan mat dan minah kacau dan dibawa makan ke satu tempat yang aku sendiri tak penah tau sebelum ni untuk makan. Special menunya adalah, ayam kampung! Aku memang suka makan ayam kampung, tapi biasa yang aku makan masa raya puasa atau raya haji la. Samada rendang ataupun sup. Tapi paling aku suka kalau ayam kampung, mestilah sup. Yerp, aku memang sangat suke makan sup.


Di samping 2 orang budak nakal..


3 orang ini lah yang menjadi dalangnya..

Dan berbalik kepada kisahnya, tadi diorang yang bertanggungjawab meng'kidnap' aku ni bawak aku try makan kat Velodrom, Cheras. Huhuhu, sangat jauh tu dari opis aku ni. Tapi sebab hati pun teringin nak rasa, aku beranikan diri ikut jugak. Keluar dari opis sharp kul 12 (buat cam opis bapak aku je kan, padahal lunch hour start kul12:30), dan sampai sana lebih kurang pukul 12:45. Sampai je situ aku dah nampak dari jauh orang yang tengah ramai menghurung 1 kedai. Dan sangkaan aku tepat, itulah kedai yang kami nak tuju. Terus beratur dan bersiap sedia untuk menahan iman di dada. Deretan lauk pauk yang mengancam jiwa terlambak di depan mata. Huhuhu, mujurlah aku tau perut aku ni tak besar mana. Jadi makanan yang diambik cukup sekadar untuk mengisi ruang perut yang kosong dari pagi tadi.



Yang menjadi santapan aku tengah hari tadi:
• Nasi puteh
• Ayam kampung goreng kosong
• Udang galah
• Gulai tempoyak pucuk ubi
• Sambal tempoyak
• Limau ais

Semua diatas berjumlah RM14.oo kesemuanya. Mak aih, kalau pandang pada harganya memang terkejut perut. Tapi berbaloi la dengan apa yang dimakan. Mungkin akan menyinggah lagi lain kali. Tapi yang pasti bukan untuk masa yang terdekat ni. Takleh diamalkan makan banyak² selalu sangat, hehehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 06, 2009

Again dan sekali lagi..?!!

Malang sungguh nasib aku sejak kebelakangan ni. Dalam masa kurang dari sebulan, 2 kali aku eksiden!! Dan 2-2 kali tu jugak salahnya bukan berpunca dari aku. 10/07/09, Kenari ku itu menjadi mangsa kebodohan seorang pemandu Viva, rujuk post ini. Dan semalam, 05/08/09, Kelisa pulak menjadi mangsa keadaan seorang manusia rabun yang keretanya je yang besar, tapi mata kecik. STUPID!! Sangat sakit hatiku ini. Satu pun tak settle lagi, satu lagi datang. Nasib baik Kelisa tu masih boleh bergerak. Jadi sementara menanti Kenari dan police report Kelisa tu siap untuk dihantar ke bengkel, terpaksa la aku usung kelisa tu ke sana ke mari dengan wajahnya yang dah rebeh sebelah. Poor our Kelisa.



Semuanya terjadi pagi semalam masa aku & bie baru nak memulakan perjalanan ke opis. Dalam bangunan parking lot rumah kami!! Macam biasa, bie memang akan bergerak dengan kadar yang sangat perlahan dalam parking lot tu memandangkan keadaannya yang agak sempit dengan orang² bodoh yang suka sangat block jalan dan parking orang lain. Setibanya betul2 berhampiran jalan keluar dari parking lot tu, aku nampak sebiji Toyota Hilux dengan lajunya nak masuk ke dalam. Bie berhentikan kereta dengan tujuan nak bagi laluan pada die masuk dulu. Tapi betapa bodohnya die (driver Hilux tu), masa masuk ke dalam kawasan parking lot tu aku boleh nampak dengan jelas matanya sikit pun tak memandang ke depan. FAK YU!! Dan dalam sekelip mata, BOOMMED!! Singgah satu ciuman mesra dari Hilux itu kepada muncung Kelisa kami. Aku sangat pissed off!! Dan aku hanya biarkan bie turun seorang. Aku hanya memerhati dari jauh. Ada la sikit tegang urat dan tikam lidah. Selepas beberapa minit, driver Hilux tu hanya terus berlalu tanpa sikit pun maaf. Jangan kata maaf, turun dari kereta pun tidak. Kami malas pikir panjang, terus ke balai dan buat report.

Jadi kepada anda sekelian, sila berhati² kalau nampak kereta Toyota Hilux, warna hitam, WSF 1868. Pemandunya seorang *cayanunalif* memang sangat² kurang ajar!! Jangan sampai aku sendiri jumpa die dalam kawasan parking tu, memang something will happen. Tak banyak, sikit aku akan bagi. Dan, aku percaya dengan hukum karma. Hari ni die langgar aku, maybe next time turn die pulak dilanggar lori kontena ke. Who knows?!!

Till my next post... Bye bye bye..



-END-

Tuesday, August 04, 2009

Jalan ke Melaka mencari makan.. Day 2

DAY 1

Seperti yang telah dirancangkan pada malam menyantap ikan bakar. Hari kedua kami di Melaka dipenuhi pulak dengan aktiviti berjalan² dan bergambar di sekitar Bandar Hilir dan sekitar bangunan² bersejarahnya yang berwarna merah itu. Atas permintaan Namo yang teringin sangat nak mengabadikan kenangan dengan gambar²nya di situ. Jadi seawal pagi masing² dah pun bangun dan bersiap sedia untuk memulakan hari yang baru. Aku dan bie bangun lewat sket dari 3 orang ibu dan anak² dara itu. Sesedar je dari tido aku dah dapat dengar bunyi riuh kat dapur ruang rumah tumpangan kami tu. Mereka tu dah pun bersiap² nak bersarapan. Dengan roti yang sempat mereka singgah beli semalam on the way balik. Siap dengan nak bakar roti kononnya. Tapi malang, toaster yang ada tu tak dapat nak guna sebab suisnya menendang setiap kali ditekan. Jadi makan saje la roti itu tanpa dibakar.

Tanpa melengahkan masa, aku mintak bie bangun dan bersiap² nak keluar beli sarapan. Die dengan pantasnya bangun dan terus mandi. Aik, rajin pulak mandi pagi² di hari minggu kan. Selalunya liat nak suruh mandi, hehehehe. Tiba² hari tu rajin pulak die nak mandi awal. Kenapakah? Tidak la aku tau apa sebabnya. Siap die mandi, tunggu pulak giliran seorang lagi kaum bapa nak bersiap dan mandi, Azhar. Takyah pegi jauh sangat pun, ada banyak kedai makan yang dekat dengan kawasan apartment tu. Jadi takyah la susah sangat nak cari jauh². Setengah jam lepas tu, pulang lah 2 orang kaum bapa itu dengan sebungkus makanan di tangan. Roti canai mamak menjadi pilihan. FYI, roti canai kat Melaka memang di makan dengan kuah asam pedas. Jadi kepada sesiapa yang rasa tak boleh terima dengan gabungan itu (contohnya bie & Namo), maka silalah cari mana² mamak yang berhampiran untuk kuah kari dan dal. Jadi aku memang awal² dah pesan kat bie beli roti canai kat mamak, jangan pegi kedai lain. Nanti menyesal tak sudah. Dan hasilnya mereka pulang dengan roti canai dan kuah kari beserta dal seperti yang semua inginkan. And guess what, hanya RM4.00 RM3.20 untuk 8 keping roti. Itu maknanya hanya 50sen 40sen sekeping. Memang sangat mengagumkan. Kat KL mana jumpa dah roti canai dengan harga macam tu kan?!!



Selesai makan, berehat, lepak², tido (cas battery) dan merilekkan perut, kami pun mula la bersiap dan berkemas. Tepat jam 11, maka semua ahli rombongan telah pun bersedia nak meninggalkan markas pinjaman itu. Agenda hari itu harus dilaksanakan secepat yang mungkin. Sebab kalau lambat sangat, takut nanti kami bakal tersangkut dengan jem yang maha dasyat kat highway PLUS tu. Huhu, itu kan akan menyebabkan keseronokkan bercuti ini spoil. So, itu memang patut sangat dielakkan. Selesai urusan check-out dan berposing², kami teruskan perjalanan ke bandar. Habis segala ceruk bangunan merah (as per mentioned by Namo) kami terjah. Selagi battery kamera masih bernyawa, selagi tu la gambar akan disnap di sana sini. Kalau la ini zaman negatif² (atau lebih mesra dengan panggilan kodak), entah berapa roll nak kena guna agaknya kan? Macam² aksi, macam² pose. Masing² menggunakan kesempatan yang ada nak bergambar di sana sini. Ini kiranya memang peluang keemasan la. Sebab kalau jalan berdua, susah nak mintak tolong orang ambikkan gambar, tak gitu?!




Dan sebagai mengakhiri perjalanan kami. Jonker88 sekali lagi menjadi pilihan. Cendol yang masih terngiang² rasanya itu akan kami santap lagi, yummmiii..!! Kiranya ini sebagai pelengkap la kiranya. Sekali mana cukup kan! 2 kali barula afdal. Hahahaha. Sekali dengan lunch la kami kat situ memandangkan masanya pun dah time. Aku memang aim nyonya asam laksa kat situ since day 1st lagi. Menggoda sungguh aromanya. Bie pulak dengan nasi lemak ayam rendang. Dan percaya atau tidak, harga makanannya hanyalah dalam range RM3 - RM4 sahaje!! Huhuhu, berbaloi² kan? Bie pulak tergoda dengan air buah yang dibuat betul² kat tempat kami duduk makan tu. 3 biji limau dijadikan fresh orange yang sangat sedap hanya berharga RM2.50. Huhuhu, memang sangat berbaloi tu..





Selesai makan, kami teruskan perjalanan untuk pulang. Lengkap la sudah program jalan² makan² kami pada kali ini. Kepada ahli rombongan sekalian, harap korang berpuas hati dan enjoy sepanjang trip kite itu okey! Insya-Allah trip akan datang kite buat bagus lagi. Marilah kite google mana lagi tempat menarik yang kite boleh terjah bersama dalam program trip akan datang. See u around...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Jalan ke Melaka mencari makan.. Day 1

Kembara kali ini telah dirancang sejak beberapa minggu yang lalu. Melibatkan ahli mesyuarat tingkapnya iaitu aku dan Rina. Semua ini terjadi berkat hasil usaha aku dan bie mempengaruhi mereka² ini melalui entry aku yang lalu tentang ikan bakar Muara Sungai Duyung. Huhuhu, ternyata blog memang boleh memainkan peranan yang besar untuk mempengaruhi seseorang. Setelah perancangan rapi dibuat (rapi la jugak kalau dah siap susun agenda² aktiviti kat sana). Selalunya kan aktiviti akan diputuskan kemudian. Tapi kali ni kami ambik jalan yang proper (walaupun sebenarnya ini kali pertama kami trip bersama beramai²).



Tujuan utama kembara ini cuma satu, menyantap ikan bakar di Muara Sungai Duyung. Dan kemudiannya ditambah dengan agenda² tambahan yang lain. Alang dah ke Melaka, biar kite jelajah semuanya, tak gitu?!! Jadi pada Sabtu lepas, bermulalah perjalanan kami berenam ke negeri Melaka bersejarah. Aku dan bie gerak lebih awal dari Semenyih. Cadangnya nak gerak seawal pukul 9:30 pagi. Tapi harapan hanya tinggal angan². Perjalanan kami hanya dapat dimulakan sejam lebih lewat dari yang dirancangkan. Tapi takpe, sebab hal tempat tinggal dah diuruskan lebih awal. Di Melaka, kami menginap di homestay Jafmanurin's. Apartment 3 bilik yang terletak dalam kawasan MITC, sangat strategik untuk rombongan berkeluarga macam kami. Selesa dan berpatutan (iklan free ni, hehehe).

Kami berdua sampai ke Melaka tepat pukul 1 tengah hari. Sementara menantikan ahli rombongan yang lain tiba, sempat la merehatkan badan yang penat berjalan jauh. Selepas sejam menunggu, akhirnya yang dinanti telah pun tiba. Masing duduk dulu menghilangkan segala lenguh kaki dan badan. Fatin menjadi keutamaan sudah semestinya. Sementara berehat², perut Fatin terlebih dahulu diisikan. Kalau tak nanti meragam, lagi susah kata Rina. Siap bersolat dan berehat ala kadar, kami semua memulakan perjalanan. Destinasi pertama, Mc Donalds Ayer Keroh. Perut yang kosong perlu diisi, tapi bukan la makan sampai betul² kenyang. Space untuk aktiviti malam tetap diutamakan, hahaha. Untuk memastikan keadaan perut sentiasa dalam keadaan sedia menerima makanan malam nanti, jangan bagi ruang untuk sedikit pun angin masuk. Kalau tak nanti rugi banyak sangat angin. Hehehehe..



Selesai mengisi perut, kami terus ke Banda Hilir menunaikan hajat seseorang nak ke Jonker Street. Dan kalau dah ke sana tak sah kalau tak kena semangkuk cendol dan shopping. Tapi aku takdela bershopping sangat. Lebih kepada window shopping je rasanya. Budget untuk bershopping di sini tiada dalam peruntukkan, hehehe. Peruntukkan lebih tertumpu kepada makan² dan jalan². Nadiah a.k.a Namo adalah orang yang paling excited nak ke situ. Jadi kami bagi dia peluang nak menikmati segala² yang die nak. Letih berjalan dari hujung ke hujung, kami pun berenti membasahkan tekak dengan cendol dan ice kacang. Yummi, memang sangat² sedap dan perfect. Ditambah dengan cuaca yang sedikit panas. Maka cendol itu benar² memberi kelegaan tahap maksimum!! Pelbagai cendol sedia untuk dipilih, dan aku bermula dengan cendol biasa. Tapi sempat juga memcuri rasa mango ice kacang dari Rina. Yumm yummm, memang sangat sedap!! Yang paling memikat adalah gula Melakanya yang pekat dan likat. Sedap hingga menjilat sudu!! Hahahaha. Jadi kalau ada yang teringin nak merasa keenakkan cendol² ni, singgah la ke jonker88. Tak susah pun nak kenal kedai yang mana 1, sebab kedai ni je yang orang beratur sampai ke luar nak beli cendol punya pasal. Termasuklah kami, ehehehe..






Selesai menyantap cendol yang lazat itu, kami teruskan perjalanan kami ke destinasi utama kami. Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Ini merupakan kali kedua untuk aku dan bie, kali ke beberapa untuk Rina dan Azhar, dan kali pertama untuk Namo. Jadi, tentunya dapat diagak siapakah antara kami yang paling teruja kan?? Hehehe, aku pun teruja jugak. Sebab kali pertama dulu aku dan bie tak dapat nak menikmati segala hidangan yang kami pilih kerana terlalu senak dan padat perut kami masa tu. Akibat dari kesilapan aku ambik makanan lebih dari yang sepatutnya. Jadi belajar dari pengalaman, kali ni aku ambik seminima yang mungkin. Nak pastikan kami semua dapat merasa keenakkan makanan² tersebut. Dan ternyata, dari riak setiap wajah mereka semua, aku tau mereka sangat² berpuas hati. Thanks to Rina dan Namo yang sama² membantu masa memilih ikan dan seafood yang lain. Harap aku sorang, memang boleh hilang fokus. Semuanya nampak sedap. Apa yang penting masa ni ialah, fokus kepada tujuan sebenar. Makan untuk menikmati, bukan untuk dibazirkan. Hehehe, tu ayat Namo.






Jadi inilah yang menjadi pilihan kami kaum² ibu pada malam itu, hehehehe.

♣ Sotong - Goreng tepung, 3 ekor besar
♣ Ketam - Masak cili, 3 ekor
♣ Udang - Masak butter, 300g
♣ Pepahat - Masak halia, 300g
♣ Kupang - Sweet Sour, 500g
♣ Ikan Siakap - Bakar berlada, tak ingat berapa gram
♣ Ikan Kembung - Bakar kosong, sekor (untuk Fatin)
♣ Otak-otak - 10 pcs
♣ Nasi lemak - 3 bungkus
♣ Tauhu bakar - 1 set
♣ Air buah - 2 jug

Dan semua tersebut diatas hanya menelan RM135 (kalau tak silap, sebab kaum² bapa yang pegi bayar). Which is pada aku boleh dikira murah berbanding tempat lain, Alai atau Umbai. Selain daripada murah, kepuasan itu yang kami semua titik beratkan. Kalau murah tapi rasanya hampeh pun, buat apa kan?!! Jadi, secara keseluruhannya, misi kami untuk hari tersebut tercapai dan memenuhi objektif yang disasarkan. Tiada satu pun yang dibazirkan, habis licin semuanya. Bagus u all, anda semua melaksanakan misi ini dengan jayanya.



Dan dalam kekenyangan yang amat sangat itu, tiba² seseorang muncul dengan permintaan nak bergambar sekitar bangunan merah kat Banda Hilir,(yang sebenarnya adalah hint yang die nak makan cendol seround lagi, macam la kitorang semua tak tau niat asal die. Hahaha) siapakah orang itu, biarlah identitinya dirahsiakan. Hehehehe. Disebabkan itulah, maka adanya misi extended yang tiba² muncul tanpa dirancang. Kerana hari keesokkannya memang tidak diletakkan apa² agenda, maka permintaan si die itu ditunaikan. Dan adalah 1 lagi entry untuk day 2 pulak. Nantikan..

Sebelum pulang ke rumah tumpangan, kami sempat singgah ke Dataran MBMB melepaskan penat dan bergambar di sana sini. Just enjoy the pictures la okey..







Till my next post..



-To be continued-
Related Posts with Thumbnails